The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG ke-45 SKSP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PIBGSKSP, 2020-02-27 11:11:19

Buku Program PIBGke45

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG ke-45 SKSP

MES YUARAT
AGUNG P IBG

KALI KE 45

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PENCHALA

JALAN DAMANSARA | KUALA LUMPUR

Dirasmian oleh :
Encik Juhari bin Awang Kechik

Pegawai Perhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu

TARIKH MASA TEMPAT

29/2/2020 9.00 PAGI DEWAN
BESTARI SKSP

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45
1
2 Sekapur Sireh Seulas Pinang Penasihat PIBG 2
SKSP
3
3 Sepatah Bicara oleh YDP PIBG 4
5
4 Ucapan Perasmian 6

5 Agenda Mesyuarat Agung PIBG SKSP 8
16
6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 18
kali ke-45 19
20
7 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44
25
8 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SKSP 26
27
9 Laporan Kewangan PIBG SKSP 2019

10 Cadangan Bayaran Tambahan PIBG 2020

11 Usul/ Cadangan daripada Ibu bapa/ Penjaga

Lampiran
-Ahli Jawatankuasa Induk PIBG SESI 2019-2021
12 -Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45
-Borang jawapan Kehadiran, Cadangan / Usul

i

ATURCARA

BIL KANDUNGAN

9.00 pagi Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa/ penjaga dan guru-
guru
9.10 pagi Ketibaan tetamu khas
9.15 pagi
9.30 pagi Minum pagi

Kata-kata aluan pengerusi majlis

Bacaan Doa

Nyanyian lagu Negaraku

Ucapan Yang di-Pertua PIBG SKSP
( Encik Mohd Jeffry bin Fauzi )

Ucapan Penasihat PIBG SKSP
( Puan Nor Laily binti Md. Yusoff)

Ucapan Perasmian
(Encik Juhari bin Awang Kechik)

10.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG SKSP kali ke 45

-Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat
Agung PIBG 2018/2019
-Perkara berbangkit
-Membentang dan menerima Laporan tahunan PIBG SKSP
2019
-Membentang dan menerima laporan kewangan 2019
-Membentang dan membincangkan bayaran tambahan
PIBG 2020
-Membentangkan usul
-Hal-hal lain
-Ucapan Penangguhan
-Cabutan nombor bertuah

1

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

PENASIHAT PIBG SKSP

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya,
Mesyuarat Agung PIBG SKSP Kali ke-45 dapat dilangsungkan sekali lagi. Pada hari ini ibu bapa
dan guru berkumpul di dalam Dewan Bestari SKSP untuk berbincang, bermuafakat seterusnya
merapatkan lagi hubungan kerjasama antara ibu bapa dan guru.

Persatuan ibu bapa dan guru berperanan untuk membantu dan memajukan
perkembangan murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek agar satu masa nanti mereka
akan menjadi manusia yang seimbang dan harmonis seterusnya menjadi anggota masyarakat
yang berfungsi. PIBG juga berperanan untuk menjaga kebajikan murid-murid iaitu dalam bentuk
kewangan dan sokongan moral.

Selain itu, harus diingatkan PIBG turut berperanan untuk berusaha menambah
sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan sekolah. Sumber
kewangan yang disumbangkan oleh Kementerian Pelajaran sememangnya tidak mencukupi,
sedangkan banyak perkara dan kemudahan-kemudahan untuk murid perlu diadakan agar murid-
murid dapat menikmati dan menggunakan kemudahan dengan selesa. Keselesaan yang dinikmati
oleh murid sudah pasti menceriakan murid kerana berada dalam suasana yang selesa dan
kondusif.

Seterusnya, PIBG berfungsi untuk meningkatkan kemesraan dan menyediakan
saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat. Segala
permasalahan atau salah faham yang timbul antara ibu bapa dan guru, perlu diselesaikan secara
berhemah. Penyelesaian melalui PIBG amat dialukan supaya permasalahan yang timbul dapat
diselesaikan. Dalam hal ini, PIBG perlu merancang beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan
hubungan mesra antara ibu bapa dan pihak sekolah.

PIBG juga berfungsi untuk meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Sememangnya kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah merupakan satu faktor
menjadikan warga sekolah berada dalam keadaan yang selesa dan tenang. Kewangan diperlukan
bagi meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah. Dalam hal ini, PIBG lah yang dapat
membantu pihak sekolah untuk meningkatkan keceriaan dan keindahan sekolah.

