“KUALITI”
“KUALITI”
BIODATA SEKOLAH
PENDAHULUAN
SMK Agama Haji Mohd Yassin adalah sebuah sekolah yang terdiri daripada
100% pelajar Melayu dan telah berusia hampir satu tahun (mulai beroperasi 16
April 2021).
LOKASI
Terletak di Batu 3, Jalan Bakri, Muar. Di daerah Muar terdapat 3 buah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama iaitu SMK Agama Maahad Muar, SMK Agama
Pagoh dan SMK Agama Haji Mohd Yassin.
Biodata SMK Agama Haji Mohd Yassin Tahun 2021:
Nama dan alamat : SMKA Haji Mohd Yassin
Batu 3, Jalan Bakri, 84000 Muar,
Johor.
No. Kod Sekolah : JRA 5038
Daerah : Muar
Status Sekolah : Sekolah Kerajaan
Kategori Sekolah : Bandar
Gred Sekolah :
Sesi Persekolahan : Satu sesi (pagi)
Nama Pengetua : Tn. Hj. Mohd Azhar bin Tumin
Bil. Pelajar : 243 orang
Bil. Guru : 27 orang
Bil. Staf Sokongan : 6 orang
Bil. Bilik Darjah : 10 buah ( Tingkatan 1 dan 4)
“KUALITI”
“KUALITI”
Sekapur Sireh
PENGETUA
TN. HJ. MOHD AZHAR BIN TUMIN
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmat-Nya, kita dapat
bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak pelajar kita dalam
Mesyuarat Agung PIBG Kali-1 bagi SMKA Haji Mohd Yassin Muar. Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan penglibatan semua ibu bapa, guru-guru dan ahli
jawatankuasa dalam menggerakkan penubuhan dan perancangan program PIBG sekolah ini dan tahniah
diucapkan. Adalah diharapkan agar penubuhan PIBG SMKA Haji Mohd Yassin akan menjadi suatu wahana untuk
semua pihak berkongsi idea, tenaga, kepakaran dan sebagainya bagi menjayakan hasrat pendidikan negara
dan matlamat sekolah untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademmik, sahsiah dan
berketerampilan. Kesungguhan dan komitimen tuan-tuan dan puan-puan, sangat bermakna dalam menjayakan
aktiviti-aktiviti sekolah yang selari dengan matlamat tersebut.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua warga SMKA Haji Mohd Yassin Muar dalam usaha
melahirkan pelajar yang cemerlang. Komitmen dan kerjasama kita setakat ini, ternyata telah memberikan
impak serta menjana kejayaan untuk setiap program akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar dalam
mengharumkan nama SMKA Haji Mohd Yassin Muar. Walaupun sekolah ini baru sahaja beroperasi, tetapi
murid-murid sekolah ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam penyertaan aktiviti kokurikulum di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Harapan saya agar sekolah ini menjadi sebuah gedung ilmu yang
disegani seperti yang telah termaktubnya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 anjakan 9
yang menjelaskan konsep bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang.
Oleh itu, platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi AJK PIBG dan juga kita
sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaian kita berada pada tahap yang lemah, baik atau cemerlang. PIBG juga
menjadi forum untuk pihak ibu bapa menyalurkan pandangan dan idea, di samping menentukan arah tuju
persatuan untuk setahun akan datang. Marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai pengerak
dalam memacu PIBG sekolah in, agar menjadi lebih dinamik. Akhir kata, bersama-samalah kita membina
modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“KUALITI”
Sekian terima kasih.
“KUALITI”
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]
SEKOLAH :SMKA HAJI MOHD YASSIN MUAR
NAMA DAN ALAMAT :BATU 3 , JALAN BAKRI, 84000 MUAR JOHOR
1. Persatuan ini dikenal dengan nama:
Persatuan Ibu Bapa – Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd
Yassin Muar Johor
2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah
SMKA HAJI MOHD YASSIN MUAR
BATU 3, JALAN BAKRI,
84000 MUAR JOHOR
PIBG
SMKA HAJI MOHD YASSIN MUAR JOHOR
“KUALITI”
Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak
dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran
dan maklumat mengenai pendidikan;
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya; dan
untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha
menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan
murid;
menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di Sekolah;
meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan
hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan
“KUALITI”
Anggota Persatuan terdiri daripada:
semua guru di Sekolah;
ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota
Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat
Persatuan.
