1 Mohd Nizam Saadin TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT 2.0 TIP-TIP TEMUDUGA STAR PRP TEMUDUGA BERKUMPULAN (BERASASKAN KOMPENTENSI) Simulasi Temuduga STAR 2.0 Untuk Tujuan Latihan Sahaja
2 “Kesalahan terbesar dalam temuduga STAR adalah menjadi passenger!” . Nizam Saadin.
3 PENDAHULUAN Ketika saya menjadi DSP Perundangan dan Pematuhan Standard Urus Setia KPN Bukit Aman (Lesen Senjata Api) saya telah mengadakan Kelas Persediaan Temuduga STAR pada 25/09/2019 di Dewan Acasia, Bukit Aman. Seperti biasalah kalau saya diminta mengajar mestilah saya berusaha sebaik mungkin melalui pakej lengkap Advance Synergogy (Pedagogy-Andragogy-Synergogy) dengan pemantapan ASK+Obedient secara TEORI-SIMULASI-PRAKTIKAL. Walaupun kelas adhoc ini tidak selengkap tahap 1 – 6 Bloom Taxonomy kerana kesempitan ruang waktu dalam penyediaan slide syarahan namun ia dapat juga disertakan handout kepada setiap peserta. Alhamdulillah ramai telah berjaya dan tahniah kepada mereka yang berjaya! You derserved for it! Kini, setelah beberapa orang meminta handout lama saya, maka saya ‘tersentuh’ untuk menyusun semula nota tersebut agar lebih segar, mudah dirujuk dan up to date. Sebagaimana kelas temuduga adalah percuma, begitu juga nota ini adalah percuma. Dikongsikan juga pengalaman saya beberapa kali dilantik menjadi Setiausaha Temuduga. Semoga ia menjadi suatu amal jariah yang memberi manfaat kepada semua rakan-rakan pasukan yang dikasihi. Nizam Saadin. Lecturer Lincoln University College. Lecturer KLMUC. Lecturer Consultant Surveillance Synergy Sdn Bhd. (Lets further study for BBA, MBA, PhD – online class. Nizam 0136008855).
4 (1) STAR 1. DEFINISI 1.1. S - SITUATION 1.2. T - TASKING 1.3. A – ACTION 1.4. R - RESULT 2. MAKSUD 2.1. SITUATION – mengapa tajuk ini dipilih. 2.2. TASKING – apa bentuk tugasan yang telah dijalankan. 2.3. ACTION- apakah kaedah diguna untuk memilih tajuk itu dan bagaimana tugasan anda itu telah dilaksanakan di tempat kerja. 2.4. RESULT- Apakah kesannya kepada sistem penyampaian pasukan (dengan bukti yang telah anda capai). Nota: Ikut struktur Model STAR (mesti tugas yang anda lakukan sendiri).
5 (2) TAJUK TEMUDUGA PRP (Temuduga Berkumpulan (Berasaskan Kompentensi). KOPRAL KE SARJAN 1. SKDD 2. Jaga Imej Pasukan, Kesihatan Diri. 3. PDRM Perlu Beri Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat. SARJAN KE SARJAN MEJOR 1. SKDD 2. Periksa Berat Badan Dahulu Sebelum Naik Pangkat. 3. Usaha Tingkatkan Integriti Dalam Pentadbiran. 4. Perlu Penghayatan Ihsan. SARJAN MEJOR KE SUB INSPEKTOR 1. SKDD 2. Mereka Sendiri Zalimi Pasukan. 3. Inovasi Transformasi Perkhidmatan PDRM. 4. Hapus Jenayah Dadah Elak Keselamatan Negara Dikompromi. 5. Usaha Berterusan, Menyeluruh Elak Rasuah Jadi Budaya.
6 (3) SUSUNAN SESI TEMUDUGA STAR 1.1. Persembahan Individu berkaitan diri sendiri – English. 1.2. Persembahan STAR: i) Persembahan Individu – 5 minit. ii) Kumpulan – open questions related with 5 topics of STAR Model. 1.3. Persembahan Kumpulan - open questions related with: i) SKDD. ii) Integriti, Dadah dan Rasuah. iii) Imej Pasukan dan Perkhidmatan Terbaik . iv) Inovasi PDRM. v) General Knowledge comprising Law, IGSO, Procedure and latest public interest isues.
7 (4) CONTOH PERSEMBAHAN INDIVIDU (PENGENALAN DIRI) “TELLING ME ABOUT YOURSELF!” (Opening statement for group interviews) Assalamualaikum and good morning sir. I am Acting Sergeant 154836 Zanariah Binti Zainal was born on …………….. at …………………………, the daughter of …………… from …………………… siblings. My father named …………………………………… and my mother ……………………………………… Father is working as ………………… and mother as …… ………………………. My qualification is …………… and started joining Royal Malaysia Police (RMP) on ………………………… and after completing the Basic Training at the Police Training Center Kuala Lumpur I was posted to …………………… .. I have served for …….years in the RMP and currently serving in the Secretariat of the Inspector General of Police (Fire Arms Division) as Sergeant ………………………… .. for ………………… years. My job description is to assist my Chief on Data Collections and Processing Unit by supervising subordinates in preparing the application process for Private Licensees and companies. The principle of my duties is simple in maintaining integrity at a high level and the task is a worship. Thank you sir!