Akhir sekali, saya berharap semoga hubungan antara ibu bapa dan guru akan
bertambah erat dan seterusnya mewujudkan kerjasama yang baik. Kerjasama yang baik ini nanti
diharap akan dapat melonjakkan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala. Akhir
kata, diucapkan selamat bermesyuarat dan semoga hasil mesyuarat pada kali ini akan
membuahkan sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Sekian, terima kasih

Norlaily bt Md Yusoff
Guru Besar
SK Sungai Penchala

2

SEPATAH BICARA

YANG DIPERTUA PIBG SKSP

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi
menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah
kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan pihak sekolah kerana telah
berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Walaupun dalam keadaan yang
amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain, pihak sekolah masih dapat melaksanakannya
dengan baik.

Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua
ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hal ini
bukan omong kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi
SK Sungai Penchala sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan baik dari segi
akademik mahupun kokurikulum.

Syabas juga kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk
memastikan kejayaan anak-anak yang belajar di sekolah ini. Harapan saya juga agar keputusan
peperiksaan UPSR 2020 nanti akan melonjakkan lagi nama SK Sungai Penchala.

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan
yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini. Pihak PIBG
sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran
terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang akan diberikan oleh tuan puan akan
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah
untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu
bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu
bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak.
Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran
mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi
memastikan SK Sungai Penchala terus melakar kejayaan dan saya juga berharap agar semua
ibu bapa dan guru dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak
sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Sekian, terima kasih.

Mohd Jeffry bin Fauzi
Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Penchala

3

UCAPAN PERASMIAN

Bismillahirrahmaniirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita
berkumpul dalam majlis yang penting pada pagi ini untuk bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG SK Sungai Penchala Kali ke-45. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru-
guru yang hadir dan meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Penchala pada pagi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan Yang Dihormati, tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru
semakin hari semakin berat pada zaman yang kian mencabar ini, tidak seperti zaman ibu dan ayah kita
mendidik kita dahulu. Oleh yang demikian, untuk membolehkan kita mengamalkan corak didikan ibu bapa
kita dan guru masa lalu bukanlah perkara mudah, terutama di tahun yang mendatang ini kerana titik
perubahan yang menjadikan tugas ibu bapa semakin sukar. Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana
sistem pendidikan ataupun sememangnya kerana kesilapan ibu bapa masa kini dalam mendidik, mengajar
dan mengasuh anak-anak? Begitu juga dalam bab disiplin anak-anak kita, dari zaman pra-sekolah, sekolah
rendah dan menempuhi alam remaja. Jika tanpa bimbingan yang sempurna bermula dari institusi keluarga
dan disokong oleh sistem pendidikan dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah tentu lagi cepat
anak-anak kita terjerumus ke arah yang tidak elok.

Tuan-tuan, puan-puan Yang Dihormati, oleh sebab itulah, hubungan dan kerjasama antara
institusi keluarga dan institusi sekolah, hubungan antara ibu bapa dan guru-guru perlu dipereratkan dan
diambil berat. Terleka atau terlalai salah satu pihak, akan menyebabkan ketidakseimbangan sistem
kehidupan atau pembesaran anak-anak kita dan jika wujud ketidakseimbangan ini, maka kita dengan mudah
boleh mengenal pasti di manakah punca kelemahan atau kesilapannya. Di kedua-dua institusi inilah
wujudnya kasih sayang, tanggungjawab, pendidikan dan amanah. Ada ibu bapa yang terlalu kurang
memberi kasih sayang dan mengabaikan tanggungjawab mengasuh. Dalam erti kata lain, terlalai dalam
kesibukan kerja hingga terabai amanah sebagai ibu bapa. Tidak kurang yang terlalu memberi kasih sayang
yang melimpah ruah, mereka menutup kelemahan mereka dengan memberi sepenuh kemewahan yang
berlebih-lebihan kepada anak-anak. Kesannya, anak-anak kita tidak mahu bersusah payah dan mahu
semuanya tersedia di depan mata. Ketika mereka mulai dewasa, sebahagiannya sudah mulai memijak
kepala ibu bapa dan guru-guru. Disiplin anak-anak kita menjadi kacau bilau. Yang rosak mungkin seorang
dua, tetapi tahap pergaulan yang luas dan tanpa bimbingan yang sempurna, akan menjadikan ramai rakan-
rakan lain yang akan turut terjerumus sama.

