Selamat Menyambut
Hari Kemerdekaan
ke 63
SOROTAN
SEJARAH HOSPITAL MELAKA
MALAYSIA
MERDEKA
ERA
ERA BELANDA PENJAJAHAN
JEPUN
PORTUGIS
ERA
ERA BRITISH 1957 - 2020
BELANDA
1942 - 1945
1811 - 1824
1511 - 1641 1824 - 1957
1641 - 1795
SOROTAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Pengurusan, Hospital Melaka
ERA PORTUGIS : 1511 - 1641
Setelah kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, pada 1511 kerajaan
Portugis telah membina kota A Famosa. Kota ini dibina dengan kerahan buruh
paksa dari rakyat tempatan dan kalangan tentera Portugis. Kota yang menjadi kubu
negeri Melaka siap sepenuhnya pada tahun 1514. Dalam lingkungan kota A Famosa
inilah telah bermulanya sejarah pembinaan hospital-hospital terawal di Melaka.
ERA PORTUGIS : 1511- 1641
(B)
Hospitalde
Portes
Porres
(A)
HOSPITAL
del Rey
REY
Berhampiran dengan Santiago telah terbinanya dua buah hospital terawal iaitu:
A - Hospital Diraja (Hospital del Rey)
B - Hospital orang Miskin (Hospital de Portes)
Hospital de Portes kemudiannya telah dialihkan ke kawasan yang bertentangan dengan kubu
tersebut yang kini merupakan tapak Pejabat Pos Besar. Kedua-dua hospital ini diletakkan di
bawah penyeliaan pengikut-pengikut Jesuit. Orang-orang Portugis yang mula-mula menetap di
sini telah menubuhkan Persatuan Kebajikan / Agama di bawah pimpinan seorang Gabenor
untuk melawat pesakit-pesakit di hospital-hospital tersebut.
ERA PORTUGIS : 1511- 1641
Tapak HOSPITAL de Porres
Tapak HOSPITAL del REY
Permandangan Dari Udara Pelan Fortaleza De Malaca-Sekarang
ERA BELANDA : 1811 - 1824
• Belanda telah menawan Melaka pada bulan Januari tahun 1641.
• Belanda turut memberikan kemudahan perubatan kepada penduduk
Melaka.
• Semasa pemerintahan Belanda di Gabenor Balthasar Bort, terdapat sebuah
kedai bedah di dalam lingkungan kubu itu yang dikendalikan oleh Ketua
Pakar Bedah yang bernama M. Willen CorneliasVan Alsameer.
• Sebuah hospital turut didirikan di Banda Kaba khusus untuk memberikan
perkhidmatan perubatan kepada orang-orang Belanda.
• Kakitangan hospital terdiri daripada seorang Jurubedah Kanan dan empat
orang Jurubedah Rendah.
• Walau bagaimanapun, lokasi sebenar hospital ini dan hospital-hospital lain
ketika pentadbiran Belanda tidak diketahui.
ERA BELANDA : 1811 - 1824
HOSPITAL DEL REY
Hospital Del Rey Semasa Tentera Belanda Dan Sekutunya Menyerang
Kedudukan Portugis Di Kota Melaka
ERA BELANDA : 1811 - 1824
Peta Bandar Melaka Semasa Peperintahan Belanda Tahun 1641-1795 dan
Tahun 1811-1824 Kedudukan Portugis Di Kota Melaka
ERA BRITISH : 1824 - 1957
British menakluki Melaka daripada Belanda pada tahun 1795, diketuai oleh Kapten
Newcome. Walau bagaimanapun, melalui Perjanjian London, Melaka diserahkan
semula kepada Belanda dan sebagai ganti, Wilayah Bencoolen di Sumatra Barat
diserahkan kepada pihak British. Pada masa pemerintahan British, beberapa hospital
telah didirikan.
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Tentera
Hospital Tentera ditubuhkan di Bandar Hilir berdekatan dengan Kelab Melaka
(Ditukarkan menjadi Memorial Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957)
Hospital ini memberikan kemudahan perkhidmatan perubatan khusus kepada
tentera-tentera British yang kebanyakannya terdiri daripada askar-askar
Inggeris dan Infantri Rakyat Madras yang berasal daripada Wilayah Madras,
India.
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Awam
Sebuah hospital awam didirikan di Banda Kaba. Hospital ini mempunyai tiga
buah wad yang terletak di tingkat atas. Jika dilihat lokasi sebenarnya hari ini
ianya adalah berdekatan dengan bangunan Jabatan kerja Raya dan Pejabat
Ukur. Akhirnya kedua-dua bangunan ini telah diubahsuai menjadi Bangunan
Tabung Haji.)
Pada tahun 1882, hospital ini telah dipindahkan ke Bandar Hilir yang
dahulunya hanya digunakan untuk kakitangan tentera sahaja.
