KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM Terima kasih saudara pengerusi majlis, Yang saya hormati,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh En. mohd Nadzari Bin Baharom, Penolong kanan Hal ehwal murid En. Basaruddin Bin Baharom dan semua guru-guru serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulllilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu dan bersua muka dalam Kempen Hak-hak sebagai Pengguna di Sekolah Rendah Pauh ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola yang telah berusaha dan berganding bahu demi menjayakan majlis perasmian ini. Majlis ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada semua. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Besarlah harapan saya agar program yang dirancang ini dapat mencapai objektifnya iaitu mendedahkan kepada murid- murid tentang hak-hak kita sebagai pengguna. Memandangkan minggu ini ialah minggu hak sebagai pengguna, jadi saya sebagai pengarah program akan melancarkan beberapa program untuk sepanjang minggu ini.Semoga majlis ini dapat memberi pengajaran kepada murid-murid tentang pentingnya hak kita untuk bersuara sebagai pengguna dan matlamat program kali ini dapat dicapai. Akhir kata, saya berharap agar sepanjang program ini berlansung, semua dapat memberi kerjasama dan dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada murid-murid. Dengan ini, Saya sebagai pengarah program merasmikan kempen hak-hak sebagai pengguna Sekolah Kebangsaan Pauh bagi tahun 2023 ini. Sekian terima kasih. 1
2
BUTIRAN PROGRAM NAMA PROGRAM : Program Kenali Sirim ANJURAN : Pengetua Sekolah Kebangsaan Pauh, Perlis DENGAN KERJASAMA : Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM. TARIKH : 13-15 MAC 2023 MASA : Bermula pada jam 8:00 pagi TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Pauh 3
OBJEKTIF PROGRAM Semperna Hari-hari hak sebagai pengguna adalah pada 15 Mac, jadi Sekolah Kebangsaan Pauh,Perlis akan mengadakan kempen yang melibatkan pelajar dan guru-guru. Antara program yang akan diadakan ialah Program kenali tanda SIRIM yang akan diadakan sepanjang minggu Hari hak sebagai pengguna daripada 13 Mac 2023 hingga 17 Mac 2023. Antara objektif program ini adalah : 1. Dapat mendidik pengguna menjadi warga bermaklumat 2. Dapat melindungi pengguna daripada penipuan 3. Menjadikan pengguna yang berani bertindak 4. Dapat mendedahkan ilmu dan pengetahuan kepada pengguna tentang SIRIM 5. Menjadikan pengguna sebagai pengguna yang bijak dapat membuat keputusan Banyak aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan melibatkan pelajar untuk mencapai objektif program ini, tujuan kami memilih program ini untuk dijadikan salah satu aktiviti minggu hak sebagai pengguna adalah kerana kami mengenal pasti ramai pelajar sekolah rendah yang masih belum mengenali tentang SIRIM dan belum didedahkan tentang SIRIM dengan lebih lanjut. Antara strategi pelaksanaan program ini ialah: 1. Ceramah tentang kepenggunaan oleh penceramaha jemputan 2. Pertandingan kepenggunaan 3. Lawatan ke AMREC SIRIM di Kulim untuk pelajar darjah 6 4
Jadi kenapa perlu ada kelulusan SIRIM? Penting ? Kerana itulah kami mengadakan program ini antara sebab utamanya ialah kelulusan SIRIM perlu ada pada setiap barangan elektronik yang anda beli. SIRIM mempunyai banyak makmal ujikaji untuk membuat ujian ke atas produk-produk bagi memastikannya selamat dan berkualiti daripada mana-mana pengeluar. Setiap produk yang diluluskan ada tujuannya yang tesendiri. Antaranya ialah: Mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik Mengelakkan bahaya yang berkaitan kepanasan dan kebakaran Mengelakkan bahaya yang berkaitan bahan mekanikal Mengelakkan bahaya yang berkaitan dengan radiasi dan kimia 5