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai
“Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota
Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
sahaja.
KEANGGOTAAN JAWATANKUASA PIBG ADALAH SEPERTI BERIKUT:
seorang Yang Di-Pertua;
seorang Naib Yang Di-Pertua;
seorang Setiausaha;
seorang Bendahari; dan
20 orang Ahli Jawatankuasa
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan,
tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya.
“KUALITI”
Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan
Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan mesyuarat.
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan
bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan
tugas sebagai Yang Di-Pertua.
Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang
difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.
Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke
semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.
Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-
fungsi Yang Di-Pertua.
Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan
Yang Di-Pertua.
“KUALITI”
Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan
mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa
PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat
Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas
Mesyuarat Agung Tahunan.
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.
Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan
dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini.
Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah
disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-
kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat
Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas
Mesyuarat berkenaan.
Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam
Perlembagaan pada sesuatu masa.
Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada
mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun
terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan
dan akaun sentiasa berbaki kredit.
“KUALITI”
LAIN-LAIN JAWATAN
a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah
Adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada
Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar
atau Pengetua adalah seperti berikut;
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti,
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan
tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan
dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran sekolah;
berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika
difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan
Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam
mesyuarat persatuan;
memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan;
dan
menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis
anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan
oleh Kementerian
b) Juru Audit Dalaman
i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota
Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung
Tahunan.
ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:
a) mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
“KUALITI”
Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:
a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah
bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah
bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.
“KUALITI”
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac,
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan
kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.
Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada
anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi
dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada
anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam
masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut;
ucapan Pengerusi;
membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
membentang dan menerima Laporan Tahunan;
membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31
Disember tahun sebelumnya;
membahaskan usul, jika ada;
pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
pemilihan Juru Audit Dalaman;
ucapan penangguhan; dan
lain-lain hal.
Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-
lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa
PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan
untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
“KUALITI”
Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan
hendaklah dibuat seperti berikut:
anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa
PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;
setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi.
Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang
dipertandingkan.
Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:
apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;
atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota
Persatuan; atau
atas arahan Pendaftar.
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada
tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota
Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis
bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada
anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.
Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat
itu diadakan.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan
Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut
mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
“KUALITI”
Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam
tempoh satu tahun persekolahan.
Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa
PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG,
boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan
persetujuan Penasihat.
Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali
tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara
automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada
anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.
Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;
sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa
memberi apa-apa sumbangan);
derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain;
pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan
yang telah mendapat kelulusan Pendaftar
Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang
berdaftar atas nama Persatuan.
Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan
ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun
peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM
1000.00 pada satu-satu masa.
“KUALITI”
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi
perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang
tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah
ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa
ketiadaan Yang Di-Pertua.
Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih
pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.
Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun
semasa.
Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan
untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan
diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut
mana-mana yang berkenaan.
Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua
atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila
masa.
“KUALITI”
Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak
alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan
ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada
Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan
oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau
sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.
Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau
dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota
Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk
kelulusan terlebih dahulu.
Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-
kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.
Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan
diluluskan oleh Pendaftar.
Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh
Persatuan.
“KUALITI”
Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah,
guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan
kakitangan Sekolah.
Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan
juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas
namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan
yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang
hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk
kelulusan dan panduan.
Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang
pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan
Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-
sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-
lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau
berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini
hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.
“KUALITI”
Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:
atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau
Sekolah berhenti beroperasi
Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan
pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih
dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan
mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.
Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan
kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.
