KESUKARELAWANAN
KESUKARELAWANAN
► Definisi Sukarelawan?
► Kerja sukarela ialah kegiatan yang
dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa
paksaan daripada mana-mana pihak,
tanpa mengharapkan ganjaran atau
balasan material, dan dapat memberi
manfaat kepada golongan/pihak
sasaran .
► Menurut Kamus Dewan juga, ia
bermakna dengan kehendak sendiri,
tidak dipaksa-paksa, dan secara rela
hati.
MATLAMAT UMUM
KESUKARELAWANAN
► Memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengetahui dengan lebih mendalam
tentang keperluan masyarakat.
► Memberikan pendedahan dan
penerangan kepada pelajar tentang
undang-undang pengwujudan sesebuah
persatuan dan badan-badan organisasi.
► Melahirkan pelajar yang menganggotai
kelab secara aktif, prihatian terhadap
persekitaran dan semangat kerjasama.
► Menanam dan memupuk semangat
kekitaan dikalangan pelajar.
► Membentuk kecergasan fizikal, kecerdasan
mental dan keperibadian positif dalam
kalangan pelajar KMK.
SIAPAKAH SUKARELAWAN?
► Sukarelawan seorang yang
mempunyai minat dan sering
terlibat dalam sesuatu kegiatan
sukarela.
► Sukarelawan juga harus
mempunyai sesuatu yang hendak
disumbangkan atau dikongsikan
dengan pihak sasaran/komuniti
seperti pengalaman, fikiran dan
ilmu, kemahiran dan kebolehan,
tenaga fizikal, dan sebagainya.
APAKAH YANG BUKAN
SUKARELAWAN SEBENAR?
► Melakukan kerja sukarela dengan terpaksa
► Tidak berkerjasama terhadap khidmat
► Sombong
► Tidak perihatin
► Bersikap negatif terhadap komuniti
► Harapkan ganjaran
Tugas-tugas Sukarelawan
► Menjalankan program dengan
licin.
► Memudahkan pengurusan dan
pengelolaan acara atau
program.
► Membantu menyediakan
persediaan yang rapi dan
melengkapkan kekurangan
program.
► Menjadi contoh dan teladan
kepada masyarakat.
► KESUKARELAWANAN terus menjadi agenda
penting dalam misi pembangunan negara.
Penyertaan masyarakat khususnya
generasi muda dalam aktiviti
kesukarelawanan amat penting dalam
melahirkan sebuah komuniti berempati.
► Namun, bagaimanakah penghayatan
sebenar masyarakat terhadap aktiviti
kesukarelawanan?
► Adakah masyarakat Malaysia sedar
pentingnya khidmat kesukarelawanan
dalam pembangunan sesebuah
masyarakat?
► Kesukarelawanan sering kali dikaitkan
aktiviti amal dan kebajikan yang
dijalankan terhadap golongan
memerlukan.
► Bantuan dan khidmat sokongan
diberikan amatlah luas, termasuklah
dalam konteks pembangunan komuniti,
pendidikan, kesihatan, sosio ekonomi,
pertanian, alam sekitar, bencana,
kebajikan, perpaduan dan banyak lagi.
► Ia memerlukan penyertaan aktif belia
dan masyarakat tanpa mengira latar
belakang, agama dan bangsa.
► Menjadi sukarelawan tidak memerlukan
sijil akademik yang tinggi.
► Cukuplah mempunyai ciri penting
sukarelawan seperti suka, rela dan ikhlas.
PROGRAM MENGECAT
ASTAKA KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
PROGRAM 4K DI PULAU TUBA