The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1144 - KESANTUNAN BERBAHASA MOHAMMAD ZARUL HAIQAL BIN ZAHARI PPISMP F2D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 736-3-zarul, 2022-04-12 10:55:01

BMMB 1144 - KESANTUNAN BERBAHASA

BMMB 1144 - KESANTUNAN BERBAHASA MOHAMMAD ZARUL HAIQAL BIN ZAHARI PPISMP F2D

BMMB 1144 - Anda dikehendaki membuktikan
KESANTUNAN penggunaan bahasa kurang santun yang
BERBAHASA dilontarkan oleh masyarakat
terutamanya di media sosial. Berikan
TUGASAN 2 justifikasi serta cadangkan cara
menangani isu kesantunan berbahasa
NAMA : MOHAMMAD ZARUL ini agar masyarakat kita dikenali
HAIQAL BIN ZAHARI sebagai masyarakat yang mempunyai
KELAS : F2D kesantunan berbahasa dan mempunyai
NAMA PENSYARAH : PN NORMI jati diri yang tinggi.
BINTI MOHD DALI

ISI KANDUNGAN

1.DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA
2.JENIS-JENIS KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA

- BAHASA LUCAH
- BAHASA BASAHAN
- BAHASA ROJAK
- BAHASA SLANGA
- BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
3. CADANGAN LANGKAH MENGATASI MASALAH BAHASA YANG TIDAK SANTUN DALAM
MASYARAKAT

DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan bermaksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti sama ada
dalam bahasa lisan atapun tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Hamka (2002)
menyatakan bahawa kesantunan meliputi kata-kata yang lemah lembut dan beradab
serta mampu melembutkan hati seseorang. Kesantunan berbahasa ini bukan sahaja
melibatkan perlakuan linguistik, namun ia juga berkaitan perlakuan bukan linguistik.
Perlakuan linguistik bermakna penggunaan dan pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan
dalam perbualan. Perlakuan bukan linguistik pula bermaksud mimik muka, gaya dan
gerakan anggota badan semasa perbualan. Sara Beden & Indirawati Zahid (2014, p.152)
menyatakan bahawa aspek kesantunan berbahasa bukan sahaja terdapat dalam bentuk
lisan semata-mata tetapi juga di dalam bentuk tulisan

JENIS-JENIS KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT

Bahasa Lucah Bahasa Basahan

JENIS Bahasa Rojak
KETIDAKSANTUNAN Bahasa Slanga
BERBAHASA DALAM

MASYARAKAT

Bahasa Sistem Pesanan Ringkas
(SMS)

1) BAHASA LUCAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lucah ialah hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan.
Maka bahasa lucah bermaksud bahasa yang menuturkan perkataan yang mempunyai unsur lucah, keji
dan tidak sopan

PUNCA BERLAKUNYA PENGGUNAAN BAHASA LUCAH

Remaja berfikiran bahawa bahasa lucah itu hanya digunakan dalam kalangan kawan-kawan dan hanyalah
suatu bentuk gurauan untuk merapatkan hubungan persahabatan antara mereka.
Apabila mereka berjumpa rakan-rakan mereka, mereka akan terikut trend percakapan zaman ini yang
banyak dilihat dan ditiru daripada media sosial dan televisyen.
Remaja dan kanak-kanak juga dapat terpengaruh dengan ibu bapa dan persekitaran yang sering
menggunakan bahasa lucah ini
Selain itu, ibu bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki dan nafkah kadangkala tidak sempat mengajar nilai
murni dan penggunaan bahasa yang betul kepada anak-anak mereka.
Pengaruh besar media sosial dalam kehidupan remaja juga menjadi punca bahasa kurang sopan ini
dipraktikkan tanpa rasa bersalah.
Media setiap hari menunjukkan bahasa kurang sopan dalam rancangan TV, Youtube dan media sosial yang
lain sehingga para remaja beranggapan ianya sesuatu yang biasa dan diterima masyarakat.

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA LUCAH DALAM MASYARAKAT

Kata-kata daripada petikan akhbar ini menunjukkan ayat yang dilontarkan oleh seorang guru kepada
murid-muridnya
Ayat tersebut sangatlah tidak santun dan terdengar buruk apabila dituturkan
Ia juga tidak menunjukkan sifat orang Melayu yang sopan santun dalam bercakap.
Oleh itu, guru tersebut seharusnya memikirkan dan memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan
Penggunaan perkataan lucah dan ayat itu sendiri tidak sesuai untuk dituturkan terutama sekali di
khalayak ramai dan kepada para pelajar
Hal ini mungkin berlaku kerana guru tersebut sudah terbiasa menggunakan perkataan tersebut.

