The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by punitha045118, 2022-05-18 01:52:14

BM Tahun 5

BM Tahun 5

Ceritakan.

Sains Memudahkan Kita

Pada suatu petang, Gina dan kakaknya Adakah sains digunakan dalam
berbual tentang kepentingan sains. aktiviti harian kita, kakak?

Ya, Gina. Lihatlah contoh
di sekeliling kita.

Kakak Gina menerangkan konsep mesin ringkas seperti gandar, roda, takal dan
tuas yang digunakan dalam aktiviti harian.

gandar

roda takal

Mari kita lihat tombol pintu ini. Sekarang, adik lihat pula takal ini.
• membuka pintu • menaikkan bidai
• ada gandar dan roda • menurunkan bidai
• mudah dibuka • mudah dan ringan

Seterusnya, lihatlah cara ayah Wah, banyak kegunaan
mencabut paku dengan mudahnya. sains kepada kita!

daya daya
guna tuas beban
beban
fulkrum fulkrum
tuas

• Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

1.3.1 • Minta murid mempersembahkan cerita.

KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Penyelesaian masalah
EMK: Sains dan Teknologi
143

Baca dan berikan respons.

Pentingnya Tenaga

Cuaca pada hari itu sangat panas. Lidim
menjemur kasut sekolahnya yang baru
dicuci di bawah cahaya matahari. Dia
berharap agar matahari bersinar dengan
teriknya supaya kasutnya cepat kering.

Nyatakan kepentingan cahaya
matahari kepada kita.

Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat Respons

Lampu isyarat di simpang jalan tidak berfungsi. Lampu jalan juga tidak
bernyala. Masalah itu berlaku kerana bekalan elektrik terputus. Keadaan
di jalan raya itu menjadi tidak terkawal.

Tidak lama kemudian, bekalan elektrik kembali pulih. Lampu isyarat dan
lampu jalan dapat berfungsi seperti biasa. Pemandu kenderaan dapat
memandu kenderaan mereka dengan selamatnya dan terkawal.

Mengapakah tenaga elektrik sangat
penting kepada manusia?

Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat Respons

• Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. 2.1.1
• Minta murid memberikan respons.

KBAT: Menganalisis – Meramal Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Sains dan Teknologi
144

Tulis draf dan karangan.
Program Pintar Sains

mendapat kerjasama – mahasiswa mengadakan pameran sains –
menarik minat murid

konsep sains – tekanan – daya geseran majlis penutupan – menerima sijil
– aerodinamik

Draf

Laporan Program Pintar Sains . Imbas Saya

Program Pintar Sains dibuat di SJKC Taman Sejahtera pada 20 Oktober 20
Program ini dilakukan oleh Persatuan Sains dan Matematik SJKC Taman
Sejahtera dengan kerjasama mahasiswa.

Semasa program ini, ada banyak aktiviti dijalankan.

• Bimbing murid mendraf dan menulis karangan berformat.

3.3.1 • Minta murid mendraf dan menulis karangan jenis laporan.

KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme

EMK: Sains dan Teknologi 145

Seni Bahasa

Karya Sains

Anas ialah abang Dalila. Imbas Saya
Dia amat berbakat dalam
bidang penulisan.
Anas sering menghasilkan
karya seperti cerpen dan
puisi. Pada bulan lepas,
dia menghasilkan sebuah
puisi yang bertajuk
“Gurindam Ilmu Sains”.

Anas telah menghantar karyanya itu kepada pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP). Dia berharap agar karyanya itu terpilih untuk disiarkan
dalam majalah. Dia amat meminati majalah terbitan DBP seperti
Dewan Pelajar dan Dewan Kosmik.

Baru-baru ini, Anas menerima sepucuk surat daripada pihak DBP.
Isi surat tersebut menyatakan bahawa karyanya itu akan
disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar. Dia berasa
amat gembira kerana impiannya tercapai.
Anas juga teruja apabila pertama kali
melihat kepala surat DBP yang
menggunakan tulisan Jawi.