PROGRAM KENALI SIRIM 13 MAC 2023 - 15 MAC 2023 TARIKH MASA ATURCARA 13 MAC 8:00 A.M. Majlis Pelancaran -Ketibaan tetamu jemputan 8:15 A.M. Ucapan daripada pengarah program 9:00 A.M. Perasmian minggu hak-hak sebagai pangguna oleh Guru Besar 9:30 A.M. - 12:00 A.M. Ceramah pengenalan SIRIM kepada pelajar 14 MAC 8:00 A.M. Pendaftaran untuk pertandingan 9:00 A.M. - 10:00 A.M. Pertandingan menulis esei 10:30 A.M. Pertandingan mewarna poster 12:00 P.M. Bersurai 15 MAC 8:15 A.M. Lawatan ke AMREC SIRIM di Kulim oleh pelajar darjah 6 - Bergerak dari Sk Pauh ke AMREC SIRIM di Kulim 9:30 A.M. Tiba di AMREC SIRIM 9:45 A.M. Penerangan diberikan oleh pegawai SIRIM 10:00 - 12:00 P.M. Lawatan dimulakan dan dibantu oleh pegawai SIRIM 12:00 P.M. Pulang ke SK Pauh semula 6
CERAMAH PENGENALAN TENTANG SIRIM 13 MAC 2023 7
PERTANDINGAN MENULIS ESEI & MEWARNA 14 MAC 2023 8
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI AMREC SIRIM KULIM 15 MAC 2023 9
10
BUTIRAN PROGRAM NAMA PROGRAM : Program Kenali Ubat Anda ANJURAN : Pengetua Sekolah Kebangsaan Pauh, Perlis DENGAN KERJASAMA : Farmasi Klinik Kesihatan Simpang Empat TARIKH : 16 & 17 MAC 2023 MASA : Bermula pada jam 8:00 pagi TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Pauh 11
OBJEKTIF PROGRAM Kesihatan yang baik merupakan satu nikmat kurniaan tuhan yang tidak ternilai kepada manusia. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik, mahu tidak mahu kita tidak boleh lari dari bergantung kepada ubat-ubata. Ubat-ubatan bukan sahaja diperlukan oleh mereka yang berusia atau berpenyakit kronik, malah ia digunakan untuk melegakan penyakit ringan dan akut seperti demam dan selesema. Malah mereka yang tidak berpenyakit juga sering mengambil ubat-ubatan dalam bentuk vitamin dan makanan tambahan bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa di tahap yang optimum. Penggunaan ubat-ubatan tidak boleh diambil remeh. Penggunaanya yang betul akan dapat memberikan faedah yang baik kepada kita. Akan tetapi, ia juga berupaya untuk mendatangkan mudarat sekiranya ia digunakan dengan cara yang salah dan tidak mengikuti peraturan. Akibat dari penggunaan ubat-ubatan yang tinggi di kalangan masyarakat, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan satu program yang amat berguna untuk mendidik masyarakat tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul. Program ini dikenali dengan ‘Program Kenali Ubat Anda’. Sempena hari-hari Hak Sebagai Pengguna, Sekolah Kebangsaan Pauh,Perlis akan mengadakan Program Kenali Ubat Anda yang bertarikh 16-17 Mac 2023. 12
Di antara objektif program ini adalah untuk: • Meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara rasional • Menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan dan ubat melalui pelbagai isu • Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang sepatut dan tidak patut diambil dan sebabnya • Meningkatkan pelaporan kesan sampingan ubat melalui pendidikan pesakit • Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat oleh ibu mengandung, ibu yang menyusu anak- anak dan kanak-kanak • Membantu warga emas dalam penggunaan ubat Program ini dapat meningkatkan penggunaan ubat secara berkualiti. Murid-murid diajar tentang konsep ‘5B’ dalam penggunaan ubat-ubatan. Antara konsep 5B ialah : • Memastikan ubat tersebut untuk pengguna yang betul • Ubat yang betul • Dos yang betul • Cara pengambilan yang betul • Masa pengambilan yang betul 13