2) BAHASA BASAHAN

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam
percakapan sehari-hari
Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana ia lebih mementingkan kefahaman antara
penutur dan pendengar. Oleh itu, ia lebih digunakan dalam situasi tidak rasmi

Contoh bahasa
basahan

PUNCA BERLAKUNYA PENGGUNAAN BAHASA BASAHAN

Masyarakat lebih gemar dan cenderung untuk menggunakan perkataan yang lebih pendek dan senang
untuk ditutur. Contohnya perkataan nak, dah, tak
Masyarakat suka untuk menulis berdasarkan bunyi perkataan tersebut. Contohnya kecik, pulak dan ambik
Apabila masyarakat selalu menggunakan perkataan ini, maka ia akan mempengaruhi orang lain untuk
menggunakannya juga dan akhirnya ia berkembang

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA BASAHAN OLEH MASYARAKAT

Perbualan ini telah diambil daripada aplikasi
Whatsapp yang digunakan oleh masyarakat untuk
berbual di atas talian setiap hari
Di dalam perbualan ini, kita dapat melihat
penggunaan perkataan seperti "sapa", "terambik",
"kat" dan "amik"
Penulis menggunakan perkataan sedemikian kerana
dia sudah terbiasa untuk menggunakannya setiap
hari
Kita dapat melihat bahawa bahasa basahan ini telah
berleluasa dan digunakan di dalam perbualan harian
Selain itu, orang tersebut gemar menggunakan
perkataan yang cepat dan senang untuk ditulis
Walaupun perbualan ini tidak terlihat kasar namun
penggunaan perkataannya tidak menunjukkan
kesantunan yang perlu ada dalam diri masyarakat
Melayu

3) BAHASA ROJAK
Bahasa rojak ialah suatu amalan pencampuran kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam

satu pertuturan

PUNCA BERLAKUNYA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat
berfikiran bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu.
Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris dan menganggap ia adalah
bahasa terbaik untuk bertutur.
Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana masyarakat kurang
menjiwai dan tahu akan kehebatan bahasa Melayu
Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan
media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan
maklumat kepada orang ramai.
Sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa
lagi.
Cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran.
Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang
internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM MASYARAKAT

Komen ini telah diambil daripada
video di youtube tentang ulasan filem
Batman
Di dalam komen ini, kita dapat
melihat penggunaan bahasa rojak
yang sangat banyak di mana penulis
mencampur aduk perkataan Inggeris
dengan Melayu
Penulis menggunakan perkataan-
perkataan Inggeris ini kerana dia
sudah terbiasa dengannya dan dia
berfikiran bahawa menggunakan
perkataan bahasa Inggeris akan
membuatkan dia terlihat lebih hebat
Perkataan seperti "scene", "best" dan
"time" sering digunakan sehingga ia
menjadi kebiasaan dalam percakapan
masyarakat

4) BAHASA SLANGA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa
baku (kebiasaanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi)

PUNCA BERLAKUNYA PENGGUNAAN
BAHASA SLANGA

Terpengaruh dariipada loghat negeri. Sebagai contoh,
Kelantang menggunakan "demo" dan "kawe" dan Kedah
menggunakan "hang" dan "aku"
Pengaruh media sosial yang banyak menggunakan
istilah-istilah moden dan yang telah diubah suai
Para remaja mengannggap ianya normal terutama sekali
ketika bercakap dengan rakan-rakan mereka

Contoh bahasa slanga

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM MASYARAKAT

Petikan dalam aplikasi Twitter ini menunjukkan
komen tentang suatu insiden pembunuhan
Di dalam komen tersebut, terdapat penggunaan
perkataan seperti "brader" dan "omputih"
Perkataan "brader" diambil daripada perkataan
brother manakala "omputih" diambil daripada
perkataan orang putih
Pengggunaan perkataan seperti ini
memperlihatkan ayat tersebut tidak santun dan
tidak sesuai untuk digunakan
Penulis menggunakan perkataan tersebut
kerana dia telah terbiasa menggunakannya di
dalam kehidupan sehariannya
Selain daripada perkataan, ayat penulis itu
sendiri tidak menunjukkan sebarang
kesantunan kerana dia sedang memarahi dan
mencaci

5) BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
Perbualan pada zaman sekarang kebanyakannya berlaku di atas talian seperti di media sosial dan aplikasi-
aplikasi komunkasi
Selalunya, penulis akan menggunakan perkataan yang singkat yang mempercepatkan proses menghantar
pesanan

CONTOH DAN KATEGORI BAHASA SMS

1.Singkatan lazim. Contohnya, sg. (sungai) dan kg. (kampung).
2.Singkatan pengguguran vokal dalam perkataan. Contohnya, mkn(makan) dan bju(baju).
3.Singkatan akronim. Contohnya, MAS (Malaysia Airline Systems) dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).
4.Singkatan kata ganda. Contohnya, kdg2 (kadang-kadang) dan kasut2 (kasut-kasut).
5.Singkatan kolokial. Contohnya, amek (ambil) dan camne (macam mana)
6.Singkatan kod. Contohnya, mencium (muahhh), berfikir (hmmm), ketawa (haha/hehe/hshshs)

PUNCA BERLAKUNYA PENGGUNAAN BAHASA SMS

Penulis dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu menulis pesanan secepat mungkin sehingga perlu
menggunakan singkatan
Penulis lebih cenderung menggunakan perkataan yang menjimatkan masa dan tenaga untuk menulisnya oleh
kerana sifat pemalas

