KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI,
P/S 65 81907 KOTA TINGGI, JOHOR
KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
PROGRAM / L2
PROGRAM’S CODE &
NAME MPI 2042 APLIKASI PENYELENGGARAAN
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT 1. IDENTIFY MACHINE FOR PREVENTIVE
KOMPETENSI / MAINTENANCE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 2. INTERPRET MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
NO. DAN PENYATAAN CHECK SHEET
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 3. PREPARE MAINTENANCE TOOLS REQUIREMENT
STATEMENT
4. PERFORM MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
NO. KOD / CODE NO.
ACTIVITIES
5. RECORD MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
CHECK SHEET.
MC-050-2:2012-C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of
: 15
TAJUK/TITLE : Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Pencegahan
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan :
Untuk memudahkan kita menjangka berapa lama masa yang perlu diambil bagi kerja-kerja
pembaikan dan samada ianya perlu ataupun sangat perlu. Ianya juga bagi tujuan
penyediaan alat-alat ganti yang harus disediakan sebelum kerja-kerja pembaikan
dijalankan.
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of
PENERANGAN/INFORMATION : : 15
1.1 PENGENALAN KEPADA PENYELENGGARAAN
Peralatan biasanya akan haus atau rosak atau mengalami masalah dari masa ke
semasa. Jika keadaan ini dapat dikenalpasti, maka kerja penyelenggaraan akan
dapat dilaksanakan dengan lebih awal. Keadaan yang luarbiasa ini dapat
dikenalpasti dengan serta merta melalui pengetahuan, pemeriksaan aturan biasa
(routine check) dan pemeriksaan berjadual (periodical check).
1.2 Tujuan Utama Penyelenggaraan Mesin
Untuk memastikan dan mengekalkan mesin sentiasa berada dalam keadaan yang
baik dari segi operasi dan kegunaannya.
1.3 Penyelenggaraan Mesin
Ianya meliputi semua aktiviti yang berkaitan untuk memastikan peralatan boleh
berfungsi dengan efisien atau mengembalikannya kepada keadaan asal. Antara
aktiviti dalam penyelenggaraan mesin adalah:
i. Baikpulih (Repair)
ii. Penyelarasan (Calibration)
iii. Pembersihan (Cleaning)
iv. Pemeriksaan (Inspection)
v. Rekaan (Fabrication)
vi. Pembuatan (Manufacturing)
1.4 Penyelenggaraan mesin ini selalunya melibatkan pemeriksaan yang kerap dan
pembersihan. Oleh sebab yang demikian, untuk memastikan penyelenggaraan
yang efektif perlu dipastikan peralatan dalam keadaan yang baik. Kadar
kemunduran peralatan perlu sentiasa dikawal, begitu juga paras kecekapan
peralatan. Bahagian penyelenggaraan juga bertanggungjawab mempertingkatkan
pengeluaran dan menyelamatkan masa serta kos penyelenggaraan.
Peralatan yang diselenggara dengan baik biasanya akan menghasilkan:
i. Produk yang berkualiti
ii. Mempertingkatkan produktiviti
iii. Dapat mempertingkatkan jangka hayat peralatan
Tanpa penyelenggaraan, mesin akan menghadapi risiko kerosakan yang cepat dan
jika terlalu banyak penyelenggaraan akan menyebabkan pembaziran.
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of
: 15
Untuk tujuan ini beberapa data diperlukan untuk membolehkan sesuatu kerja
penyelenggaran terhadap sesuatu mesin atau peralatan itu dilakukan:
i) Jangka hayat sesuatu alat yang dikeluarkan oleh pengilang.
ii) Rekod kerosakan harian yang dicatatkan dalam bentuk jadual.
iii) Rekod preventive maintenance.
1.5 Jangka hayat sesuatu alat yang dikeluarkan oleh pengilang.
Kebiasannya hayat alat atau mesin bergantung kepada jenis bahan yang
dikeluarkan. Cara mana ianya digunakan dan dikendalikan juga mempengaruhi
lama atau pendeknya hayat alat tersebut. Jika ianya digunakan dengan betul hayat
alat akan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pengeluar.Pihak pengeluar
komponen akan mengeluarkan hayat alat atau komponen mengikut kadar jam,hari
atau pun tahun.