Tuan-tuan, puan-puan Yang Dihormati, marilah kita renung dan fikirkan bersama.
Janganlah kita alpa kerana cabaran anak-anak kita di masa hadapan pastinya lebih mencabar. Kalau tidak,
kita yang bekalkan mereka dengan ilmu, didikan dan disiplin yang sempurna, nescaya kita akan saksikan
mereka tersasar jauh dari landasan pada suatu hari nanti. Guru-guru di SK Sungai Penchala mempunyai
tanggungjawab besar mengajar ilmu kepada anak-anak tua-tuan dan puan- puan, tetapi ianya tidak
mengurangkan atau melepaskan amanah dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan
mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi orang yang berguna di dunia dan
akhirat. Marilah kita bimbing mereka bersama-sama. Tidak kira mereka itu anak dia atau anak sesiapa pun.
Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah sama-sama berperanan memperelokkan gabungan kedua-dua
institusi ini dalam PIBG SK Sungai Penchala, semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati usaha dan
kemampuan kita semua ibu bapa dan juga semua guru SK Sungai Penchala dalam mendidik anak-anak kita
cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih sekali lagi kepada pihak PIBG kerana sudi menjemput saya ke Majlis Mesyuarat Agung
PIBG SK Sungai Penchala Kali ke-45. Sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan pihak
urusetia yang menjayakan majlis ini.
Akhir sekali, dengan lafaz bismilllahirahmanirahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45
Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala bagi tahun 2020. Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah
Assalamu’alaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh.

Juhari bin Awang Kechik 4
Pegawai Perhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PIBG SKSP KALI KE 45

BIL PERKARA

1 Ucapan Pengerusi

2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKSP kali-
44

3 Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan

4 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang
berakhir pada 31 Disember 2019

5 Membahaskan usul

6 Hal-hal lain

7 Ucapan Penangguhan

5

JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Norlaily bt Md. Yusoff
Penyelaras 1 : Pn. Siti Khalijah bt Ismail
Penyelaras 2 : En. Abdullah b. A. Wahab
Penyelaras 3 : Cik Junaidah bt Abu Bakar

Setiausaha : Pn. Norma bt Desa
Naib Setiausaha : En. Abdul Muhaimin b Mat Nor
Bendahari : Pn. Zuraida bt Abdul Razak
Naib Bendahari : Pn. Noor Syahimah bt Mohamed Mokhtar

AJK SAMBUTAN DAN PROTOKOL Memastikan persiapan dan perjalanan Mesyuarat Agung
1. Pn. Norlaily bt Md Yusoff PIBG berjalan dengan lancar.
2. Pn. Siti Khalijah bt Ismail Memastikan para jemputan dan tetamu diberikan
3. En. Abdullah b A Wahab perhatian yang sewajarnya sepanjang majlis berlangsung.
4. Cik Junaidah bt Abu Bakar
5. En. Mohd Jeffry b Fauzi Memastikan setiap ibubapa / penjaga mencatat kehadiran
6. Pn. Zeti Hayati bt Mohd Ghazali mereka.
Memastikan ibubapa / penjaga yang hadir menerima
AJK PENDAFTARAN senaskhah buku program
1. Pn. Noor Syahimah bt Mohamed Mokhtar Menyerahkan borang kehadiran ibubapa / penjaga kepada
2. Pn. Noraini bt Zakaria setiausaha setelah semua ibubapa / penjaga catat kehadiran
3. Pn. Azziati bt Mamat mereka.
Menyerahkan nombor cabutan bertuah.
AJK KAIN RENTANG, AKSARA LATAR DAN HIASAN
PENTAS Memastikan aksara latar dan hiasan pentas siap
1. Pn. Noorianti bt Tahrim sepenuhnya sebelum mesyuarat dilangsungkan.
2. Pn. Wan Maheran bt Wan Mohd Zain Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk kain rentang,
3. Pn. Norfarihah bt Ibrahim aksara latar dan hiasan pentas.
4. En. Mohamed Faizal b Mohamed Noh
Menyediakan kamera
JURUGAMBAR Mengambil gambar ketika majlis sedang berlangsung.
1. Pn. Raja Nadiah bt Raja Zaharuddin Shah Menyerahkan gambar kepada setiausaha selepas majlis
2. En. Muhammad Amirul b Husni berlangsung.

JURUACARA MAJLIS Mendapatkan buku program dari setiausaha
1. En. Azhar b Adam Menyediakan skrip ucapan
2. Cik Dhabitah bt Mohamad Nor Mengacarakan majlis perasmian

PEMBACA DOA Menyediakan teks doa
1. En. Mohamad b Shamsuddin Membacakan doa sebelum majlis bermula

AJK SIARAYA Menyediakan sistem siaraya di dewan
1. En. Mohd Zulhakimi b Mohd Isa Memastikan peralatan siaraya dapat berfungsi dengan
2. En. Mohd Taufik b Ismail baik sebelum dan semasa mesyuarat berlangsung.
Memastikan peralatan siaraya dikemas dan disimpan
semula selepas digunakan.