8 (5) SOALAN SAMPINGAN INDIVIDU (Jika board masih tidak puas hati). AS ADDITIONAL QS THAT S/BY FOR: i) Your hobby. ii) Dishes cook by mother which I like most. iii) The story of childhood etc. REMEMBER THE PUBLIC SPEAKING TECNIQUES i) How Cope with nerves. ii) Self-confidence; enthusiastic & energetic. iii) Delivering technique. iv) Audience Relations. v) Eye contact. vi) Voice Control; intonations, tone, pitch & volume. vii) Body language & effective communications. viii)“Grab attention at the beginning, and close with a dynamic end”
9 (6) FORMAT PERSEMBAHAN STAR (INDIVIDU) 2.1. Temuduga berkumpulan berasaskan kompetensi. 2.2. Masa 5 minit seorang. 2.3. Tugas semasa dan tugas akan datang mengikut JD. 2.4. Menyatakan contoh pengalaman kerja sebenar. 2.5. Ikut struktur Model STAR (mesti tugas yang anda lakukan sendiri) i) SITUATION – mengapa tajuk ini dipilih. ii) TASKING – apa bentuk tugasan yang telah dijalankan. iii) ACTION- apakah kaedah diguna untuk memilih tajuk itu & bagaimana tugasan anda itu telah dilaksanakan di tempat kerja. iv) RESULT- Apakah kesannya kepada sistem penyampaian pasukan (dengan bukti). (7) FORMAT PERSEMBAHAN STAR (KUMPULAN) 3.1. Bermula sebaik selesai persembahan STAR individu. 3.2. Tiga / empat tajuk sub-baru yang berkaitan dengan 6 tajuk STAR itu akan ditanya. 3.3. Akal mesti tajam & pantas kerana jawapan on the spot (tak sempat berfikir – I advise you should prepare, prepare & prepare.
10 (8) CONTOH SOALAN ON THE SPOT Biasanya soalan untuk diskusi adalah soalan berbentuk provokasi oleh board iaitu: i) SKDD kita telah maju ke eSKDD tapi mengapa masih terdapat anggota bawahan yang melakukan kesalahan disiplin yang serius dan kesalahan dadah? ii) PDRM telah cuba memberi perkhidmatan yang terbaik, namun di zaman viral ini masih ramai rakyat yang tidak berpuashati, mengapa? iii) Fenomena IR4.0 mewujudkan Artifial Intelligent (Ai), Cybercrime dan berleluasanya scamers; pendapat anda adakah PDRM berjaya membuat ransformasi untuk seiring dengan fenomena ini? iv) Integriti tunjang utama PDRM, pelbagai langkah telah kita buat, beri pandangan dengan ikhlas, sejauh mana pemantapan integriti PDRM telah dicapai masa kini? v) Kita berjaya mengalahkan pengganas komunis, namun kita mengambil masa yang cukup panjang membanteras jenayah dadah dan masih belum berjaya, apa pendapatt anda atas kegagalan kita? vi) Kita dah ada SPRM, kita dah ada JIPS dan berbagai lagi unit, tetapi mengapa sehingga kini budaya rasuah ini sukar dihapuskan secara holistik? vii) Apabila diberi kuasa maka ramai anggota polis boleh Tegas, boleh Adil namun sebahagian mereka dilihat sukar untuk Berhemah. Ini menyebabkan tiada Penghayatan Ihsan ketika bertugas. Mengapa ini berlaku?
11 SUSUNAN CALON MENJAWAB SOALAN 4.3. Hanya calon pertama akan dipilih untuk menjawab soalan pertama dan selepas itu disambung oleh calon lain secara spontan, pantas dan volunteer. 5.3. Calon perlu menjawab dengan tegas, berhemah, positif dan wajib menyokong fakta jawapan antara satu sama lain (sharp & short). 6.3. Bercakap mesti dengan fact & figure dan dilarang merapu & memburukan orang/pihak lain. 7.3. Semua calon mesti ambil kesempatan bercakap bergilir-gilir dan dilarang jadi pasengger (Passengger adalah kesalahan besar dalam temuduga). 8.3. Contoh open questions related with 6 topics of STAR Model & should be answered it on the spot. HERE THE TECHNIQUE OF CONTINOUSLY: “Apa pendapat anda tentang gejala kurang berintegriti di tempat kerja kini?” Gunakan formula 1h4w. Calon pertama segera angkat tangan dan sambut dengan jawapan tentang SEBAB fenomena ini berlaku, calon ke dua sambung sebaik calon pertama ‘putus idea’/berhenti, sambung tentang CONTOH kurang berintegriti, calon ketiga ulas tentang ELEMEN negatif dalam / luar yang mempengaruhi, calon keempat menambah tentang AKIBAT kurang berintegriti, calon kelima memberi CADANGAN MENGATASI dan menyimpulkan hujah kumpulan. Jika board dilihat belum berpuas hati maka mana-mana calon yang bijak, fasih & talkative boleh tambah buat dinamic ending untuk menyelamatkan kumpulan anda!
12 (9) PLAN B (KONTINJENSI PLAN) Jika tiba-tiba kelas temuduga terhenti (pause) 1. Seorang calon angkat tangan dan segera bangkitkan soalan Plan B, ini panduan perkataan dan ayat Plan B Contoh soalan / idea Plan B – “Tuan, berkaitan isu yang terhenti tadi saya ingin”: 2. bagi pendapat ... 3. saya ingin tambah, 4. saya ingin ulas, 5. kurang setuju, namun sesuai untuk masa kini 6. setuju, namun ingin kembangkan idea itu 7. saya permudahkan, 8. saya hurai lanjut, 9. saya kaitkan dengan peristiwa dan kes-kes 10. saya kait dgn undang-undang 11. saya cuba lengkapkan 12. saya tidak berapa faham, mohon peserta tadi ulang semula...dll (Ingat, apapun, jangan bagi pendapat terlalu bertentangan antara satu sama lain).
