The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1290-15-afifah, 2023-07-18 03:38:39

E-BOOK ASAS LESTARI DAN TEKNOLOGI HIJAU

E-BOOK ASAS LESTARI DAN TEKNOLOGI HIJAU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT TUGASAN KERJA KURSUS ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA : NUR AFIFAH AMIRAH BINTI LASSARUDDIN ANGKA GILIRAN : 2022292310013 NO. TELEFON : 017-6082016 OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK) 1 AMBILAN : JUN 2022 KOD KURSUS : PALS 1012 NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA PENSYARAH : EN. HUSSIN BIN YAKOB JABATAN/UNIT : KECEMERLANGAN AKADEMIK TARIKH SERAHAN : 10.7.2023 Pengakuan pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada) : Tandatangan pelajar : Tarikh : 10.7.2023


1.0 Pengenalan Manusia dan alam sekitar saling bergantung melalui prosesproses kitaran hidup seperti proses respirasi, fotosintesis dan sebagainya untuk mengekalkan ekosistem yang baik. Manusia mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar supaya boleh memberikan manfaat kepada manusia masa kini dan juga generasi akan datang. Maksud kelestarian alam sekitar adalah memastikan keadaan alam sekitar iaitu segala komponen yang ada di dalamnya tidak berubah atau kekal terpelihara seperti asal (Rosmidzatul, 2017). Menurut Mohd Ramzi Hussain (2017) kelestarian didefinisikan sebagai interaksi bertanggungjawab dengan alam sekitar untuk mengelak pengurangan atau penurunan sumber semula jadi, serta memungkinkan untuk kualiti persekitaran jangka masa panjang. Bagi mendukung pelaksanaan kelestarian alam sekitar, gabungan teknologi hijau amatlah penting dan sewajarnya dimanfaatkan oleh manusia. Teknologi hijau ini juga mampu menunjukkan pembangunan mapan sesebuah masyarakat yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi kemudian. Iskandar Hassan Abdullah (2015) menyatakan teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Menurutnya lagi, teknologi hijau juga merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.


2.0 Hubungkait kelestarian dengan teknologi hijau Teknologi hijau merupakan kemudahan yang diperbaharui dengan mempertimbangkan kesejahteraan alam sekitar. Menurut Ruzian dan Norizan (2014) teknologi hijau memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian ekosistem. Manusia sememangnya memerlukan pengaplikasian kemudahan teknologi hijau untuk melaksanakan tiga konsep kelestarian iaitu ‘Closing the loop, more from less dan efficient design’. Sebagai contoh, aktiviti kitar semula iaitu konsep ‘closing the loop’ boleh dilaksanakan dengan teknologi hijau seperti tin minuman lama dikitar semula untuk dijadikan tin minuman baharu. Selain itu, teknologi hijau bermanfaat dalam melestarikan alam berdasarkan konsep ‘more from less’ iaitu penggunaan secara maksimum dapat diperoleh daripada sumber yang sedikit. Contohnya, penggunaan kereta hibrid dan pengangkutan awam dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api petrol. Seterusnya, teknologi hijau berdasarkan konsep kelestarian ‘efficient design’ dapat membantu masyarakat melestarikan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik. Misalnya, penyedut minuman plastik digantikan dengan penyedut minuman yang diperbuat daripada beras. Oleh itu, produk teknologi hijau ini mampu memudahkan manusia untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar.


