The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

karangan pengalaman bercuti ke tempat yang mewah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puvanesananthibirundha, 2021-08-26 02:04:26

karangan pengalaman bercuti ke tempat yang mewah

karangan pengalaman bercuti ke tempat yang mewah

KARANGAN PENGALAMAN
BERCUTI KE TEMPAT YANG
MEWAH

Melawat Ke Melaka Bandaraya
Bersejarah

•NAMA:BIRUNDHA
•KELAS:6 ROJA
•SEKOLAH:SJK (T) LADANG
SEREMBAN

Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka. Kami
bertolak pada pukul 3.00 petang. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang
dituju. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga membawa
barang masing-masing masuk ke dalam hotel. Kami kemudiannya terus membersihkan
diri dan berehat.

Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bersiap untuk melawat tempat-
tempat menarik di Melaka. Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar Ayer
Keroh. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana.

Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang terkenal di Malaysia.
Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang di pamerkan. Aku mendapat banyak
ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam penulisan dan berkongsi dengan
rakan-rakan di sekolah.

Selepas kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari, kami meneruskan
perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota A'Famosa, bangunan
Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang menarik ini telah
membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. Kami sekeluarga bergambar di
tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan.

Akhir sekali, kami membeli hasil kraftangan di kedai berhampiran sebagai
cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakan-rakanku. Hasil kraf
tangan yang cantik dan unik pasti menggembirakan mereka setelah menerima
cenderamata tersebut.

Keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah.
Walaupun kepenatan, kami tetap gembira dan mendapat banyak ilmu
pengetahuan serta pengalaman yang menarik.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version