“KUALITI”
“KUALITI”
SENARAI NAMA GURU DAN AKP SMKA HAJI MOHD YASSIN
NAMA GRED JAWATAN NO TELEFON
1 MOHD AZHAR BIN TUMIN DG54 PENGETUA 017-6665400
2 TAZUDIN BIN SELAMAT DG52 GURU PENOLONG KANAN 1 013-2863018
3 MD HILMI BIN JAAFAR DG48 GURU PENOLONG KANAN HEM 012-6267277
WAN NOOR MISHKAT BINTI W. GHAZALI GURU PENOLONG KANAN 011-28226534
4 DG48
KOKURIKULUM
5 MASTURA BINTI IDRIS DG52 GURU KANAN BIDANG BAHASA 018-2113009
ASNA BINTI SAIDIN @SANGIDIN GURU KANAN BIDANG PENDIDIKAN 013-6945229
6 DG48
ISLAM
ABDUL HALIM BIN TALIB GURU KANAN BIDANG SAINS 011-27739978
7 DG48
KEMANUSIAAN
MAZLIANA BINTI MD SAID GURU KANAN BIDANG SAINS 017-7549871
8 DG48
MATEMATIK
SITI NORAINI BINTI ABD RAHMAN GURU KANAN BIDANG TEKNIK DAN 019-7707675
9 DG44
VOKASIONAL
10 ABDULLAH BIN HAMAD DG41 GURU KKQ 011-27739978
11 NURSHAFIQAH BINTI RAHIM DG41 KAUNSELOR 013-7857001
12 JULIA BINTI OTHMAN DG54 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 012-3187658
13 ZAHRAH BINTI AB KADIR DG52 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 019-5756207
14 MUHAMAD ASRI BIN ABD RAHMAN DG48 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 019-4358657
15 NORADLINA BINTI ADIP DG48 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 012-7802862
16 MUHAMAD NAJIB BIN MAHADI DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 012-2276004
17 NORHANISA BINTI MD AMIR DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 017-6256897
18 SITI SUZIYANA BINTI MOHAMED @ TAROM DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 012-6748428
19 SUZIANA BINTI MOHD NASIR DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 019-6514883
20 ZAKIAH BINTI MOHD DOM@ MAHAD DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 013-7300113
21 FATIN UMIRAH BINTI SAMSIMON DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 011-63600995
22 MAISARA BINTI AHMAD DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 012-26641998
23 MOHD FAREED BIN ALIWEE DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 019-3589208
24 MOHD KHAIRUN BIN SUHAIMI DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 019-6447532
25 NURUL NAJWA BINTI KHALID DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 017-3032473
26 ROSMAWARNI BINTI HAMZAH DG41 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 014-8097104
27 AYU SITI AMINAH BINTI HUSIN DG44 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 018-7639585
“KUALITI”
“KUALITI”
ENROLMEN SEMUA PELAJAR SMKA HAJI MOHD YASSIN
TINGKATAN JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
KELAS LELAKI PEREMPUAN MURID
SATU
EMPAT 5 87 75 162
JUMLAH 4 28 53 81
9 115 128 243
ENROLMEN PELAJAR TINGKATAN 1 / 2021
SMKA HAJI MOHD YASSIN MENGIKUT KELAS
TINGKATAN JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
KELAS LELAKI PEREMPUAN MURID
SATU 5 87 75 162