• Bimbing murid mengenal tulisan Jawi. 4.4.1 & 4.4.2
• Minta murid mempamerkan tulisan Jawi.

KBAT: Menilai – Memahami Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Sains dan Teknologi
146

Kata Berimbuhan

Graviti di Bumi

Murid-murid sedang mempelajari topik graviti. Cikgu Shanti memberikan
penjelasan tentang topik tersebut.

Menurut Cikgu Shanti, graviti ialah daya yang menarik objek ke arah
pusat bumi. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan setiap objek berada
pada kedudukannya. Oleh sebab itu, objek tidak akan terapung-apung
di udara.

Cikgu Shanti memainkan klip video menerusi tablet pintarnya. Tablet itu
diletakkan pada telapak tangannya.

Stesen Angkasa Lepas Bumi

terapung layari tarikan kehidupan
angkasawan menunjukkan berjalan berselerak
terapung

“Sila laman sesawang ini. Kamu akan dapat memahami kepentingan
graviti kepada kita,” kata Cikgu Shanti.

Klip video dalam laman sesawang itu memaparkan kehidupan
di stesen angkasa lepas. Angkasawan di stesen itu kerana tiada graviti.
Video itu jelas perbandingan antara kehidupan di stesen angkasa
lepas dengan di bumi.

Bumi mempunyai graviti. graviti akan menyebabkan setiap objek
berada pada kedudukannya. Manusia dan haiwan dapat di atas
permukaan bumi dan tidak . Daun-daun akan gugur lalu di atas
tanah. Dengan adanya graviti, manusia dapat menjalani di bumi dengan
mudahnya.

• Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan.

5.2.1(i)(ii)(iii)(iv) • Minta murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata berimbuhan.

KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Konstruktivisme
EMK: Bahasa
147

Berceritalah berdasarkan bahan.

E-Dompet

Apakah e-dompet? Imbas Saya

E-dompet atau dompet digital Cara penggunaan:
Pindahkan wang kita dalam dompet
berfungsi seperti dompet digital melalui aplikasi yang dimuat turun
dalam telefon bimbit. Selepas melakukan
biasa. Fungsinya adalah pembelian, kita hanya perlu mengimbas
kod QR untuk urusan pembayaran.
sebagai tempat menyimpan

wang, kad debit, kad kredit dan

maklumat akaun bank dalam satu

aplikasi. Jadi, kita tidak perlu membawa

dompet atau beg tangan lagi.

E-Dompet Keistimewaan e-dompet:

• tidak perlu • tidak perlu beratur untuk
membawa mengeluarkan wang
wang tunai daripada Mesin Teler
Automatik (ATM)

• urusan seharian menjadi
lebih cepat dan tidak perlu
menunggu wang baki

BAYAR

%

Kawan-kawan, saya hendak menceritakan
kebaikan e-dompet. Saya mendapat maklumat ini
daripada bahan bacaan, video dan rakan-rakan.
E-dompet

• Bimbing murid membaca maklumat berdasarkan bahan rangsangan.

• Minta murid membuat simulasi berdasarkan bahan (e-dompet, cara 1.3.2
penggunaan dan keistimewaannya).

148 • Minta murid menilai persembahan rakan mereka.

KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik
EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Baca dan buat rumusan.

Alat Pengesan Bakat Atlet

Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, Yi Ying mengikut
ibunya ke kedai peralatan sukan. Ibunya hendak membeli
alat pengesan bakat atlet dalam bidang sukan. Alat tersebut
penting untuk ibunya memilih atlet sukan di sekolah.

Apabila sampai di kedai itu, ibunya menuju ke arah peralatan
sukan yang berbentuk bulat. Yi Ying buntu memikirkan cara
penggunaan alat itu untuk membantu ibunya.

