Panduan Kerja Lapangan Tingkatan 2
NAMA : ___________________________________ KELAS : _________________
1. Murid dikehendaki menjalankan kajian tentang Pengangkutan Awam di sekitar
kawasa tempat tinggal atau sekolah anda.
2. Kajian haruslah merangkumi perkara berikut:
2.1 Latar belakang Kawasan kajian
2.2 Melukis peta Kawasan kajian
2.3 Definisi dan konsep pengangkutan awam
2.4 Jenis-jenis pengangkutan awam
2.5 Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
2.6 Langkah-langkah /cara-cara menambahbaikan pengangkutan awam di kawasan
kajian
Langkah Permulaan
Mengumpul maklumat
Murid dikehendaki mengumpul maklumat tentang
1. Konsep/definisi/maksud pengangkutan awam
2. Jenis-jenis pengangkutan awam
3. Masalah pengangkutan awam
4. Langkah-langkah /cara-cara penambahbaikan pengangkutan awam
Maklumat boleh didapati dengan merujuk kepada sumber berikut:
• Buku teks Geografi Tingkata 1
• Buku rujukan
• Internet
• Majalah/surat khabar
• Borang soal selidik
Langkah Pertama
SMK DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 / 2021
PENGANGKUTAN AWAM DI _________ SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
Disediakan oleh
NAMA: __________________________________
KELAS: __________________________________
Langkah Ke-2
Bermula dari tarikh mendapat tugasan sehingga ke tarikh penghantaran laporan
BIL. TARIKH/HARI JADUAL KERJA
1 1/8/2021(AHAD)
2 2/8/2021(ISNIN) AKTIVITI/PERKARA
Mendengar taklimat kerja lapangan Geografi
3 3/8/2021(SELASA) Berbincang dengan cikgu mengenai kehendak kerja lapangan
2021
4 4/8/2021(RABU)
5 5/8/2021(KHAMIS) Mencari maklumat lanjut mengenai konsep, jenis, masalah
dan langkah-langkah penambahbaikan pengangkutan awam
6 6/8/2021(JUMAAT)
Membina jadual kerja dan senarai kandungan
7 7/8/2021(SABTU) Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang kerja
lapangan
8 8/8/2021(AHAD)
Menentukan objektif kajian, menulis latar belakang kawasan
9 9/8/2021(ISNIN) kajian
10 10/8/2021(SELASA)
11 11/8/2021(RABU) Mencetak peta kawasan kajian dari google map dan melakar
peta lakaran di kertas A4.
12 12/8/2021(KHAMIS)
Menentukan kaedah kajian yang digunakan dalam kerja
13 13/8/2021(JUMAAT) lapangan
14 14/8/2021(SABTU)
Merangka soalan borang soal selidik.
15 15/8/2021(AHAD) Menghantar borang soal selidik untuk semakan cikgu
Mencetak borang soal selidik dan menjalankan soal selidik
16 16/8/2021(ISNIN) dengan 10 orang responden yang tinggal di kawasan kajian
17 18/8/2021(SELASA) Melawat kawasan kajian untuk memerhatikan jenis dan
masalah pengangkutan awam yang terdapat di kawasan
18 19/8/2021(RABU) kajian
Menulis konsep/definisi pengangkutan awam
Menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam, membina
jadual, melukis graf dan mentafsir graf.
Menulis dan menjelaskan masalah-masalah pengangkutan
awam yang dihadapi oleh respoden di kawasan kajian
Menghuraikan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh
dilaksanakan di kawasan kajian
Menulis rumusan dan sumber rujukan untuk bahan -bahan
yang dirujuk
Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja
19 20/8/2021(KHAMIS) Menghantar kerja lapangan yang lengkap kepada cikgu untuk
disemak
Langkah Ke-3
SENARAI KANDUNGAN
BIL. Kandungan Muka Surat
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan
8 Rujukan
Langkah Ke-4
• Mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu, membimbing dan
menyokong anda menyiapkan kerja lapangan.
• Contoh: guru, ibubapa, pengetua, rakan-rakan dan penduduk tempatan.