1.6 Rekod kerosakan harian yang dicatatkan dalam bentuk jadual.
Rekod ini akan ada dengan pelaksanaan pemeriksaan harian yang dijalankan.
Ianya merujuk kepada bahagian-bahagian yang diperiksa secara ‘visual inspection’
sahaja. Kerja-kerja merekod kerosakan ini dilakukan oleh operator yang
mengendalikan sesuatu mesin itu. Operator mesin hanya perlu menandakan
beberapa symbol sahaja di atas jadual yang disediakan dengan setiap simbol
mengandungi makna-makna tertentu. Tugas mengadakan jadual rekod harian
adalah tanggungjawab penyelia sesuatu organisasi.
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of
: 15
Contoh jadual pemeriksaan harian
1.7 Rekod preventive maintenance.
Rekod ini pada kebiasaannya dikeluarkan untuk menyelenggara sesuatu alatan atau
mesin dalam masa yang telah ditetapkan. Ianya pula boleh dibahagikan kepada
beberapa bahagian mengikut kesesuaian kerja. Ianya juga boleh dirangkumkan sekali
tetapi memerlukan jadual yang panjang dan besar untuk tujuan itu.
Bahagian 1
Forklift\ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Bulan
No.1 2/1 2/5 2/9
No.2 12/1 12/5 12/9
No.3 22/1 22/5 22/9
No.4 2/2 2/6 2/10
No.5 12/2 12/6 12/10
No.6 22/2 22/6 22/10
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 5
No.7 2/3 2/7 Drpd / of
No.8 : 15
No.9
No.10 2/11
No.11
No.12 12/3 12/7 12/11
22/3 22/7 22/11
2/4 2/8 2/12
12/4 12/8 12/12
22/4 22/8 22/12
Contoh jadual penyelenggaraan bulanan forklift
Untuk melengkapkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan, setiap mesin atau alatan
haruslah mempunyai satu lagi jadual penyelenggaraan yang spesifik yang
menerangkan tiap-tiap komponen di dalam mesin atau alatan tersebut. Jadual
seterusnya harus juga mempunyai tarikh alatan yang ditukar sebelumnya.. Ini
membolehkan kita mengenalpasti hayat alat sesuatu alatan tersebut.
1.8 Kriteria pemilihan peralatan atau mesin untuk tujuan pembaikan
i) Ianya telah sampai tempoh untuk dilakukan penyelenggaraan berkala.
Masa penyelenggaraan yang telah ditetapkan di dalam jadual penyelenggaraan telah
tiba bermakna sama ada telah rosak atau pun tidak ianya harus dilakukan
selenggara .Ini bagi menjamin tidak terjadinya ‘breakdown maintenance’ yang akan
menyebabkan kenaikan pada kos selenggara sesuatu mesin atau alatan. Tempoh
masa yang diambil untuk kerja-kerja harus dikira dari banyaknya bahagian yang
ditukar dan kemahiran pekerja yang mengendalikannya.
ii) Terdapat komponen-komponen pada mesin atau peralatan tersebut telah rosak dan
memerlukan pembaikan yang segera.
Perkara ini biasanya berlaku sekiranya sesuatu alatan itu digunakan tidak mengikut
tata kerja yang disyorkan oleh pengeluar atau menggunakan alatan yang tidak
mengikut spesifikasi pengeluar mesin. Bagi tujuan ini kita hendaklah juga mencari
bahagian-bahagian komponen yang lain yang harus ditukar atau selenggara sekali
supaya tidak terjadinya ‘breakdown maintenance’ buat kali kedua.
iii) Hayat alat atau komponen pada mesin atau peralatan tersebut telah sampai tempoh.
Setiap komponen pada sesebuah mesin atau alatan mempunyai jangka hayat
tertentu untuk kegunaannya. Jika penggunaan yang melebihi jangka hayat maka
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of
: 15
tahap ketahanan atau kejituan komponen tersebut tidak lagi boleh dijangka. Ianya
juga boleh rosak dengan tiba-tiba tanpa sebarang isyarat.
1.9 SENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE - PM)
Masalah akan berlaku bila mesin rosak atau mengeluarkan kecacatan kerana
pengeluaran tidak dapat diteruskan dengan licin. Oleh sebab itu kita terpaksa
menjalankan pemeriksaan yang sepatutnya terhadap mesin terlebih dahulu bagi
memastikan mesin itu akan berfungsi dengan baik pada setiap masa. la juga penting
bagi memastikan keupayaan untuk berfungsi ini kekal.