NAMA KELAS DAN GURU JENIS ALIRAN JUMLAH LELAKI JUMLAH JUMLAH
KELAS PEREMPUAN MURID
AGAMA 17
1 ABBAD 16 33
(MUHAMMAD NAJIB AGAMA 17
AGAMA 18 15 32
BIN MAHADI) 14 32
1 IMRAN AGAMA 18
14 32
(JULIA BT OSMAN) AGAMA 17
1 NASAIE 9 115 16 33
128 243
(SITI SUZIANA BT
TAROM)
1 SIDDIQ
(MOHD KHAIRUN BIN
SUHAIMI)
1 YASSER (NORADLINA
BT ADIP)
JUMLAH
“KUALITI”
ENROLMEN PELAJAR TINGKATAN 4 / 2021
SMKA HAJI MOHD YASSIN MENGIKUT KELAS
TINGKATAN JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
KELAS LELAKI PEREMPUAN MURID
EMPAT 4 28 53 81
NAMA KELAS DAN GURU JENIS ALIRAN JUMLAH LELAKI JUMLAH JUMLAH
KELAS PEREMPUAN MURID
AGAMA 8
1 ABBAD 12 33
(ABDULLAH BIN AGAMA 8
12 32
HAMAD) AGAMA 6
1 IMRAN 16 32
(NORHANISA BINTI AGAMA 6
MD AMIR) 13 32
1 NASAIE 4 28
(MAISARAH BT 53 81
AHMAD)
1 SIDDIQ
(MYHAMMAD ASRI
BIN ABD RAHMAN)
JUMLAH
“KUALITI”
ENROLMEN PELAJAR SMKA HAJI MOHD YASSIN
“KUALITI”
MESYUARAT AGONG PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
SMK AGAMA HAJI MOHD YASSIN MUAR JOHOR
DAN TAKLIMAT KEMASUKAN KE ASRAMA
( KHAMIS , 4 NOVEMBER 2021 )
Pengerusi : Tn Hj Mohd Azhar Bin Mohd Tumin (Pengetua)
Tim. Pengerusi :
Naib Pengerusi 1 : Ust. Md Hilmi Bin Hj Jaafar (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 :
Tn Hj Tazudin Bin Selamat (Penolong Kanan)
Ustazah Wan Noor Mishkat Bt Wan Ghazali (PK Kokurikulum)
Penyelaras Mesyuarat Agung PIBG - Pn Mastura Bt Idris (SU PIBG/ GKMP
Bahasa) Ustaz Mohd Asri Bin Abd Rahman
Penyelaras Program Kemasukan Asrama -
(Ketua Warden)
CADANGAN TARIKH , MASA DAN KAEDAH :
Tarikh : 4 November 2021 ( Cuti Hari Depavali )
Hari : Khamis
Masa : 9.00 – 11.00 Pagi
Kaedah : Dalam Talian (google meet)
CADANGAN PERASMI :
Yang Berbahagia Dato‘ Haji Hassan Bin Johari
“KUALITI”
TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi : Kehadiran Ibu Bapa dan Guru
8.50 pagi : Kehadiran Perasmi Mesyuarat Agung PIBG
9.00 Pagi : Kata Aluan Pengacara majlis
9.10 Pagi : Bacaan Al Quran – Ustaz Abdullah Bin Hamad ( Guru KKQ)
9.20 Pagi : Ucapan Pengetua SMKA Haji Mohd Yassin Muar
9.40 Pagi : Ucapan Perasmian majlis – Yang Berbahagia Dato‘ Hahi Hassan Bin
Johari
10.00 Pagi : Persembahan Multimedia ( Penubuhan PIBG )
: Penyampaian Cenderahati
: Penyampaian Sumbangan Kebajikan Kepada PIBG SMKA Haji Mohd
Yassin
10.10 Pagi : Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG
- Perlantikan Pengerusi Sementara
10.35 Pagi : - Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021/2021
10.40 Pagi : - Pembahasan usul ( Sumbangan Kewangan PIBG Tahunan )
10.50 Pagi : - Ucapan Penanguhan
Bacaan Doa Keselamatan
11.00 Pagi : Taklimat Pengetua
Taklimat Pembukaan Sekolah Dan Kemasukan Asrama – PK HEM
11.10 Pagi : - Tayangan Video Pelaksanaan Ujian Kid Covid Kendiri
11.20 Pagi : Taklimat Sistem Pembelajaran / Peperiksaan Dan Penetapan ETR
Sekolah - Penolong Kanan 1