• Murid dikehendaki sertakan dengan sebab
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi, Cikgu
___________ kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan yang bernama ________________ dan ________________
kerana sering membantu bersama dalam mencari maklumat. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibubapa saya, iaitu Encik________________ dan Puan _______________
kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan
Geografi saya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tuan pengetua, Puan
________________ kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan
Geografi. Di samping itu, ribuan terima kasih dituju kepada penduduk Taman ________ yang
telah membantu menjawab soal selidik dan telah memberikan pendapat yang amat
membantu dalam cadangan pengurusan sisa domestik.
Langkah Ke-5
• Memperkenalkan tajuk kerja lapangan, perkara yang dikaji dan sebab lokasi sesuatu
kawasan kajian dipilih, kesesuaian tajuk dengan kawasan kajian.
Pendahuluan
Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan
berkaitan dengan pengangkutan awam di ______________. Saya membuat
kajian tentang jenis-jenis pengangkutan awam dan masalah-masalah
pengangkutan awam yang dihadapi oleh penduduk di _______________. Selain
itu, saya juga memberi cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di
_____________. Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah kawasan ini
berhampiran dengan rumah dan sekolah saya , jadi memudahkan saya
menjalankan kajian.
Tugasan yang perlu dilengkapkan pada
minggu ini ialah:
1. Muka surat depan
2. Merangka jadual kerja
3. Menyediakan senarai kandungan
4. Menulis penghargaan
5. Menulis pendahuluan
Langkah Ke-6
• Menyenaraikan objektif kajian kerja lapangan
• Mesti mulakan dengan kata kerja contohnya: mengenal pasti, menjelaskan,
Menghuraikan, mencadangkan dan mengkaji dan lain-lain lagi.
Objektif Kajian
Saya melakukan kajian di sekitar ____________ bertujuan untuk
(a) Menyatakan konsep pengangkutan awam
(b) Menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di ______________
(c) Mengkaji dan menghuraikan masalah pengangkutan awam di _________
(d) Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan pengangkutan awam yang boleh
dilaksanakan di __________________
Langkah Ke-7
• Memperkenalkan kawasan kajian dari segi lokasi, lingkungan kawasan kajian, jarak mutlak,
jarak relatif dengan bandar terdekat, kaitkan pandang darat fizikal dan pandang darat
budaya.
• Murid boleh mencari maklumat tentang kawasan kajian daripada google search (internet)
kemudian mencetak keluar sebagai bahan rujukan menulis latar belakang kawasan kajian.
Kawasan kajian saya terletak di _____________, Sungai Petani, Kedah Darul
Aman merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di ____________________.
Kawasan ini terletak kira-kira _______ km daripada Bandar Sungai Petani dan
mengambil masa ___________ minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di ______________ ialah tanah pamah, tanah
beralun dan saliran. Terdapat infrastruktur yang dibangunkan di tanah pamah seperti
petempatan , sekolah, pondok polis, pusat perniagaan, jaringan pengangkutan darat
yang sempurna dan sebagainya. . . . . . . . . . .
Langkah Ke-8
• Melukis peta lakar yang lengkap untuk kawasan kajian
• Mesti mempunyai ciri-ciri peta lakar seperti tajuk, pemidang, simbol, arah mata angin
dan petunjuk.
Langkah melukis peta lakar:
i. Melayari google search, cari peta Kawasan kajian daripada google map
ii. Cetak peta kawasan kajian daripada google map.
iii. Lukis peta lakar kawasan kajian berdasarkan google map.
Peta lakar mesti merangkumi semua ciri-ciri peta lakar.
Tajuk : Peta lakar ____________________
Langkah Ke-9
i. Menjelaskan kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kerja
lapangan yang lengkap.
ii. Contoh kaedah kajian yang boleh digunakan
• kaedah pemerhatian
• kaedah soal selidik (borang soal selidik)
• kaedah temu bual (borang temu bual)
• kaedah rujukan (buku teks, buku rujukan atau internet)
Kaedah Kajian
(a) Kaedah Pemerhatian
Saya telah melakukan pemerhatian di sekitar ___________ untuk
mengenal pasti jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan
ini.
(b) Kaedah Rujukan
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep pengangkutan awam
dengan merujuk kepada buku teks dan buku rujukan. Selain itu, saya juga
melayari internet untuk mencari maklumat tentang masalah-masalah
pengangkutan awam dan langkah-langkah penambahbaikan pengangkutan
awam di kawasan kajian.