Untuk tujuan ini, adalah perlu perkara di bawah dipraktikkan:
i. Senggaraan harian dilakukan untuk mengelakkan kesusutan (pembersihan,
pemeriksaan, lubrikasi, mengemaskan nut dan kancing).
ii. Pemeriksaan di sepanjang masa atau pemeriksaan untuk mengukur kesusutan
atau melakukan diagnosis terhadap peralatan.
iii. Senggaraan untuk mencegah kesusutan.
SENGGARAAN Tak ada tempat
PENCEGAHAN nak menyelit
1. Senggaraan
Harian –
pembersihan,
pemeriksaan,
lubrikasi,
mengemaskan nut
dan kancing
2.Pemeriksaan kerap
melakukan diagnosis
terhadap peralatan
3.Senggaraan bagi
mencegah
kekusutan
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of
: 15
1.10 SENGGARAAN PENCEGAHAN ADALAH KAWALAN KESIHATAN BAGI
PERALATAN
Bagi mengekalkan kesihatan kita, kita bersenam setiap hari dan berhati-hati
daripada mengambil makanan atau minuman yang berlebih-lebihan. Kita juga
berjumpa doktor setiap masa dan apabila jatuh sakit, kita mendapatkan rawatan
dari awal lagi.Perkara ini kita lakukan mengikut hasrat naluri kita. Kita juga perlu
memikirkan perkara yang sama kepada mesin. Dengan lain perkataan, mesin akan
berfungsi dengan baik apabila kita lakukan senggaraan setiap hari untuk
mencegah kesusutan, manakala pemeriksaan dan diagnosis bagi mengukur
susutan dan memberi rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya kesusutan. Oleh
itu, boleh dikatakan senggaraan pencegahan adalah kawalan kesihatan untuk
mesin dan ubat pencegahan bagi mesin adalah senggaraan pencegahan.
(Menghalang
kekusutan)
Senggaraan
Harian
(Ukuran
Kekusutan)
(Diagnosis
Pemeriksaan)
(Pulih dari
kekusutan)
Pembaikan
Penghalangan
Penggantian Cepat
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of
: 15
1.11 Kebaikan PM ( Preventive Maintenance)
i. Mengurangkan kos untuk jangka masa panjang.
ii. Mengurangkan masa yang tidak produktif kerana kerosakan dapat dikurangkan.
iii. Mengurangkan kerosakan besar daripada berlaku dan mengurangkan bayaran
gaji untuk kerja lebih masa
iv. Kos baikpulih yang rendah.
v. Mutu hasil kerja yang lebih tinggi kerana peralatan sentiasa berada dalam
keadaan baik dan sempurna.
vi. Penggunaan peralatan yang lebih lam dari jangka hayatnya.
vii. Meningkatkan hasil pengeluaran kerana tiada gangguan kerosakan peralatan
yang berlaku.
viii. Keselamatan pekerja yang lebih terjamin.
1.13 Keburukan PM ( Preventive Maintenance )
i. Kos senggaraan dalam jangka masa yang pendek.
ii. Peningkatan kos buruh.
iii. Proses pengeluaran terganggu ketika penyelenggaraan dilakukan.
Terdapat 3 jenis senggaraan selain senggaraan yang utama iaitu :-
i. ON-line Maintenance ( senggaraan yang dilakukan ketika mesin sedang
beroperasi )
ii. Shutdown Maintenance ( OFF-line maintenance) ( dilakukan ketikan mesin dan
peralatan tidak beroperasi )
iii. Emergency Maintenance ( dilakukan keika mesin sedang beroperasi yang
mempunyai masalah dan memerlukan kepantasan mengelakan kerosakan )
iv. Planned Maintenance ( membuat perancangan yang lebih awal sebelum
penyelenggaraan dilakukan )
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of
: 15
2.0 KLASIFIKASI PERALATAN MESIN
2.1 Peralatan mesin didefinasikan dalam penerbitan JIS, “Glossary for machine tools”
sebagai mesin yang digunakan untuk proses pembentukkan (khususnya
bagi logam), kepada bentuk yang dikehendaki dengan membuang
bahagian-bahagian yang tidak diperlukan melalui proses pemotongan
(cutting) ataupun canai (grinding). Pengecualian definasi ini adalah kepada
mesin yang digunakan secara genggaman tangan dan mesin yang diletakkan
kepada pemegang magnet (magnetic stand).