6

AJK PERSIAPAN DEWAN Menyediakan tempat duduk tetamu khas, para jemputan dan meja
1. En. Amir Nubli b Ahmad mesyuarat.
2. En. Mohd Ikhwan b Zawawi Meja untuk pencatat
3. En. Musa b Mangsor Tempat duduk juruacara
4. En. Muhammad Azizi Jamil b Aziz Meja pendaftaran
5. En. Zulkifli b Che Kob Meletak alas meja dan skirting
6. En. Zamzuri b Sharif Mengemas semula dewan selepas mesyuarat
7. En. Paisan b Mat Tahir @ Mohamed Nor
8. En. Mat Zahir b Mat Zain Membungkus dan mengedarkan makanan untuk ibu bapa dan guru
9. En. Wan Azraei b Mohamed semasa pendaftaran

AJK JAMUAN IBUBAPA Membuat tempahan makanan VIP
1. Pn. Amaliah bt Ibrahim Memastikan jamuan tersedia dengan kemas
2. Pn. Zuraida bt Abd Razak Melayan tetamu VIP
3. Pn. Sahharina bt Abd Merut Memastikan tempat makan dikemas selepas jamuan
4. Pn. Siti Habsah bt Abd Halim
5. Pn. Wahida bt Ishak Menyediakan dan membungkus hadiah cabutan bertuah
6. Pn. Najwa Salsabila bt Mohd Fadzir Menyediakan meja untuk tempat letak hadiah cabutan bertuah
Menguruskan hadiah semasa sesi cabutan bertuah
AJK JAMUAN VIP Menyediakan nombor untuk cabutan bertuah dan diletakkan
1. Pn. Siti Nur Sakinah bt Mohd Shakri dalam bekas untuk diserahkan kepada AJK Pendaftaran dan
2. Pn. Ku Hasmiza bt Ku Abdul Hamid Juruacara Majlis
3. Pn. Nor Azlin bt Mushaddin Menyediakan cenderamata untuk tetamu khas
4. Cik Anis bt Azazi Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk membeli cenderamata
Menerima dan mengumpul usul-usul dan cadangan yang
AJK CABUTAN BERTUAH / CENDERAMATA dikemukakan
1. Pn. Samsiah bt Ismail Mengenal pasti usul-usul dan cadangan untuk dibentangkan dalam
2. Pn. Wong Lai Moon mesyuarat.
3. Pn. Jamunah a/p Sugumaran Menyediakan buku Mesyuarat Agung
4. Pn. Zamna bt Zakariah
Mencatat ucapan penasihat PIBG
AJK KUTIPAN USUL DAN BUKU LAPORAN Mencatat ucapan Yang DiPertua PIBG
MESYUARAT AGUNG Mencatat ucapan tetamu khas
1. Pn. Norma bt Desa Mencatat setiap perbincangan dan sesi soal jawab sepanjang
2. En. Abdul Muhaimin b Mat Nor mesyuarat berlangsung
3. Pn. Ramlah bt Md Isa Menyerahkan catatan kepada setiausaha selepas majlis selesai
4. Pn. Noraini bt Zakaria Memastikan sekitar kawasan bersih sepanjang dan selepas
5. En. Mohd Fauzi b Salleh program berjalan

PENCATAT Menyediakan teks perasmi, YDP PIBG dan penasihat PIBG
1. Pn. Lilimaslina bt Ismail
2. Pn. Suraya bt Mohamad Din
3. Pn. Anis Shazreen bt. Shamsir

AJK KEBERSIHAN
1. En. Muhamad Abdullah b Ahmad Saifuddin
2. Cik Thanesywary a/p Ellvaraj
3. Semua pekerja pembersihan

AJK TEKS UCAPAN PERASMIAN, YDP PIBG
DAN PENASIHAT (GURU BESAR)

1. Norsilawani bt Nor
2. Pn. Nur Aziera bt Zakaria
3. Pn. Noraida bt Sa ’ary

7

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT

8

MINIT MESYUARAT

9

10

11

12

13

14

15

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SKSP
JANUARI 2019 - DISEMBER 2019

BIL BULAN AKTIVITI

Majlis Penetapan Target UPSR. PIBG telah
1 12 Jan 2019 menyumbangkan idea untuk melicinkan perjalanan

program tersebut

PIBG telah berkerjasama dengan pihak sekolah
2 17 Mac 2019 untuk melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke

44

3 4 April 2019 Membaik pulih dan pendawaian semula wayar
NEUTRAL di Dewan Bestari

PIBG bekerjasama dengan pihak sekolah
4 28 April 2019 menjayakan Kejohanan Olahraga Kali Ke 67 di

padang SKSP

Melatih dan membawa pasukan kompang dan silat

5 2 Mei 2019 ke Majlis Makan Malam Tautan Muhibbah 2019

bersama Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.

