BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA: NUR AIN NAJWA BINTI ZAINUL
UNIT: BAHASA MELAYU 5
ANGKA GILIRAN: 2020142340107
KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3062
KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH: ENCIK SHAHRIN BIN ABIDIN
Biodata
Nama: Nur Ain Najwa binti Zainul
No. Kad Pengenalan: 011019-04-0330
Umur: 20 Tahun
Unit: Bahasa Melayu 5
Ambilan: PISMP Jun 2020
Mentor: Pn. Salinah binti Pit
No. Telefon: 011-60657708
Emel: [email protected]
PENGENALAN
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
adalah satu persatuan organisasi
sukarela yang didedikasikan untuk
tindakan dan perkhidmatan
kemanusiaan. Ia merupakan sebahagian
daripada Pergerakan Antarabangsa
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
yang membawa misi untuk meringankan
penderitaan manusia dan
mempromosikan keamanan yang
berkekalan di antara manusia
berpaksikan kepada prinsip-prinsip asas
BSMM.
Visi
Bagi merealisasikan Bulan Sabit
Merah malaysia sebagai organisasi
kemanusiaan yang terkemuka dan
tersendiri yang membawa masyarakat
dan institusi-institusi bersama untuk
mereka yang memerlukan.
Misi
Untuk mencegah dan mengurangkan
penderitaan di mana jua.
SEJARAH PENGASAS
Jean Henry Dunant.
Lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland
Dikenali sebagai “Bapa Palang Merah”.
Ahli sebuah organisasi ‘League of Alms” di Geneva
yang bertujuan membantu penduduk yang miskin, sakit
dan serba kekurangan.
Pada usia 30 tahun, beliau menyertai organisasi ‘Young
Men’s Christian Union’ yang bergiat aktif di
Switzerland, Perancis dan Belgium.
Terlibat dalam Kerjaya dan Dunia Perniagaan
1849, bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva dan sambil mempelajari
selok-belok bidang perbankan.
Beliau telah diberi jawatan sebagai pengurus sementara di sebuah cawangan bank
Swiss iaitu ‘Colonies Suisses de Setif’ yang terletak di Algeria.
Kemudian beliau membuka perniagaan sendiri pada tahun 1958 dengan menubuhkan
‘The Mons-Djemile Mills Company Limited’ di Algeria.
Peristiwa di Solferino
25 Jun 1859, semasa menguruskan perniagaan di Castiglione della Pieva di Itali,
berlaku satu pertempuran di Solferino iaitu perang antara Austria dan pakatan
Perancis-Sardinia.
Dunant mendapat ramai mangsa perang bergelimpangan di bandar kecil tersebut.
Lebih kurang 40,000 orang tercedera, mati dan hilang. Perkhidmatan bantuan dan
jurutawat adalah sebahagian anggota tentera yang terdedah kepada tembakan.
Dunant dengan pakaian serba putihnya telah melancarkan kempen bantuan kepada
mangsa-mangsa perang tersebut.
‘Kenangan di Solferino’
Pengalaman di Solferino diabadikan dalam sebuah
bukunya ‘Kenangan di Solferino’
Beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri
daripada para sukarelawan yang terlatih patut
ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para
anggota tentera yang cedera dalam peperangan.
Pada tahun 1863, Dunant telah menjelajah ke beberapa
buah ibu kota di Eropah bagi menjelaskan idenaya itu.
Beliau telah mengadakan perbincangan, pertemuan
dengan tokoh-tokoh yang berpengaruh termasuk raja-
raja Eropah.
Detik Kegemilangan Henry Dunant
Antara 1863 - 1864 merupakan detik-detik kegemilangan Dunant. Sebuah
jawatankuasa ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat bagi
merealisasikan ideanya.
26-29 Oktober 1863 Persidangan Antarabangsa bagi penubuhan Pertubuhan
Palang Merah.
Pengakhiran Henry Dunant
Perasaan malu dan kurang keyakinan diri telah menguasai
diri Dunant. Tugasnya telah diambil oleh individu yang lebih
praktik dan pragmatik.
1867, Dunant terpaksa menyerahkan segala harta yang
dimiliki untuk melunaskan beban hutan dan ditambah lagi
dengan perniagaan yang mengalami kemerosotan.
Pada Disember 1901, Dunant menerima anugerah Hadiah
Keamanan yang pertama.
30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant menghembuskan
nafas terakhir di Heidden ketika berusia 82 tahun.
