NAMA : ___________________________________ KELAS : _________________
1. Murid dikehendaki menjalankan kajian tentang Pembuangan Sisa Domestik di
sekitar kawasa tempat tinggal atau sekolah anda.
2. Kajian haruslah merangkumi perkara berikut:
2.1 Latar belakang Kawasan kajian
2.2 Melukis peta Kawasan kajian
2.3 Definisi dan konsep sisa domestik
2.4 Jenis-jenis sisa domestik
2.5 Kesan pembuangan sisa domestic di Kawasan kajian
2.6 Cadangan pengurusa sisa domestic di Kawasan kajian
Langkah Permulaan
Mengumpul maklumat
Murid dikehendaki mengumpul maklumat tentang
1. Konsep/definisi/maksud sisa domestik
2. Jenis-jenis sisa domestik
3. Kesan -kesan pembuangan sisa domestic
4. Cadangan/Langkah-langkah pengurusa sisa domestic
Maklumat boleh didapati dengan merujuk kepada sumber berikut:
• Buku teks Geografi Tingkata 1
• Buku rujukan
• Internet
• Majalah/surat khabar
• Borang soal selidik
Langkah Pertama
SMK DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 / 2021
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI TAMAN _________
SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Disediakan oleh
NAMA: __________________________________
KELAS: __________________________________
Langkah Ke-2
Bermula dari tarikh mendapat tugasan sehingga ke Tarikh penghantaran laporan
BIL. TARIKH/HARI JADUAL KERJA
1 1/8/2021(AHAD)
2 2/8/2021(ISNIN) AKTIVITI/PERKARA
Mendengar taklimat kerja lapangan Geografi oleh Cikgu Ng
3 3/8/2021(SELASA) LH
Berbincang dengan Cikgu Ng LH mengenai kehendak kerja
4 4/8/2021(RABU) lapangan 2021
5 5/8/2021(KHAMIS)
Mencari maklumat lanjut mengenai konsep, lenis, kesan dan
6 6/8/2021(JUMAAT) cadangan pengurusan sisa domestik
7 7/8/2021(SABTU) Membina jadual kerja dan senarai kandungan
Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang kerja
8 8/8/2021(AHAD) lapangan
9 9/8/2021(ISNIN) Menentukan objektif kajian, menulis latar belakang Kawasan
10 10/8/2021(SELASA) kajian
11 11/8/2021(RABU)
Mencetak peta Kawasan kajian dari google map dan melakar
12 12/8/2021(KHAMIS) peta lakaran di kertas A4.
13 13/8/2021(JUMAAT) Menentukan kaedah kajian yang digunakan dalam kerja
14 14/8/2021(SABTU) lapangan
15 15/8/2021(AHAD) Merangka soalan borang soal selidik dengan ahli kumpulan
Menghantar boring soal selidik untuk semakan cikgu Ng LH
16 16/8/2021(ISNIN) Mencetak boring soal selidik dan menjalankan soal selidik
dengan 10 orang responden yang tinggal di Kawasan kajian
17 18/8/2021(SELASA)
Melawat Kawasan kajian untuk memerhatikan jenis sisa
18 19/8/2021(RABU) domestik yang terdapat di Kawasan kajian
Menulis konsep/definisi sisa domestik
Menghuraikan jenis-jenis sisa domestic, membina dan
mentafsir jadual.
Menulis dan menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik
yang dihadapi oleh respodendi Kawasan kajian
Menghuraikan cadangan-cadangan pengurusan sisa domestik
yang boleh dilaksanakan di Kawasan kajian
Menulis rumusan dan sumber rujukan untuk bahan -bahan
yang dirujuk
Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja
19 20/8/2021(KHAMIS) Menghantar kerja lapangan kepada Cikgu Ng LH untuk
disemak
Langkah Ke-3
SENARAI KANDUNGAN
BIL. Kandungan Muka Surat
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajuan
7 Rumusan
8 Rujukan
Langkah Ke-4
• Mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu, membimbing dan
menyokong anda menyiapkan kerja lapangan.