13 (10) TIPS SUATU SESI PERBUALAN LENGKAP 1. Pendahuluan 2. Definisi 3. Tujuan. 4. Objektif 5. Huraian lanjut tajuk itu 6. Kaitan dengan isu semasa 7. Rujukan (reference) yang diambil 8. Kaitkan dengan kes-kes & undang-undang 9. Kekuatan 10. kelemahan 11. Cadangan penambahbaikan 12. Rumusan Nota: Amati bahagian mana yg tertinggal untuk anda masuk mencelah dalam Plan B kemudian teruskan dengan idea anda walau nampak idea itu tidak begitu tersusun kerana on the spot menyelamatkan keadaan.
14 (11) CONTOH TAJUK PERSEMBAHAN STAR TAJUK: JAGA IMEJ PASUKAN, KESIHATAN DIRI! Panduan: a. SITUATION – mengapa tajuk ini dipilih. b. TASKING – apa bentuk tugasan yang telah dijalankan. c. ACTION- apakah kaedah diguna untuk memilih tajuk itu & bagaimana tugasan anda itu telah dilaksanakan di tempat kerja. d. RESULT- Apakah kesannya kepada sistem penyampaian pasukan (dengan bukti). 1. SITUATION – MENGAPA TAJUK INI DIPILIH. “Saya memilih tajuk JAGA IMEJ PASUKAN, KESIHATAN DIRI adalah disebabkan:” a) Ia menyentuh soal imej dan integriti PDRM yang perlu dijunjung. b) PDRM seharusnya mengekalkan imej yang tinggi di mata masyarakat. c) PDRM perlu bertugas secara profesional dan mengelakan salah guna kuasa. d) Justeru imej dikatikan dengan penampilan diri yang sihat. e) Maka perlu menjaga kesihatan, pemakanan dan mencari masa melakukan aktiviti fizikal.
15 f) Kaitan antara imej pasukan dan kesihatan diri ini perlu berjalan seiring untuk hasil yang bernas. (12) TASKING – APA BENTUK TUGASAN YANG TELAH DIJALANKAN. a) Di tempat tugas kini, saya (e.g SM Azizah Akademik ) bertugas sebagai Penyelia Akademik bagi PRP di Cawangan Akademik. b) Diskripsi tugas ini menghendaki saya menyelia seramai 32 orang PRP yang bertugas sebagai Tutor yang membantu Pensyarah Undang-Undang yang terdiri dari Pegawai Kanan. c) Tugasan saya juga memerlukan saya berhubung terus dengan para pelatih yang terdiri dari Kadet Inspektor, Kadet Sarjan dan Pelatih Konstabel seperti mengambil taklimat akademik, taklimat peperiksaan, urusan pentadbiran dan kebajikan serta kawalan keseluruhan disiplin mereka. d) Dikaitkan dengan tajuk di atas maka saya perlu memastikan anggota di bawah seliaan saya menjaga kesihatan diri, menjaga pemakanan dna melakukan aktiviti fizikal secara berkala. e) Ini dilakukan dengan cara saya menentukan kehadiran mereka dalam setiap kawad dan senaman mingguan termasuk aktiviti game petang. f) Saya juga mendorong dan merangsang mereka semasa memberi arahan dalam taklimat masuk tugas setiap hari untuk mereka kelihatan segak dan berketrampilan tinggi. g) Ini penting ditekankan kerana mereka adalah imej pertama PDRM dalam latihan apabila berhubung dengna para pelatih polis dan keluarga mereka.
16 (13) ACTION- APAKAH KAEDAH DIGUNA UNTUK MEMILIH TAJUK ITU & BAGAIMANA TUGASAN ANDA ITU TELAH DILAKSANAKAN DI TEMPAT KERJA a) Saya TELAH melaksanakan tugasan PENYELIAAN yang saya sebutkan itu selari dengan saranan JAGA IMEJ PASUKAN, KESIHATAN DIRI! b) Ciri-ciri tugas saya yang berkaitan dengan tajuk di atas adalah saya menekankan ketrampilan, keupayaan dan kesungguhan di samping prinsip; tugas adalah suatu ibadah. c) Sebagai CONTOH, saya memastikan unsur-unsur kesihatan diri seperti menjalani latihan fizikal, perlunya menjaga nutrisi pemakanan, cukup tidur dan aktiviti kesihatan lainnya seperti berenang dan sering mengunjungi Gym. d) Saya juga telah berbincang dan memohon dengan Ketua saya untuk memanggil doktor penceramah tentang pemakanan ini dan telah pun dilaksanakan. e) CONTOH PENUGASAN penyeliaan yang TELAH saya laksanakan itu adalah: i. Melaksanakan konsep command & control secara tegas, bijaksana dan berprinsip dalam tugas penyeliaan kepada PRP (Tutor) yang saya selia. (para ini s/by akan ditanya lanjut oleh board untuk contoh2 praktikal detail). ii. Memberi arahan kepada para pelatih dengan tegas tetapi berhemah untuk menerapkan mutu disiplin yang tinggi di kalangan mereka. iii. Melayani ibu bapa, keluarga pelatih dan orang awam dengan mesra, berinfomasi namun tegas supaya mereka memahami dan seterusnya mengikut peraturan semasa yang ditetapkan.