SEJARAH PENUBUHAN
Jawatankuasa Berlima
Tahun 1863, Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali
sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini
terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General
Dufour dan Henry Dunant.
Matlamatnya ialah untuk merangka peraturan-peraturan bagi
pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang
terkandung dalam buku ‘Kenangan di Solferino’.
26-29 Oktober 1863, Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di
Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara.
Para perwakilan telah bersetuju melaksanakan 10 resolusi dan 3
cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.
Setiap negara perlu Ambulan, Hospital Tentera Mengesahkan satu jenis
menubuhkan sebuah dan kakitangan perubatan lambang seragam iaitu
Jawatankuasa Bantuan untuk gelangan tangan dengan
membantu Perkhidmatan dilindungi semasa lambang palang merah yang
Tentera ketika peperangan. peperangan. berlatar belakangkan putih.
Keputusan
Konvensyen
Antarabangsa
Pertama
Jawatankuasa Berlima
Kovensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam
sejarah kemanusiaan bagi memperbaiki keadaan anggota tentera yang
cedera dan sakit di medan perang.
Terdapat empat Konvensyen Geneva kesemuanya.
Merupakan usaha berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk
memperbaiki aspek-aspek perlindungan yang digubal semasa Konvensyen
Geneva Pertama.
Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva Kedua
Pertama (1864) (1899)
Palang Merah sebagai Melindungi anggota tentera
perlindungan atas anggota yang cedera, sakit dan yang
tentera yang cedera dan
sakit di daratan dan kepada karam di laut.
pegawai perubatan.
Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva
Ketiga (1929) Keempat (1949)
Memberi perlindungan Melindungi orang awam dan
kepada tawanan perang dan harta benda mereka semasa
berhak menerima berita berlaku peperangan.
daripada keluarga.
SEJARAH PENUBUHAN
BSMM DI MALAYSIA
1948
Palang Merah British Cawangan Sarawak
ditubuhkan.
1950
Ditubuhkan di Pulau Pinang.
1951
Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan
Selangor.
1952
Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
1961
Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan) telah dibaca di
Parlimen.
1962
16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) AKTA 1961
(No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
1963
Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan
Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima dan
mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan
Palang Merah
1965
Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah
meluluskan akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Akta No.47 tahun 1965)
1975
21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang
Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan
diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 -
Pertukaran nama dan lambang persatuan
2007
Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke 16
telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Akta dan Perlembagaan BSMM
Akta 4
Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan)
Akta ini dikemuka pada tahun 1961 di Parlimen dan
diluluskan di Dewan Negara pada Mei 1961;
Akta ini dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965) [ACT47/65]
Akta ini telah mengabungkan Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah
Melayu, Cawangan-cawangan Persatuan Palang Merah
British di Sabah, Sarawak dan Singapura;
Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan ialah
Persatuan Palang Merah Malaysia;
Akta ini dikenali sebagai AKTA PERSATUAN PALANG
MERAH MALAYSIA (PERBADANAN).
Akta 1962
Akta Persatuan Palang Merah (pertukaran nama dan
lambang persatuan) telah diluluskan oleh Parlimen
Malaysia dan diwartakan pada 04 September 1975;
Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan lambing Bulan Sabit
Merah menjadi hak milik persatuan ini.
Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
• Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1
Julai 1965.
• Tujuan persatuan ialah:
• Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan
mengurangkan penderitaan sama ada dalam masa aman
atau perang;
• Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan
cedera;
• Menjalankan tanggungjawab dalam negara.
• Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis.
• Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan
Persekutuan Persatuan Palang Merah Malaya. (Akta 4, 1962)
• Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis.
• Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus,
dividen atau yang mendatangkan faedah bagi ahli persatuan.
• Kalau disabit kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan
didenda sebanyak RM300.00
Matlamat Pergerakan
Memberi perlindungan dan meringankan
kesengsaraan manusia di mana sahaja
Melindungi nyawa dan kesihatan
Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan
kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli
Pergerakan
Menentukan penghormatan diberi kepada manusia,
terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga
kecemasan
Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan
kebajikan sosial
Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh
kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan
pertolongannya.
Prinsip-prinsip Asas
Pergerakan
Melindungi dan menolong orang-orang
awam dan anggota-anggota tentera yang
cedera
Membekalkan bantuan kecemasan
Menggalakkan penubuhan dan pembunan
persatuan
Menjalankan kerja-kerja kemanusiaan.