2.2 Peralatan mesin yang tidak dicipta khusus untuk sesebuah mesin dan /atau tidak
mengikut bentuk kerja tetapi boleh digunakan oleh mesin tersebut dipanggil
mesin serbaguna (general-purpose machines). Bagi mesin yang dicipta khusus
untuk sesuatu kerja pula dipanggil mesin khas mengikut nama proses yang dibuat
(special purpose machine).
2.3 Peralatan mesin termasuklah mesin larik, mesin gerudi , mesin penggerak, mesin
pengisar, “planning machines”, mesin bentuk, mesin melubang alur, mesin tebuk,
mesin gergaji logam, mesin potong las, mesin canai, mesin kemasan permukaan,
dan lain-lain. Kebanyakan daripada mesin-mesin itu adalah mesin serbaguna,
tetapi sesetengah daripadanya adalah kegunaan khusus. Walau bagaimanapun,
pengelasan peralatan mesin mengikut unit mesin dan sistem kawalan berangka
(NC).
2.4 Peralatan unit mesin, yang berfungsi sebagai unit konsisten daripada beberapa
peralatan mesin dan diklasifikasikan dalam dua kategori iaitu satu stesen mesin
kegunaan khusus yang mempunyai fungsi pemesinan kerja yang static dan
berbilang mesin kegunaan khusus mempunyai fungsi kerja pemesinan yang mana
melalui pengelilingan peralatan mesin.
2.5 Sistem kawalan berangka peralatan mesin, yang mana dahulunya menggunakan
data atucara berangka untuk kawalan pergerakan alat-alatan dan kerja,
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of
: 15
termasuklah kawalan berangka larik, mesin kawalan berangka gerudi, mesin
kawalan berangka penggerak, pengisar, “machine planning”, mesin canaian,
mesin pemotong gear dan pusat pemesinan.
2.6 Perbezaan di antara mesin serbaguna dan mesin kegunaan khusus adalah
seperti di bawah:-
i) Mesin serbaguna, yang mana beroperasi dalam pelbagai jenis biasanya
beroperasi secara biasa, gunakan mesin pemotong dan set pembekal laju
dalam julat luas supaya pemesinan boleh dibuat dalam julat keupayaan
mesin tersebut tanpa terhad kepada saiz dan bahan kerja.
ii) Mesin kegunaan khusus telah di reka untuk pemesinan produk tentu
sahaja, dengan menggunakan julat sempit pemotongan dan laju
pembekal. Ia juga diklasifikasikan sebagai mesin satu jenis khusus (single-
purpose) dan direka untuk pemesinan atau sebagai berbilang jenis
(multipurpose) direka untuk pelbagai jenis mesin dalam kombinasi dengan
pelbagai jenis lampiran. Semua jenis mesin kebanyakannya beroperasi
secara sepenuhnya atau separuh automatik (semi-automatic).
2.7 Di dalam tata rajah peralatan unit mesin, setiap unit mesin tidak bertindak
secara penyahaktifan, tetapi sesetengah unit mesin boleh di satukan untuk
menghasilkan pelbagai sistem bersesuaian dengan tujuan pemesinan
sintetik yang dikehendaki. Kebiasaan unit mesin terdiri dari pengumpar unit,
pembekal unit, lapisan blok, dan lain-lain, yang mana merujuk kepada
peralatan mesin utama. Pelbagai jenis alat pemotong termasuklah unit
gerudi, unit pengisar dan sebagainya dipasangkan kepada unit pengumpar.