17 iv. Bersungguh-sungguh memastikan setiap tugasan itu dilaksanakan secara TQM (Total Quality Management) yang zero defect untuk hasil yang lebih cemerlang. f) Untuk memastikan saya sebagai penyelia mempunyai kaedah berfikir dan bertindak selangkah ke hadapan dari orang yang saya selia maka saya perlulah memiliki kemahiran ASK - Attitude, Skill & Knowledge yang selari dengan globalisasi dan era cyber seperti pemantapan leardership, pengukuhan integriti, kemahiran dalam IT dan komunikasi berkesan. Saya turut menjadi role model dengan memelihara kesihatan saya, menjaga pemakanan dan aktif dengan aktiviti fizikal serta dilhat berketrampilan. 4. RESULT- APAKAH KESANNYA KEPADA SISTEM PENYAMPAIAN PASUKAN (DENGAN BUKTI). Hasil dari TASKING dan ACTION yang saya jalankan di atas maka saya TELAH berjaya melaksanakan sistem penyampaian pasukan secara efektif melalui penugasan saya seperti berikut: a) Tugasan penyeliaan saya berjalan lancar dan imej PDRM meningkat apabila anggota saya mempamirkanketrampilan diri yang tinggi. Buktinya para Tutor yang saya selia mematuhi setiap arahan ketrampilan diri dan pakaian ini sebelum mengambil kelas. Kerana kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat maka Tutor juga tiada yang absent dan repot sakit malah mereka turut sama meyumbang idea penambahbaikan serta peratus kelulusan pembelajaran undang-undang pelatih adalah tinggi iaitu sekitar 97%. b) Para pelatih bermotivasi untuk mengikuti setiap silibus PLAK pembelajaran undang-undang dengan sistematik, patuh kepada disiplin dan bersungguh-sungguh. Buktinya jumlah yang gagal dan
18 diturunkan squad adalah rendah atau jarang berlaku kerana motivasi pematuhan dispilin dan pencapaian akademik yang tinggi mempengaruhi kecemerlangan pencapaian mereka. c) Sistem penyampaian kepada ibu bapa, keluarga pelatih dan orang awam dilaksanakan dengan berkesan. Buktinya selama ini walaupun jumlah mereka telah beribu-ribu orang namun mereka kekal dilayan dengan baik dan berhemah dan tiada satu komplen-pun berkaitan layanan yang tidak memuaskan di sini. Berdasarkan pencapaian cemerlang ini maka saya yakin saya TELAH melaksanakan tugasan penyeliaan saya dengan efektif dan cemerlang seperti yang disarankan
19 (12) PANDUAN NOTA-NOTA DARI ARTIKEL (12.1.) JAGA IMEJ PASUKAN, KESIHATAN DIRI. IPOH: Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mahu pegawai dan anggota di negeri itu mempunyai keterampilan dan imej yang baik serta melakukan tugas dengan profesional. Beliau turut menasihatkan semua pegawai dan anggotanya supaya terus meningkatkan serta menjaga integriti dan kewibawaan pasukan Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) sebagai penguat kuasa undang-undang utama di negara dan negeri. "Saya menasihatkan kepada semua pegawai dan anggota agar mempertingkatkan dan menjaga integriti, kewibawaan dan janganlah salah guna kuasa, penyelewengan dan sebagainya. "Saya berharap kerjasama terutama Timbalan (Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris), barisan pegawai, ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah untuk membantu saya dalam menjalankan tugas dan mencapai objektif serta misi visi Polis," katanya pada Perhimpunan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini. Mohd Yusri berkata, beliau juga mahu Polis Perak menjaga imej pasukan sebagai barisan hadapan dan terus menjaga kesihatan, pemakanan selain mencari masa melakukan aktiviti fizikal. "Saya mudah didekati dan jenis yang telus, 'yes is yes, no is no, black is black, white is white' (tetapi) jika ada apa-apa keperluan dan perkara boleh dibincang saya sedia terima kunjungan untuk kerjasama bagi meningkatkan penugasan PDRM," katanya. Mohd Yusri, 52, dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu bagi menggantikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib pada 4 Ogos lalu. Terdahulu, majlis serah terima tugas antara beliau dan Azizi dilangsungkan di IPK Perak, semalam disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
20 (12.2.) PDRM PERLU BERI KHIDMAT TERBAIK KEPADA MASYARAKAT KUALA LUMPUR: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa terus meningkatkan mutu kerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selaras dengan hasrat kerajaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Kerajaan Perpaduan amat komited untuk memastikan semua warga perkhidmatan awam dapat meningkatkan lagi prestasi kerja, selain membantu kerajaan melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran negara. "PDRM sebagai agensi penguat kuasa utama negara ini, haruslah meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota masyarakat. "Justeru, saya menyeru sekali lagi seluruh warga pasukan agar dapat melipat gandakan usaha bagi mencapai prestasi kerja yang lebih cemerlang, demi memenuhi harapan kerajaan, serta harapan masyarakat terhadap kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Mei 2023 anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Dataran Kompleks 3 Bukit Aman, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah JPJKK Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail. Acryl Sani berkata, tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' mengungkap betapa pentingnya jalinan antara polis dan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah, ke arah mewujudkan persekitaran selamat di negara ini. Sehubungan itu, katanya, JPJKK dipertanggungjawab mewujudkan keterlibatan dengan semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkonsepkan Kepolisan Masyarakat. "Kita pun sedia maklum bahawa untuk mencapai kadar sifar jenayah bagi sesebuah negara adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. "Namun, pelbagai usaha langkah pencegahan yang berterusan dan berstrategi akan diteruskan, yang kita yakini dan kita percaya dapat mengurangkan kejadian jenayah daripada terus berleluasa," katanya. Untuk tujuan itu, katanya, JPJKK diberi kepercayaan untuk terus melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.
