The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9059225, 2023-08-13 01:16:16

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 PEMBINAAN NEGARA BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DINEGARA KITA NAMA : BIBI IRIS MAISARAH BINTI MASNIZAM SHAH KELAS : 4 SAINS NAMA SEKOLAH : SMK JALAN KEBUN NAMA GURU : PUAN SALMIAH BINTI ZALI


JADUAL KERJA BIL TARIKH PERKARA TANDATANGAN CIKGU 1 18/7/2023 Saya menerima taklimat mengenai kerja kursus daripada Cikgu Salmiah. Cikgu Salmiah memberi penerangan mengenai penyerahan Sarawak kepada kerajaan British, faktor dan reaksi penduduk tempatan serta kepentingan mempertahankan maruah bangsa. 2 19/7/2023 Kenal pasti bentuk penulisan untuk tugasan dengan lebih lanjut termasuk menyenaraikan objektif kajian yang akan dipilih dan kaedah kajian yang akan digunakan dalam projek kerja khusus ini. 3 20/7/2023 Membuat rujukan dan kajian serta pencarian lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan melalui buku ilmiah, majalah, internet, youtube untuk mendapatkan bahan penulisan. 4 21/7/2023 Mengumpul dan menetukan maklumat yang diperlukan, menyusun dan mengumpulkan bahan kajian. Menyediakan rangka penulisan yang lengkap, tepat dan realistik. 5 22/7/2023 Menyatakan pentadbiran tentera, menerangkan faktor, menjelaskan reaksi dan menganalisis kepentingan. Menulis kesimpulan, sumber rujukan dan melampirka lampiran.


TEMA: NEGARA MALAYSIA TAJUK KAJIAN: PEMBENTUKAN MALAYSIA NAMA PENULIS: BIBI IRIS MAISARAH BINTI MASNIZAM SHAH STANDARD KANDUNGAN: 4.4 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH PERNYATAAN MASALAH: PENYERAHAN SARAWAK KEPADA VYNER BROOKE KEPADA BRITISH TIDAKLAH BERJALAN LANCAR SEPERTI YANG DIHARAPKAN. KEPUTUSAN PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH MENIMBULKAN BANTAHAN DAN KEADAAN HURU-HARA DALAM POLITIK SARAWAK. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN REAKSI MASYARAKAT SETEMPAT TERHADAP PENYERAHAN SARAWAK TERSEBUT.


KAJIAN LITERATUR 1. RIDZUAN BIN HASSAN, SHARIFAH AFIDAH BINTI SYED HAMID, MUSLIMIN BIN FADZIL DAN SUBRAMANIAM A/L RAMAN. 2019. BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. 2. LAMAN WEBSITE: (i)https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-10- 04-04/kssm-f4-sj-04/penyerahan-sarawak-olehbrooke-kepada-kerajaan-british (ii)https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kss m/bab-4-era-peralihan-kuasa-british-di-negarakita-part-2/ (iii)https://www.utusansarawak.com.my/?p=4696 3 3. LAYARI YOUTUBE: (i)https://youtube.com/shorts/cmAItErFFKU?fea ture=share (ii)https://youtu.be/FOFCvJdc1SY


OBJEKTIF KAJIAN 1. MENYATAKAN PENTADBIRAN TENTERA DALAM SARAWAK 2. MENERANGKAN FAKTOR PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH 3. MENJELASKAN REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH 4. MENGANALISIS KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN MARUAH BANGSA


KAEDAH KAJIAN 1. KAEDAH MEMBACA BUKU: SAYA TELAH MEMBACA BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 UNTUK MENGETAHUI TENTANG PENTADBIRAN TENTERA DI SARAWAK, FAKTOR PENYERAHAN SARAWAK DAN REAKSI PENDUDUK TEMPATAN. 2. KAEDAH MELAYARI LAMAN SESAWANG SAYA TELAH MALAYSIA LAWAN SESAWANG UNTUK MENDAPATKAN BAHAN RUJUKAN BERKAITAN KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN MARUAH BANGSA: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/270261 http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1866/1/35.pdf 3. KAEDAH VISUAL SAYA TELAH MENONTON BEBERAPA VIDEO UNTUK MENGETAHUI REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH: https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ


DAPATAN KAJIAN Pentadibran tentera di Sarawak Berlaku setelah Perang Dunia Kedua tamat. Tentera Australia mendarat di Kuching dan memperkenalkan pentadbiran tentera, iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) pada 11 September 1945. Pada tahun 1946, British kemudian memperkenalkan British Military Administration (BMA) di Sarawak. Kemuadian, pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan di Sarawak. Faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British Antaranya ialah masalah pewarisan takhta. Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikan tempatnya sebagai raja, sedangkan beliau semakin tua dan uzur. Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke (anak Bertram Brooke) untuk menggantikannya.


