MODUL 2
KLASIFIKASI
AKAUN DAN
PERSAMAAN
PERAKAUNAN
KOMPONEN DALAM PENYATA PENDAPATAN
PENYATA
PENDAPATAN
AKAUN AKAUN UNTUNG
PERDAGANGAN RUGI
JUALAN BERSIH KOS JUALAN HASIL BELANJA
Jualan Bersih
❑ Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan jualan
Kos Jualan
❑ Kos dan belanja untuk membeli barang niaga, termasuk inventori, belian,
pulangan belian dan angkutan masuk
Hasil
❑ Pendapatan yang dijana dalam perniagaan.
❑ Contoh : komisen diterima dan faedah diterima
Belanja
❑ Perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan.
❑ Contoh: Kadar bayaran, gaji dan sewa
KOMPONEN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN
KOMPONEN PENYATA KEDUDUKAN
KEWANGAN
ASET BUKAN LIABILITI SEMASA
SEMASA
ASET SEMASA LIABILITI BUKAN EKUITI PEMILIK
SEMASA
Aset Bukan Semasa
❑ Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun
kewangan.
❑ Mempunyai tahap kecairan rendah
❑ Contoh : Kenderaan, tanah, premis, alatan pejabat
Aset Semasa
❑ Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh
penggunaan kurang daripada setahun.
❑ Mempunyai tahap kecairan yang tinggi.
❑ Contoh : Inventori, tunai di tangan, tunai di bank, deposit semasa
Liabiliti Semasa
❑ Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat dijelaskan dalam tempoh setahun.
❑ Contoh : Akaun Belum Bayar
Liabiliti Bukan Semasa
❑ Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi
setahun untuk menjelaskannya
❑ Contoh : Pinjaman bank
Ekuiti Pemilik
❑ Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan.
❑ keUNTUNGan akan menambahkan Ekuiti Pemilik
❑ keRUGIan akan mengurangkan Ekuiti Pemilik
MODUL 2.2
ITEM
SETIAP
KOMPONEN
AKAUN
PENYATA KEWANGAN
PENYATA
KEWANGAN
AKAUN PENYATA
PERDAGANGAN DAN KEDUDUKAN
KEWANGAN
UNTUNG RUGI
HASIL BELANJA ASET EKUITI
PEMILIK
LIABILITI
ITEM BAGI KOMPONEN
AKAUN PERDAGANGAN
DAN UNTUNG RUGI
Hasil operasi
Hasil HASIL Hasil
melibatkan bukan
terima wang operasi
Hasil tidak
melibatkan
terima wang
Belanja
operasi
Belanja BELANJA Belanja
melibatkan bukan
operasi
bayaran
wang
Belanja tidak
melibatkan
bayaran
wang
ITEM BAGI KOMPONEN
PENYATA KEDUDUKAN
KEWANGAN
ASET
ASET BUKAN SEMASA ASET SEMASA
- Tahan lama - Mudah ditukar kepada
- Tahap kecairan rendah bentuk tunai
Contoh : Premis, - Tahap kecairan tinggi
Contoh: Inventori barang
kenderaan, kelengkapan, niaga, inventori alatu
perabot, alatan pejabat tulis, ABT, tunai di tangan,
tunai di bank, hasil belum
terima dan belanja
prabayar
LIABILITI
LIABILITI BUKAN SEMASA LIABILITI SEMASA
- Hutang yang perlu - Hutang yang perlu
dijelaskan > 1 tahun dijelaskan < setahun
Contoh : pinjaman bank, Contoh: ABB, Overdraf
gadai janji bank, hasil belum
terperoleh dan belanja
belum bayar
EKUITI PEMILIK
❑ “Hutang” perniagaan terhadap pemilik
❑ Modal tambahan & untung bersih menambahkan nilai Ekuiti Pemilik
❑ Ambilan dan rugi bersih mengurangkan nilai Ekuiti Pemilik
❑ 3 komponen dalam Ekuiti Pemilik :
❑ Modal + Untung bersih/ - Rugi bersih - Ambilan
MODUL 2
PERSAMAAN PERAKAUNAN
PERSAMAAN PERAKAUNAN
(a) Persamaan Perakaunan tanpa Hasil dan Belanja:
PERSAMAAN PERAKAUNAN
(b) Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja:
Ekuiti Pemilik terdiri daripada modal dan untung bersih. Maka persamaannya ialah:
Untung bersih merupakan lebihan hasil daripada belanja manakala
Rugi bersih merupakan lebihan belanja daripada hasil. Maka persamaannya ialah:
Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
1 Beli barang niaga RM500 dengan (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM500
tunai (-) Tunai Tunai di tangan berkurang RM500 kerana tunai telah
dibayar semasa membeli barang niaga.