“Ibu, apakah keistimewaan alat ini?” tanya Yi Ying.
“Oh, alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal
kanak-kanak dalam sukan tertentu! Selain itu, alat ini dapat
menguji tahap ketangkasan setiap individu,” jelas ibunya.
Ciptaan ini juga berkemampuan untuk mengukur tahap
kecergasan murid. Oleh itu, guru dapat menentukan jenis
sukan yang sesuai untuk mereka. Ukuran tahap kecergasan
ini akan membolehkan murid memilih jenis sukan yang
sesuai seperti badminton, skuasy dan tenis.
Keputusan tersebut dikira berdasarkan ukuran tahap
ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan yang
diperoleh daripada bacaan mesin tersebut.
“Baguslah alat ini, ibu,” kata Yi Ying.

Rumusannya, alat ini

• Bimbing murid membaca teks cerita.

2.3.1 • Minta murid membuat rumusan.

KBAT: Mencipta – Merumuskan Strategi PdP: Kajian Masa Depan

EMK: Sains dan Teknologi 149

Tulis draf dan karangan.
Hari Pameran Teknologi SJKC Taman Sejahtera

1 23

• hadir • melawat • bergerak
• berhimpun • mempamerkan • mesin
• merasmikan • tangan robotik basuh pinggan
Draf • berfungsi • memudahkan suri
SJKC Taman Sejahtera,
pada Hari sabtu yang lalu, Draf rumah
telah mengadakan
Selepas perasmian upacara, Draf
4 semua tetamu yang hadir
melawat ke reruai
di situ. Sebuah reruai

56

• berpusu-pusu • mengerumuni • pulang
• bekas makanan • telefon terkini • beli telefon pintar
• kamera canggih • mendapat ilmu
kucing
Draf Draf
Draf

115500

SEKOLAH

Keperihalan Catatan

Pada hari Sabtu yang lalu, Sabtu
SJKC Taman Sejahtera telah mengadakan 7:30 pagi
Hari Pameran Teknologi. Semua tetamu Sekolah saya telah mengadakan Hari Pameran
berhimpun di dewan sekolah. Guru Besar, Teknologi. Saya dan tetamu berhimpun
Puan Poon Sau Mee, telah merasmikan di dewan sekolah. Guru Besar, Puan Poon
program itu. Sau Mee, telah merasmikan program tersebut.
8:30 pagi
Selepas upacara perasmian, semua Selepas perasmian, saya
tetamu melawat ke reruai pameran
yang berdekatan dengan dewan sekolah. 9:45 pagi
Tangan robotik dipamerkan di sebuah reruai Seterusnya, saya bergerak ke reruai yang
yang terdapat di situ. Tangan itu dapat lain. Di situ, dipamerkan mesin basuh pinggan
berfungsi seperti tangan manusia. mangkuk. Ibu kawan-kawan saya tertarik
akan keistimewaan mesin tersebut.
Seterusnya, tetamu bergerak ke

Bagi peminat kucing pula, mereka 10:15 pagi
berpusu-pusu ke reruai yang menjual

makanan kucing. Di situ, terdapat juga bekas

makanan kucing yang boleh mengawal

masa. Bekas itu dipamerkan untuk dijual.

Kucing tidak akan lapar walaupun terpaksa

ditinggalkan beberapa hari.

11:00 pagi

Saya pergi ke tempat yang menjadi tumpuan
pada hari itu, iaitu reruai telefon bimbit.
Saya melihat pelbagai jenis telefon bimbit
dipamerkan. Saya tertarik akan keistimewaan
kamera pada telefon bimbit itu. Kamera itu
dapat merakam gambar walaupun berada
di dalam air.

• Bimbing murid membina draf.

3.3.1 • Minta murid menulis karangan keperihalan dan catatan.

KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: BCB – Mencatat

EMK: Sains dan Teknologi 151151

Seni Bahasa
Aku Seutas Jam Tangan

Aku seutas jam tangan. Aku berjenama Sosa dan berwarna hitam.
Di kilang jam tangan, di Shah Alam aku dibuat.