6 3 Mei 2019 PIBG telah meraikan guru-guru sempena sambutan
hari guru peringkat sekolah.

7 11 Mei 2019 PIBG dan pihak sekolah telah berkerjasama untuk
menjayakan Kem Bestari Solat Bil.1/2019

Majlis berbuka puasa untuk mengeratkan ukhwah
8 23 Mei 2019 guru-guru, AJK PIBG, murid yatim dan ibubapa fakir

miskin.

9 24 Mei 2019 Majlis Khatam Quran dan penyerahan sumbangan
aidilfitri kepada murid yatim dan fakir miskin.

10 21 Jun 2019 Menjayakan Kem Perkampungan Ilmu murid Tahun
6 Siri 1/2019

11 22 Jun 2019 PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah
menjayakan Kem Cemerlang Jawi Siri 1/2019

12 29 Jun 2019 PIBG telah berkerjasama dengan pihak sekolah bagi
menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

13 3 Julai 2019 Menjayakan Program Pertukaran Budaya SKSP dan
JSKL.

14 24 Julai 2019 Menganjurkan Pertandingan Rekacipta daripada
Bahan Terbuang untuk murid tahap 2.

16

15 28 Julai 2019 Meroboh pagar penghadang di padang SKSP

16 28 Julai 2019 Menjayakan Kem Perkampungan Ilmu murid Tahun
6 Siri 2/2019

17 29 Julai 2019 Membaik pulih jalan masuk ke padang SKSP

18 15 Ogos 2019 Memasang penutpp longkang di antara dewan
bestari dan gelanggang serbaguna

19 20 Ogos 2019 Terlibat dengan Program PIBKS#[email protected] di
Universiti Multimedia

20 28 Ogos 2019 Membaik pulih tingkap sliding Balai Muafakat SKSP

21 6 September Membaik pulih bumbung dan siling Blok A SKSP
2019

22 25 September PIBG dan pihak sekolah telah berkerjasama untuk
2019 menjayakan Kem Bestari Solat Bil.2/2019

23 2 Oktober 2019 PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah
menjayakan Kem Cemerlang Jawi Siri 1/2019

PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah

24 18 Oktober 2019 menjayakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak
Peringkat SKSP.

25 24 Oktober 2019 Mengecat besi tembok padang dan membaiki
cermin surau

26 24 - 26 Oktober PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah
2019 dalam menjayakan aktiviti Perkhemahan Badan
Beruniform Kem Rimba Tamu, Batang Kali.

27 1-2 November PIBG Terlibat dalam menjayakan Kem Akil Baligh
2019 murid Tahun 6.

28 13 November PIBG bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
2019 rombongan murid tahun 6 ke Superpark Avenue
KLCC.

29 13 November Bekerjasama dengan pihak sekolah menjayakan
2019 kem FEAR/PBD untuk muris tahun 2.

30 15 November Menurap tar di kawasan dataran tempat letak
2019 kereta

31 20 November PIBG dan pihak sekolah telah berkerjasama untuk
2019 menjayakan Majlis Apresiasi dan Kemenjadian

Murid 17

LAPORAN
KEWANGAN

18

CADANGAN BAYARAN
TAMBAHAN PIBG MENGIKUT

TAHUN BAGI TAHUN 2020

Bil Perkara Jumlah Thn Thn 2 Thn 3 Thn Thn 5 Thn 6
(RM) 1 (RM) (RM) 4 (RM) (RM)
1 Sumbangan PIBG / Derma
(Sekeluarga) 50.00 (RM) / / (RM) //

2 Pembiayaan pasukan / /
sekolah
15.00 // /
3 Program Motivasi
Tahun 6 30.00 /

4 Program Motivasi 30.00 /
Tahun 5
20.00 /
5 Latih tubi 10.00
6 Program Pertukaran /

Budaya (JSKL) 10.00 / / / / / /
7 Yuran keceriaan dan
7.00 / / / / / /
penyelenggaraan tandas
8 Buku Nilam 5.00 / / /
9 HIP/FEAR
10 Komputer 15.00 / / / / / /
11 Buku Fokus Tatabahasa
12 Lain-lain 20.00 /

