BUKU 2 ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI BUKU CELIK MINDA BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PENGENALAN 03 MEDIA CETAK 04-05 MEDIA ELEKTRONIK 06-07 HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGANTAR PENDIDIKAN 08-11 KESIMPULAN 12 ISI KANDUNGAN
PENGENALAN Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan antara aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur bahasa itu sendiri. Kesalahan ini sememangnya sering berlaku secara langsung atau secara tidak langsung oleh segelintir penutur bahasa Melayu tanpa mereka sedari. Isu ialah perkara pokok atau persoalan sesuatu masalah. Setiap isu perlu ditangani dengan sewajarnya. Isu kesalahan penggunaan kata ini perlulah diatasi dengan sewajarnya demi memelihara bahasa Melayu, memartabatkan bahasa Melayu dan mendaulatkan bahasa Melayu KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ISU
1.0 MEDIA CETAK Media cetak merupakan alat atau saluran komunikasi yang merupakan bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah dan lain-lain. Media, cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan puitis. Jadual 4 Contoh perkataan yang menggunakan vokal 1) Antara isu bahasa di media cetak ialah isu penterjemahan yang salah. Contohnya, ungkapan My honey yang terdapat dalam ayat “Oh honey, aku cinta padamu” diterjemahkan sebagai “Oh maduku” sedangkan dalam konteks tersebut, ungkapan itu bermaksud “Oh sayangku” atau “Oh manisku” 2) Selain itu, ada juga isu percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Misalnya, perkataan shoot dalam ayat “Ada berapa shoot untuk babak peperangan ini?” yang bermaksud “pengambilan gambar” atau penggambaran” sering diterjemahkan sebagai “tembak” ISU BAHASA DI MEDIA CETAK
CONTOH KESALAHAN BAHASA DI MEDIA CETAK Berdasarkan gambar di atas, ‘online’ diambil daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud ‘dalam talian’. Manakala, gambar di sebelah kiri pula menunjukkan penggunaan perkataan singkatan 'tak' dalam tajuk sebuah berita. Hal ini menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak peka akan kesalahan bahasa yang telah dilakukannya. Kita sepatutnya peka akan kesalahan kosa kata sama ada di dalam akhbar, buku, majalah dan sebagainya agar kita dapat membantu pihak tertentu memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu. Kesalahan bahasa ini boleh diatasi jika terdapatnya pihak mengambil tindakan diatas kecuaian dan ketidakprihatinan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Contoh isu kesalahan bahasa yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas (SMS). 1) Kesalahan penggunaan bahasa pasar atau rojak “Akil, saya mau pergi ke pasar. Kalau lu mau ikut, siap cepat kelana cuaca buluk.” “Akil, saya mahu pergi ke pasar. Kalau kamu mahu ikut, bersiap cepat kerana cuaca buruk 2) Penggunaan kata singkatan Sya ska mkn nsi lmak yg dijual olh mak kiah krn hrganya murah dn berptutan srta rsanya jga sdp. Saya suka makan nasi lemak yang dijual oleh Mak Kiah kerana harganya murah dan berpatutan serta rasanya juga sedap. 2.0 MEDIA ELEKTRONIK Media elektronik merupakan alat atau saluran komunikasi yang menggunakan alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen, telefon bimbit dan lain-lain lagi. Setiap maklumat atau hiburan yang disiarkan mestilah mementingkan estetika penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat. Selain itu, media elektronik ini juga berfungsi menyebarluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab menggunakan bahasa yang baik.
Isu bahasa yang terdapat di radio berkaitan dengan komunikasi lisan. Komunikasi lisan yang digunakan oleh penyampai radio tanpa menggunakan skrip akan menyebabkan mudah berlakunya kesalahan bahasa. Penyampai yang menggunakan skrip pun boleh melakukan pelbagai kesalahan bahasa jika tidak mempunyai pengetahuan bahasa baku yang secukupnya apatah lagi penyampai radio yang tidak menggunakan skip. Antara kesalahan bahasa yang dilakukan ialah percampuran kod (percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), penggunaan bahasa dialek, slanga dan bahasa pasar. ISU BAHASA DI RADIO Juruhebah: Apa yang korang buat masa PKP ni ?" Pemanggil: Apa lagi, aku membute je. PKP ni buat aku pishang lah Juruhebah: Jangan begitu bro, buatlah sesuatu yang ada faedah macam berkebun, workout ke, tengok movie di astro ke dan lain-lain. Pemanggil: Ok guys, terima kash atas nasihat, insya Allah nanti aku buat macam tu, bye.
3.0 HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN DIALEK Hak asasi merujuk kepada hak-hak asas bagi setiap manusia memilikinya sebagai lambang penghormatan kepada kemuliaan dan fitrah kemanusiaannya (Nasir Muhamad Ahmad dan Mahyeddin Mohd Salleh, 2018). Bahasa Melayu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantarauntuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengantar di institut pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang sedang dihadapi oleh penutur bahasa Melayu iaitu isu dialek, percampuran kod, kemasukan kata pinjaman asing dan lain-lain. Dialek sering dikaitkan dengan daerah penggunaanya. Setiap negeri dan daerah di Malaysia ini kebanyakkanya mempunyai dialek mereka tersendiri. Dialek ini sering kali digunakan sehingga menjejaskan penggunaan tatabahasa yang betul. Contoh: Maksudnya: kalian keluar makan di mana malam ini ?
PERCAMPURAN KOD PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa dengan bahasa. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, dan Tamil. Contoh: Penggunaan bahasa slanga iaitu penggunaan abahsa masyarakat pelajar, Contohnya, pishang (bosan), dowang (mereka), nko (engkau), biler (bila) Ada juga banyak penggunaan singkatan dalam media sosial seperti asalam (Assalamualaikum), knp (kenapa), xdak (tiada)
BAHASA MELAYU BAKU KATA PINJAMAN ASING Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan akronim, tanda baca dan laras bahasa. Bahasa baku juga ialah bahasa yang betul dan baik menurut tatabahasa serta tepat menurut gaya bahasanya. Penggunaan bahasa Melayu yang baku bertujuan meningkatkan taraf bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. Kata pinjaman ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diserapkan ke dalam satu bahasa lain. Bahasa Melayu mempunyai banyak kata pinjaman asing, contohnya daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Kata pinjaman yang diterima oleh jawatankuasa Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja boleh digunakan oleh pengguna bahasa dan tidak boleh mengambil sewenang-wenangnya apa juga perkataan asing ke dalam bahasa Melayu
KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA DAN EJAAN Contoh: Contoh bentuk jamak
KESIMPULAN Setiap pengguna bahasa bertanggungjawab menggunakan bahasa Melayu di mana-mana sahaja mereka berada. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti mana yang terdapat dalam akta bahasa. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terdapat dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu juga mempunyai sejarah kewujudannya melalui prasasti yang terdapat pada batu bersurat. Jika semakin ramai pengguna bahasa tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan sehari-hari maka bahasa Melayu juga boleh lenyap seperti mana terdapat beberapa bahasa di dunia yang lenyap kerana masyarakat tersebut tidak lagi menggunakan bahasa asal mereka dan menggunakan bahasa penjajah negara mereka. Selain itu, adalah amat penting bagi setiap pengguna bahasa berusaha untuk belajar tatabahasa bahasa Melayu dan berusaha menggunakan bahasa Melayu yang betul tatabahasanya terutama dalam situasi rasmi.
SEKIAN TERIMA KASIH SEKIAN TERIMA KASIH