2 Beli barang niaga RM1 200 (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM1 200
dengan cek (-) Bank
Tunai di bank berkurang RM1 200 kerana cek telah dibayar
semasa membeli barang niaga.
3 Beli barang niaga (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM2 400
RM2 400 secara kredit
(+) Akaun Akaun Belum Bayar bertambah RM2 400 kerana membeli
Belum Bayar secara kredit (berhutang)
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
4 Jual barang niaga berkos RM400 (-) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM400
dan tunai RM480 diterima (+) Tunai Tunai di tangan bertambah RM480 kerana menerima tunai
daripada jualan.
(+) Untung /
Modal Untung bersih = RM480 – RM400
= RM80
5 Jual barang niaga berkos RM900 (-) Inventori
Menjual barang niaga, inventori berkurang RM900
dan cek RM990 diterima (+) Bank
Tunai di bank bertambah RM990 kerana menerima cek
(+) Untung / daripada jualan.
Modal
Untung bersih = RM990 – RM900
= RM90
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
(-) Inventori
6 Jual barang niaga RM760 dan (+) Bank Menjual barang niaga, inventori berkurang RM760
tunai RM850 diterima. Tunai
dibankkan. Tunai di bank bertambah RM850 kerana tunai diterima
dimasukkan ke dalam bank.
(+) Untung /
Modal Untung bersih = RM850 – RM760
= RM90
7 Mengambil tunai di tangan (-) Tunai
Tunai di tangan dikeluarkan daripada perniagaan, aset
RM200 untuk kegunaan peribadi perniagaan akan berkurang RM200
(-) Modal Ambilan aset tersebut akan mengurangkan Ekuiti Pemilik
perniagaan sebanyak RM200
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
8
Membayar cek RM4 000 kepada (-) Bank Cek dibayar, aset perniagaan berkurang sebanyak RM4 000.
Akaun Belum Bayar untuk
menjelaskan hutang RM4 200 (-) Akaun Belum Akaun Belum Bayar akan berkurang RM4 200 kerana hutang
Bayar telah dijelaskan
(+) Untung / Diskaun diterima = Jumlah hutang – Jumlah bayaran
Modal = RM4 200 – RM4 000
= RM200
9 Membayar gaji RM920 dengan cek (-) Bank (hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan)
(-) Untung / Pembayaran dalam bentuk cek akan mengurangkan aset
Modal perniagaan sebanyak RM920
Belanja akan mengurangkan Ekuiti Pemilik atau untung bersih
perniagaan sebanyak RM920
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
10
Memindahkan tunai di tangan RM2 (-) Tunai Tunai di tangan dikeluarkan, tunai berkurang
100 ke dalam bank RM2 100
(+) Bank Tunai dimasukkan ke dalam bank menambahkan tunai di bank
perniagaan sebanyak RM2 100.
