1
2
ISI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN MUKA SURAT
1. SEKAPUR SIRIH 4
2. PERDANA MENTERI PERTAMA 5
3. PERDANA MENTERI KEDUA 8
4. PERDANA MENTERI KETIGA 11
5. PERDANA MENTERI KEEMPAT 13
6. PERDANA MENTERI KELIMA 16
7. PERDANA MENTERI KEENAM 19
8. PERDANA MENTERI KETUJUH 22
9. PERDANA MENTERI KELAPAN 24
10. PERDANA MENTERI KESEMBILAN 27
3
SEKAPUR SIRIH………….
Assalamualaikum syukur kepada Allah S.W.T kerana
dengan izinNya dapat saya menyiapkan Buku Skrap
ini. Membuat buku skrap ini membantu saya mengenali
dengan lebih dekat lagi Perdana Menteri Malaysia. Ia
juga mengajar saya menyempurnakan tugasan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Membuat Buku
Skrap ini juga memahirkan lagi saya dalam
penggunaan ICT. Saya berharap buku skrap yang saya
hasilkan ini dapat mematuhi kehendak semua pihak.
4
5
JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau
berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang
pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.
Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan
Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama
berlangsung pada 9 Mac 1961.
Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar
Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang
menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.
Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila
berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya
merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah),
Sarawak dan Singapura.
Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir
Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat
(PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan
kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia
menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.
Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan,
malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun,
usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei
1969.
6
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala
Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.
Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
lebih di kenali dengan ‘Bapa Kemerdekaan’ atau ‘Bapa Malaysia’.
Kenapa Bapa Kemerdekaan? Kerana zaman nenek moyang kita dulu,
beliaulah yang berusaha dan berunding dengan British dalam mencapai
kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Tanpa pertumpahan darah dan
berperang.
Kemudian, barulah wujud negara Malaysia setelah Persekutuan Tanah
Melayu bergabung dengan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan
Singapura pada tahun 1963.
Tunku terkenal dengan semangat mengutuhkan perpaduan sesama
kaum dan mementingkan pendidikan anak bangsanya. Segala cara di
lakukan untuk mencapai maklamat tersebut.
Memandangkan Tunku sendiri seorang peguam, antara jasa besar yang
di lakukannya seperti melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1956), Dasar Kebudayaan dan memperkenalkan Akta Bahasa
Kebangsaan (1963/67).
Tetapi usaha itu tak bertahan lama. Waktu pilihanraya umum 1964,
Tunku mengambil keputusan menyingkirkan Singapura dari Malaysia
selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Setahun selepas itu,
tersahlah Singapura keluar dari Malaysia.
7
8
TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada
22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi
masalah perpaduan kaum.
Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan
orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan
DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara
pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.
Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui
Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.
Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas
menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan
Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.
Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan
anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada
1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar
kaum lain.
Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika
masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia
dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.
Berbeza dengan Tunku, Tun Abdul Razak lebih di kenali dengan gelaran
‘Bapa Pembangunan’.
9
Setelah apa yang di tinggalkan Tunku, Tun Abdul Razak menyedari
ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu
dan semangat perpaduan yang terpesong antara kaum.
Dari situ, beliau telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) pada tahun pertama pemerintahannya. DEB waktu
itu bertujuan menyeimbangkan semula ekonomi dan pembangunan
sosial yang sedang tenat.
Selepas itu, dapat di lihat tertubuhlah rancangan pembangunan. Bermula
dengan Rancangan Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5 tahun iaitu
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai back-up plan untuk
DEB.
Seterusnya, Tun Abdul Razak menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
pada 1972 sebagai usaha meneruskan perjuangan Tunku Abdul
Rahman. Di permulaannya MRSM turut memberi kuota 10 peratus
kemasukan kepada pelajar kaum lain.
Memandangkan waktu itu negara berada dalam konfrontasi berdarah 13
Mei, Tun Abdul Razak telah menubuhkan parti Barisan Nasional untuk
mengurangkan keredaan. Parti Perikatan yang sedia ada juga di
pisahkan kepada UMNO, MCA dan MIC.
10
11
TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga
pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak
meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan
pembangunan negara.
Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi
Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak
menimbulkan kontroversi.Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan
keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang
menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.
Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan
tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang
mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29
Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat,
kerana serangan sakit jantung.
Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia kerana sakit Leukemia di
London pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn mengambil alih
jawatan perdana menteri sehari berikutnya.
Tun Hussein Onn di kenali sebagai ‘Bapa Perpaduan’ kerana jasanya
dalam menegakkan keadilan. Selain dari pembangunan ekonomi yang
di lakukan dengan menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar
negara.Pemimpin yang kurang kontroversi ini hanya sempat
memerintah selama 6 tahun. Beliau telah meletak jawatan pada 16 Julai
1981 kerana masalah kesihatan.
12
13
TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau
Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.
Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju
lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan
mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui
pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.
Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak
sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari
1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi
untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi
kemajuan negara.
Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak
pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek
pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan
Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke
Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
14
Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat
yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan
2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar
Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya
menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss,
selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.