Setelah siap dipasang dengan tali yang cantik, aku dihantar ke sebuah
kedai jam di Tanjong Malim. Pekedai itu mempamerkan aku di dalam almari
kaca.

Pada suatu hari, seorang budak perempuan datang ke kedai itu dengan
ibunya. Mereka membelek-belek aku dan kawan-kawan aku. Akhirnya,
mereka mengambil kata putus untuk membeli aku dengan harga RM150.00.

Nama tuan aku Kavina. Dia murid yang rajin seperti semut. Dia murid
yang terpandai di dalam kelasnya di SJKT Taman Wawasan.

Tugas aku menunjukkan masa kepada tuan aku. Tuan aku akan
menetapkan masa untuk aku mengejutkannya setiap hari. Selain itu, dia
memakai aku untuk pergi berjoging pada waktu petang.

Jika aku kotor, dia akan mengelap aku dengan kain khas. Dia akan
menyimpan aku di dalam kotak yang cantik. Dia menjaga aku seperti
menatang minyak yang penuh.

Aku sayang akan tuan aku. Aku berjanji akan berkhidmat kepada tuan
aku sehingga akhir hayatku.

Aku Seutas Jam
Tangan Kesihatan

menilai fungsi memantau jumlah
jantung (ECG) masa untuk tidur

mengukur memantau kadar
tekanan darah oksigen dalam
darah dan badan

memantau mengetahui jumlah
kadar degupan pembakaran lemak

• Bimbing murid mengubah suai cerita autobiografi.

• Minta murid mempersembahkan cerita. 4.3.2

• Minta murid menulis teks semula dalam bentuk karangan.

152 KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis

EMK: Sains dan Teknologi

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang

Ladang Solar Kuala Ketil

Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang

Yi Ying dan Di Kuala Ketil, Yi Ying dan
keluarganya keluarganya melawat
melawat ke ladang ke ladang solar.
solar di Kuala Ketil.

Mereka melihat
ladang solar yang
terbentang luas.

Di Kedah, ladang solar
itu membekalkan tenaga
elektrik untuk kawasan
kediaman dan kawasan
perusahaan.

Di kawasan itu juga,
pokok nanas ditanam.

Ladang solar ini
paling besar
di Malaysia.

5.3.4 • Bimbing murid memahami ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.
• Minta murid membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.

KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat
EMK: Nilai Murni – Menghargai
153

Dengar, tafsir dan berikan respons.

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi

Salam sejahtera, murid-murid. Sekolah kita akan mengadakan
pertandingan reka cipta dan inovasi. Sertailah pertandingan itu.

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi
(Sains dan Teknologi) SJKC Taman Sejahtera

Tarikh: 27 Oktober 20
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Besar SJKC Taman Sejahtera

Tujuan:
• Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif
• Memupuk budaya kerja secara berpasukan

dalam kalangan murid

Pelaksanaan:
Pertandingan diadakan secara berkumpulan,
iaitu sebanyak empat orang murid setiap
kumpulan. Masa untuk menyiapkan reka cipta
dan inovasi ialah satu jam.

Sasaran:
Murid Tahun 5 dan Tahun 6

Sertailah sekarang! Hasilkan reka cipta dan
inovasi yang terbaik.

Fahim: Sekolah kita akan mengadakan Pertandingan Reka Cipta dan

Inovasi. Pada pendapat kamu, mengapakah kita patut

menyertainya?

Yi Ying: Kita patut menyertainya kerana dapat

Chan Ho: Benar, kawan-kawan. Fahim, apakah langkah yang perlu kita

lakukan untuk menghasilkan inovasi yang terbaik?

Fahim: . Setujukah kamu jika kita menghasilkan

inovasi penggera untuk basikal?

Dalila: Bagus cadangan kamu tetapi masa .