Sesi Soal Jawab
Sesi Bergambar dan bersurai
“KUALITI”
“KUALITI”
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGONG PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
SMK AGAMA HAJI MOHD YASSIN MUAR JOHOR
DAN TAKLIMAT KEMASUKAN KE ASRAMA
( KHAMIS , 4 NOVEMBER 2021 )
Pengerusi : Tn Hj Mohd Azhar Bin Mohd Tumin (Pengetua)
Tim. Pengerusi : Ust. Md Hilmi Bin Hj Jaafar (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Tn Hj Tazudin Bin Selamat (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi 2 : Ustazah Wan Noor Mishkat Bt Wan Ghazali (PK Kokurikulum)
Penyelaras Mesyuarat Agung PIBG - Pn Mastura Bt Idris (SU PIBG/ GKMP
Bahasa)
Penolong Setiausaha PIBG - Ustazah Fatin Umirah bt Samsimon
Penyelaras Program Kemasukan Asrama - Ustaz Mohd Asri Bin Abd Rahman
(Ketua Warden)
Pengerusi Mesyuarat PIBG - En Mohd Najib Bin Mahadi
Jawatankuasa pembaca Doa : Ustaz Abd Halim Bin Talib ( GKMP Sains
Kemasyarakatan) : Ustaz Abdullah Bin Hamad
Jawatankuasa e-Buku Program : Ustazah Asna Bt Saidin (GKMP PIBA)
: Ustazah Fatin Umirah bt Samsimon
: Ustazah Nurul Najwa Bt Khalid
Jawatankuasa Multimedia : Pn Hjh Noraini Bt Abd Rahman (GKMP Teknik
Vokasional) : Puan Rosmawarni Bt Hamzah
: Puan Zakiah Bt Mohd Dom
: Puan Siti Suziana Bt Mohamed
Jawatankuasa Team Google meet : En Mohd Najib Bin Mahadi
: En Mohd Khairun Bin Suhaimi
Jawatankuasa e-sijil lantikan : Puan Noradlina Bt Adib
: Puan Julia Bt Osman
Jawatankuasa e-banner : Puan Norshafikah Bt Rahim
Jawatankuasa Pendaftaran : Puan Suziana Bt Mohd Nasir
: Cik Rahimah Bt Said
Pencatat Minit Mesyuarat/Ucapan : Cikgu Maisarah Bt Ahmad
: Puan Norhanisa Bt Amir
Jawatankuasa Dokumentasi : Puan Zaharah Bt Abd kadir
: Puan Rohaya Bt Marzuki
“KUALITI”
Jawatankuasa Tugas Khas : Pn Mazliana Bt Mohd Said (GKMP Sains
matematik) : En Mohd Arif Bin Kamal
: En Abd Hakim Bin Hamid
Jamuan VIP
: Puan Julia Bt Osman
: Puan Mazliana Bt Md Said
“KUALITI”
“KUALITI”
“KUALITI”
“KUALITI”
Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG
Perlantikan Pengerusi Sementara
Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021/2021
Pembahasan usul
( Sumbangan Kewangan PIBG Tahunan )
Ucapan Penanguhan
“KUALITI”
“KUALITI”
Penasihat - CADANGAN JAWATANKUASA PIBG
Tn Hj Mohd Azhar Bin Mohd Tumin (Pengetua SMKA HMY)
YDP PIBG - Yang Berbahagia Dato‘ Haji Hassan Bin Johari
Tn Hj Ghazali Bin
NYDP PIBG - Pn Mastura Bt idris (GKMP Bahasa)
Ustazah Fatin Umirah Bt Samsimon
Setiausaha - Pn Hjh Noraini Bt Abd Rahman (GKMP Teknik Vokasional)
Penolong Setiausaha -
Bendahari -
Penolong Bendahari -
AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
1. Tn Haji Mohd Esa Bin Daud
2. En Mohd Shafiro bin Ya
3. Ustaz Yusri Bin Yusuf
4. En Mohd Ameerudyin Bin Bin Mohd Azizi
5. Ustaz Abdullah Bin Hamad
6. Pn Sirwani Bt Ahmad
7. ,
8. ,
9. ,
10.