Hospital Penjara
Berdasarkan kepada Laporan Lengkap Perbelanjaan Negeri-Negeri Selat 1886
dinyatakan tentang kewujudan hospital ini.
Bagaimanapun, tiada maklumat sepenuhnya mengenai hospital ini.
Berkemungkinan hospital ini telah didirikan di penjara lama yang terletak di
Bandar Hilir.
Apabila hospital ini dibina, banduan-banduan telah dipindahkan ke bilik
penjara di tingkat bawah Blok D
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Saint David
Merupakan hospital yang didirikan oleh Mubaligh-mubaligh Anglican di
Tengkera pada akhir suku abad ke 19. Menjadi tempat istirehat bagi mereka
yang sakit dan memerlukan rawatan untuk semua keturunan khususnya dari
Negeri-negeri Selat.
Akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku menyebabkan
hospital ini terpaksa ditutup pada hari Sabtu, 13 Januari 1934. Kemudiannya
bekas bangunan hospital ini telah diubahsuai menjadi Sekolah Cina St. David.
Lama kelamaan bangunan ini terpaksa dirobohkan.
Source : Wong Yunn Chii. 2011. Historic
Malacca Post Cards. National University
of Singapore (NUS)
14
ERA BRITISH : 1824 - 1957
Hospital Durian Daun
• Hospital mula beroperasi pada tahun 1883.
• Pada peringkat awal, hanya mempunyai dua buah wad sahaja iaitu satu wad untuk
pesakit-pesakit keturunan Eropah serta kakitangan kerajaan dan satu wad lagi untuk
kakitangan polis.
• Hospital ini telah diperbesarkan secara beransur-ansur sehingga mempunyai
sepuluh buah wad dengan muatan 400 buah katil.
• Setelah hampir lima abad hospital ini memberikan perkhidmatan kepada penduduk
Melaka, kerajaan telah memutuskan untuk mendirikan sebuah hospital yang lebih
besar dan moden.
• Tarikh 28 Jun 1934, merupakan hari terakhir untuk perkhidmatan di Hospital Durian
Daun.
• Bangunan hospital Durian Daun yang telah dikosongkan itu telah diubahsuaikan
menjadi Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
ERA BRITISH : 1824 - 1957
STRUKTUR HOSPITAL DURIAN DAUN MELAKA
1884 - 1934
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL DURIAN DAUN
BANGUNAN PENTADBIRAN KAWASAN DAPUR
WAD BATUK KERING WAD MATA
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL DURIAN DAUN
WAD PESAKIT WANITA WAD UNTUK KAKITANGAN DAN
BANGSA EROPAH
WAD PENYAKIT KELAMIN WAD KHAS UNTUK
PEGAWAI TENTERA
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
PINTU GERBANG HOSPITAL MELAKA DI BUKIT PALAH
DIRASMIKAN OLEH GABENOR NEGERI SELAT SIR CECIL CLEMENTI PADA 12 FEBRUARI1934
MENGGABUNGKAN PENGARUH PORTUGIS, BELANDA, CHINA DANINDIA
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
Satu rancangan untuk membangunkan semula Hospital Durian Daun telah
dikemukakan oleh wakil-wakil tidak rasmi bagi negeri Melaka semasa mesyuarat
Majlis Perundangan diadakan pada 27 Ogos 1928. Yang Berhormat Encik Tan Cheng
Lock dan Yang Berhormat Encik H.E. Nixon mencadangkan pembinaan sebuah
hospital baru ditapak yang baru. Bukit Palah dipilih sebagai tapak yang baru.
Urusan jualbeli telah diadakan bagi pihak Kerajaan negeri-negeri Selat
Pelan untuk sebuah hospital yang boleh memuatkan seramai 650 pesakit dengan
anggaran perbelanjaan sebanyak $2,430,000.00 telah diluluskan.
Kerja – kerja pembinaan dimulakan pada akhir Oktober 1930 oleh Jabatan Kerja
raya.
Susunan dan penyediaan pelan bangunan hospital tersebut keseluruhannya
telah dibuat oleh Encik F. Dorrington Ward, seorang arkitek kerajaan pada masa
itu.
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
• Pada 12 Februari 1934, Hospital Besar baru Bukit Palah telah dirasmikan oleh Tuan
yang Terutama Gabenor Negri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi.