21 Beliau berkata, kehadiran elemen rondaan di Bahagian Operasi Darat JPJKK mencakupi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian, ternyata berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda, termasuk ketika musim perayaan lalu. "Bagi tempoh Januari hingga April 2023, unit MPV menjalankan 872,283 pemeriksaan kenderaan, dengan 76,768 saman dikeluarkan. "Di samping itu, anggota unit MPV juga menjalankan 1,651 tangkapan, merangkumi 770 tangkapan berkait kes jenayah, 777 tangkapan berkait kes narkotik dan 104 tangkapan membabitkan lain-lain kes," katanya. Dalam pada itu, katanya, URB juga melaksanakan 154,887 aktiviti 'Stop and Talk' serta 'Meet and Greet' sebagai usaha mendekatkan lagi PDRM dengan masyarakat. Pada majlis sama, Acryl Sani turut menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada 37 warga PDRM, terdiri daripada pegawai polis dan awam daripada pelbagai jabatan, yang menunjukkan prestasi cemerlang. Ini termasuk kepada dua anggota Unit MPV Kontinjen Kelantan, atas kejayaan merampas dadah bernilai RM9.5 juta ketika bertugas menjalankan rondaan. Sijil sama turut disampaikan kepada dua anggota Unit MPV Kontinjen Kuala Lumpur, yang berjaya merampas senjata tiruan, terdiri daripada 25 laras raifal, dua pucuk pistol dan 480 butir peluru plastik bernilai RM318,000. "Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima. "Saya berasa bangga dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada tuan sekalian kerana berjaya memartabatkan imej PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ketika menjalankan tugas," katanya. (12.3.) KSM PERKUKUH USAHA TINGKATKAN INTEGRITI DALAM PENTADBIRAN. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata tindakan dan penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak dalam menanganinya. "Jentera pentadbiran perlu sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan mengambil kira pelbagai saluran maklumat seperti maklum balas, nasihat dan aduan.
22 "Ia bagi memastikan inisiatif yang dirangka sentiasa relevan dan terus menjadi panduan serta rujukan," katanya berucap melancarkan Inisiatif Pencegahan Rasuah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Ketua Pegawai Risiko, Integriti dan Governans HRD Corp, Siti Fatimah Abdullah. Sivakumar berkata, Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) HRD Corp melambangkan usaha agensi itu dalam memerangi rasuah dengan menggariskan empat objektif strategik yang memberi fokus kepada tadbir urus, pentadbiran, perolehan dan penguatkuasaan. Katanya, sebanyak 27 inisiatif strategik dikenal pasti menerusi pelan itu bagi membendung salah laku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan seterusnya memperkasakan tadbir urus terbaik serta berintegriti di HRD Corp. Beliau berkata, Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti antirasuah bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam dan swasta. "Usaha pencegahan rasuah menjadi fokus utama kerajaan kerana rakyat giat memerhati dan menghakimi kualiti perkhidmatan kerajaan dan agensinya. "Perkhidmatan yang baik tanpa rasuah memberikan persepsi lebih baik, sekali gus menambah baik skor CPI negara pada masa depan. CPI negara tahun lalu naik dari tangga 62 kepada 61 daripada 180 negara, namun indeks dikeluarkan Transparency International (TI) menunjukkan skor negara turun satu mata kepada 47 berbanding 48 pada tahun sama. (12.4.) INOVASI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PDRM. INOVASI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PDRM Kuala Terengganu, 14 Julai 2023 – Bertemakan “Inovasi Transformasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)” telah diadakan Majlis Persada Inovasi Peringkat PDRM Tahun 2023 yang berlangsung dari 11 Julai sehingga 12 Julai lalu di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu. Sebanyak 11 Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) daripada 36 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir mewakili dari pelbagai jabatan dan kontinjen serta daerah mempamerkan produk kreativiti mereka menerusi pertandingan yang dianjurkan. Majlis sambutan bertambah meriah dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Setiausaha Jawatankuasa
23 Pemandu Pengurusan Inovasi PDRM yang berbesar hati merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2023 yang diadakan di Hotel Primula Beach, Terengganu di sini, semalam. Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Terengganu yang juga selaku pengelola majlis, DCP Datuk Mazli Mazlan bersama SAC Dasar Strategik PDRM selaku Pemangku Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman merangkap Urus Setia Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi PDRM, SAC Azman Abd Razak. Berucap dalam majlis tersebut, Datuk Seri Ayob Khan berkata sambutan yang diadakan ini adalah inisiatif berterusan PDRM dalam mengiktiraf idea yang telah digarap dalam kalangan warga Pasukan. Seterusnya, ia diterjemahkan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang disuntik dengan elemen-elemen inovasi agar mampu memberi impak kepada organisasi khususnya dan masyarakat amnya. "Menerusi platform pertandingan KIK dapat menghimpunkan idea-idea dan ciptaan baharu sebagai solusi permasalahan di samping berperanan untuk menambah baik produk serta perkhidmatan sedia ada, bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, "ujar beliau. Tambah beliau PDRM mendambakan warga kerja yang berfikiran kritis dan konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab serta mencari solusi kepada setiap permasalahan secara kreatif dan inovatif, di luar kotak kelaziman. Datuk Seri Ayob Khan turut menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada para pemenang yang menyertai pertandingan di mana Kumpulan Taming Sari dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman memenangi Kategori Penambahbaikan diikuti Kumpulan Qber, Mac dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, Kelantan serta Kumpulan Pokel dari IPD Tumpat, Kelantan masingmasing menduduki tempat kedua dan ketiga. Manakala bagi Kategori Penciptaan pula dimenangi oleh Kumpulan Kenyalang Tech dari Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, diikuti Kumpulan Synergy Wow dari IPD Putrajaya di tempat kedua manakala di tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan The Field Warriors dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Turut diumumkan adalah Anugerah Projek Terbaik yang dimenangi oleh R.J2 Friendly dari IPK Terengganu manakala Anugerah Kumpulan Terbaik dimenangi oleh Kumpulan Der Blue Soldat, IPD Klang Utara, Selangor. Bagi Anugerah Persembahan Terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan T-Malim dari IPD Muallim, Perak dan Anugerah KIK Harapan diungguli oleh The Creative Cops, IPD Bintulu, Sarawak serta Eliminators Tech dari IPD Song, Sarawak. Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Yahya Othman, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid dan para pegawai kanan PDRM serta para pengamal media.