Jadi kenapa perlunya kita untuk kenali ubat-ubatan? Terdapat banyak risiko dan kesan sampingan apabila kita menggunakan produk yang tidak berdaftar. Kerana itulah kami mengadakan program ini. Risiko Menggunakan Produk Tidak Berdaftar : a) Kesan sampingan produk yang dicemar palsu dengan Steriod • Meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak • Kulit menjadi nipis • Meningkatkan risiko jangkitan kuman • Iritasi kulit • Kulit kering • Jerawat • Merosakkan organ-organ dalaman (contohnya kerosakan buah pinggang) b) Kesan sampingan produk yang dicemar palsu dengan Sibutramine • Sibutramine merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan penurunan berat badan dengan bertindak secara mengurangkan selera makan. • Namun, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memutuskan untuk mengantung pendaftaran produk yang mengandungi sibutramine atas faktor keselamatan. • Antara kesan sampingan yang berbahaya terhadap pengambilan ubat ini ialah: Kegagalan jantung Kegagalan buah pinggang Kesan pada sistem kardiovaskular Gangguan tidur 14
Kesan Sampingan Produk Kosmetik yang Dicemar Palsu Hidroquinone adalah bahan kimia yang dilarang dalam sebarang sediaan kosmetik dan memberi kesan toksik kepada kulit antaranya: • Kulit menjadi hitam • Kanser kulit • Kulit kering • Kegatalan Dalam dos yang tinggi Hidroquinone juga boleh menyebabkan: • Kesesakan nafas • Serangan asma 15
PROGRAM KENALI UBAT ANDA 16 MAC 2023 – 17 MAC 2023 TARIKH MASA ATURCARA 16 MAC 8:00 A.M. Ketibaan tetamu jemputan. 8:15 A.M. Ucapan daripada pengarah program 9:00 A.M. Ceramah pengenalan mengenai ubat-ubatan kepada pelajar. 11:00 A.M. – 12:30 P.M. Pameran berkaitan ubat- ubatan 1.00 P.M. Bersurai 17 MAC 8:00 A.M. Pendaftaran untuk pertandingan mewarna 9:00 A.M. – 10:30 A.M. Pertandingan berwarna poster 11:00 A.M. – 1:00 P.M. Lawatan ke rumah pesakit 1:30 P.M. Pulang ke SK Pauh semula 16
CERAMAH PENGENALAN BERKAITAN UBAT-UBATAN 16 MAC 2023 17
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER DAN LAWATAN KE RUMAH PESAKIT 17 MAC 2023 18
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN KEMPEN HAK-HAK SEBAGAI PENGGUNA BIL NAMA DAN JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. Penyambut Tetamu • En. Muslim bin Md Said • En. Zainal bin Basrawi • Pn. Nik Azizah binti Nik Yussof • Pn. Rogayah binti Karim 1. Menjemput dan menyambut kedatangan tetamu kehormat 2. Mengiring tetamu kehormat ke dewan 2. Pengurus Majlis • En. Lee Thuan Lek 1. Mengatur dan menyelaras dengan AJK pelaksana yang terlibat untuk kelancaran majlis. 2. Menjadi rujukan sekiranya AJK pelaksana mempunyai masalah semasa majlis. 3. Juruacara Majlis • Pn. Fatimah binti Muslim • Pn. Siti Sarah binti Ibrahim 1. Meyiapkan teks pengacaraan majlis 2. Menyediakan solutasi majlis 3. Mengendalikan majlis perasmian 4. Pembaca Doa • En. Sheh Abdul Kadir bin Othman 1. Mengetuai bacaan doa 5. AJK Pendaftaran dan Penerima Hadiah • Pn Halimaton Saadiah binti Mohd Saad • Pn Norzila binti Saban • Pn. Wan Saera binti Wan Yaacob 1. Menyediakan dan menguruskan hadiah untuk pertandingan mewarna 19
PENGHARGAAN Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan Kempen Hak-Hak Sebagai Pengguna ini dan di dalam kedua-dua program iaitu Program Kenal Sirim dan Program Kenali Ubat Anda, khususnya semua guru Sekolah Kebangsaan Pauh, Perlis. Pihak kami berharap agar para pelajar dapat sesuatu yang dapat diguna pakai pada satu masa yang akan datang. 20