The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Nor Alyssa Ryanna binti Addy dari Tingkatan 2 Melodi, Sekolah Seni Malaysia Perak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkamilaidayu7, 2023-09-22 16:39:15

Tarian Sumazau

Disediakan oleh Nor Alyssa Ryanna binti Addy dari Tingkatan 2 Melodi, Sekolah Seni Malaysia Perak.

1 NAMA: NOR ALYSSA RYANNA BINTI ADDY NO.KAD PENGENALAN: 090813-01-1340 BIDANG: TEATER NAMA GURU: SITI NOOR LIYANTI BINTI RAMLI


2 SAYA, NOR ALYSSA RYANNA BINTI ADDY INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BIDANG SENI TARI SAYA IAITU CIKGU SITI NOOR LIYANTI BINTI RAMLI KERANA TIDAK JEMU MENDIDIK SAYA DAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN. SELAIN ITU, TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA IBU BAPA SAYA YANG BANYAK MEMBANTU SAYA MENYIAPKAN TUGASAN INI. AKHIR KATA, SEMOGA TUGASAN INI DAPAT MENINGKATKAN LAGI PENGETAHUAN SAYA TENTANG BIDANG SENI TARI.


3 BIL ISI KANDUNGAN M/SURAT 1. PENGENALAN TARI 1 2. SEJARAH TARIAN 2 - 3 3. MAKLUMAT TARIAN 4 4. PEKEMBANGAN TARIAN 5 5. TEKNIK TARIAN LELAKI DAN PEREMPUAN 6 -7 Lelaki 6 Perempuan 7 5. PAKAIAN SEMASA TARIAN 8 5. RAGAM TARI 9 6. SKOR KIRAAN 10 7. SKOR TARIAN (BY GROUP) 11 8. ALAT MUZIK TARIAN SUMAZAU (PENAMPANG) 12 - 13 9. GAMBAR-GAMBAR 14 10. KESIMPULAN 15 11. RUJUKAN 16


1 PENGENALAN TARI Seni tari sebagai gerakan yang berirama. Tarian adalah pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu yang tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan permikiran. Muzik atau bunyi-bunyian yang mengiring tarian memperkuatkan maksud yang ingin disampaikan oleh penari atau koreografer tarian itu. Tarian terbahagi kepada beberapa genre seperti tarian tradisional rakyat, moden, kontemporari dan satu ketika dahulu terdapat tarian yang dikhususkan untuk golongan istana seperti joget gamelan. Contoh gambar : Tarian Gamelan


2 SEJARAH TARIAN SUMAZAU Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisional rakyat Sabah yang amat terkenal di negeri Sabah dan di seluruh Malaysia. Negeri Sabah terletak di Kepulauan Borneo. Negeri ini sangat kaya dengan kepelbagaian budaya dan tarian. Salah satunya adalah tarian Sumazau. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini sering dipersembahkan apabila tiba musim perayaan Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian Padi yang dirayakan pada setiap tahun bulan Mei di Sabah. Perkataan Sumazau berasal daripada “SAZAU’ yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari. Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu daripada seekor burung helang semasa burung helang sedang terbang.


3 Antara tarian etnik lain yang dikenali di negeri Sabah ialah tarian Sumazau (Penampang), Kuda Pasu, Limbai, Igal-igal, Daling-daling, Titikas, Magunatip dan Mongigol. Perbezaan antara pelbagai etnik tersebut adalah ketara, terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Contoh gambar : Tarian Sumazau


4 MAKLUMAT TARIAN SUMAZAU Tarian ini biasanya ditarikan oleh suku kaum Kadazandusun yang terdiri daripada penari lelaki dan juga penari wanita dengan memakai pakaian tradisional suku kaum mereka. Tarian ini juga ditarikan sambil diiringi paluan gong yang biasanya menggunakan 6 buah gong berlainan saiz. Penari Sumazau lelaki dan wanita akan menarikan tarian ini dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka hingga ke paras bahu sambil mengibarkan tangan mereka seperti sayap burung yang sedang terbang. Penari tersebut juga menarikannya sambil mengangkat tumit kaki dan menurunkannya semula mengikut irama lagu yang dimainkan. Biasanya tarian Sumazau yang ditarikan adalah berlainan rentak dan tempo pukulan gongnya antara satu daerah dengan daerah yang lain. Namun tarian yang ditarikan adalah tetap sama iaitu dengan perlahan dan lemah lembut. Pada masa kini Tarian Sumazau telah menjadi salah satu tarian utama di Sabah dan ramai masyarakat di Sabah yang bukan dari suku kaum Kadazandusun dapat menarikan tarian ini dengan baik ketika majlis-majlis keramaian.


5 PERKEMBANGAN TARIAN SUMAZAU Tarian Sumazau lazimnya ditarikan semasa pesta menuai atau Tadau Kaamatan pada bulan Mei setiap tahun. Pesta ini bertujuan untuk mengucapkan kesyukuran berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padiserta upacara pemujaan semangat padi (Bambaazon). Sekarang, Tarian Sumazau (Penampang) telah berkembang dan dijadikan tarian keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, perhimpuan sosial atau menyambut ketibaan orang- orang kenamaan. Ia juga ditarikan sebagai untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit.