• Contoh: guru, ibubapa, pengetua, rakan-rakan dan penduduk tempatan.
• Murid dikehendaki sertakan dengan sebab
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi, Cikgu
___________ kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan yang bernama ________________ dan ________________
kerana sering membantu bersama dalam mencari maklumat. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibubapa saya, iaitu Encik________________ dan Puan _______________
kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan
Geografi saya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tuan pengetua, Puan
________________ kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan
Geografi. Di samping itu, ribuan terima kasih dituju kepada penduduk Taman ________ yang
telah membantu menjawab soal selidik dan telah memberikan pendapat yang amat
membantu dalam cadangan pengurusan sisa domestik.
Langkah Ke-5
• Memeperkenalkan tajuk kerja lapangan, perkara yang dikaji dan sebab lokasi sesuatu
kawasan kajian dipilih, kesesuaian tajuk dengan kawasan kajian.
Pendahuluan
Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan
berkaitan dengan pembuangan sisa domestik di ______________. Saya
membuat kajian tentang jenis-jenis sisa domestik dan kesan pembuangan sisa
domestik yang dihadapi oleh penduduk di _______________. Selain itu, saya
juga memberi cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang di
_____________. Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah kawasan ini
berhampiran dengan rumah dan sekolah saya , jadi memudahkan saya
menjalankan kajian.
Fokus Pembelajaran
1. Menentukan Objektif Kajian
2. Menulis Latar Belakang Kawasan Kajian
3. Mencari Peta Kawasan Kajian daripada Google Maps
4. Melukis Peta Lakar
5. Menentukan Kaedah Kajian
6. Menyediakan Borang Soal Selidik
Langkah Ke-6
• Menyenaraikan objektif kajian kerja lapangan
• Mesti mulakan dengan kata kerja contohnya: mengenal pasti, menjelaskan,
Menghuraikan, mencadangkan dan mengkaji dan lain-lain lagi.
Objektif Kajian
Saya melakukan kajian di sekitar ____________ bertujuan untuk
(a) Menyatakan konsep sisa domestik
(b) Menjelaskan jenis-jenis sisa domestic yang terdapat di ______________
(c) Mengkaji dan menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik di _________
(d) Mencadangkan langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang boleh dilaksanakan di
__________________
Langkah Ke-7
• Memperkenalkan kawasan kajian dari segi lokasi, lingkungan kawasan kajian, jarak mutlak,
jarak relatif dengan bandar terdekat, kaitkan pandang darat fizikal dan pandang darat
budaya.
• Murid boleh mencari maklumat tentang kawasan kajian daripada google search (internet)
kemudian mencetak keluar sebagai bahan rujukan menulis latar belakang kawasan kajian.
Kawasan kajian saya terletak di _____________, Sungai Petani, Kedah Darul
Aman merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di ____________________.
Kawasan ini terletak kira-kira _______ km daripada Bandar Sungai Petani dan
mengambil masa ___________ minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di ______________ ialah tanah pamah, tanah
beralun dan saliran. Terdapat infrastruktur yang dibangunkan di tanah pamah seperti
petempatan , sekolah, pondok polis, pusat perniagaan, jaringan pengangkutan darat
yang sempurna dan sebagainya. . . . . . . . . . .
Langkah Ke-8
• Melukis peta lakar yang lengkap untuk kawasan kajian
• Mesti mempunyai ciri-ciri peta lakar seperti tajuk, pemidang, simbol, arah mata angin
dan petunjuk.
Langkah melukis peta lakar:
i. Melayari google search, cari peta Kawasan kajian daripada google map
ii. Cetak peta kawasan kajian daripada google map.
iii. Lukis peta lakar kawasan kajian berdasarkan google map.
Peta lakar mesti merangkumi semua ciri-ciri peta lakar.
Tajuk : Peta lakar ____________________
Langkah Ke-9
i. Menjelaskan kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kerja
lapangan yang lengkap.
ii. Contoh kaedah kajian yang boleh digunakan
• kaedah pemerhatian
• kaedah soal selidik (borang soal selidik)
• kedah temu bual (boring temu bual)
• kaedah rujukan (buku teks, buku rujukan atau internet)
Kaedah Kajian
(a) Kaedah Pemerhatian
Saya telah melakukan pemerhatian di sekitar ___________ untuk
mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan ini.