24 (12.5.) HAPUS JENAYAH DADAH ELAK KESELAMATAN NEGARA DIKOMPROMI TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI baru-baru ini memberikan tempoh tiga bulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menyelaras usaha, sekali gus merangka inisiatif baharu bagi membanteras gejala dadah di negara ini. Umum mengetahui dadah diisytiharkan kerajaan sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983 lagi. Bagaimanapun, jenayah membabitkan penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini masih lagi tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh, meskipun pelbagai tindakan dari sudut perundangan serta penguatkuasaan dijalankan pelbagai agensi keselamatan seperti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN) dan kastam. Persoalannya, apakah bentuk mekanisme kerjasama terbaik dalam usaha kerajaan menangani isu ancaman dadah di negara ini? Kerajaan wajar menimbangkan untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Antidadah Kebangsaan ditubuhkan pada 10 September 1983 yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan Arahan Nombor 13 MKN, memperuntukkan penubuhannya berperanan sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan yang bertanggungjawab ke atas semua aspek tindakan antidadah dalam negara. Saranan diberikan Timbalan Perdana Menteri supaya KDN dan AADK mengusahakan koordinasi antara beberapa agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah dadah dapat direalisasikan sekiranya Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan ditubuhkan semula. Namun, proses penubuhan jawatankuasa berkenaan perlu diperhalusi secara menyeluruh kerana membabitkan beberapa aspek. Pertama, aspek kewangan. Usaha membanteras aktiviti jenayah dadah memerlukan sejumlah besar peruntukan kewangan daripada kerajaan dalam menjalankan operasi pencegahan. Peruntukan kewangan seperti pembelian peralatan bagi tujuan pengawasan bagi mendapatkan makluman perisikan terhadap kumpulan kartel dadah beroperasi di negara ini, pastinya memerlukan sumber kewangan besar. Di samping itu, peruntukan kewangan juga diperlukan bagi meningkatkan lagi prasarana dan kemudahan pusat latihan pasukan penguatkuasaan antidadah seperti JSJN serta kastam dilihat amat penting dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan
25 anggota penguatkuasaan antidadah, seiring dengan kemajuan teknologi yang digunakan sindiket penyeludupan dadah. Ini kerana sindiket dalam usaha melaksanakan operasi penyeludupan dadah secara licik ke negara ini, mereka dengan menggunakan teknologi perkomputeran dan dron. Perlu peruntukan kewangan besar Oleh itu, peruntukan kewangan besar perlu dikeluarkan kerajaan dalam usaha menangani masalah jenayah dadah. Walaupun ia dilihat bebanan besar kepada kerajaan, isu dadah membabitkan keselamatan nasional negara dan tidak boleh dikompromi mana-mana pihak. Aspek kedua dalam pelaksanaan mekanisme kerjasama antara agensi penguatkuasaan antidadah adalah pengukuhan integriti dalam pasukan. Penubuhan semula Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Antidadah Kebangsaan memerlukan individu bersifat bersih daripada sebarang bentuk isu penyalahgunaan kuasa serta rasuah. Memang sukar untuk menubuhkan jawatankuasa antidadah dengan pegawai dan anggota kukuh integriti kerana perlu berdepan dengan pelbagai bentuk godaan kartel dadah seperti sogokan hingga jutaan ringgit tetapi mencari individu yang jujur dan tinggi integritinya bukan mustahil. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay adalah contoh pegawai polis amat digeruni sama ada kumpulan penjenayah dadah dan disegani warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri dalam menunjukkan ketegasan dalam menjalankan amanah, terutama ketika beliau menjawat Pengarah JSJN Bukit Aman. Meskipun Ayob Khan mendapat ancaman daripada sindiket penyeludupan dadah, ia tidak menjadi halangan kepada beliau dalam menjalankan operasi pembanterasan kegiatan penyeludupan serta pengedaran dadah secara besar-besaran. Ketegasan dan kekuatan integriti dalam diri beliau menjadi contoh kepada warga PDRM untuk menjalankan tugas dengan berdedikasi serta bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sebarang bentuk ancaman keselamatan. Sekiranya aspek integriti dalam pasukan ini dapat diambil kira dan ditekankan kerajaan dalam proses menubuhkan Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan, adalah tidak mustahil, jenayah dadah dapat dikurangkan secara drastik, sekali gus mampu mewujudkan mekanisme tersusun dalam proses pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pencegahan dadah. Aspek ketiga perlu ditekankan dalam usaha penubuhan semula Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Antidadah Kebangsaan adalah penyelarasan tugas serta bidang kuasa. Pasukan petugas khas dibentuk perlu mempunyai sistem pemerintahan selaras bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bidang kuasa antara agensi penguatkuasaan antidadah yang menganggotai pasukan berkenaan.