Bagaimanakah kita mahu menyiapkannya?

Yi Ying: . Sebelum pertandingan, kita perlu

menyiapkan penggera basikal

• Bimbing murid memberikan respons tentang soalan.

• Minta murid membuat simulasi. 1.1.3

KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

154 EMK: Kreativiti dan Inovasi

Baca dan berikan keputusan.

Inovasi Perabot
Ayah Lidim ingin membeli perabot untuk bilik Lidim. Beliau melayari Internet
untuk mencari maklumat tentang perabot yang sesuai dengan bilik Lidim.

Perabot Mesra Pengguna
Perabot ini dapat menjimatkan ruang
bilik yang sempit. Pereka meletakkan
katil di bahagian atas, manakala
di bahagian bawah dibina almari
untuk pakaian, buku dan meja belajar.
Perabot ini diperbuat daripada kayu
yang bermutu tinggi serta tahan lama.
Perabot ini buatan negara luar.

Perabot Pelbagai Fungsi
Perabot keluaran tempatan ini bersaiz padat
dan kukuh. Pereka menggabungkan 24
fungsi dalam sebuah perabot. Fungsi tersebut
termasuklah laci, cermin, tempat pakaian,
meja belajar, katil, rak buku dan ruang
untuk komputer. Pereka menggunakan kayu
bermutu agar tahan lama. Perabot ini boleh
dibuka dan ditutup. Harga yang ditawarkan
ialah harga mampu milik bagi golongan
berpendapatan rendah.

Sekiranya kamu diberi pilihan, Kerja Projek
perabot yang manakah yang
akan kamu pilih? Lakarkan bentuk perabot
masa depan. Nyatakan
ciri-ciri dan keistimewaannya.

2.2.1 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan.
• Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan.

KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif

EMK: Kreativiti dan Inovasi KMD – Meramal 155

Edit dan murnikan perenggan.

Inovasi untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan

Pada tahun 2015, Institut Teknologi di Amerika telah mencipta
Finger Reader. Alat ini mereka dicipta untuk orang kurang
upaya penglihatan. Alat ini, seperti sebentok cincin dipakai
di jari telunjok. Jari boleh gerakkan pada ayat yang ingin
dibaca. Mereka juga boleh membaca dengan menggunakan
talifon pintar.

Seterusnya, alat ini melengkapkan kamera dan audio.
Kamera akan terimbas ayat yang ditunjuk oleh jari. Setiap
ayat yang mengimbas akan bertukar dalam bentuk suara.
Mereka akan dapat mendengar tiap perkataan bila jari
digerakkan pada baris ayat di buku.

Selain itu, alat ini dapat dibawa oleh orang buta bawa ke
mana sahaja kerana saiz alat ini kecil. Proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas juga lancar. Guru hanya
menerangkan tentang isi pelajaran tanpa membacakannya.
Hal ini berlaku kerana, murid boleh membaca sendiri dengan
menggunakan alat ini.

Jelaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan
membantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca
pelbagai-bagai jenis bahan. Kini bahan bacaan mereka
tidak terhad lagi kepada tulisan braille. Bahan dan sumber
bacaan mereka kini semakin bertambah dan luas.

• Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan 3.3.2
imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.
156
• Minta murid mengedit dan memurnikan ayat dalam perenggan.

KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan
EMK: Kreativiti dan Inovasi

Seni Bahasa
Boria Inovasi Kami

Marilah kawan kita berkarya
Demi manusia miskin dan kaya
Impian kami sedaya upaya
Cipta inovasi pasti berjaya

Cekal teliti janakan minda
Cawan berlipat pelbagai guna
Untuk kemudahan semua pengguna
Boleh dipakai di mana-mana

(korus)

Pensel berinovasi mudah digunakan
Garis lurus siap dilakarkan
Bengkang-bengkok kita hindarkan
Hasil yang kemas kita tonjolkan

Mari kawan kita praktikkan
Idea terkini kita janakan
Kasut ajaib kita hasilkan
Selipar sepatu kita gabungkan

(ulang korus)

Wahai sahabat bijak bestari
Tanamkan semangat di dalam diri
Idea kreatif kita pelajari
Reka inovasi setiap hari (ulang tiga kali)

Imbas Saya

• Bimbing murid mencari makna perkataan yang berwarna dan mengubah suai lagu.

