Buku Skrap
Sejarah
dan
Permainan
Tradisional:
Congkak
Nama: Ahmad Hakim Mirza bin Mohd Hanafi
Tahun: 2021
Kelas: 6 Ar-Razi
Nama Guru: Encik Ahmad Zabrin bin Zainal
Penghargaan
Sekalung penghargaan kepada:
Ayahanda dan Bonda atas tunjuk ajar dan bantuan
sehingga Berjaya menyiapkan buku Skrap yang
bertajuk Sejarah dan Permainan Tradisional:
Congkak.
Ucapan terima kasih juga kepada guru mata
pelajaran Sejarah 6 Ar-Razi sesi 2021 yang
dihormati iaitu Cikgu Ahmad Zabrin bin Zainal
atas tugasan yang sungguh bermakna dan
bermanfaat.
i
Isi kandungan
Penghargaan muka surat
Isi Kandungan i
Pengenalan ii
Asal usul 1
Alat Permainan 2-6
Cara Bermain 7-9
Pemenang
Lampiran 10-11
Rujukan 12-13
14-19
20
ii
Pengenalan
Permainan congkak merupakan salah satu
permainan Melayu yang sudah lama bertapak
dalam kalangan masyarakat Melayu di negara
kita. Congkak merupakan sejenis permainan
yang berasal daripada negara Arab. Hal ini
demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh
ahli sejarawan dan cari gali “National
Geography” yang menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari yang
bentuknya seperti papan congkak bertarikh
5000 hingga 7000 sebelum Masihi di
Jordan,sebuah negara Arab.
Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia
Tenggara disebabkan oleh pedagang-pedagang
arab yang berdagang ke negeri Melaka yang
merupakan pusat perdagangan yang terkenal
pada zaman Kesultanan Melaka dulu.
1
Asal usul
Apa itu congkak?
Congkak ialah sejenis
permainan tradisional
Melayu yang sering
dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai
pertandingan.
2
Asal usul
Dari manakah permainan
congkak ini berkembang?
Congkak mungkin berkembang
dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat
perdagangan pada waktu
dahulu.
3
Asal usul
Mengapakah permainan ini
dinamakan congkak?
Permainan ini dinamakan
congkak kerana dipercayai
berasal dari perkataan
Bahasa Melayu "congak" yang
bermaksud pengiraan mental.
4
Asal usul
Apakah nama lain bagi
permainan congkak?
Di Kepulauan Caribbean
Congkak dikenali sebagai
Warri atau Awari. Manakala
di Indonesia, Congkak dikenali
dengan nama Congklak,
manakala di Filipina, Sungka.
5
Asal usul
Permainan congkak ini
untuk kaum Melayu
sahaja?
Oh, tidak. Selain kaum
Melayu, keturunan peranakan
India dan Baba Melaka turut
meminati permainan congkak.
6
Alat permainan
Apakah bahan yang
diperlukan untuk
permainan congkak?
Dalam permainan
Congkak, terdapat
dua bahan iaitu Papan
Congkak dan Buah
Congkak.
7
Alat permainan
Papan Congkak
berbentuk sampan dan
boleh diperbuat
daripada pelbagai
jenis kayu dan
terdapat lima atau
tujuh lubang sebaris
yang dikenali sebagai
'kampung' dan di
kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu
yang dikenali sebagai
'rumah'.
8
Alat permainan
Panjang papan
congkak tujuh
lubang biasanya
sekitar 80 cm dan
lebarnya 18 cm.
9
Cara bermain
Dalam permainan ini, pemain
akan memulakan permainan
dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah Congkak dan
dimasukkan secara satu
persatu buah Congkak ke
dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-
masing menurut arah pusingan
jam, sehingga salah seorang
berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri
terletak di lubang hujung
sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus
berjalan sehingga dia berhenti
di lubang yang kosong.
10
Cara bermain
Selepas itu, setiap pemain akan
bergilir berjalan sehingga
buahnya mati. Setiap pemain
akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah
Congkak, dan pemain akan
mengisi lubang dengan buah
yang terdapat dalam lubang ibu.
Pemain yang tidak cukup buah
akan ditutup lubangnya, dan
pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan
memulakan permainan.
Permainan ini akan diulang
sehingga salah seorang pemain
tidak cukup buah bagi mengisi
walau satu lubang sekalipun dan
dianggap kalah.
11
Pemenang
Bagaimanakah markah dan
pemenang dikira?
Terdapat beberapa cara untuk
menentukan kemenangan dalam
permainan congkak.Antaranya
adalah dengan mengira jumlah buah
congkak yang diperoleh. Sekiranya
terdapat banyak buah di dalam
lubang rumah,sehingga berlebihan
walaupun telah dimasukkan lubang
kampung,bermakna pemain telah
memenangi permainan tersebut. Ini
disebabkan pemain telah berjaya
mendapatkan buah lawan sehingga
mampu meletakkan buah ke dalam
rumahnya.
12
Pemenang
Cara lain untuk mendapatkan
kemenangan ialah dengan menapak.
Sekiranya seorang pemain lambat
memasukkan buah ke dalam lubang
rumah,dia akan dianggap
pemenang.Ini bermaksud kelambatan
memasukkan buah congkak ke dalam
lubang rumah disebabkan buah di
lubang kampung banyak.Oleh
itu,pemain mngambil masa yang lebih
lama untuk memasukkan buah ke
dalam lubang kampung.
13
Lampiran
Buah congkak menggunakan biji
saga, guli atau biji getah.
14
Lampiran
Cara Bermain Congkak
Pembahagian buah congkak
Congkak di anggotai oleh 2 arang pemain.
15
Lampiran
Cara Membuat Congkak
Belahan kayu yang telah
siap dipotong mengikut
ukuran yang dikehendaki.
Kayu tersebut akan
dipahat untuk
membuat lubang.
Lubang-lubang
ditebuk dalam dua
baris dan dinamakan
‘kampung’ yang
mempunyai jumlah
bilangan tertentu.
16
Lampiran
Cara Membuat Congkak
Ditebuk satu
lubang besar di
kedua-dua hujung
yang dikenali
sebagai ‘rumah’.
Setelah siap, papan
tersebut akan
diukir dengan
pelbagai hiasan
seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan,
kosmos, geometri da
n sebagainya
17
Lampiran
Cara Membuat Congkak
Papan congkak divarniskan dengan
warna perang
kekuningan, perang kemerahan,
perang atau hitam.
18
Lampiran
Congkak Masa
Kini
19
Rujukan
http://bicarasenivisual.blogspot.com/201
4/09/permainan-congkak.html?m=1
http://congkakumie.blogspot.com/2009/1
2/pengenalan-congkak.html?m=1
https://intl.upm.edu.my/artikel/congkak_
permainan_tradisi_melayu-43481
20