- Gambar RM5.00 25.00 /
- Majlis bacaan Yasin
97 87 87 97 127 192
dan Solat Hajat
RM20.00

JUMLAH

19

USUL/CADANGAN
DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA

BIL BUTIRAN IBU BAPA / NAMA ANAK / JAGAAN USUL / CADANGAN
PENJAGA

1. Zaleha bt Abdullah Muhammad Fayaaz Pihak sekolah memantau
Ziqri makanan yang dijual di kantin
D-13-12A, Flora supaya terkecuali dari makanan
Damansara, Jln PJU 8/9 (2 Excellent) segera seperti sosej, nugget,
crab stick. Kantin boleh menjual
Damansara Perdana, buah-buahan dan makanan
47820 Petaling Jaya lebih berkhasiat yang lain.

Selangor

2. Rohana bt Md Sariff Muhammad Afiq Pihak kantin sekolah dapat
Ashraf b Zainuddin menyediakan / menjual
Lot 2944G Kg Sg. makanan yang sihat dan harga
Penchala, Jln Penchala (1 Excellent) yang berpatutan sesuai untuk
Indah 5, 60000 Kuala anak-anak.

Lumpur

3. Mazrudin Nordin Nur Qistina Maisara Mutu dan kualiti pemakanan dia
(3 Genius) kantin sekolah perlu
Lot 3063, Kg Sg Penchala dipertingkatkan lagi
Jalan Damansara

60000 Kuala Lumpur

4. Mohd Fairuz b Abdull Darwishy Hafiz Perluasan kantin. Kebersihan
Hamed (2 Excellent) diutamakan.

Flora Damansara, Jln PJU Nur Diana Hanisah
8/9 Damansara Perdana, (6 Brilliant)

47820 Petaling Jaya
Selangor

5. Muhd Musa b Muhamad Fatimah Az Zahra bt Tambah baik kantin
Khidir Muhd Musa

2982 A Kg Sg Penchala (1 Excellent)

Jln Damansara
60000 Kuala Lumpur

6. Zuriani bt Dollah Qaseh Zulaikha Aisyah Cara susun atur kedudukan

(1 Intelligent) murid dalam kelas lebih elok
jika semua menghadap ke
B-18-02 Flora Damansara papan putih/ hadapan
berbanding duduk dalam
Jln PJU 8/9 Damansara kumpulan. Mungkin boleh cuba
Perdana, 47820 Petaling duduk dua-dua facing depan

Jaya Selangor

20

7. Erliyusnaidi b Erlisya Humaira bt i. Jualan pada hari usahawan
Kamaruzzaman Erliyusnaidi cilik dilakukan oleh pelajar
(2 Excellent) tahun 5 & 6 dibawah
3062 Jln Sg Penchala 8, Kg pemantauan guru-guru. Ini bagi
Sg Penchala, 60000 Kuala Erlisya Irdina bt membentuk anak-anak menjadi
Erliyusnaidi usahawan & mengajar mereka
Lumpur (3 Genius) cara pengurusan perniagaan.

8. Abhanizam b Abdullah Atif Zabir b Abhanizam ii. Memohon guru yang akan
(2 Excellent) berkursus / tiada di sekolah
K-4-11 Blok K, Desa Mutiara, untuk menyediakan set latihan
No. 3 Jalan PJU 7/15B, Akif Zafri b Abhanizam bagi subjek berkaitan untuk
(4 Brilliant) kegunaan guru ganti. Pelajar
Mutiara Damansara, 47800 boleh membuat latihan tersebut
Petaling Jaya, Selangor Aqil Zikri b Abhanizam semasa ketiadaan guru.
(6 Brilliant)
9. Siti Sofiah bt Mas Ruehen Diminta apa-apa info diberitahu
Syazwan Muaz b dalam watsapp group bukan
No 38, Kg Palimbayan sg Sulaiman secara lisan saja kepada anak-
penchala, Jalan Damansara (2 Brilliant) anak terutama sekali pasal duit.
Terima kasih.
60000 Kuala Lumpur Syaqel Hasyri
10. Shahrul Affendy b Abd Aziz (1 Intelligent) Guru dapat update kerja rumah
anak-anak di watsapp group
No 10 Lot 2932, Jln Sg Hamzah b Abdullah kelas.
Penchala, Kg Sg. Penchala, (6 Brilliant)
i. Pertandingan recycle- go
60000 Kuala Lumpur Taqwa Najihah green antara kelas.
11. Zastri bt Arifin (1 Intelligent) ii. CSR ke rumah anak yatim /
rumah orang tua ( darjah 6)
Lot 2931 D, Jln Penchala 5, 21 untuk meningkatkan EQ pelajar.
Kg Sg. Penchala, 60000
Kuala Lumpur Murid tahun 6 diperbanyakkan
latihan demi meningkatkan
12. Lokman Hakim b Mohd mutu pembelajaran murid.
Ismail
Diawalkan waktu balik pada hari
Isnin. Waktu terlalu singkat
untuk pelajar yang bersekolah
agama (petang).