(b) Kaedah Rujukan
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan
merujuk kepada buku teks dan buku rujukan. Selain itu, saya juga melayari
internet untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan pembuangan sisa
domestik dan cadangan pengurusan sisa domestik yang terancang.
(c ) Kaedah Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik dengan 10 orang responden di
____________ . Untuk mengenal pasti kesan-kesan pembuangan sisa
domestik yang berlaku di sana. Selain itu, saya juga mendapatkan
pendapat daripada responden itu tentang pengurusan sisa domestik yang
boleh dilaksanakan di ___________.
Contoh Borang Soal Selidik
SMK DATO’ BIJAYA SETIA
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1/2021
BORANG SOAL SELIDIK
A. Maklumat Diri Responden
Nama : ____________________________________ Umur : _______________
Lain-lain
Jantina : Lelaki Perempuan
Bangsa : Melayu Cina India
Alamat: ____________________________________________________________________
B. Soal Selidik
Tandakan (√) pada yang berkenaan
1. Adakah anda melakukan pengasingan sisa domestik?
Ya Tidak
2. Apakah kesan pembuangan sisa domestik di kawasan perumaham anda?
Pencemaran bau Pencemaran air
Saliran tersumbat Wabak penyakit
3. Apakah cadangan pengurusan sisa domestik yang boleh dilaksanakan di ________?
Amalan 3R Pendidikan
Kempen Kuatkuasakan undang-undang
• Setiap murid perlu ada 10 helai borang soal selidik yang sudah diisi oleh responden
• Boleh dijalankan secara kumpulan
Langkah Ke-10
i. Konsep Sisa Domestik
• Menghuraikan konsep sisa domestik berdasarkan maklumat yang didapati
daripada Wikipedia, kamus atau bahan ilmiah termasuk buku teks dan buku
rujukan.
• Mulakan ayat dengan “Menurut/Berdasarkan wikipedia/kamus dewan/buku
teks, sisa domestik boleh didefinisiksn sebagai. . . . . . .
Konsep Sisa Domestik
Menurut wikipedia, sisa domestik boleh didefinisikan
sebagai. . . . . . . . . . . . . .
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula , sisa domestik ialah apa-
apa yang tertinggal (sesudah dimakan, dipakai dan lain-lain). . . . . . . . . .
ii. Jenis Sisa Domestik di ________________
• Menyatakan jenis sisa domestic yang terdapat di __________ beserta dengan contoh-
contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Jenis-jenis Sisa Domestik Di _______________
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di ___________, saya mendapati
terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan ini iaitu bahan organik seperti sisa makanan,
sisa kebun dan kertas manakala bahan bukan organik seperti plastik, tin, kaca dan besi
buruk.
Sisa domestik di ______________ juga terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair.
Sisa pepejal adalah seperti sisa makanan, plastic dan kaca. Manakala sisa cecair seperti
minyak masak, minyak enjin kenderaan dan kumbahan
Membina jadual
• Jadual dibina berdasarkan data yang dikumpul daripada soal selidik yang dijalankan.
• Mesti mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumber yang bersesuaian.
• Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut
kesesuaian.
Jadual : Pengasingan Sisa Domestik Di _________________
Melakukan Pengasingan Sisa Domestik Bilangan (orang)
Ya
Tidak
Jumlah
Sumber: soal selidik
Membina graf
Tafsiran Graf
Graf bar ini menunjukkan hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap 10 orang penduduk