(c ) Kaedah Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik dengan 10 orang responden di
____________ . Untuk mengenal pasti masalah-masalah pengangkutan
awa yang berlaku di kawasan kajian. Selain itu, saya juga mendapatkan
pendapat daripada responden itu tentang langkah-langkah
penambahbaikan pengangkutan awam yang boleh dilaksanakan di
___________.
Contoh Borang Soal Selidik
SMK DATO’ BIJAYA SETIA
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2/2021
BORANG SOAL SELIDIK
A. Maklumat Diri Responden
Nama : ____________________________________ Umur : _______________
Lain-lain
Jantina : Lelaki Perempuan
Bangsa : Melayu Cina India
Alamat: ____________________________________________________________________
B. Soal Selidik
Tandakan (√) pada yang berkenaan
1. Apakah jenis pengangkutan awam yang sering anda gunakan?
Bas awam Grab Teksi Lain-lain(nyatakan). . . . . . . . . . .
2. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menggunakan pengangkutan awam?
Lama menunggu Tambang mahal
Sikap pemandu masalah Kenderaan
3. Apakah cadangan penambahbaikan pengangkutan awam yang boleh dilaksanakan ?
• Setiap murid perlu ada 10 helai borang soal selidik yang sudah diisi oleh responden
• Boleh dijalankan secara kumpulan
Langkah Ke-10
i. Konsep Pengangkutan Awam
• Menghuraikan konsep pengangkutan awam berdasarkan maklumat yang
didapati daripada Wikipedia, kamus atau bahan ilmiah termasuk buku teks dan
buku rujukan.
• Mulakan ayat dengan “Menurut/Berdasarkan wikipedia/kamus dewan/buku
teks, pengangkutan awam boleh didefinisiksn sebagai. . . . . . .
Konsep Pengangkutan Awam
Menurut wikipedia, pengangkutan awam boleh didefinisikan
sebagai. . . . . . . . . . . . . .
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula , pengangkutan awam
dikenali sebagai sistem pengangkutan bermotor dengan kadar tambang yang
telah ditetapkan yang digunakan oleh penduduk di kawasan tertentu seperti
perkhidmatan bas, teksi,Grab (e-panggilan ) dan sebagainya.
ii. Jenis Pengangkutan Awam di ________________
• Menyatakan jenis pengangkutan awam yang terdapat di __________ beserta dengan
contoh-contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Jenis-jenis Pengangkutan Awam Di _______________
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di ___________, saya mendapati
terdapat ________ jenis pengangkutan awam di kawasan ini ialah perkhidmatan bas,
perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-panggilan(Grab)
Perkhidmatan bas di ______________ termasuklah bas ________ dan _______.
Selain itu, teksi di ______________termasuklah teksi bertambang ialah seorang pemandu
memandu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut seorang atau beberapa orang
penumpang ke destinasi yang dipilih oleh penumpang.
Di samping itu, penduduk di __________ juga menggunakan satu aplikasi untuk
memanggil dan menaiki kenderaan Grab iaitu perkhidmatan e-panggilan
Membina jadual
• Jadual dibina berdasarkan data yang dikumpul daripada soal selidik yang dijalankan.
• Mesti mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumber yang bersesuaian.
• Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut
kesesuaian.
Jadual
Penggunaan Jenis Pengangkutan Awam Di _______
Jenis Pengangkutan Awam Bilangan (orang)
Bas
Teksi
Grab
Jumlah
Sumber: soal selidik
Membina graf
Tafsiran Graf
Graf bar ini menunjukkan hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap 10 responden di __________
tentang jenis pengangkutan awam yang mereka gunakan, Sebanyak ________ orang daripada 10
orang responden menggunakan bas awam. Manakala ____________orang yang menggunakan
perkhidmatan teksi dan ___________ orang menggunakan perkhidmatan e-panggilan untuk pergi ke
destinasi masing-masing.
iii. Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
• Menghuraikan dua ayat atau lebih tentang masalah pengangkutan awam dengan jelas
dan relevan serta menunjukkan keaslian yang terdapat di ______________ beserta
dengan contoh-contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Masalah Pengangkutan Awam di _______
a. Jangka masa menunggu yang lama
Daripada soal selidik yang saya lakukan, terdapat ___________ orang responden
menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah menunggu dalam jangka masa yang lama.