AHLI JAWATANKUASA GURU (Penolong Kanan 1)
1. Tn Hj Tazudin Bin Selamat (PK HEM)
2. Ustaz Md Hilmi Bin Hj Jaafar (PK Kokurikulum)
3. Ustazah Wan Noor Mishkat Bin Wan Ghazali (GKMP Sains kemasyarakatan)
4. Ustaz Abd Halim Bin Talib (Ketua Warden)
5. Ustaz Mohd Asri Bin Abd Rahman (Penyelaras Kecemerlangan)
6. Puan Julia Bt Osman
7. ,
8. ,
9. ,
10. .
“KUALITI”
“KUALITI”
KERTAS KERJA
DANA PIBG TAHUN 2021
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA HAJI MOHD
YASSIN MUAR
BATU 3 , JALAN BAKRI 84000 MUAR, JOHO
1.0 PENGENALAN
Kertas kerjs ini bertujuan memberi gambaran aktiviti kecemerlangan yang dijalankan
bersama oleh pihak sekolah dengan PIBG . Kertas kerja ini akan membahagikan dana
kecemerlangan kepada aspek pencapaian akademik , peningkatan sahsiah, kokurikulum,
kerohaniaan dan lain-lain. Ia bertujuan membantu dalam bentuk kewangan untuk pihak
sekolah menjalankan perancangan yang telah diatur.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menyediakan peruntukan kewangan bagi Program-program kurikulum dan
akademik.
2.2 Menyediakan peruntukan kewangan bagi Program–program Peningkatan
sahsiah dan
motivasi
2.3 Menyediakan peruntukan kewangan bagi Program–program kokurikulum dan
peralatan
reakrasi dan sukan
2.4 Menyediakan peruntukan kewangan bagi Program–program kerohanian .
2.5 Menyediakan peruntukan kewangan bagi Program–program sekolah yang
bersesuaian.
2.6 Menyediakan Dana Untuk Pembelian Van bagi kemudahan sekolah dan
asrama
2.7 Menyediakan Dana untuk Kebajikan Pelajar
2.8 Usaha PIBG membantu pihak sekolah dalam apa juga perancangan
meningkatan kualiti
Pencapaan Akademik, Peningkatan Sahsiah , Kehebatan Kokurikulum dan
menjadikan
Pelajar Insan Rabbani .
3.0 JENIS DANA
Jawatankuasa Penaja PIBG SMKA Haji Mohd Yassin Muar mencadangkan :
3.1 Dana van - RM 100.00 ( Setiap Pelajar Tingkatan 1 – sekali sahaja
) - RM 50.00 ( Setiap Pelajar Tingkatan 4 – sekali sahaja )
3.2 Dana Kecemerlangan Peperiksaan -RM 200.00
( Setiap Pelajar Kelas Tingkatan
Peperiksaan )
3.3 Sumbangan Yuran PIBG Tahunan - RM 150.00 ( Setiap keluarga )
“KUALITI”
4.0 ANGGARAN DANA KESELURUHAN ( TAHUN 2021 )
Dana Van
4.1 Tingkatan 1 : RM 100.00 X 161 = RM 16100.00
4.2 Tingkatan 4 : RM 50.00 X 82 = RM 4100.00
RM 20200.00
Dana Peperiksaan
RM 16100.00
4.1 Tingkatan 1 : RM 12300.00
4.2 Tingkatan 4 : RM 28400.00
Sumbangan Yuran PIBG
4.1 Tingkatan 1 : RM 150.00 X 161 =
4.2 Tingkatan 4 : RM 150.00 X 82 =
“KUALITI”
5.0 CADANGAN PROGRAM MENGIKUT BAHAGIAN
AKADEMIK MOTIVASI / KOKURIKULUM KEROHANIAN LAIN-LAIN
SAHSIAH
Kertas A4 ( Explorace Ting 1 Hari Sukan Sambutan Hadiah
Modul dan Ceramah Olahraga Maulidur Kecemerlangan
Peperiksaan) Motivasi Kem Rasul Pelajar
Kelas Bengkel Kepimpinan Sambutan Pertandingan