3. Jadual penyelenggaraan.
3.1 Terdapat satu (1) jenis penyelenggaraan iaitu Penyelenggaraan Pencegahan
(Preventive Maintenance).
i. Preventive maintenance merupakan proses penyelenggaraan yang dilakukan
secara terancang dan berjadual.
ii. Penyelenggaraan jenis ini dilakukan bagi memastikan pengurangan
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of
: 15
dalam kerja-kerja kecemasan (emergency work) dan bagi memastikan
ketahanan komponen / peralatan mesin supaya memenuhi kehendak piawai.
iii. Tujuan utama penyelenggaraan jenis ini dilakukan adalah bagi
mengelakkan berlakunya kerosakan secara tiba-tiba.
iv. Kerosakan secara tiba-tiba boleh menyebabkan bahaya kepada operator
dan seharusnya dielakkan.
v. Proses-proses seperti pemeriksaan, pelinciran, servicing dan sebagainya
termasuk dalam jadual awal penyelenggaraan.
vi. Penyelenggaraan jenis ini yang berjadual dan terancang dengan baik
dapat mengurangkan kerosakan sekiranya breakdown berlaku.
vii. Penyelenggaraan jenis ini juga dapat mengenalpasti titik kelemahan (weak
spots) seperti permukaan bearing, bahagian yang bergetar dan gear yang
memerlukan penjagaan yang rapi di mana perlunya pemeriksaan berkala
yang tetap dan pembaikan kecil bagi mengelakkan berlakunya breakdown
secara tiba-tiba.
3.2 Proses Scheduled Maintenance melibatkan :
i. Pemeriksaan secara berkala terhadap mesin dan peralatan untuk
menentukan keadaan
yang yang boleh mengakibatkan kepada kerosakan.
ii. Teknik statistic digunakan bagi mendapatkan kekerapan sesuatu
pemeriksaan dilakukan.
iii. Penyelenggaraan berjadual merangkumi 75% daripada keseluruhan
penyelenggaraan
dalam sesebuah organisasi pengeluaran. Kaedah penyelenggaraan
berjadual dilakukan
adalah berdasarkan kepada keperluan organisasi itu sendiri.
3.3 Tujuan/Objektif Scheduled Maintenance
i. Untuk meminimakan kemungkinan gangguan pengeluaran atau
kerosakan dengan
mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang keadaan yang boleh
menyumbang kepada
masalah tersebut.
ii. Untuk memastikan semua peralatan/mesin di plan berada dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.
iii. Untuk mengekalkan nilai peralatan atau mesin melalui pemeriksaan, pembaikan,
overhaul
dan sebagainya secara berkala.
iv. Untuk mengekalkan kejituan operasi peralatan-peralatan mesin.
v. Untuk mencapai pengeluaran secara maksima bagi sebarang mesin/peralatan di
plan.
vi. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja / operator terjamin.
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of
: 15
4.0 PENYEDIAAN JADUAL PENYELENGGARAAN
Jadual penyenggaraan boleh disediakan dengan pelbagai kaedah. Kaedah yang
digunakan adalah berdasarkan kepada masa yang hendak dijadikan rujukan
bagi proses penyenggaraan, sebagai contohnya, sekali di dalam tempoh
seminggu (weekly), sebulan (monthly), ataupun di dalam tempoh yang lain yang
ditetapkan seperti 3 bulan atau 6 bulan. Perkara yang penting yang perlu
ditekankan ialah tempoh masa tersebut mestilah tetap dan berkala kerana
daripada jadual tersebut, sebarang kerosakan yang kebiasaannya terjadi akan
dapat dikesan.
4.1 Prosedur bagi penyediaan jadual penyenggaraan.
a. Satu senarai periksa (check list) bagi mesin dan peralatan yang
digunakan perlu dihasilkan. Senarai periksa ini perlu dihasilkan oleh
juruteknik ataupun individu yang bertugas melaksanakan operasi mesin
tersebut. Oleh yang demikian beliau akan lebih peka terhadap
sebarang perubahan yang berlaku pada mesin tersebut kerana
perubahan ini mungkin akan menyumbangkan kepada kerosakan.
b. Berikut adalah contoh senarai periksa yang boleh digunakan :
WEEKLY PREVENTIVE MAINTENANCE CHECKLIST
ACTIVITY TIME DONE REMARKS
TAKEN Yes / No
1 Check finger cleaner brushes
2 Lubricate width adjust shafts
3 Clean and preheat trays and
protective screen
4 Do the conveyor speed
calibration check
5 Check the board drop sensors
sensitivity.