di ___________, sama ada mereka melakukan pengasingan sisa domestik atau tidak
melakukan pengasingan sisa domestik. Seramai _______ orang daripada kalangan
responden mengatakan mereka tidak mengasingkan sisa domestik di rumah, manakala
_______ orang ada melakukan pengasingan sisa domestik.
iii. Kesan-Kesan Pembuangan Sisa Domestik Di ______________
• Menghuraikan dua ayat lebih kesan pembuangan sisa domestik dengan jelas dan
relevan serta menunjukkan keaslian yang terdapat di ______________ beserta dengan
contoh-contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Kesan-Kesan Pembuangan Sisa Domestik di _______
a. Pencemaran Bau
Melalui data soalselidik, didapati ___________ orang responden menghadapi masalah
pencemaran bau di sekitar ______________. Longgokan sisa domestik yang lama terbiar dan
tidak dikutip mengeluarkan bau busuk dan menyebabkan kawasan persekitaran ___________
menjadi kotor. Contohnya responden yang bernama _____________________ yang tinggal di
________________ terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sampah
terutamanya selepas hujan.
b. __________________
Berdasarkan data yang didapati daripada 10 orang responden , _________ orang respond
menyatakan mereka menghadapi masalah_________________ . . . . . . . . . . . . . .
iv. Cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang di ___________
• Menghuraikan 2 atau lebih cadangan secara kreatif, kristis dan rasional untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi di __________ beserta
dengan contoh-contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Cadangan Pengurusan Sisa Domestik Di ______
a. Amalan 3R
Melalui data soal selidik, _________ orang responden mencadangkan agar penduduk
_______________ mengamalkan 3R(Reduce, Reuse , Recycle). Amalan ini dapat
mengurangkan jumlah sisa domestik yang dibuang serta dapat menjimatkan wang
penduduk. Contohnya penduduk ___________ boleh mengadakan pertandingan
pengubahsuaian barang-barang terpakai pada Hari Keluarga Tahunan.
b. ________________
Berdasarkan data yang didapati daripada 10 orang responden, _______ orang respoden
mencadangkan ________________. . . . . . . . . . . . .
Langkah Ke-11
• Menyatakan perkara yang dapat dipelajari sepanjang menyiapkan tugasan kerja lapangan.
• Mesti dikaitan dengan kawasan kajian
Rumusan
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di ____________. Dapatan ini
juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam tentang kesan pembuangan sisa
domestik di sekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah mencadangkan beberapa
cadangan untuk menguruskan sisa domestik dengan lebih terancang dalam kerja
lapangan saya. Dengan itu, saya berharap kesan-kesan negatif sisa domestic dapat
dikurangkan dan ____________ akan menjadi semakin bersih dan ceria pada masa
depan.
Langkah Ke-12
• Menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan untuk menjalankan kajian seperti buku teks, buku
rujukan, surat khabar, majalah, internet dan orang sumber.
• Mesti mengikut format yang betul
Rujukan
1. Buku teks
• Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad,2019. Buku Teks Geografi
Tingkatan 1, Kuala Lumpur: Era Visi Sdn. Bhd.
2. Buku Rujukan
• Anis Yasmin Johari / Nor Hafizan Mohd Noor,2020. Goegrafi Tingkatan 1. Seri
Kembangan :Alaf Sanjung Sdn Bhd.
3. Akhbar
• Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3
4. Orang Sumber
• Encik Mohammad B. Kassim, 34 tahun, No. 11, Jalan ___________________________
5. Internet
• https://www.scribd.com/presentation/391582036/Kesan-kesan-Pembuangan-Sisa-
Domestik-Di-Malaysia
Langkah Ke-13
• Borang soal selidik ( 10 helai yang sudah diisi oleh responden)
• Maklumat yang dicetak keluar dari internet termasuk daripada google map
• Maklumat yang dicetak dari buku teks atau buku rujukan
• Gambar yang berkenaan ( mesti dengan penerangan gambar)
Langkah Terakhir
1. Kemaskini jadual kerja.
2. Susun semula laporan kerja lapangan yang telah disiapkan mengikut senarai
kandungan.
3. Tuliskan muka surat di setiap muka surat dari bahagian penghargaan hingga muka
surat terakhir lampiran.
4. Lengkapkan muka surat di bahagian senarai kandungan.
5. Hantar laporan kerja lapangan yang lengkap kepada Cikgu Ng LH.