Istiadat-Istiadat Rasmi
Pertubuhan
Instiadat Perhimpunan
Masuk dalam barisan
Melapor kekuatan pasukan
Mengibarkan bendera Malaysia,
Negeri dan Bulan Sabit Merah
Malaysia.
Semasa lagu kebangsaan
dimainkan, semua pegawai dan ahli
berdiri tegak.
Pegawai-pegawai yang beruniform
memberi tabik hormat.
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu
BSMM.
Bacaan doa.
Ucapan pemimpin.
Bacaan ikrar.
Keluar baris.
LOGO BSMM
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah - Berasal dari lambang palang
merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang
Merah Antarabangsa pada tahun 1929.
Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan
kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka
daripada diserang ketika peperangan.
LAMBANG
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu
penghargaan kepada negara Switzerland,
yang mana simbol palang berwarna merah
yang berlatarbelakangkan putih seperti
bendera negara Switzerland yang
diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk
mengenalpasti perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa
perang dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat
mereka.
Pada November 1876, Turki yang sedang
berperang dengan Russia, mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss bahawa
lambang Palang Merah menghina kepercayan
agama anggota tenteranya dan mereka
mengunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan
ambulans mereka. Langkah tersebut banyak diikuti oleh negara-
negara Arab dan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Kini, sebanyak 29 negara telah menggunakan lambang Bulan Sabit
Merah untuk menandakan kakitangan dan barang yang dilindungi
oleh Konvensyen Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen
Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang
tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas
kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan,
pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan
untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera
akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan
peperangan, perniagaan dan publisiti. Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan
lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan
kenderaan kepunyaan mereka.
Konvensyen Geneva 1949 menetapkan penggunaan
lambang ini sebagai Pelindungan.
Protokol Tambahan III
Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas
daripada konotasi agama, budaya atau politik, dengan status
yang sama di sisi undang-undang seperti Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah
Meningkatkan perlindungan untuk pekerja kemanusiaan dan
mangsa konflik bersenjata
Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu
menggunakan palang merah atau bulan sabit merah untuk
menyertai Pergerakan ini;
Membolehkan Persatuan untuk menggunakan palang merah dan
bulan sabit merah bersama-sama
Mencegah pembiakan lambang.
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Besatu Dan Maju
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta
LAGU BSMM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
IKRAR BSMM
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Berikrar,
Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah
di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan undang-undang yang lain
dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
Kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana,
Berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti berikut
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
BERSATU
KESEJAGATAN
PRINSIP-PRINSIP
ASAS BSMM
KEMANUSIAAN
Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk
memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada
mereka yang cedera di medan pertempuran dan
berusaha untuk mencegah dan meringankan
kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya
adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta
memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan
kedamaian antara manusia.
KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau
fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya
ialah untuk meringankan kesengsaraan individu dan
memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang
paling serius.
BERKECUALIAN
Tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan
dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama dan ideologi.
KEBEBASAN
Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.
KHIDMAT SUKARELA
Berupa badan sukarela yang tidak didorong pleh
sebarang tujuan untuk mencari untung.
BERSATU
Hanya terdapat satu PALANG MERAH atau BULAN
SABIT MERAH dalam sesebuah negara. Persatuan
ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan
aktivitinya meliputi seluruh negara.
KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa meliputi dunia, di mana semua
persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab
yang sama serta saling bantu-membantu antara
satu sama lain.
Apa itu UUKA?
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar
kemanusiaan, menentukan batasan untuk
menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata.
Ia melindungi mereka yang tidak terlibat,
atau tidak lagi mengambil bahagian dalam
peperangan, dan menghadkan cara dan
kaedah peperangan.
Apa itu UUKA?
UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang
antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung
dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian
daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh
semua negara.
UUKA juga dikenali sebagai
Undang-undang Peperangan
atau Undang-undang Konflik
Bersenjata
UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh
menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang
lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang
antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja sesebuah
konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai. UUKA
berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan
dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata – konflik
antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.
Peraturan Asas UUKA
PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS:
1. Pembatasan:
Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai
cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi
mencederakan musuh adalah TERBATAS.
2. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar:
Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda
secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah,
adalah dilarang.
Peraturan Asas UUKA
PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS:
3. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang
dan objek awam:
Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam
adalah dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti
perbezaan diantara anggota/objek tentera dengan
anggota/objek awam yang tidak bersalah.
Peraturan Asas UUKA
PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS:
4. Pertimbangan:
Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal
dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan
akan diperolehi secara langsung.