3.0 Kepentingan kelestarian dan teknologi hijau terhadap alam sekitar Alam sekitar merupakan habitat yang sangat penting bagi biodiversiti. Sehubungan dengan itu, nilai kelestarian alam sekitar amatlah penting diterapkan oleh semua insan. Antara kepentingan amalan kelestarian terhadap alam sekitar adalah untuk menstabilkan ekosistem. Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semula jadi. Hutan amat penting sebagai penstabil ekosistem iaitu habitat bagi flora dan fauna, kawasan tadahan hujan dan pembekal terbesar sumber oksigen kepada manusia. Hafizah (2022) menyatakan laporan daripada Jabatan Mineral dan Geosains, sebanyak 121 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun timur Laut pada tahun 2021. Hutan yang lestari akan mengelakkan kejadian tanah runtuh serta mengurangkan pemanasan global kerana menjadi ejen penyerap gas karbon dioksida dan pencengkam tanah. Justeru, menurut Norizan dan Hussin (2017) teknologi hijau dilihat menjadi salah satu usaha untuk mengembalikan keharmonian hubungan sesama makhluk hidup seperti hubungan manusia, haiwan dengan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, pembinaan bangunan hijau seperti Pusat Teknologi Hijau Malaysia berkonsepkan tenaga rendah dan mesra alam, serta dilengkapi sistem ‘building integrated photovoltaic’.


Selain itu, kepentingan pengamalan kelestarian dan teknologi hijau terhadap alam sekitar adalah untuk mengekalkan sumber alam yang sedia ada dan menambah sumber alternatif yang baharu. Manusia memanfaatkan alam sekitar untuk kelangsungan hidup melalui penjanaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui daripada alam sekitar seperti sumber gas asli, arang batu, petroleum dan sebagainya. Namun, pengeluaran minyak, gas dan arang batu global perlu dikurangkan sebanyak tiga peratus setiap tahun bagi mengehadkan kesan pemanasan global (Norimanah Seman, 2022). Justeru itu, penggunaan teknologi hijau amatlah penting untuk mengekalkan sumbersumber tenaga asli. Contohnya, membuat inovasi untuk mencipta alternatif kebergantungan terhadap sumber tenaga tidak boleh diperbaharui iaitu menggunakan tenaga hidroelektrik, tenaga solar dan tenaga angin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah penggunaan kereta hibrid untuk menggantikan kereta konvensional yang bergantung kepada penggunaan petroleum.


Amalan kelestarian dan penggunaan teknologi hijau amatlah penting terhadap lapisan ozon dan suhu bumi. Berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (n.d), fungsi utama lapisan ozon adalah untuk menapis sinaran ultraungu berbahaya dalam sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi serta sebagai pelindung bagi flora dan fauna. Justeru itu, teknologi hijau kini semakin dipertimbangkan dan diperluas penghasilannya untuk memelihara dan memulihara lapisan ozon. Misalnya, pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang supaya sektor perkilangan menggunakan penapis pada cerobong asap. Menurut Abdul Rahman Mahmud (2008) pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui bebas karbon bukan sahaja membantu dalam mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan minyak malah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Justeru itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dalam kelestarian dengan melazimi penggunaan pengangkutan awam seperti Light Rapid Transit (LRT), Mass Rapid Transit (MRT), monorel dan sebagainya. Melalui teknologi hijau ini, kadar pencemaran udara dapat dikurangkan dan mengelakkan lapisan ozon menipis. Maka, apabila lapisan ozon bumi dalam keadaan baik, risiko berlakunya kemarau dan pemanasan global dapat dikurangkan serta pertumbuhan pertanian akan meningkat. Lapisan ozon yang tebal mampu mengatur suhu bumi kerana menyerap tenaga dari matahari lalu menyebarkan ke seluruh permukaan bumi dengan seimbang. Lapisan ozon juga sangat penting bagi hidupan kerana kandungan gas yang terkandung pada atmosfera seperti oksigen, karbon dioksida dan nitrogen sangat bermanfaat untuk manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.