4.3.3 • Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif.

KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Kreativiti dan Inovasi
157

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Projek Kami

Kavina, Veeran dan Nabil berbincang tentang inovasi bersempena
dengan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta anjuran Kelab Sains dan
Inovasi.

Chan Ho: Fahim, kita patut membuat projek penapis air.

Fahim: Ya, Chan Ho. Projek penapis air patut kita buat. 4 cm

Chan Ho: Kita boleh membuat penapis air daripada buluh.

Fahim: Apakah barang-barang yang kita perlukan,

Chan Ho? 20 cm

Chan Ho: Kita memerlukan buluh. Saya ada penyambung

tiub air dan kepala paip kecil.

Fahim: Saya ada dua batang buluh yang panjangnya

30 sentimeter.

Chan Ho: Tiub salur air kecil juga kita perlukan.

Fahim: Saya ada tiub salur air, Chan Ho. alat suai pili
Chan Ho: Buluh itu perlu kita bersihkan dahulu. Kita akan

memasukkan penyambung tiub air ke lubang paip dari paip

pada bahagian bawah buluh. kecil di singki

Fahim: Ya. Kita perlu membuat penutupnya. tiub salur air
Bahagian dalam penutup perlu kita kikis.

Chan Ho: Kita perlu memastikan bahawa panjang buluh penyambung tiub

itu 24 sentimeter. penutup

Buluh itu ditebuk pada bahagian bawah

untuk dimasukkan tiub air oleh mereka.

Kemudian, Chan Ho memasukkan arang dari
buluh ke dalam buluh sebagai bahan paip
penapis. Seterusnya, paip kecil dipasang di singki
pada bahagian lubang air keluar pada lubang
buluh yang kedua. Selepas itu, tiub air lubang lubang lubang air masuk
air keluar air masuk air keluar

dipasang pada kepala paip. Mereka

berpuas hati kerana berjaya menyiapkan

projek tersebut.

• Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif yang bercetak tebal. 5.3.3
• Minta murid menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan ayat pasif

kepada ayat aktif.

151858 KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Kreativiti dan Inovasi

Pemulihan
Berceritalah berdasarkan gambar.

Lemang Inovasi

Kad 1 buluh lemang

Ibu saya menyediakan santan
bahan untuk membuat
lemang inovasi seperti pulut

buluh lemang Kad 2
santan

daun pulut garam Ibu saya memasukkan
pisang Ayah saya menuang

Kad 3 periuk kukus

Ibu saya memasukkan
Ibu saya menyusun
Selepas itu, ibu saya menutup

Kad 4

Akhirnya, ibu saya
menghidangkan

159

Pengayaan

Edit perenggan.

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Guru menyediakan kad bernombor 1, 2, 3 dan 4.
3. Ketua kumpulan mencabut nombor untuk menentukan tempat mula

mengedit.
4. Setiap kumpulan diberi masa lima minit untuk berbincang dan menulis teks

yang diedit.
5. Murid bergerak untuk mengedit teks mengikut pusingan jam.
6. Setiap kumpulan membentangkan hasil yang diedit.

1 Itu apa! Itu dron terkini. Dron 2 Penggunaan dron banyak
atau robot terbang adalah sebuah memberikan kebaikkan. Dron
pesawat tampa pemandu. digunakan untuk mengangkat
Dron dapat mengkawal dengan dan menyembur racun serangga
mengunakan alat kawalan jauh. disawah. Oleh itu, padi tomboh
dengan suburnya.

