The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Manual permainan Muslim Millionaire.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg005893, 2022-05-17 14:11:30

Manual Muslim Millionaire

Manual permainan Muslim Millionaire.

Keywords: Manual

MANUAL:
MUSLIM MILLIONAIRE

Disediakan oleh:

NURIN AMNI AFIQAH BINTI CEK AHMAD AZAM

PENGENALAN

Permainan ini merupakan permainan yang
mengambil konsep permainan Saidina.
Perminan ini berfokuskan kepada topik
Adab Jual Beli. Di samping itu, pemain
dapat melakukan urusniaga pembelian
aset dan berpeluang mendapat
keuntungan berlipat ganda sebagai
pemilik aset. Pemain yang dapat
mengumpulkan kekayaan paling banyak
akan digelar ‘Muslim Millionaire’

Permainan ini boleh dimainkan oleh dua
hingga empat orang pemain serta seorang
guru.

Muslim Millionaire

Muslim Millionaire

BAHAN PERMAINAN

Bahan PERMAINAN

Duit Spesimen Geran Aset Kad ‘Q’

Papan permainan

Bidak Dadu Kad ‘!’ Kad ‘?’

Muslim Millionaire

Muslim Millionaire

PANDUAN PERMAINAN

PANDUAN PERMAINAN:

1. Kocokkan kad-kad ‘?’, ‘!’ dan kad ‘Q’. Letakkan di tempat yang disediakan dengan mukanya menghadap ke
bawah.

2. Setiap bidak mewakili seorang pemain. Letakkan bidak di atas petak yang bertanda ‘‫’مولا‬
3. Letakkan dadu di tengah-tengah papan permainan
4. Guru bertanggungjawab sebagai Pengurus Bank untuk megurus wang bank, kad-kad dan geran tapak jualan.

Selain itu, guru juga bertindak sebagai pengendali aktiviti permainan.
5. Setiap pemain diberikan sejumlah wang seperti berikut:

● RM1 - 5 keping
● RM5 - 3 keping
● RM10 - 3 keping
● RM20 - 2keping
● RM50 - 1 keping
● RM100 - 1 keping
Dengan ini, setiap pemain akan memperoleh RM240
6. Para pemain bergilir-gilir melempar dadu. Pemain dengan jumlah angka dadu tertinggi akan memulakan
giliran permainan diikuti pemain seterusnya.

Muslim Millionaire

Muslim Millionaire

PERATURAN PERMAINAN

PERATURAN PERMAINAN:

1. Pemain pertama melempar dadu dan menggerakkan bidak ke kiri petak ‘‫( ’مولا‬rujuk anak panah di bawah).
Permainan diteruskan dengan pemain-pemain yang lain.

Muslim Millionaire

2. Pemain yang memijak petak ‘?’, ‘!’ dan kad ‘Q’ perlu mengikut arahan di bawah:

• Kad ‘!’ : Pemain harus mengambil kad teratas dari himpunan kad-kad ‘!’. Baca dan ikut arahan pada
kad tersebut. Selepas selesai, kad tersebut perlulah dipulangkan kembali.

• Kad ‘Q’ : Pemain harus mengambil kad teratas dari himpunan kad-kad ‘Q’. Baca dan jawab soalan
pada kad tersebut. Selepas selesai, kad tersebut perlulah dipulangkan kembali. Jika gagal
menjawab soalan, pemain dikehendaki membayar RM2 kepada Pengurus Bank.

• Kad ‘?’ : Pemain harus mengambil kad teratas dari himpunan kad-kad ‘?’. Guru akan scan QR Code
yang tertera pada kad (menggunakan telefon bimbit). Pemain menjawab soalan yang dipaparkan.
Selepas selesai menjawab soalan, pemain perlu memulangkan kad tersebut kembali. Pemain yang
berjaya menjawab diberi ganjaran RM 5 daripada pihak bank.

Nota kaki: Skema jawapan bagi ‘Q’ telah disediakan dalam permainan ini
Skema jawapan bagi ‘?’ adalah mengikut penilaian guru

Muslim Millionaire

3. Pemain dibenarkan membeli aset apabila berada pada pusingan kedua permainan.
4. Pemain yang berhenti pada tapak aset yang sudah dibeli perlu membayar pas masuk seperti yng tertera

pada geran tapak.
5. Pemain yang berhenti pada tapak ‘A’Famosa’ perlu membayar tiket masuk sebanyak RM3.
6. Apabila seseorang pemain tidak dapat membayar hutangnya kepada pemain lain, dia harus

mengisytiharkan dirinya bankrup dan keluar dari permainan
7. Permainan tamat apabila:

● Semua pemain berhenti bermain kecuali seorang pemain yang masih tinggal dalam permainan.
Pemain tersebut digelar ‘Muslim Millionaire’
@

● Permainan ditamatkan pada satu masa tertentu. Semua pemain mengira wang ditangan, harga aset
miliknya (mengikut harga yang dibeli). Pemain dengan jumlah kekayaan tertinggi digelar ‘Muslim
Millionaire’

Muslim Millionaire

7. Apabila seseorang pemain tidak dapat membayar hutangnya kepada pemain lain, dia harus
mengisytiharkan dirinya bankrup dan keluar dari permainan

8. Permainan tamat apabila:
● Semua pemain berhenti bermain kecuali seorang pemain yang masih tinggal dalam permainan.
Pemain tersebut digelar ‘Food Cartel Master’
@
● Permainan ditamatkan pada satu masa tertentu. Semua pemain mengira wang ditangan, harga gerai
sewaanya (mengikut harga yang disewa). Pemain dengan jumlah kekayaan tertinggi digelar ‘Food
Cartel Master’

Muslim Millionaire

Muslim Millionaire

SELAMAT BERMAIN!


Click to View FlipBook Version