Siti Maryam bt Buang Muhd Haniff Ikhwan Tahap 1 balik pukul 1 pada
(1 Excellent) hari Isnin kerana anak-anak
Lot 3084, Kg Sg Penchala, tak sempat berehat sebelum
Jln Damansara, pergi ke sekolah agama.

60000 Kuala Lumpur

14. Muhammad Idham Muhd Alif Haikal pintu belakang dibuka pada
(4 Brilliant) waktu pagi dan tengahhari
No 229, Kg Sg Penchala, untuk mudahkan ibubapa
Jalan Damansara menghantar anak ke sekolah.

60000 Kuala Lumpur

15. Susi Wulandari bt Harap pihak sekolah dapat

Adismardi Nur Diana Maisarah bt membuka pagar besar
Eminurrullah belakang sekolah setiap pagi
Lot 2984 (230-A1) Kg Sg kerana ramai murid yang
Penchala, (1 Brilliant) masuk dari belakang sekolah.

Jalan Damansara

60000 Kuala Lumpur

16. Othman Faiz b Mat Tahir Muhammad Mikhail b Menyediakan tempat
Othman Faiz penyimpanan peribadi murid
D-12-12 Flora Damansara, seperti multi purpose box /
Jln PJU 8/9 Damansara (2 Brilliant) locker untuk menyimpan
Perdanan barang-barang peribadi murid
47820 Petaling Jaya seperti buku teks yang tidak
Selangor perlu dibawa pulang kerana
membebankan murid dengan
beg yang berat.

17. Norazizah bt Zainal Nur Junaida bt Gunakan kotak serbaguna
Muhammad Ali untuk menyimpan semua
No. 27, Kg Sg Penchala buku teks di sekolah agar
Jalan Damansara (4 Excellent) anak-anak tidak terlalu berat
untuk membawa beg ke
60000 Kuala Lumpur sekolah.

18. Sharifah Hasnida Hashim Khairul Khalish Setiap kelas membuat
(3 Brilliant) kutipan atau membuat
D-10-5, Pelangi sumbangan untuk
Damansara, Jln PJU 6, 22 menyediakan kotak/ rak/
Persiarann Surian, 47800 almari sebagai pemyimpanan
Petaling Jaya Selangor buku latihan/ aktiviti/teks
atau perkakasan alatan
pembelajaran yang lain untuk
mengurangkan beban pelajar
menggalas beg.

19. Rohayah bt Hassan Alya Zulaikha Seth i. Tingkatkan keselamatan dengan

95, Jalan Athinahapan 2, (2 Genius) mengawasi pintu keluar masuk.
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur ii. Adakan parking untuk quick drop-
off or drive through.

iii. Engage Consultants/
psychologists to advise whether to
paint classrooms/school fences in
1000 colours are appropriate!

iv. Drain covers are not considered
necessary?

v. Canteen should not be allowed to
sell food with MSG etc.

20. Nik Anis Alina bt Nik Syarifah Ainura vi. Cats should not be in the school
Othman (6 Genius) compound-they pooh & pee health
hazard!
No. 16, Lorong Muhd Afif Syahmi
Burhanuddin Helmi 11, (6E) Mengadakan beberapa aktiviti
hujung minggu di sekolah. Cth :
Taman Tun Dr Ismail Ahmad Ramadhan karate / taekwondo / ukelele /
60000 Kuala Lumpur (6 Excellent) keyboard / robotic / bola sepak
21. Syarifah Nor Aida
Pihak sekolah menetapkan terus
an Indah 6, Kg Sg Penchala pakaian yang perlu murid pakai
Jalan Damansara sekiranya murid tidak dapat
menyediakan pakaian mengikut
60000 Kuala Lumpur tema contohnya pada majlis
sambutan hari kanak-kanak. Ini untu
22. Akbar Hamdi b Abd Jalil mengelakkan murid ponteng sekolah
dengan alasan tiada pakaian
No 152, Kg Sg Penchala bertema.
Jalan Damansara
Pasang cermin bulat di selekoh tepi
60000 Kuala Lumpur pagar padang kerana selalu
bertembung kenderaan lain.

