The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN METAFORA
NAMA PENSYARAH : DR ARFAH BINTI AHAMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 736-3-zarul, 2022-10-11 10:40:21

PENGENALAN DAN FUNGSI CERITA RAKYAT DAN LIPUR LARA

KUMPULAN METAFORA
NAMA PENSYARAH : DR ARFAH BINTI AHAMAD

File Edit View

BMMB 3193 - PENGANTAR
KESUSASTERAAN MELAYU

KUMPULAN METAFORA



PENGENALAN DAN FUNGSI CERITA RAKYAT DAN LIPUR LARA

Page 01

File Edit View

Cerita Binatang

PENGENALAN
Cerita Binatang ialah cerita yang mengambil binatang sebagai watak cerita.
Binatang ini diberikan sifat seperti manusia dari segi akal, pertuturan dan digambarkan seperti sifat manusia sendiri seperti pandai
menipu, bijak dan bersahabat.
Jalan penceritaannya menggambarkan binatang yang ingin menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kadangkala juga diambil
manusia sebagai watak cerita seperti pengembala dan pemburu

FUNGSI
Cerita Binatang ini adalah sebagai hiburan terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Hal ini kerana, didalam cerita binatang akan
terselit kisah-kisah lucu dan menghiburkan hati.
Banyak memberikan pengajaran. Contohnya Watak seperti sang kancil memberikan gambaran kepada oembaca bahawa kita boleh
menang dengan kecerdikan walaupun bertubuh kecil. Cerita gagak mencari air juga boleh dijadikan pengajaran bahwa dimana ada
kemahuan disitu ada jalan .
Berfungsi sebagai kritikan. Contohnya kekalahan sanga kancil semasa berlumba dengan siput babi atas sebab terlampau mudah
memandang rendah lawannya.

Page 02

File Edit View

Cerita Jenaka

Pengenalan
Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan atau sastera rakyat.
Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu.
Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan.
Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur.

Fungsi
Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan. Hal ini bermakna perkataan jenaka membawa maksud atau makna lucu dan
turut membawa kesan menghiburkan kepada pembaca dan pendengar.
Unsur hiburan yang terdapat dalam cerita jenaka jelas dilihat pada sifat lucu yang dimiliki oleh watak-watak dan daripada peristiwa
lucu yang terjadi pada watak utama.
Cerita Jenaka berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak
utama membawa kesan menggelihati dan gembira.
Contoh: Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “ Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabila berjalan
menjemur dada”. Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan. Contohnya, Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana
disuruh memanggil lebai untuk majlis kenduri.

Page 03

File Edit View

Cerita Hantu

PENGENALAN
Cerita hantu biasanya pendek dan ringkas.
Diceritakan oleh orang tua kepada anak cucunya bagi tujuan tertentu
Cerita hantu mempunyai unsur marchen iaitu cerita pari yang mempunyai ciri magis dan bersifat luar biasa.
Cerita ini lahir dalam masyarakat yang primitif (berfikiran tertutup, bersifat magis, tidak relektif dan tidak logik)

FUNGSI
Untuk memberi pengajaran moral atau ilmu pengetahuan tentang perkongsian makhluk Tuhan di muka bumi
Untuk menghormati waktu-waktu tertentu
Mendisiplinkan kanak-kanak
Sengaja menimbulkan rasa seram dan takut
Menimbulkan rasa hormat terhadap alam ghaib
Menimbulkan rasa hormat terhadap seseorang atau sesebuah kawasan

Page 03

File Edit View

Cerita Teladan

PENGENALAN
Cerita teladan merupakan cerita yang mempunyai unsur didaktik, moral dan memberi pengajaran atau teladan kepada
pembaca.
Kebiasaannya cerita teladan ini akan diceritakan kepada kanak-kanak kerana cerita teladan ini lebih kepada pendidikan
moral sama ada pendidikan tersebut berlandaskan kehidupan sosial, budaya atau ajaran ajgama.
Cerita teladan ini lebih bersifat nyata berbanding cerita-cerita lain seperti lipur lara, jenaka dan binatang.

FUNGSI
Antara fungsi cerita teladan ini ialah memberi pendidikan moral. Di mana dalam cerita-cerita teladan ini terdapat
pelbagai tema yang boleh berkait mengenai budi pekerti, kasih sayang dengan manusia dan binatang, hubungan
kekerluargaan dan sebagainya.
Fokus utama bagi cerita teladan ini ialah dengan melakukan kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan dan
sebaliknya.
Seterusnya cerita teladan ini juga mempu berfungsi sebagai kritikan sosial, hiburan, pengajaran dan pendidikan

Page 03

File Edit View

Cerita Lipur Lara

PENGENALAN
Cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara.
Merupakan cerita-cerita roman yang mengandungi unsur pengembaraan.
Ditutur dan diturunan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Berlakunya tokok tambah dalam cerita lipur lara
Tema biasanya berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan.
Mengandungi plot kronologi
Berunsur magis dan kuasa sakti
Mengandungi ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar.
Mengandungi puisi.

FUNGSI
Sebagai alat hiburan bagi masyarakat Melayu tradisi, khasnya dalam kalangan rakyat jelata.
Isi ceritanya dapat menarik minat masyarakat serta kepuasan yang menghiburkan setelah seharian membanting tulang di siang hari.
Sebagai alat untuk mengungkapkan nilai-nilai moral dan etika.

Page 03

File Edit View

Cerita Asal Usul

Pengenalan
Merangkumi kepercayaan : kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan serta haiwan.
Cerita asal usul memberikan suatu alasan yang dapat diterima mengenai kewujudan sesuatu.
Contoh: nama Melaka diambil sempena peristiwa Parameswara melihat seekor pelanduk menendang anjing pemburu miliknya.
Parameswara merasa kagum melihat kejadian itu dan merasakan bahawa kawasan dia berburu itu bertuah. Dia berehat pada
sebatang pokok yang dikenali sebagai Pokok Melaka dan mahu membuka negeri di tempat itu dan menamakan negeri itu negeri
Melaka bersempena dengan nama pokok tempat dia bersandar.
Contoh: Mengapa ular sawa hilang bisanya. Hal ini disebabkan ia marah melihat ikan simpanannya habis dicuri orang. Ular sawa pun
menyembur semua bisanya pada tapak kaki seorang anak raja. Anak raja itu telah mati dan ular sawa pun hilang bisanya.

Fungsi
memenuhi perasaan ingin tahu yang ada dalam diri masyarakat
menjadi sandaran kepada sistem kepercayaan
Sebagai sumber pendidikan dan pengajaran
Sebagai medium hiburan

Page 03

File Edit View

TERIMA
KASIH

Page 17


Click to View FlipBook Version