4.0 Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar Alam sekitar kini sering dianiaya oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab serta bersifat rakus dan tamak manusia telah merosakkan alam sekitar. Perkara ini menjadi suatu isu global yang memerlukan penelitian bersama oleh semua masyarakat. Antara contoh isu yang timbul akibat kelalaian sekumpulan masyarakat ialah berlakunya pencemaran air kerana aktiviti pembangunan dan perindustrian yang pesat. Berdasarkan data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dari Januari 2019 hingga Jun 2022 sebanyak 13 kes pencemaran sumber air telah berlaku dan menyebabkan gangguan air ke atas kumulatif lebih 3 juta pengguna. Kini, semakin banyak pembukaan kilang-kilang yang menghasilkan produk untuk aktiviti perniagaan domestik dibina berdekatan dengan sungai. Hal ini kerana, sisa buangan daripada kilang lebih mudah disalirkan ke sungai dan mengurangkan kos pengoperasian syarikat. Namun begitu, sifat tidak bertanggungjawab pihak pengurusan industri telah mengabaikan proses penapisan dan perawatan sisa buangan sebelum disalirkan ke sungai akan menyebabkan pencemaran air. Natijahnya, sungai akan tercemar dengan sisa pepejal dan sisa kimia yang bertoksik. Contohnya, aktiviti perkilangan hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke sungai akan menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air. Oleh itu, hidupan akuatik yang merupakan sumber makanan bagi manusia akan pupus dan tercemar malahan sumber air manusia juga menjadi tidak bersih serta bahaya untuk kegunaan harian. Isu ini juga akan menyebabkan manusia kekurangan sumber makanan dan menjejaskan ekonomi negara kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak untuk kerja pembersihan dan perawatan semula sungai.


Transformasi dunia telah membawa kepesatan aktiviti harian dan peningkatan taraf hidup manusia. Saban tahun pengeluaran sektor pengangkutan dan penggunaan kenderaan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan rajah 1, data statistik oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia terdapat peningkatan penggunaan pengangkutan darat sebanyak 3.73 peratus sejak 2019 sehingga 2020. Justeru itu, perkara ini menjadi isu kepada pencemaran alam sekitar dari sektor pencemaran udara. Hal ini disebabkan oleh pengangkutan bermotor telah menjadi keperluan harian seperti kereta dan motosikal digunakan untuk bergerak ke tempat kerja, sekolah, pasar dan lain-lain lagi. Berdasarkan Iskandar (2015) mengikut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyatakan terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius. Justeru itu, penggunaan kenderaan bermotor yang terlalu kerap dan banyak akan meningkatkan kadar pelepasan gas karbon monoksida, nitrus oksida dan hidrokarbon yang akan meningkatkan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU). Selain itu, kegiatan perindustrian akan membebaskan asap yang mengandungi gas karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida ke ruang udara.


Isu penyahhutanan muncul seperti kegiatan pembalakan hutan secara haram dilakukan sebagai sumber penghasilan produk industri. Lantas, timbul pula kegiatan yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan pertanian baharu iaitu pembakaran hutan besar-besaran di Indonesia yang menyebabkan jerebu bertoksik tersebar sehingga ke Singapura dan Semenanjung Malaysia secara serius (Berita Harian, 2019). Penyahhutanan secara global menyebabkan oksigen di atmosfera berkurang, berlaku peningkatan gas karbon dioksida dan pembentukan ozon akan terjejas. Implikasinya, kegiatan-kegiatan ini akan menyebabkan tahap IPU secara global meningkat dan berlaku penipisan lapisan ozon malahan kajian melaporkan terdapat lapisan ozon yang telah berlubang. Berdasarkan kajian Jabatan Meteorologi Malaysia (n.d), dalam bulan Oktober 1987 sehingga 1991 lubang ozon yang dalam telah diperhatikan bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas kerana pancaran ultraungu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan individu terkena penyakit kanser kulit iaitu melanoma, katarak mata, keradangan dan melemahkan sistem imun badan. Bermula dari pencemaran udara yang menipiskan ozon ini juga akan menjejaskan sumber makanan manusia sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi negara kerana berpotensi untuk dilanda kemarau yang teruk.