23

23. Marzianah bt Mat Ros Fatin Humaira bt Minta pihak sekolah sediakan baju PJ
Zarouk dan sukan berlengan panjang bagi
Lot 3145-J, Jln Bukit Lanjan pelajar perempuan.
1/1, Kg Bukit Lanjan, (5 Genius)

60000 Kuala Lumpur

24 Emmy Junaida bt Safarudin Sufyan Elmie b Seperti usul saya pada tahun-tahun
Saiful Zukhairi sebelumnya berkenaan tandas untuk
Lot 2985, Jln Penchala Indah, pelajar. Tiada perubahan dan
Kg Sg Penchala (5 Genius) penambaikan tandas dilihat. Sila
berbuat sesuatu bagi memperbaiki
60000 Kuala Lumpur keadaan tandas yang menyedihkan.

25 Nor Hatifah bt Mohd Yatim Nur Amani bt Hafizi Penjagaan tandas

No 275, Jln Penchala Indah (1 Genius)
1, Kg Sg Penchala,

60000 Kuala Lumpur

26 Sharifah Yasmin bt Sharifah Syazwina i. Kenapa tandas tak ada air dari
Mohamad Obeidullah bt Mohd Azizi paip-paip (di Blok A, B dan C)?

No 27, Lorong Rahim Kajai 7, (5 Genius) ii. Kenapa tandas di blok C (tingkat
Taman Tun Dr. Ismail, atas) dienuhi meja dan kerusi?
Sharifah Syazwana
60000 Kuala Lumpur bt Mohd Azizi iii. Minta jasa baik sekolah / PIBG
(5 Genius) untuk menyediakan sijil kepada
pelajar-pelajar yang mewakili
sekolah ke acara tertentu supaya
dengan sijil sedikit sebanyak dapat
menaikkan semangat pelajar untuk
terus berbakti kepada sekolah selain
untuk kegunaan di masa hadapan

27 Mohd Sahlulmiras b Mohd Hafizah bt Mohd Setiap pertandingan yang disertai
Khali Sahlulmiras mesti disediakan sijil penyertaan
kerana sijil penting untuk bukti
No 78, Lot 3852, Jln Sg (5 Genius) memasuki pertandingan.
Penchala 12A, Kg Sg
Penchala,

60000 Kuala Lumpur

28 Mohd Redzuan b Ahmad Nur Dania Insyira I. Perkemaskan laluan lalulintas
(5 Genius) keluar masuk / laluan sehala
No 275, Jalan Penchala sewaktu hantar dan ambil anak-anak
Indah 1, Kg Sg Penchala, Nur Dhia Izzara terutama yang bawa kereta.
(1 Genius)
60000 Kuala Lumpur Ii. Tingkatkan kebersihan tandas.

Iii. Penutup longkang perlu ditambah

24

LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI PENCHALA SESI 2019 - 2021

PENGERUSI : PN. NORLAILY BINTI MD YUSOFF

YDP PIBG : EN. MOHD JEFFRY BIN FAUZI

NYDP PIBG : PN. ZETI HAYATI BT MOHD GHAZALI

SETIAUSAHA : PN. NORMA BINTI DESA

NAIB SETIAUSAHA: EN. ABDUL MUHAIMIN BIN MAT NOR

BENDAHARI : PN. ZURAIDA BT ABDUL RAZAK

NAIB BENDAHARI : PN. NOOR SYAHIMAH BT MOHAMED

MOKHTAR

WAKIL GURU AHLI JAWATANKUASA
WAKIL IBUBAPA

EN. AZHAR BIN ADAM EN. ERLIYUSNAIDI BIN
KAMARUZZAMAN

EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN MR. CHEONG HSEIN WEI STEPHEN
HUSNI

PN. ANIS SHAZREEN BINTI PN. SAKINAH BINTI LUDIN
SHAMSIR

PN. SHAMSIAH BINTI ISMAIL PN. NURUL FAREESHA BINTI MOHD
ZAIN

PN.LILIMASLINA BINTI ISMAIL PN. HANA BINTI LUDIN

JURU AUDIT

PN. AINON BINTI ABAN

25

26

27

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
GUIDE PRATIQUE 2020
Next Book
CH_S2V6_compressed