• Sebagai mengenang jasa orang-orang yang terlibat dalam pembinaan ini, Sir Cecil
Clementi telah menamakan wad – wad di Bangunan A sempena nama-nama berikut:
i. Wad A – “Wad Hoops” sempena nama Dr. Hoops yang telah memberikan
cadangan terawal dan berusaha untuk membina hospital baru ini.
ii. Wad B – “Wad Dorrington” sempena nama jurubina hospital ini
iii. Wad C – “Wad Nixon” sempena nama ahli tidak rasmi di dalam Majlis
Perundangan Negeri-negeri Selat.
iv. Wad D – ‘Wad Tan Cheng Lock’ juga sempena nama ahli Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pembinaan
hospital ini
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
SIR CECIL CLEMENTI
GABENOR BRITISH
(1875-1947)
Beliau telah merasmikan pembukaan
Malacca General Hospital pada 12
Februari 1934 dengan kos dari Straits
Settlement sebanyak $2.34 juta.
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
Ucapan
M r M. S t u r r o c k
(Chief O f Public Works)
ERA BRITISH : 1824 - 1957
HOSPITAL BESAR MELAKA
KERATAN AKHBAR 13 FEBRUARI 1934 BERKENAAN
PEMBUKAAN HOSPITAL MELAKA
ERA BRITISH : 1824 - 1957
SUSUNAN FIZIKAL HOSPITAL BESAR MELAKA
ERA BRITISH : 1824 - 1957
CARTA ORGANISASI
HOSPITAL BESAR MELAKA
1934
ERA BRITISH : 1824 - 1957
PENTADBIR-PENTADBIR AWAL
DR. A.C. Dutta. Dr. A.X Pakiam Dr. Jacob
Beliau telah berkhidmat di
Hospital Durian Daun, dan Pakar Radiologi pertama Pakar Pathologi pertama
kemudian di Hospital Besar. di Hospital Besar. Hospital Besar.
Beliau telah meninggal dunia Meninggal dunia pada 25 Meninggal dunia dalam
pada 29 Mac 1940, selepas November 1983 kemalangan jalan raya
bersara. pada tahun 1938
PENJAJAHAN JEPUN 1942 - 1945
Pada tahun 16 Januari 1942, tentera
Jepun telah memulakan pentadbirannya di
Melaka. Pada keseluruhannya, corak
pentadbiran Jepun di Melaka adalah sama
dengan sistem yang pernah digunakan oleh
Pihak Inggeris kecuali pentadbiran Jepun
meletakkan Melaka setaraf dengan negeri-
negeri Melayu yang lain dan tidak lagi
sebagai salah sebuah Negeri-Negeri Selat.
Pihak tentera telah mengambil pentadbiran
hospital dan dibahagikan kepada dua
Bahagian :
a) Hospital bagi tentera Jepun
b) Hospital orang awam
PENJAJAHAN JEPUN 1942 - 1945
Hospital Tentera
Pentadbiran Hospital Tentera dikendalikan
sepenuhnya oleh tentera Jepun. Bermula
dari kakitangan peringkat bawahan
sehinggalah peringkat pakar-pakar bedah.
Hospital Awam
Hospital Awam dikendalikan oleh
kakitangan tempatan. Dr. S. Thambipillai
telah dilantik sebagai Ketua Pegawai
Perubatan manakala pegawai-pegawai
perubatannya terdiri Dr. A.X. Pakiam, Dr.
Tan Kim Seng dan Dr. F.X. Oliveiro serta
kakitangan pembantu perubatan
PENJAJAHAN JEPUN 1942 - 1945
PENJAJAHAN JEPUN 1942 - 1945
Semasa era penjajahan Jepun, Hospital Melaka merupakan salah satu
hospital yang terbaik. Blok B dan C telah dijadikan Kolej Perubatan yang
dipanggil IKA DAIKAGU.
Terdapat kira-kira 200 pelajar perubatan daripada Singapura, Indonesia dan
juga Tanah Melayu. Terdapat beberapa tokoh seperti Tan Sri Dato’ Haji
Abdul Majid, Tan Sri Raja Ahmadm Nordin bin Raja Shahbudin, Datuk
Alhady, M.C. Poopathy dan M.C.Umapathy merupakan bekas pelajar di
kolej ini.
Proses pembelajaran dilakukan di dalam Bahasa Jepun. Latihan dan aktiviti
di sini sangat tegas dan berdisplin. Pelajar-pelajar terpaksa bangun awal
pagi untuk melakukan latihan kecergasan. Mereka mempunyai Jurulatih
Kecergasan yang terlatih untuk mengajar latihan kecergasan dan juga seni
mempertahankan diri (Martial Arts). Selain itu, pelajar-pelajar terpaksa
menebang pokok getah untuk dijadikan lapangan untuk menanam ubi
sebagai makanan harian..
PENJAJAHAN JEPUN 1942 - 1945
Pelajar-pelajar diberikan elaun bulanan dan juga rokok. Bagaimanapun, kolej
perubatan ini terpaksa ditutup pada September 1945 bila Jepun menyerah
kalah. Bekas pelatih perubatan yang terhenti semasa penaklukan Jepun di
Singapura pada tahun 1942, kembali ke King Edward VII College of Medicine
(Singapura) untuk meneruskan pengajian.
