STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
✓Menggunakan konsep pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara bagi
membangunkan atur cara aritmetik:
i. Analisis masalah
ii. Reka bentuk atur cara
iii. Pengekodan
iv. Pengujian dan penyahpepijatan
v. Dokumentasi
ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
•Terdapat 4 teknik Asas Pemikiran Komputasional :
• Teknik Leraian (pecah masalah kepada lebih kecil)
• Teknik Pengecaman Corak (kenal pasti corak / patern yang
sama)
• Teknik Peniskalaan (focus pada aspek penting, abaikan yang
tidak penting)
• Teknik Pengitlakan (pembinaan model penyelesaian masalah)
Teknik Leraian membolehkan jaguh catur
menentukan pergerakan langkah yang boleh
dibuat dan menganalisis setiap langkah itu.
Teknik Pengecaman
Corak digunakan untuk
membandingkan corak
perubahan cuaca.
Pemikiran Teknik Peniskalaan digunakan untuk mengenal
Komputasional pasti ciri-ciri penting sesuatu virus untuk memahami
kelakuannya.
Teknik Pengitlakan melibatkan penghasilan
model, formula dan algoritma seperti
penghasilan kenderaan konsep dalam industri
kereta.
PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
•Pemikiran Komputasional ialah satu proses
bertujuan untuk menyelesaikan masalah
menggunakan konsep asas sains komputer.
•Ia membantu manusia menyelesaikan masalah
secara lebih sistematik.
PEMBANGUNAN ATUR CARA
•Terdiri daripada 5 fasa :
•Analisis masalah
•Reka bentuk atur cara
•Pengekodan
•Pengujian dan penyahpepijatan
•Dokumentasi
LATIHAN
1. Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menyatakan fasa pembangunan atur cara
yang betul.
Fasa-fasa pembangunan atur cara
Analisis masalah
2. Senaraikan Teknik Asas Pemikiran Komputasional.
a) _____________________________
b) _____________________________
c) _____________________________
d) _____________________________
PENYATAAN MASALAH
FASA ANALISIS MASALAH
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
✓ Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan
perisian serta sasaran pengguna.
✓ Mengenal pasti input, proses dan output bagi atur
cara yang akan dibina.
✓ Menemu bual, membuat soal selidik dan
pemerhatian bagi mengetahui keperluan
pelanggan.
Teknik Leraian
• Teknik leraian digunakan untuk menganalisis
masalah dengan memecahkan masalah yang
besar kepada bahagian-bahagian yang lebih
kecil.
• Bahagian-bahagian kecil ini ialah masalah
kecil yang lebih mudah diselesaikan.
• Rajah 1.3 menunjukkan penggunaan teknik
leraian dalam fasa analisis masalah.
LATIHAN
Baca penyataan berikut. Kemudian lengkapkan jadual di bawah
mengenai penggunaan konsep pemikiran komputasional dalam
pembangunan atur cara.
David ditugaskan untuk membina suatu atur cara
mudah bagi mengira sudut peluaran dan sudut
pedalaman bagi sebuah poligon sekata.
a) Fasa analisis masalah
i. Teknik Leraian
Masalah besar
________________________________________________________________________________
Masalah kecil
a)_____________________________________ b)_____________________________________
FASA REKA BENTUK ATUR CARA
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
✓ Menulis pseudokod.
✓ Melukis carta alir.
✓ Mereka bentuk antara muka pengguna.
Teknik Pengecaman Corak
• Selepas meleraikan masalah besar, setiap bahagian
kecil atau masalah kecil akan dianalisis untuk
mengecam corak-corak yang tertentu sekiranya ada.
• Pengecaman corak ini dapat membantu dalam
mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien.
• Rajah 1.4 menunjukkan corak yang wujud dalam
pengiraan luas dan perimeter sebuah padang bola.
• Didapati bahawa pengiraan bagi luas dan perimeter
tersebut menggunakan pemboleh ubah yang sama,
iaitu panjang dan lebar.
Teknik Peniskalaan
• Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti untuk
meninggalkan aspek-aspek kurang penting dan memberikan
penekanan terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu
dalam penyelesaian masalah.
• Pemboleh ubah merupakan jenis corak yang telah dicamkan manakala
panjang dan lebar merupakan aspek penting yang perlu diberikan
penekanan.
• Panjang dan lebar padang bola yang berbentuk segi empat tepat serta
formula matematik yang berkenaan diperlukan untuk mendapatkan luas
dan perimeter padang bola tersebut.
• Formula untuk mengira luas dan
perimeter sebuah padang bola adalah
seperti berikut:
Teknik Pengitlakan
• Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada leraian
dan peniskalaan masalah yang dilakukan, algoritma yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah pengiraan luas
dan perimeter padang bola boleh ditentukan.
• Algoritma komputer biasanya terdapat dalam bentuk
pseudokod atau carta alir.