Machine Name : ______________________
Serial No. : ______________________
Location : ______________________
Service : ______________________
Due date : ______________________
Service by : _____________________
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 13
Drpd / of
: 15
A. Pengumpulan data bagi setiap checklist yang disediakan perlu dilakukan.
Data-data tersebut perlu dianalisa bagi mengenalpasti sebarang jenis
kerosakan berkala. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan
untuk menganalisa data-data tersebut, antaranya menggunakan jadual
atau carta (bar-chart, histogram, pie-chart dsb). Penggunaan kaedah
untuk menganalisa data ini hendaklah disesuaikan dengan jenis checklist
yang dihasilkan dan data yang terkumpul. Berikut adalah contoh bagi
satu analisa yang dibuat berdasarkan jenis mesin yang tertentu.
Kekerapan 1. Leakage
/ minggu 2. mis-align of parts
3. screw loose
4. wear
1234 Jenis kerosakan
B. Daripada analisa yang diperolehi, satu senarai pemeriksaan dan
penyenggaraan dapat dihasilkan mengikut kepentingan ataupun
kekerapan berlakunya jenis-jenis kerosakan tertentu. Sebagai contohnya,
daripada analisa di atas, kerosakan jenis kedua adalah paling kerap
berlaku. Oleh itu penyenggaraan bahagian tersebut perlu dilakukan lebih
kerap berbanding bahagian-bahagian lain.
C. Daripada langkah 1 hingga langkah 3, satu jadual penyenggaraan dapat
disediakan dengan cara merekodkan semua data dan analisa.
Sebagai contohnya, jadual penyenggaraan boleh dibuat di dalam bentuk
di bawah :-
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 14
Drpd / of
: 15
TYPE OF MAINTENANCE WEEK WEEK WEEK WEEK
3 4
1. Check for critical position (screw) 1 2
2. Check for leakage
3. Check for parts alignment
4. Others
2.0 KESIMPULAN
Proses penyenggaraan yang baik ialah dengan cara mengesan masalah
yang bakal timbul sebelum ia berlaku. Dengan kaedah penyediaan jadual
penyelenggaraan ini, masalah tersebut dapat dicegah dengan cara membuat
analisa tentang kebarangkalian wujudnya masalah tersebut dalam
jangkamasa tertentu berdasarkan data-data yang terkumpul. Oleh itu
penggunaan check-list, carta analisa dan laporan kerosakan ini mestilah
secara berterusan sehinggalah satu bentuk (patern) jadual bagi
penyenggaraan diperolehi.
Perlu diingatkan bahawa setiap mesin ataupun peralatan yang berlainan
mestilah mempunyai jadual penyenggaraan yang tertentui kerana setiap
mesin tersebut mempunyai jenis kerosakan dan kaedah penyenggaraan yang
berlainan bergantung kepada operasinya. Selain itu, jenis mesin tertentu
mempunyai buku panduan (manual book) yang khas bagi memudahkan
proses memeriksa dan menyenggara. Oleh itu, selain daripada langkah-
langkah yang diterangkan di atas, buku panduan juga perlu sentiasa diberi
perhatian bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang serius.
2.1 MACHINE AND EQUIPMENT MANUAL BOOK
Setiap mesin atau peralatan yang dibeli sama ada untuk kegunaan di rumah atau
industri disertakan dengan Manual Book / Manual Guide. Manual Book yang
dibekalkan oleh Pengilang (Manufacturer) kepada pembeli bertujuan memudahkan
pembeli menggunakan mesin atau peralatan tersebut. Diantara maklumat yang
boleh diperolehi didalam Manual Book adalah seperti:-
i. Lukisan Pemasangan / Ceraian
ii. Tatacara Penggunaan ( SOP )
iii. Langkah-Langkah Keselamatan
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 15
Drpd / of
: 15
iv. Panduan Penyelenggaraan
v. Lukisan Terperinci
vi. Lukisan Litar Elektrik / Elektronik dll
SOALAN
1. Berikan 3 data yang diperlukan untuk membolehkan kita mengetahui bilakah sesuatu
mesin itu harus diselenggara?
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘preventive maintenance’?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk penyelenggaraan mesin?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_______________________________________
RUJUKAN
1. Instruction Manual. Information and Management Engineering Series.
Mitsuhiro Kojinaga,Kiyoshiro Umemoto,
Overseas Vocational Training Association.
1988
2. Small Group Activity,
OVTA (Overseas Vocational Training Association).
3. Fundamental of machining system,
Hiroaki Isono, Masaki Wada,
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012C08/P(1/3) Muka Surat / Page : 16
Drpd / of
: 15
OVTA (Overseas Vocational Training Association)