JEPUN MENYERAH KALAH
- SEPTEMBER 1945
Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, pentadbiran hospital
diambil alih oleh Hospital Besar India (24 I.G.H) iaitu Hospital
Tentera Luar yang berkhidmat untuk Pasukan India Kelima.
Hospital Besar India mengambil alih pentadbiran sejak
18 Oktober 1945 sehingga kerajaan awam mengambil alih pada
1 April 1946.
Selepas pengambilahihan pentadbiran, hospital diterajui oleh
Kol. (Dr.) Maclintok dan Lt. Kol. (Dr.) Sutton merupakan Pakar
Perunding Bedah.
KETUA PEGAWAI PERUBATAN
(CHIEF MEDICAL OFFICER)
1934 – 1959
TAHUN NAMA
1934 – 1936 DR. E.P. LUPRIAN
1939 – 1942 DR. BEARBLOCK
1942 – 1945 DR. S. THAMBIPILLAI
1945 – 1947 DR. (Col) MACLINTOK
1947 – 1948 DR. MAC PHERSON
1948 – 1949 DR. J.E. MC MOHAN
1949 – 1952 DR. W. GLYN EVANS
1952 – 1953 DR. MACBETH
1953 - 1955 DR. J.E. MC MOHAN
1955 – 1955 DR. CHELAH
1955 – 1957 DR. J.E. MC MOHAN
1957 – 1959 DR. TEN YOONG FONG
KETUA PEGAWAI PERUBATAN & KESIHATAN
(CHIEF MEDICAL HEALTH OFFICER)
1959 - 1971
TAHUN NAMA
1959 - 1961 DATO’ DR. HJ. ABBAS BIN
ALIAS
1960 - 1968 DR. S. A. SABARATNAM
1969 - 1971 DR. D.B.S. EDWARD
1971 - 1972 DR. A. DASEN
PENGUASA PERUBATAN
(MEDICAL SUPERINTENDANT)
1967 – 1990
TAHUN NAMA
1967 - 1970 DR. ABDUL MAJID BIN TAN SRI
ABDUL AZIZ
1970 - 1971 DR. S. SINAVESAN
1971 - 1974 DR. WONG MAE YEE
1974 - 1975 DR. M.K. HALLAJ RAHMATULLAH
1975 - 1986 DR. K. KUHAN
1986 - 1987 DATUK DR. SARAH BTE YAACOB
1987–1990 DR. HO KEONGBIN
PENGARAH HOSPITAL
1990 HINGGA KINI
1990-1994 : DR. A.P.VIJAYAM A / L KARAMUKARAN
1994-1999 : DATUK DR. SARAH BTE YAACOB
1999-2005 : DATO’ DR. JAAFAR BIN CHE MAT
2005-2007 : DR. HJ. ABU BAKAR BIN MOHAMUD
2007-2009 : DATUK DR. DUL HADI BIN MAT JUNID
2009- 2010 : DATIN DR. RANJIT KAUR A / P PRAIM SINGH
2010-2010 : DR. HJ. ANWA BIN SULAIMAN
2010-2013 : DATUK DR. NARIMAH NOR BIN YAHAYA
2013-2017 : DATUK DR. HJ ZA’ABA BIN BABA
2017-2019 : DR. HATIJAH BINTI HJ MOHD TAN
2019 – KINI : DR. ZAHARIMAH BINTI ABDUL KADIR
LIPATAN SEJARAH HOSPITAL MELAKA
LIPATAN SEJARAH
HOSPITAL MELAKA
(1934 - 1999)
LIPATAN SEJARAH
HOSPITAL MELAKA
(1934 - 1999)
LIPATAN SEJARAH
HOSPITAL MELAKA
(1934 - 1999)
LIPATAN SEJARAH
HOSPITALMELAKA
(1934 –1999)
LIPATAN SEJARAH
HOSPITALMELAKA
(1934 –1999)
LIPATAN SEJARAH
HOSPITAL MELAKA
(1934 –1999)
PERASMIAN BANGUNAN BARU
HOSPITAL MELAKA
9 OGOS 1999
PERASMIAN HOSPITAL MELAKA 1999
OLEH
YAB DATUK SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMMAD
HOSPITAL MELAKA KINI
PINTU MASUK UTAMA
HOSPITAL MELAKA
46
HOSPITAL MELAKA KINI
LOBI UTAMA HOSPITAL MELAKA
(DIRASMIKAN OLEH TUN DR. MAHATHIR PADA 9 OGOS 1999)
47
PENGARAH
DR. ZAHARIMAH BINTI ABDUL KADIR
(26 DISEMBER 2019 HINGGA KINI)
48
49