4 dron juga digunakan untuk mencari 3 Selain itu, peminat video pula,
dan menyelamat, oleh ahli polis menggunakan dron untuk
dan bomba. Wah! hebat dron? Oleh merakam gambar. Dron dapat
kerana itu, dron semakin popular di merakam gambar daripada
malaysia. pelbagai-pelbagai sudut. Jadi,
rakaman itu lebeh cantik
160

Pengukuhan

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Kerusi Serba Guna

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pasukan Inovasi SMK Taman Tasik,
Ampang menjuarai pertandingan inovasi Piala Ketua Pengarah Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Ciptaan inovasi mereka ialah
kerusi serba guna.

Mereka menyertai pertandingan inovasi itu pada 7 Ogos 2019.
Pertandingan tersebut berjaya mendapat penyertaan 80 inovasi
daripada 15 buah sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah.

Ketua Pengarah FRIM mengucapkan tahniah kepada adik Aniq
Jebat, Shafi Bhaizid dan Fadhlul Raihan, serta guru pembimbing, Puan
Jamilah Kamaruddin.

Mereka membuat kerusi daripada kayu yang ringan dan mudah
dibentuk. Hasil inovasi mereka bukan sahaja murah tetapi juga
mempunyai ciri keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana
bahan yang digunakan tidak berbahaya dan tidak memudaratkan
kesihatan.

Selain itu, penggunaan kerusi ini dapat menjimatkan ruang. Semua
barang dan peralatan untuk belajar boleh diletakkan oleh pengguna
di kerusi itu. Kerusi serba guna sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.

Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM berkata bahawa pertandingan
ini diadakan oleh FRIM untuk memupuk daya cipta murid.

(Sumber: SMK Taman Tasik)

1. Tukarkan ayat aktif bercetak merah kepada ayat pasif.
2. Tukarkan ayat pasif bercetak biru kepada ayat aktif.
3. Senaraikan perkataan berimbuhan awalan, akhiran

dan apitan dalam buku tulis.

161

Bacaan Luas
Inovasi Kebanggaan Negara Kita

Sekumpulan murid dari SJKC Kai Ming, Bintulu, Sarawak telah
mencipta “B-Beep”. Idea untuk mencipta alat itu timbul semasa
mereka menunggu ibu bapa selepas waktu persekolahan.

Nathanael Lim Yee Ning, 10 tahun, Ling Guan Yee, 12 tahun dan
Ling Yan Ru, sembilan tahun, telah mengharumkan nama sekolah.
Mereka telah memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi
bersempena dengan Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta,
Harta Intelek Antarabangsa (IPITEX 2020) di Thailand.

Ciptaan “B-Beep” juga menerima Anugerah Khas “Young Innovator
Award” daripada kerajaan Singapura. Ciptaan itu telah berjaya
menewaskan 514 rekaan dan produk dari 21 buah negara lain.
Negara yang mengambil bahagian termasuklah Britain, Kanada,
Jepun, Poland, China, Indonesia, Macau, Hong Kong, Taiwan, Korea
Selatan, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Sudan, Republik Czech,
India, Iran, Arab Saudi, Romania dan Malaysia.

“B-Beep” yang dicipta merupakan alat keloi Bluetooth. Aplikasi ini
disambungkan kepada telefon bimbit ibu bapa mereka. Mereka telah
mengujinya semasa menunggu ibu bapa di sekolah. Melalui alat ini,
mereka dapat mengetahui kehadiran ibu bapa di pekarangan sekolah.

Dengan alat ini, kesesakan trafik pada waktu tamat persekolahan
dapat dikurangkan. Murid dapat membuat kerja sekolah atau
mengulang kaji pelajaran semasa menunggu kedatangan ibu bapa.
Mereka tidak perlu tertunggu-tunggu ketibaan ibu bapa mereka.

(Sumber: SJKC Kai Ming)

162


Click to View FlipBook Version