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA SMS DI DALAM MASYARAKAT

Perbualan ini diambil daripada sebuah kumpulan
perbualan di aplikasi Telegram
Di dalam perbualan tersebut, kita dapat melihat
penggunaan perkataan seperti bgun (bangun), tido
(tidur), stdy (study), dlm (dalam) dan snyap (senyap)
Selain itu, terdapat juga singkatan kod di mana gelak
dilambangkan dengan "HAHAHAHA" dan
"HWHWHWHWHWH"
Perbualan ini tidaklah terlihat kasar namun
perkataan-perkataan singkatan ini menunjukkan
kesalahan bahasa yang amat kritikal

CADANGAN LANGKAH MENGATASI MASALAH BAHASA YANG
TIDAK SANTUN DALAM MASYARAKAT

1.Peranan ibu bapa
- Ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa
menggunakan bahasa yang santun ketika bercakap dan menghormati orang yang lebih tua. Kanak-
kanak akan mengikuti apa sahaja yang dilihatnya.

- Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang kesantunan dan cara menghormati orang sejak
dari kecil lagi. Hal ini kerana kanak-kanak yang masih kecil mudah untuk belajar sesuatu. Oleh itu,
kanak-kanak tersebut akan dapat menggunakan kemahiran ini dengan bercakap dengan sopan dan
penuh kesantunan

- Ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak ke program-program seperti kempen atau ceramah
kerana program seperti ini menggunakan bahasa yang santun semasa berkomunikasi. Selain dapat
belajar tentang cara bercakap dan penggunaan perkataan yang tepat, anak itu juga dapat
mengetahui tentang nilai murni yang perlu ada dalam diri

2. Peranan sekolah dan guru
- Pihak bimbingan dan kaunseling di sekolah haruslah memainkan peranan dengan memupuk nilai

murni dan kesantunan dalam diri murid-murid dengan menegur, memberi ucapan dan mengadakan
ceramah

- Guru juga mestilah mendidik murid-murid tentang kesantunan dalam pelbagai aspek sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah. Guru boleh memarahi dan menegur murid yang bersikap kurang ajar
terutama sekali dalam percakapannya

- Sekolah haruslah menekankan dan tidak mengetepikan subjek seperti Pendidikan Sivik dan
Pendidikan Moral kerana melalui subjek ini murid-murid dapat belajar cara yang betul untuk
berkomunikasi dan cara memilih perkataan yang sesuai dalam berkomunikasi

3. Peranan kerajaan
- Kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran tentang kebaikan dan kepentingan

berkomunikasi dengan santun dan penuh budi bahasa. Sebagai contoh, kempen Budi Bahasa dan
Marilah Berbudi Bahasa

- Pihak-pihak kerajaan seperti menteri-menteri juga haruslah menunjukkan penggunaan perkataan
yang sopan terutama sekali semasa bercakap dan berucap. Sebagai contoh di dalam parlimen.

RUMUSAN

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa penggunaan bahasa pada zaman sekarang
semakin lama semakin pudar unsur kesantunannya. Hampir semua lapisan umur dan
masyrakat menggunakan bahasa yang tidak santun ketika berkomunikasi. Hal ini
berlaku kerana masyarakat sekarang menornaliasi penggunaan bahasa-bahasa kesat
ini terutama sekali semasa bertutur dengan rakan-rakan dan juga di dalam media
sosial. Kita sebagai rakyat Malaysia yang sinonim dengan sifat sopan santun haruslah
sentiasa cakna dengan perkara ini serta mempraktikkan kesantunan semasa
bercakap. Negara dengan rakyat yang bertatasusila dan berbudi pekerti baik akan
dipandang tinggi di mata dunia

RUJUKAN

Hamka. (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur: Crescent News
Sara Beden & Indirawati Zahid. (2014). Analisis Kesopanan Bahasa Leech & Grice: Manifestasi
struktur dan pola kesopanan bahasa dalam peristiwa Melunas Rindu. Jurnal JATI (Journal of
Southeast Asean Studies). 19, 151-168.
ARIFFIN, H. (2019, 18 NOVEMBER). BAHASA KURANG SOPAN UBAH CARA KOMUNIKASI REMAJA
MASA KINI. SINARHARIAN. 12 APRIL 2022,
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-
ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
Saravanan, S. (2020, 18 MAC). Isu- isu dan Cadangan Penyelesaian Penggunaan Bahasa Melayu
dalam Media Sosial. ACADEMIA. 12 april 2022,
https://www.academia.edu/42250001/Isu_isu_dan_Cadangan_Penyelesaian_Penggunaan_Ba
hasa_Melayu_dalam_Media_Sosial
Suliza, C. (9 FEBRUARI 2O11). BAHASA CAKAP MULUT. BLOGSPOT. 12 april 2022,
http://persis-mutiara.blogspot.com/2011/02/bahasa-basahan-ialah-bahasa-yang.html
Sakinah, U. (30 MAC 2013). Bahasa Slanga Remaja. BLOGSPOT. 12 april 2022,
http://menagihkasihilahi.blogspot.com/2013/03/bahasa-slanga-remaja.html

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version