11 Mengeluarkan tunai di bank RM2 (-) Bank
Apabila tunai di bank dikeluarkan, tunai di bank akan
000 untuk kegunaan berkurang sebanyank RM2 000
kedai/perniagaan (+) Tunai Pengeluaran tunai dari bank untuk kegunaan di
kedai/perniagaan akan menambahkan tunai di tangan
12 Membawa masuk tunai (+) Tunai sebanyak RM2 000
RM6 000 sebagai modal tambahan Tunai di tangan untuk kegunaan perniagaan menambahkan
aset sebanyak RM6 000
(+) Modal
Sumbangan aset terhadap perniagaan akan menambahkan
modal sebanyak RM6 000
Contoh Kesan Urus Niaga terhadap
Persamaan Perakaunan
Bil Urus niaga Kesan Penerangan
13 Penerimaan hasil secara tunai akan menambahkan aset
Menerima komisen RM160 dengan (+) Tunai perniagaan RM160
14 tunai Hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan RM160
(-) Untung / Membeli perabot, aset bertambah RM4 900
Modal Bayaran tunai pendahuluan mengurangkan aset RM1 000
Baki hutang terhadap Akaun Belum Bayar akan menambahkan
Sebuah perabot berharga RM4 900 (+) Perabot Liabiliti sebanyak RM3 900
dibeli daripada Kedai Perabot Tan
dengan bayaran pendahuluan (-) Tunai
RM1 000 secara tunai dan bakinya
RM3 900 akan dibayar kemudian (+) Lain-lain
Akaun Belum
Bayar
Catatan Kontra
– Catatan mengurangkan baki akaun yang berkaitan dengannya.
– Contoh : Akaun Pulangan Jualan akan mengurangkan nilai jualan. Maka, Akaun Pulangan
Jualan merupakan Catatan Kontra kepada Akaun Jualan.
– Berikut merupakan senarai bagi semua pasangan yang mempunyai catatan kontra:
Akaun Berkaitan Catatan Kontra
Aset Bukan Semasa Susut Nilai Terkumpul
Akaun Belum Terima Peruntukan Hutang Ragu
Modal / Ekuiti Pemilik Ambilan
Jualan Pulangan Jualan / Pulangan masuk
Belian Pulangan Belian / Pulangan keluar
– Kesan catatan kontra ialah MENGURANGKAN baki dalam akaun berkaitan dengannya.
Catatan Kontra
– Jika Catatan Kontra TIDAK DIBUAT, maka kesan terhadap akaun berkaitan
adalah seperti berikut:
JIKA TIADA…. APA TERJADI? AKAN MEMBERI KESAN
KEPADA?
Akaun Pulangan Jualan Jualan akan terlebih nyata Untung kasar terLEBIH nyata
Akaun Pulangan Belian Belian terlebih nyata Untung Kasar terKURANG
Akaun Ambilan nyata
Modal Akhir akan terLEBIH nyata
Akaun Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku aset berkenaan terLEBIH nyata
Aset Bukan Semasa
Akaun Peruntukan Hutang Akaun Belum Terima akan terLEBIH nyata
Ragu
CARTA AKAUN
– Merupakan senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun secara
sistematik untuk tujuan perekodan dalam system perekodan berkomputer.
– Dalam carta akaun, semua akaun yang terlibat akan dikumpul dan disusun
mengikut kelasnya.
– Contoh:
1 – menunjukkan Akaun Aset, Liabiliti atau EP, Belanja, Hasil
Sebagai contoh : “1” mewakili Akaun Aset
“20” – mewakili kedudukan akaun tersebut dalam lejar,
Misalannya, “20” mewakili muka surat ke-20/ Akaun Aset ke-20
Contoh Carta Akaun
– Contoh 8 Nama akaun
Aset
Kod item Liabiliti
10000 – 19999 Ekuiti Pemilik
20000 – 29999 Hasil
30000 – 39999 Belanja
40000 – 49999 Catatan Kontra
50000 – 59999
60000 - 69999
– Berdasarkan jadual di atas, jika akauntan ingin memberikan nombor untuk Akaun
Tunai, maka nombor yang akan diberikan hendaklah antara 10000 hingga 19999,
misalannya, 10011.
– Uji minda……apakah nombor yang akan diberikan jika:
– (a) Akaun Komisen Diterima (b) Akaun Belian (c) Akaun Sewa
– (d) Akaun Belum Bayar (e) Akaun Modal (f) Akaun Ambilan