5.0 Inovasi teknologi hijau Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kelestarian alam. Berdasarkan kajian Jabatan Alam Sekitar sebanyak 91 peratus kejadian pencemaran di Malaysia terutamanya pencemaran air adalah disebabkan najis, bahan kumbahan dan baja bagi sektor pertanian serta bahan buangan dari kawasan pembinaan dan perbandaran (Amirah Syazwani Baderol Sham, 2021). Justeru itu, pengurusan sisa di rumah perlulah diuruskan dengan baik dan bersikap kreatif dalam mengolah sesuatu untuk menjadi sesuatu yang berguna kepada manusia dan alam sekitar. Maka, baja organik merupakan satu cadangan inovasi teknologi hijau yang boleh dilakukan oleh semua masyarakat. Hal ini kerana setiap isi rumah akan menghasilkan sisa buangan setiap hari seperti sisa makanan, sisa sayuran, kulit-kulit buah dan sebagainya. Justeru itu, sisa-sisa ini boleh diuruskan dengan cekap berdasarkan konsep ‘closing the loop’ iaitu sisa digunakan semula supaya tiada sisa terbuang dan pencemaran dapat dikurangkan.


Baja kompos pada rajah di atas dihasilkan daripada sisa kulit buah nanas yang dicampurkan dengan gula merah dan air hangat. Kemudian campuran sisa tersebut dengan air gula merah itu diperam selama dua hingga empat minggu dan patinya ditapis ketika hendak menggunakannya. Cara membancuh baja kompos ini ialah campurkan 20 mililiter pati baja dengan 1 liter air dan kulit-kulit buah tersebut boleh diletakkan pada sekeliling tanaman. Cecair baja bolehlah diletakkan di dalam botol penyembur untuk memudahkan proses pembajaan. Dalam proses pengomposan untuk membuat baja, gula merah atau Molases yang digunakan berfungsi untuk meningkatkan aktiviti mikroorganisma serta sebagai pemangkin untuk menghasilkan enzim. Nanas juga bagus untuk dijadikan baja kerana mengandungi enzim proteolitik dan enzim pencernaan iaitu Bromelin. Bromelin berupaya untuk menguraikan struktur kompleks protein kepada struktur ringkas. Baja organik ini dapat meningkatkan kandungan mikrob efektif yang baik untuk tanaman (Aizi Nor Mazila Ramli, 2020). Hasilnya, baja organik mengandungi nitrogen, kalium, kalsium, fosforus, magnesium, molibdenum, kuprum, mangan dan boron yang bagus untuk pertumbuhan tumbuhan (PCC Greenline, 2023).


Antara kebaikan penggunaan baja kompos ini ialah dapat membantu melestarikan alam sekitar iaitu mengelakkan berlakunya pencemaran air dan tanah. Pencemaran air dapat dikurangkan kerana sisa buangan di setiap rumah dikumpulkan dan digunakan semula untuk dijadikan baja kompos. Berdasarkan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menjalankan kajian bahawa baja mesra alam iaitu baja kompos bukan sahaja bersifat lestari malah lebih meningkatkan pengeluaran serta menjimatkan kos. Selain itu, penggunaan baja kompos dapat mengelakkan pembuangan sisa pepejal ke saliran parit atau longkang yang akan menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan mengakibatkan banjir kilat atau kewujudan penyakit daripada patogen. Manfaat baja kompos ini juga dapat membantu mengurangkan pemanasan global kerana mengurangkan lambakan sisa makanan isi rumah di tapak pelupusan sampah yang akan menyukarkan proses penguraian sisa. Hal ini menyebabkan kekangan pihak berwajib untuk mendapatkan tapak pelupusan yang baru dan sesuai, kos yang tinggi juga menimbulkan masalah dalam pelupusan sisa buangan domestik tersebut (Hasnah et al., 2010). Selain itu, penggunaan baja kompos ini menjamin kelestarian tanah kerana memberikan nutrien penting kepada mikroorganisma di dalam tanah. Maka, tanah yang baik akan menghasilkan tumbuhan yang subur.