Tambahan Ting Mencatat Nota Koko Maal Hijrah SMART Kelas
1 Ting 1 & 4 Pembelian Program LCD
Kelas Kem Kepimpinan Peralatan Usrah Printer
Tambahan Ting Pengawas sukan Program Pelancar Roket
4 Kursus PRS Basikal Huffaz Kem
Program Excel Surat Akuan Kepimpinan
Peralatan Unit Program
T1 Janji PT3 dan Uniform SUMUR Pengawas/Pela
Program Excel SPM Saguhati Program Solat jar
T2 Kelas Bimbingan penglibatan Hajat Lawatan Exco
Kem Kemahiran ke peringkat Qurban Asrama
Kecemerlangan Belajar Ting 1 negeri dan Perdana
Perdana T1 Kelas Bimbingan kebangsaan Amali Haji
Kem Kemahiran Pertandingan Amali
Kecemerlangan Belajar Ting 4 Kawad Kaki Sembelihan
Perdana T4 Ceramah Festival Sains Ihya
Teknik Kesejahteraan & Matematik Ramadhan
Menjawab T4 Mental Ting 1 Sambutan
Hari Raya
Perkampungan Ceramah
ILMU Peningkatan
Program Score Sahsiah
A PT3 dan Kad Motivasi
SPM PT3
Modul PBS Kad Motivasi
Ting 1 & 4 SPM
Lawatan Kerjaya
Restu ILMU T1
Restu ILMU T2
Banner Motivasi
** Ini adalah cadangan program. Penyelaras program diminta menyediakan perancangan aktiviti dan
kertas kerja semasa membuat tuntutan kewangan. Nisbah peruntukan kewangan merujuk kepada
agihan yang telah ditetapkan.
“KUALITI”
6.0 ANALISA PERATUS PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
DANA VAN TAHUN 2021 DANA TAHUNAN
Sekali Sahaja (Pendaftaran) DANA Setiap Tahun
RM 100.00 – Ting 1 KECEMERLANGAN RM 150.00
RM 50.00 – Ting 4
Setiap Pelajar Tahun Peperiksaan Keluarga
RM 200.00 RM 150.00 X 243
100.00 X 161 = RM 16100.00
50.00 X 82 = RM 4100.00 Setiap Pelajar = 28400.00
= 20200.00 X
Program-Program : % Program-program : %
Kelas Tambahan 50 % Program Akademik 30 %
Teknik Menjawab 10 % (1,2,4) 10 %
Program HEM / Lain-
RM 103,000.00 Perkampungan Ilmu 5% 10 %
HARGA : RM 98000 – Penghargaan 5% lain 5%
Program Kokurikulum
( STOCK 2020 ) OLD MODEL Kebajikan 5% 5%
Program Jalinan 5% Program Motivasi/ 5%
MUKA RENDAH : RM 4,500 20 % Sahsiah 5%
Lain lain
BULANAN : RM 1128 (9 TAHUN) Program Kerohanian 10 %
`10 %
Anggaran Bayaran Bulanan Kebajikan / Lain-lain 10 %
RM 1200.00 X 12 bulan Simpanan Tetap/ Lain-
= RM 14400.00
lain
Aktiviti Guru
Penghargaan
Lain Lain
Baki Kewangan Boleh
#Insuran & Roadtax
#minyak
#servis
#DLL
100 % 100 %
“KUALITI”
8.0 PENUTUP
Diharapkan Dana-Dana ini dapat dikumpulkan dan digunakan bagi membantu pihak
sekolah dalam apa juga perancangan meningkatan kualiti Pencapaan Akademik, Peningkatan
Sahsiah , Kehebatan Kokurikulum dan menjadikan Pelajar Insan Rabbani
(MD HILMI BIN HJ JAAFAR)
Penolong Kanan HEM
SMK Agama Haji Mohd Yassin Muar
Kertas Kerja Dana PIBG ini dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali kali
Pertama
(Bertarikh Khamis , 4 November 2021 ).
“KUALITI”