Tun Dr.Mahathir terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan
pendapat inovatifnya. Ada ketika ideanya bersifat mendahului zaman yang
jarang dapat di fikirkan oleh orang lain.
Banyak sumbangan yang telah di bangunkan. Antaranya seperti Dasar
Pandang ke Timur, Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
Sebagai ‘Bapa Pemodenan’, pelbagai pembangunan dapat di lihat
sehingga kini seperti pembinaan Litar Formula 1, Pelancaran Dasar
Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri
Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT),
Putrajaya dan Cyberjaya.
Semuanya adalah daripada ideanya untuk melihat Malaysia maju dan
bersaing di peringkat dunia dalam misi yang di namakan ‘Wawasan 2020′.
15
16
31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana
Menteri kelima. Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak
Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke
arah negara maju.
Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari
1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas
politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di
universiti.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar
KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur
yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja
Malaysia.
Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk
kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar
Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan,
selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam
berurusan dengan kerajaan.
Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti
Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting
penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir
mengumumkan persaraannya.
Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25
tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan
agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr. Mahathir.
Setelah 22 tahun pemerintahan Tun Dr.Mahathir, akhirnya jawatan tersebut
di lepaskan dan 31 Oktober 2003 menyaksikan Datuk Seri Abdullah yang
lebih di kenali dengan gelaran ‘Pak Lah’ mengambil alih tampuk
kemimpinan sebagai pemimpin kelima negara.
17
Antaranya, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan usaha
dalam memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan
memperkenalkan konsep pusat sehenti. Tujuannya, supaya memudahkan
orang awam berurusan dengan kerajaan.
Selain itu, memandangkan Datuk Seri Abdullah ‘expert’ dalam bidang
Pengajian Islam, beliau telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Dari
situ lahirlah pelbagai prinsip dan kod etika dalam menyebarkan dakyah
konsep Hadhari.
Usaha tersebut boleh di anggap ‘gagal’ kerana sepanjang pemerintahan
Datuk Seri Abdullah, masyarakat Malaysia tidak banyak berubah sama
ada dari segi sosio-ekonomi mahupun peradabannya. Itu bertentangan
sekali dengan konsep Hadhari yang di perkenalkan.
Ini mungkin juga kerana orang ramai hanya mengetahui ajaran agama
Islam yang asal itu sendiri yang mana lebih bersifat universal dan syumul
(menyeluruh).
Di samping itu, konsep Islam Hadhari ini kabur dan terus terkubur dengan
sendirinya setelah Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana
Menteri pada 3 April 2009.
18
19
YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23
Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3
April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli
parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada
bekas perdana menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato'
Hussein.Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO
yang ke 7.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah
Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978),
Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau
bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah
Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan
Nooryana Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib
merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh
Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk
Hishamuddin Tun Hussein
Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St.
John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki
Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti
Nottingham, England pada tahun 1974.
20
Mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut
bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976.
Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang
kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan
merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.Najib
menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun.
Kemudian, pada tahun 1982hingga 1986, beliau menjadi Menteri
Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:1978-1980 -
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos1980-1981 - Timbalan
Menteri Pendidikan1981-1982- Timbalan Menteri Kewangan1982-1986-
Menteri Besar Pahang1986-1987- Kementerian Belia dan Sukan (Menteri
Kebudayaan, belia dan Sukan)1990-1995- Menteri Pertahanan1995-1996-
Menteri PendidikanDilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan
Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau
teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara.
21
22
Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah
parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga
mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada
semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir
Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018
dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga
beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti
komponen Pakatan Harapan. Tun Dr. Mahathir digelar sebagai Bapa
Demokrasi Malaysia. Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan daripada
peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai oleh anggota kabinetnya
sendiri.
23
24
Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh
sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
dalam tempoh tersebut.
Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun
1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bukit Serampang.
Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan kerajaan
persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada
Pilihan Raya Umum 1995.
Pada Pihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau turut terpilih sebagai (ADUN)
N09 Gambir.
Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) .
Selepas PRU14 beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Tan Sri Muhyiddin pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia ke-10 semasa menganggotai Jemaah Menteri pada 2013.
25
Sebelumnya, sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau menyandang
beberapa jawatan termasuk sebagai; Menteri Belia dan Sukan, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan.
Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul
Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Diperingkat awal kerjayanya di sektor awam, bermula sebagai Penolong
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
pada 1970 dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar
pada 1974.
Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting sektor korporat
di beberapa anak syarikat pelaburan kerajaan negeri termasuk
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim (PKENJ);
kini Perbadanan Johor (JCorp) sejak 1974 hingga 1978.
Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan
dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian
Pagoh pada tahun sama.
Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.
26
27
Pendidikan
• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)
Keluarga
• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini
Zainal Abidin
• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki
iaitu:
- Nina Sabrina
- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
- Nashriq
- Iqbal
28
Kerjaya/Perkhidmatan
• 1985 - Peguam
• 1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan
• 2008-2009 - Menteri Belia dan Sukan
• 9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan
• 2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster
Keselamatan)
• 7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah
1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) &
Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
29
Politik
1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 - Timbalan Ketua Bahagian
2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang
Anugerah
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)
30
31