5. Keperluan ketenteraan:
Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika
konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini
bukanlah satu alasan untuk berkelakuan tidak
berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang dilarang oleh
UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong kepimpinan
yang buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan
ketenteraan diwajarkan bagi langkah-langkah yang tidak
dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka.
Perjanjian yang
Membentuk UUKA
Konvensyen Geneva UUKA terdiri daripada pelbagai
merupakan perjanjian antarabangsa yang
perjanjian wujud sejak 150 tahun yang
lalu. Perjanjian UUKA yang
antarabangsa paling dikenali adalah empat
pertama dalam Konvensyen Geneva 1949 dan
sejarah moden yang Protokol Tambahan kepada
diterima sejagat konvensyen tersebut.
oleh semua negara.
Perjanjian-perjanjian ini termasuklah:
Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda
Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-
dua protokolnya;
Konvensyen Senjata Biologi 1972;
Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-
lima protokolnya;
Konvensyen Senjata Kimia 1993;
Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api;
Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan
Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW).
Perjanjian yang
Membentuk UUKA
Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan
Konvensyen Geneva Pertama
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan
mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera
di medan pertempuran (12 Ogos 1949)
Konvensyen Geneva Kedua
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-
anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan
karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos 1949)
Konvensyen Geneva Ketiga
Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan
kepada tawanan perang (12 Ogos 1949)
Konvensyen Geneva Keempat
Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang
awam semasa perang (12 Ogos, 1949)
Perjanjian yang
Membentuk UUKA
Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan
Protokol Tambahan I
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos
1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa
konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977)
Protokol Tambahan II
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos
1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa
dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun
1977)
Protokol Tambahan III
Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos
1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8
Disember 2005)
Bilakah UUKA
digunapakai?
UUKA diguna pakai hanya
ke atas konflik bersenjata;
ia tidak merangkumi
ketegangan atau kekacauan
dalaman seperti tindakan
keganasan berasingan dan
tidak berkaitan antara satu
sama lain.
Undang-undang ini diguna
pakai hanya apabila
sesebuah konflik tercebus
dan diguna pakai keatas
semua pihak, tanpa mengira
siapa yang memulakan
persengketaan tersebut.
APAKAH PERUNTUKAN UUKA
YANG MENGAWAL
PENGGUNAAN LAMBANG?
Peruntukan dalam Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol
Tambahan menentukan bahawa Palang Merah, Bulan Sabit
Merah dan Kristal Merah adalah simbol yang dilindungi
oleh undang-undang antarabangsa.
Untuk memastikan pengawalan penggunaan emblem secara
efektif, setiap negara harus mengamalkan langkah-langkah
penguatkuasaan seperti berikut:
pengenalpastian dan definisi lambang untuk tujuan pengenalan
dan perlindungan
hak negara untuk mengawal penggunaan lambang
entiti-entiti yang diberi kebenaran untuk menggunakan lambang
kebenaran penggunaan lambang
KENAPA PERLU
MENGHORMATI UUKA ?
1. Satu pilihan yang patut
dilakukan oleh pihak
tentera
2. Satu tanggungjawab
moral
3. Satu pilihan politik yang
munasabah
4. Satu kewajipan dari segi
undang-undang
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERTUBUHAN
Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (JAPM)
ICRC ditubuhkan pada 1863 dengan nama
“JawatankuasaLima Orang”. Pada tahuN 1876,
jawatankuasa ini dinamakan sebagai INTERNATIONAL
COMMITTEE OF THE RED CROSS. ICRC merupakan
sebuah institusi yang bebas dan berkecuali dari segi
politik, ideologi dan agama. Ibu pejabat terletak di
Geneva, Switzerland. Bilangan maksima anggota ialah 25
orang dan mereka terdiri daripada warga Switzerland.
Peranan Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah (JAPM)
Kemanusiaan Antarabangsa
▪ 1) Pemaju Konvensyen Geneva:
Memajukan Undang-Undang Kemaunusian
Antarabangsa untuk kefahaman dan penyebaran
Konvensyen Geneva.
▪ 2) Orang tengah yang berkecuali:
Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak
▪ yang bermusuhan;
Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera
dalam sesuatu peperangan mendapat perlindungan dan
pertolongan.
3) Penjaga prinsip-prinsip:
▪ Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati;
▪ Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-
persatuan kebangsaan.
Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah (JAPM)
1) JAPM memperoleh punca kewangan daripada
empat sumber:
▪ Sumbangan daripada negara-negara yang
menjadi pihak kepada konvensyen Geneva dan
▪ European Community (EC);
Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan;
▪ Sumbangan persendirian;
▪ Sumber-sumber lain.
Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
▪ 1. Perlindungan
Memastikan tawanan perang dan orang tahanan
mendapat makanan, tempat kediaman, layanan dan
keadaan kerja yang sepatutnya.
▪ 2. Pengesanan
Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan
ahli keluarga masing-masing.
▪ 3. Bahagian Bantuan Umum
Mendapatkan dan memastikan bantuan yang
sepatutnya sampai kepada pihak yang memerlukan.
4. Bahagian Perubatan Umum
• Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan
mencukupi.
Persekutuan Antarabangsa Palang Merah
& Bulan Sabit Merah
International Federation of Red Cross and Red
Cresent Societies (IFRC)
Persekutuan ini ditubuhkan pada 05 Mei 1919 di Paris
secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang
Pertama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan
seperti membantu mangsa perang dan tawanan
perang. Pengasas IFRC, Henry Pomeroy Davison
mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan
disatukan di persidangan perubatan antarabangsa.
Nama asal ialah Liga Persatuan-persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah yang mana ahli-ahli pengasas ialah
Persatuan Palang Merah Amerika, England, Perancis, Itali
dan Jepun. Pada November 1991, nama Liga Persatuan-
persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa Persatuan-
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Fungsi-fungsi persekutuan
Bertindak sebagai badan tetap mengenai
perhubungan, penyelarasan dan pengkajian
di antara Persatuan-persatuan
Kebangsaan dan untuk memberi mereka
apa jua pertolongan yang diminta;
Untuk menggalakkan dan mempromosikan
dalam tiap-tiap negara penubuhan &
pembangunan Persatuan Kebangsaan yang
bebas serta diikiraf;
Untuk memberi bantuan dengan apa jua
cara kepada semua mangsa-mangsa
bencana alam.
Untuk membantu Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam persediaan bantuan
bencana dan juga dalam operasinya;
Fungsi-fungsi persekutuan
Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan
untuk pengambilan masuk ahli- ahli daripada
penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan
hasrat unggul pergerakan;
Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa
konflik bersenjata selaras dengan perjanjian–
perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC);
Membantu JAPM/ICRC memaju dan
membangunkan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan bekerjasama dalam
penyebaran undang-undang ini & Prinsip-prinsip
Asas di antara Persatuan-persatuan
Kebangsaan.
IFRC ditadbir melalui:
1. Perhimpunan Agung
• 2 tahun sekali.
• Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh
perwakilan daripada Persatuan-Persatuan Kebangsaan.
1. Majlis Eksekutif
• Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan
Agung.
• Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan Presiden yang
dilantik oleh persatuan-persatuan kebangsaan yang dipilih dan 16
Persatuan Kebangsaan yang dipilih oleh Perhimpunan Agung.
2. Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions)
• Terdapat lima suruhjaya iaitu Kewangan, Belia, Bantuan
Bencana, Pembangunan dan Kesihatan & Perkhidmatan
Masyarakat.
3. Sekretariat
• Beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
• Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan
Agung atas nasihat Majlis Eksekutif.
STRUKTUR ORGANISASI BSMM
STRUKTUR ORGANISASI
PERINGKAT IPG
STRUKTUR JAWATANKUASA
PERINGKAT ZON
STRUKTUR ORGANISASI
PERINGKAT INSTITUT
STRUKTUR ORGANISASI
PERINGKAT SEKOLAH
Pendaftaran Ahli
dan Kumpulan
Pendaftaran Ahli
Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa
mengira bangsa, agama, jantina dan politik.
Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di
Ibu Pejabat Kebangsaan.
Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan
rekod keahlian masing-masing.
Bagi Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran,
rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif.
Keahlian Biasa
Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2 setahun.
Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau
Cabang.
Ahli Seumur Hidup
Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan
Cawangan.
Yuran: tidak kurang daripada RM1000
Ahli Kehormat Seumur Hidup
Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.
Tidak melebihi 4 Orang setiap tahun.
Pasukan Bantuan Sukarela
Yuran: RM2 setahun tapi digalakkan bayar yuran
sekaligus untuk 5 tahun.
Ahli Belia
Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan.
Tidak melebihi 12 tahun dan berfatar di bahagian unit
sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak (LINK)
Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan
Sabit Muda (Junior)
Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan
Sukarela (Voluntary Aid Detachment: VAD)