Kelemahan baja kompos ini adalah memerlukan ruang penyimpanan yang khusus kerana ia dihasilkan daripada sisa yang mempunyai bau dan perlu diperap. Namun begitu, prospek bagi baja kompos ini dilihat positifnya akan diterima dan diamalkan oleh masyarakat yang celik lestari. Baja kompos ini juga berpotensi untuk dipasarkan secara komersial lantas menjana ekonomi negara kerana mampu mengeksport produk ke luar negara. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah menggalakkan masyarakat dan petani untuk menghasilkan sendiri baja kompos kerana lebih menjimatkan kos dan mengawal kebersihan sejagat. 6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, setiap individu berakal mestilah mengambil langkah melestarikan alam sekitar berdasarkan penggunaan teknologi hijau. Hal ini kerana isu-isu global yang berlaku menyebabkan pelbagai masalah timbul. Setiap individu perlulah memainkan peranan untuk mengurangkan kadar peningkatan pencemaran alam yang boleh menjejaskan keamanan sejagat seperti menginovasikan sesuatu yang mudah dan mesra alam. Justeru itu, pelbagai program dan kempen ‘Sayangi alam sekitar’ boleh dilaksanakan untuk memupuk sifat cinta alam sekitar yang akan membantu memelihara kestabilan alam sekitar. Oleh itu, pihak kerajaan juga menjadi entiti penting untuk membanteras jenayahjenayah yang menyebabkan kerosakan alam sekitar.


Rujukan Abdul Rahman Mahmud. (2008). Transformasi sumber tenaga baru. Rencana. https://www.researchgate.net/publication/329950684_Transfor masi_sumber_t enaga_baru Aizi Nor Mazila Ramli. (2020). Pengkomersialan sisa nenas. UMP News. https://news.ump.edu.my/index.php/experts/pengkomersialansisa-nanas Amirah Syazwani Baderol Sham. (2021, Disember 20). Melestarikan alam sekitar tanggungjawab bersama. Dewan Kosmik Jendela DBP. dari https://dewankosmik.jendeladbp.my/2021/12/20/1506/ Hasnah Ali, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim Asmah Bee, Syarifah Yaakob & Nur Jila Mohamad. (2010). Pengguna dan kitar semula ke arah kelestarian alam sekitar. Prosiding seminar Kebangsaan MACETA Ke 14, hala tuju pendidikan kepenggunaa isu dan cabaran. 393-406. Hafizah Abu Mansor (2022). Di Sebalik fenomena kejadian tanah runtuh. Dewan Kosmik. Jemdela Dewan Bahasa dan Pustaka. https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/12/20/4992/ Iskandar Hassan Tan Abdullah. (2015). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara. Berita Harian. Dari https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/4061 5/teknologi- hijau-tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara


Kementerian Pengangkutan Malaysia.(2021). Statistik Pengangkutan Malaysia 2020. https://www.mot.gov.my/en/Statistik%20Tahunan%20Pengan gkutan/Transpor t%20Statistics%20Malaysia%202020.pdf Mohd Ramzi Mohd Hussain. (2021). Kelestarian alam sekitar petunjuk kestabilan ekonomi. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/8422 64/kelestarian- alam-sekitar-petunjuk-kestabilan-ekonomi Norizan Hassan & Hussin Salamon. (2017). Peranan aplikasi teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif alam sekitar, e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 4(1). 1-12. Noriminah Seman. (2022, April 5). Memanfaatkan bahan api generasi baharu. Dewan Kosmik Jendela DBP. https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/04/05/2522/ Rosmidzatul Azila Mat Yamin. (2017). Kelestarian alam sekitar demi tamadun. Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dari https://www.ikim.gov.my/index.php/2017/02/27/kelestarianalam-sekitar-demi- tamadun/ Ruzian Markom & Norizan Hassan. (2014). Kelestarian alam sekitar dan pembiayaan teknologi hijau dari perspektif undang-undang syariah. Jurnal Kanun 2(26). 268-287.


Jabatan Meteorologi Malaysia. (n.d). Lapisan ozon. Dari https://www.met.gov.my/pendidikan/lapisan-ozon/ Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. (n.d) Dari https://www.span.gov.my/advancesearch Berita Harian. (2019). Jerebu Indonesia Jejas orang UtanPenyelamat. Dari https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/09/607994/jer ebu-indonesia- jejas-orang-utan-penyelamat PCC Greenline. (2023). https://www.products.pcc.eu/ms/blog/apakah-baja-organikdan-apa-yang-perlu-kita-tahu-mengenainya/


Click to View FlipBook Version