26 Pada masa sama, proses pengumpulan dan perkongsian maklumat perisikan berkaitan aktiviti penyeludupan, pengedaran serta penyalahgunaan dadah perlu dijalankan secara kerjasama menyeluruh, tanpa ada perasaan mementingkan organisasi atau perasaan untuk bersikap tidak mahu untuk berkongsi maklumat. Aktiviti jenayah dadah menjadi ancaman langsung kepada keselamatan nasional. Oleh itu, jawatankuasa pasukan petugas khas dibentuk perlu mengutamakan kepentingan negara terlebih dahulu daripada mengutamakan kepentingan organisasi ataupun peribadi, sekiranya benar-benar ingin menghapuskan isu jenayah dadah. Sekiranya Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Antidadah Kebangsaan dapat dihidupkan semula, tidak mustahil ia mampu mengurangkan masalah jenayah dadah, sekali gus mampu mewujudkan negara bebas dadah pada masa hadapan. (12.6.) USAHA BERTERUSAN, MENYELURUH ELAK RASUAH JADI BUDAYA RASUAH dan penyelewengan adalah jenayah mengancam nilai dan aturan masyarakat. Setiap negara menggubal undang-undang anti rasuah sebagai antara langkah memerangi jenayah itu. Undang-undang anti rasuah ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan keberkesanan usaha dan upaya melawan rasuah. Namun, persoalan sering dibangkitkan, mengapa rasuah masih berleluasa biarpun negara memiliki undangundang tegas menanganinya. Membicarakan keberkesanan undang-undang anti rasuah, ada beberapa perkara perlu diberi tumpuan. Pertama, sifat jenayah rasuah itu sendiri berbeza dengan jenayah lain. Rasuah lazimnya berlaku secara sukarela. Dalam erti kata lain, pemberi dan penerima mendapat keuntungan daripada jenayah ini. Kedua-dua pihak saling bersekongkol dan mendapat laba. Lazimnya, jenayah rasuah terbongkar apabila satu pihak tidak berpuas hati. Disebabkan sifat rasuah ini, ada kala pihak pendakwaan terpaksa memilih pihak mana lebih wajar didakwa sama ada pemberi atau penerima. Jenayah rasuah juga lazimnya dilakukan secara cukup sulit sehingga hanya pihak terbabit sahaja mengetahui. Hal ini berbeza dengan jenayah lain, lazimnya ada saksi bebas boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Oleh demikian, dalam keadaan tertentu, pendakwaan sukar dibuat kerana bagi kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.
27 Bagaimana pun, kemajuan teknologi kini diharapkan dapat diguna pakai bagi memastikan kualiti siasatan dapat ditambah baik. Penggunaan peralatan canggih dilihat membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpul keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) dan sokongan tanpa bergantung sepenuhnya kepada saksi bersubahat. Seperkara lagi yang memberi kesan kepada penguatkuasaan undang-undang anti rasuah adalah dakwaan campur tangan orang politik atau pemerintah. Pembabitan pihak berkedudukan dalam politik atau kerajaan turut memberi impak besar kepada usaha mencegah rasuah. Kedudukan dimiliki ada kala membolehkan golongan ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang. Di samping itu, undang-undang anti rasuah dahulu lebih berkisar kepada tindak balas selepas jenayah rasuah berlaku, bukan mengutamakan pencegahan. Penekanan kepada pencegahan lazimnya hanya terbatas kepada arahan pentadbiran dalaman, seperti kewajipan mengisytihar harta. Bagaimanapun, penggubalan undang-undang anti rasuah mula memperkasa unsur pencegahan. Kaedah sering digambarkan sarjana undang-undang jenayah adalah sebagai pendekatan pra-jenayah (pre-crime approach). Intervensi awal dirumuskan bagi mencegah rasuah. Misalnya, penggubalan Seksyen 17A, Akta SPRM secara tidak langsung mewajibkan badan korporat mempunyai tatacara mencukupi bagi mencegah rasuah dalam organisasi. Jika gagal berbuat demikian, badan korporat boleh dipersalahkan jika kesalahan rasuah berlaku dalam organisasi terbabit. Ini selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu Memerangi Rasuah (UNCAC) yang diratifikasi Malaysia. Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa usaha membanteras jenayah dalam masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada reformasi undang-undang sematamata. Dalam buku 'Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu. Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika', Almarhum Prof Kamal Hasan menegaskan reformasi undang-undang berkaitan korupsi atau politik wang semata-mata tidak akan menyekat sesetengah pihak menghindari penyakit gila kuasa, tamak dan nilai jelik menjadi punca rasuah. Hakikatnya perlu diakui tetapi pahit untuk ditelan, rasuah di negara ini sudah lama berakar dalam masyarakat. Bergantung sepenuhnya kepada undang-undang seumpama hanya memangkas dahan dan ranting 'pokok rasuah', tapi bukan mencabut akarnya. Kelak pokok itu rimbun semula. Usaha menyeluruh dan berterusan amat mustahak bagi memastikan rasuah dinyahbudayakan (denormalise) dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, jangan sekali-kali dibiarkan rasuah dibiasakan atau digambarkan sebagai suatu yang biasa.