Biasanya bas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak seperti waktu balik
sekolah atau balik kerja. Penduduk terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas.
b. __________________
Berdasarkan data yang didapati daripada 10 orang responden , _________ orang respond
menyatakan mereka menghadapi masalah . . . . . . . . . . . . . .
iv. Cadangan langkah-langkah penambahbaikan pengangkutan awam di ___________
• Menghuraikan 2 atau lebih cadangan secara kreatif, kristis dan rasional untuk
mengurangkan masalah pengangkutan awam yang dihadapi di __________ beserta
dengan contoh-contoh.
• Mesti kaitkan dengan kawasan kajian
Langkah-langkah Penambahbaikan Pengangkutan Awam
Di _______________
a. Menambahkan bilangan pengangkutan awam
Daripada soal selidik yang saya lakukan, terdapat _________ orang responden
mencadangkan menambahkan bilangan pengangkutan awam untuk menyelesaikan
masalah menunggu pengangkutan awam dalam jangka masa yang lama. Penduduk di
________ berpendapat bahawa syarikat pengangkutan awam seperti pengangkutan bas
boleh menambahkan bilangan bas yang berulang alik di _______ supaya penumpang
tidak perlu menunggu bas dengan lama dan tidak menyukarkan penumpang yang
menggunakan perkhidmatan bas. Selain itu,menambahkan bilangan bas juga boleh
menyelesaikan masalah bilangan penumpang yang ramai pada waktu puncak.
b. ________________
Berdasarkan data didapati daripada 10 orang responden, _______ orang respoden
mencadangkan ________________. . . . . . . . . . . . .
Langkah Ke-11
• Menyatakan perkara yang dapat dipelajari sepanjang menyiapkan tugasan kerja lapangan.
• Mesti dikaitan dengan kawasan kajian
Rumusan
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan yang berkaitan dengan pengangkutan awam di ____________. Pengangkutan
awam di kawasan ini terdapat pelbagai jenis iaitu perkhidmatan bas awam, teksi dan e
panggilan. Pengangkutan awam ini telah memudahkan pergerakan penduduk tempatan
ke destinasi yang ingin ditujui. Walau bagaimanapun, penduduk di ______ menghadapi
beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ________ dan ________ .
Dalam kerja lapangan ini saya telah mencadangkan beberapa langkah untuk
mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti __________ dan _________. Dengan
itu, saya berharap pengangkutan awam di _________ dapat diperbaiki dan dinaikkan
taraf pada mada hadapan.
Langkah Ke-12
• Menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan untuk menjalankan kajian seperti buku teks, buku
rujukan, surat khabar, majalah, internet dan orang sumber.
• Mesti mengikut format yang betul
Rujukan
1. Buku teks
• Kang Chai Yeong, Zulkipli Bin Ismail, Rajenderan Subramaniam,2017. Buku Teks Geografi
Tingkatan 2, Johor Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd.
2. Buku Rujukan
• Yasmin/Zafirah /Hidayah/Rozianni/Sharifah Nazurah Athirah,2020. Goegrafi Tingkatan 2.
Seri Kembangan :Alaf Sanjung Sdn Bhd.
3. Akhbar
• Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3
4. Orang Sumber
• Encik Mohammad B. Kassim, 34 tahun, No. 11, Jalan ___________________________
5. Internet
•https://ms.Wikipedia.org/wiki/Pengangkutan awam
Langkah Ke-13
• Borang soal selidik ( 10 helai yang sudah diisi oleh responden) X
• Maklumat yang dicetak keluar dari internet termasuk daripada google map
• Maklumat yang dicetak dari buku teks atau buku rujukan
• Gambar yang berkenaan ( mesti dengan penerangan gambar) X
Langkah Terakhir
1. Kemaskini jadual kerja.
2. Susun semula laporan kerja lapangan yang telah disiapkan mengikut senarai
kandungan.
3. Tuliskan muka surat di setiap muka surat dari bahagian penghargaan hingga muka
surat terakhir lampiran.
4. Lengkapkan muka surat di bahagian senarai kandungan.
5. Hantar laporan kerja lapangan yang lengkap kepada cikgu melalui Google Classroom.
(murid perlu hantar kerja lapangan yang lengkap dalam 1 file sahaja)