• Aspek penting yang perlu ditekankan semasa menulis
algoritma ialah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
untuk menghasilkan pseudokod dan carta alir yang betul.
• Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk sesuatu
langkah merupakan aspek yang penting kerana simbol-
simbol tersebut merujuk kepada suatu fungsi yang tertentu.
• Rajah 1.5 dan Rajah 1.6 masing-masing menunjukkan
pseudokod dan carta alir bagi mengira luas dan
perimetersebuah padang bola.
b) Fasa reka bentuk atur cara
i. Teknik Pengecaman Corak
Bahagian kecil (masalah kecil)
a) ___________________________________ b) _____________________________________
Input yang diperlukan adalah ____________________________________________
ii. Teknik peniskalaan
Formula untuk mengira sudut peluaran : _________________________________________
Formula untuk mengira sudut pedalaman : ______________________________________
iii. Teknik pengitlakan Carta alir
Pseudokod
FASA PENGEKODAN
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
✓ Memilih Bahasa Pengaturcaraan.
✓ Mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan
carta alir.
Teknik Leraian
• Mengenal pasti komponen masalah ketika menulis kod
arahan.
Teknik Pengecaman Corak bagi input kerana
• Menekankan pemboleh ubah
menunjukkan corak yang sama.
Teknik Peniskalaan
• Penghasilan kod arahan bagi input, proses dan output.
• Contohnya penggunaan pemboleh ubah yang betul, kod
arahan input, formula yang digunakan dan kod arahan
output perlu diambil kira semasa penulisan kod arahan.
c) Fasa pengekodan
i. Teknik Leraian
Masalah besar
_____________________________________________________________________________
Bahagian kecil Bahagian kecil Bahagian kecil Bahagian kecil
_____________ _____________ _____________ _____________
ii. Teknik pengecaman corak
Persamaan Perbezaan
iii. Teknik peniskalaan
Kod arahan Phyton
FASA PENGUJIAN DAN PENYAHPEPIJATAN RALAT
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
✓ Menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan
dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat
pada atur cara.
✓ Mengenal pasti ralat-ralat yang ada. Terdapat 3
jenis ralat iaitu ralat sintaks, ralat logik dan ralat
masa larian.
Teknik Leraian
• Pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dilakukan
secara berperingkat.
Teknik Pengecaman Corak
• Untuk memastikan atur cara berfungsi dengan baik dan
memaparkan output yang betul.
• Pengecaman corak dibuat berdasarkan mesej ralat yang
dipaparkan semasa pengujian.
Teknik Peniskalaan
• Digunakan semasa penyahpepijatan ralat dengan
memberikan penekanan kepada aspek penting.
• Penyahpepijatan ialah proses mencari dan membaiki ralat
yang berlaku.
Teknik Pengitlakan
• Menghasilkan satu senarai semak yang dapat digunakan
semasa pengujian dan penyahpepijatan sesuatu
aturcara.
c) Fasa pengujian dan penyahpepijatan
i. Teknik Leraian
Masalah besar
_____________________________________________________________________________
Bahagian kecil Bahagian kecil Bahagian kecil Bahagian kecil
_____________ _____________ _____________ _____________
Bahagian kecil Bahagian kecil Bahagian kecil
_____________ _____________ _____________
ii. Teknik pengecaman corak
Jenis ralat Contoh paparan mesej ralat
Ralat sintaks Paparan mesej ralat mempunyai _______________________
Ralat masa larian Paparan mesej ralat menyatakan ________________________
_______________________________
Ralat logik Paparan menunjukkan data _________ dan maklumat
_________ tetapi ____________________
FASA DOKUMENTASI
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
✓ Menyediakan dokumen dalaman dan dokumen
luaran.
Teknik Leraian
• Langkah pertama yang harus
diambil adalah meleraikan
dokumentasi yang perlu
disediakan kepada jenis dan
bahagian-bahagian yang
kecil.
• Teknik leraian membolehkan
anda menentukan jenis dan
komponen-komponen penting
yang perlu ada dalam
dokumentasi yang disediakan.
Teknik Pengecaman Corak
• Corak yang dicamkan ialah maklumat penting
tentang pembangunan dan menggunaan atur
cara.
• Maklumat penting yang perlu berada dalam
dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran
adalah berlainan bergantung kepada pengguna
yang akan menggunakannya.
Teknik Peniskalaan
• Penulisan komen pada atur cara membantu
mengingat semula atau memahami maksud
segmen kod yang ditulis.
Teknik Pengitlakan
• Penghasilan dokumen yang sebenar.
d) Fasa dokumentasi
i. Teknik Leraian
Masalah besar
_____________________________________________________________________________
Bahagian kecil Bahagian kecil
___________________ _____________
_____________ _____________
ii. Teknik peniskalaan
Kod arahan Phyton