28 (12.7.) PERLU PENGHAYATAN IHSAN Ketika membentangkan konsep Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggariskan enam rukun utama, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Enam rukun ini diangkat sebagai tiang seri yang bakal mendukung wadah Malaysia Madani. Dalam konteks ini, ihsan dilihat antara rukun yang boleh menjadi tonggak paling signifikan dalam menyumbang kepada pembentukan masyarakat Madani. Ia dikatakan demikian kerana maksud ihsan itu dilihat sangat meluas dan menyeluruh sekali gus mencakupi segala aspek yang diperlukan untuk membantu proses pembentukan dan pembinaan sebuah masyarakat Madani yang diidamkan. Ihsan dalam konteks Malaysia Madani ditafsirkan cukup sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan, iaitu mengasihi orang lain merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan anggota masyarakat secara keseluruhan termasuk golongan minoriti. Perasaan ihsan digambarkan mewakili soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya. Ringkasnya, ihsan akan menjadikan kita sebagai manusia yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak tamak, tahu menghormati hak orang lain dan saling ambil peduli masalah yang membelenggu anggota masyarakat walaupun kita berbeza agama, kaum dan budaya. Ironinya, sifat ihsan ini sangat penting dalam kehidupan seharian setiap individu baik dalam soal menguruskan hal keluarga, kerjaya mahupun perhubungan dengan orang lain. Jika setiap seorang daripada kita sanggup menghayati, membudayakan dan mengamalkan sifat ihsan dalam setiap urusan, segala masalah yang menimpa anggota masyarakat dapat ditangani secara bersama dengan baik. Misalnya dalam soal masalah institusi keluarga seperti pergaduhan dan perceraian dalam rumahtangga serta pengabaian dan penderaan anak-anak yang semakin membimbangkan. Jika suami dan isteri dapat menghayati sifat ihsan dan saling sayang menyayangi serta percaya dan yakin di antara satu sama lain, kita dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini di samping anak-anak juga tidak akan terbiar tanpa kasih sayang yang secukupnya. Pada masa sama, ciri-ciri ihsan seperti sikap prihatin, tanggungjawab dan ambil peduli ibu bapa pula dapat melindungi keselamatan anak-anak sekali gus dapat menangani masalah penderaan selain boleh bantu lindungi anak-anak daripada terjerumus ke pelbagai masalah sosial yang sedang melanda golongan remaja pada ketika ini. Harus diingat, impian membentuk masyarakat Madani hanya boleh dicapai jika kita boleh membentuk keluarga Madani terlebih dahulu. Ringkasnya, sifat ihsan dalam kalangan ibu bapa serta ahli keluarga yang lain dapat menyumbang kepada proses pembentukan keluarga Madani. Begitu juga halnya dengan masalah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang sedang berleluasa dalam masyarakat kita. Ingat, masalah defisit integriti dan kejujuran pasti akan menjadi penghalang terbesar pembentukan masyarakat Madani.
29 Sikap segelintir anggota masyarakat yang mementingkan diri serta mahu cepat kaya menyebabkan mereka sanggup menganiaya hak dan kepentingan orang lain. Misalnya, kemunculan 'buaya ekonomi' yang membolot dana awam dengan begitu licik menyebabkan bantuan yang disediakan kepada golongan sasaran tidak dapat disalurkan seperti yang dirancang. Ternyata mereka ini langsung tidak ada elemen mengasihi dan mengambil peduli masalah dan kemelaratan orang lain. Jika keadaan ini berlarutan dana awam akan terus dibolot dan disalahguna oleh pelbagai pihak sehingga menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan orang lain. Jadi penerapan dan pemupukan sifat ihsan dalam sanubari anggota masyarakat perlu dijadikan formula penting dalam mendidik orang ramai menjadi manusia yang berintegriti tinggi sekali gus membantu membentuk sebuah masyarakat Madani. Selain itu, kita juga perlu sedar pembentukan masyarakat Madani itu perlu membabitkan seluruh anggota masyarakat, justeru semua lapisan anggota masyarakat perlu mendapat hak dan peluang yang sewajaranya secara adil dan saksama, yakni tidak boleh ada mana-mana kumpulan terutamanya kelompok minoriti tertinggal atau sengaja diabaikan walau dengan apa alasan sekalipun. Hakikatnya hari ini masih ramai anggota masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan terutamanya di kawasan pedalaman. Antara masalah utama mereka ialah tiada punca pendapatan tetap selain kekurangan pelbagai infrastruktur untuk kelangsungan hidup. Jelas sekali mereka ini memerlukan pembelaan sewajarnya dan turut berhak menikmati segala kemajuan negara. Justeru melalui sifat ihsan seperti mengambil peduli keadaan orang lain serta tidak mengabaikan golongan minoriti kita yakin boleh mengangkat kedudukan dan martabat semua golongan ini agar sama-sama menikmati kehidupan lebih baik. Tuntasnya, dengan sifat ihsan kita dapat menidakkan sebarang bentuk penafian hak dan pengabaian terhadap golongan minoriti. Malah melalui ihsan juga kita boleh menerapkan budaya menjaga tepi kain orang demi kebaikan bersama. Anggota masyarakat perlu lebih cakna dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di sekeliling. Budaya pejam mata dan tutup telinga perlu dibuang jauh-jauh jika mahu melihat semua individu mendapat layanan sewajarnya. Tuntasnya, sifat ihsan mencerminkan ciri-ciri keperibadian mulia yang wajar dimiliki oleh setiap anggota masyarakat supaya kita dapat meneruskan kehidupan dalam suasana dan persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera. Justeru perlu dipergiatkan kempen kesedaran agar rakyat memahami setiap sifat ihsan sekali gus pada akhirnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan negara Madani yang dihasratkan. Selamat Berjaya Sahabatku! (Nota ini hanya disiapkan dalam masa 1 hari 7 Ogos 2023)