6 TEKNIK LELAKI DAN PEREMPUAN. Lelaki Mengayunkan tangan disisi ke hadapan dan kebelakang pada paras sederhana mengikut tempo lagu. Aras depaan tangan penari lelaki perlu pada para bahu berbanding dengan depaan tangan penari wanita. Aras depaan tangan 90 darjah ke sisi dan siku dipatahkan atau dibengkokkan. Keadaan jari ialah Genggam Tak Sudah. Kedua-dua tangan diayunkan kehadapan dan kebelakang mengikut tempo yang sederhana. Ayun tangan secara berterusan.


7 Perempuan Mengayunkan tangan disisi ke hadapan da kebelakang pada paras sederhana mengikut tempo lagu. Aras depaan tangan penari wanita pula agak sedikit rendah daripada penari lelaki, iaitu pada aras ketiak. Aras depaan tangan 45 darjah ke sisi dan siku dipatahkan/ dibengkokkan. Telapak tangan dihadapkan ke sisi dan ke kanan. Kedua-dua tangan diayunka ke hadapan dan kebelakang pada tempo yang sederhana. Ayun tangan secara berterusan.


8 PAKAIAN SEMASA TARIAN. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik dengan menggunakan benang berwarna emas. Pakaian penari perempuan. o Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade coin dollar). Pakaian penari lelaki. o Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering. Contoh gambar : Pakaian penari lelaki dan perempuan


9 RAGAM TARI Penari bergerak membuat pola lantai dengan ragam tari Tarian Sumazau. Setelah tamat persembahan, penari memberikan tanda hormat kepada penonton sebelum keluar dari pentas.


10 SKOR KIRAAN Ragam Perbuatan Kiraan SM Setempat 2x8 Maju 1x8 Setempat 1x8 Undur 1x8 Setempat 1x8 M Setempat 2x8 Maju 1x8 Undur 1x8 Setempat 1x8 Kanan 1x8 Kiri 1x8 Setempat 1x8 Pusing kanan 1x8 Pusing kiri 1x8 SM Setempat 2x8 Maju 1x8 Setempat 1x8 Undur 1x8 Setempat 1x8


11


12 ALAT MUZIK TARIAN SUMAZAU (PENAMPANG). Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa. Gong 1 – Sasalakan o Sasalakan merupakan gong paling kecil yang terdapat dalam alat muzik ini. Ketika persembahan, gong ini bertingkah dengan gendang melalui pukulan yang laju. Gong 2 – Nananangon o Nananangon merupakan gong yang mempunyai saiz lebih besar berbanding dengan sasalakan. Gong ini mempunyai ritma yang paling sukar untuk dimainkan. Gong 3 – Hahambatan o Gong ini dipukul berterusan satu demi satu sepanjang lagu.


13 Gong 4 – Hohotukon o Cara bermain gong ini adalah seperti bunyi ketukan. Gong 5 – Kukulimpoon o Gong ini digunakan untuk tanda berhenti. Gong 6 – Tatavag o Gong ini dinamakan sebagai tatavag yang bermaksud ‘Besar’. Dimulakan dengan Sasalakan dan diakhiri dengan Tatavag. Rentak irama diulang-ulang semasa tarian Sumazau dipersembahkan. Contoh gambar : 6 jenis alat muzik (gong) tarian Sumazau.


14


15 Kesimpulannya, tarian Sumazau merupakan jenis tarian tradisional yang menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum iaitu kaum Kadazandusun. Oleh itu, tarian ini perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian ini secara mendalam. Tarian juga mencerminkan budaya dan 15dentiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum. Diharapkan tarian tradisional tidak dilupakan oleh generasi anak muda dan terus diwarisi sehingga kini bagi mengekalkan keaslian dan keunikan dalam setiap seni tarian tersebut. Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisional dimata dunia supaya ianya dikenali ramai. Oleh itu, diharap tarian tradisional ini akan terus ditarikan oleh generasi muda tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta dapat memartabatkan nama negara kita dipersada dunia.


16 BUKU TEKS SENI TARI TINGKATAN 2 https://www.youtube.com/watch?v=4z5hZ-YHUeg https://www.youtube.com/watch?v=ZFZw215eXRY https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/state/category/culture/348 https://miedoriieqa.wixsite.com/tariankadazandusun/gerak-tari-tariansumazau https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Ftintanynaa.blogspo t.com%2F2016%2F10%2Ftarian-tradisi-suku-kaumsabah.html&psig=AOvVaw3q13eGQvsRcj3Fr1HzuMVO&ust=168608775958 3000&source=images&cd=vfe&ved=0CA4QjRxqFwoTCKDI4caMrf8CFQAAA AAdAAAAABAI


17


Click to View FlipBook Version