Selain itu, desakan kerajaan British. Pada 19 Jun 1944, pihak Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British untuk meluaskan penguasaanya di Sarawak. Dengan menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya, British dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga kepentingan pelaburan British di negeri itu. Pada 28 Februari 1945, PTJ mengutus surat kepada Vyner Brooke tentang pendirian untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Akhirnya, Vyner Brooke bersetuju untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Akhir sekali, masalah kewangan. Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ekonomi Sarawak terjejas, lombong minyak musnah dan ladang getah juga terbiar. Kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang juga perlu dibaiki. Vyner Brooke tidak mampu untuk membangunkan negeri Sarawak semula.


Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak Terbahagi kepada dua reaksi, dari bentuk penentangan dan bentuk sokongan. Antara bentuk penentangan penduduk tempatan ialah mengadakan persidangan. Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. Objektif persidangan itu untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai kerana menentang penyerahan Sarawak. Selain itu, menulis surat bantahan. Pergerakan Pemuda Melayu (PPM), menghantar surat kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan terhadap penjajahan Sarawak. Mereka menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British, Clement Attlee dengan salinanya kepada Gabenor. Seterusnya, menggunakan akhbar. Gerakan antipenyerahan telah mendapat tenaga baharu apabila akhbar Utusan Sarawak diterbitkan. Ianya digunakan untuk menyebarkan tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak dengan kritikan yang tajam.


Antara bentuk sokongan penduduk tempatan ialah memajukan negeri. Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar Abang Haji Mustapha menyatakan negeri Sarawak mengalami banyak kemusnahan. Penyerahan ini dapat memajukan Sarawak dari aspek politik, perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Ramai golongan intelektual di Sarawak diberikan peluang untuk mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan seperti peguam, doktor dan jurutera. Dengan ini, British akan memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada Sarawak. Akhir sekali, memajukan penduduk tempatan. Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay Association (YMA) untuk menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Pertubuhan ini juga membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kegiatan YMA menjurus dalam bidang pelajaran, agama dan sukan.


Kepentingan mempertahankan maruah bangsa Antara kepentingan mempertahankan maruah bangsa ialah kita dapat cintakan negara atas dasar keharmonian kerana rakyat memiliki jiwa yang merdeka, amanah dan bertanggungjawab. Selain itu, kita dapat kembali menghidupkan rasa kemanusiaan dan mengangkat darjat kemanusiaan itu. Seterusnya, kita juga dapat memupuk semangat islah atau pembaharuan kepada sistem, dasar dan urusan negara. Di samping itu, semangat patriotisme, iaitu semangat yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. KESIMPULAN Kesimpulanya, kerajaan, pemimpin dan rakyat perlulah bersama-sama bersatupadu dengan bertolak ansur dan bekerjasama serta bertoleransi antara satu sama lain. Hal ini supaya kita dapat memajukan negara dengan kejayaan dalam diri bersama. Kesannya, negara kita akan lebih aman dan harmoni kerana mempunyai semangat patriotisme yang kuat. Oleh itu, kita hendaklah bersemangat setia dengan cintakan bangsa dan negara agar dapat mengelakkan pemberontakkan dan pergaduhan serta perperangan dalam negara.


SUMBER RUJUKAN 1. RIDZUAN BIN HASSAN, SHARIFAH AFIDAH BINTI SYED HAMID, MUSLIMIN BIN FADZIL DAN SUBRAMANIAM A/L RAMAN. 2019. BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. 2. LAMAN WEBSITE: (i)https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-10- 04-04/kssm-f4-sj-04/penyerahan-sarawak-olehbrooke-kepada-kerajaan-british (ii)https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kss m/bab-4-era-peralihan-kuasa-british-di-negarakita-part-2/ (iii)https://www.utusansarawak.com.my/?p=4696 3 3. LAYARI YOUTUBE: (i)https://youtube.com/shorts/cmAItErFFKU?fea ture=share (ii)https://youtu.be/FOFCvJdc1SY


LAMPIRAN 1. BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4


2. WEBSITE https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-10-04-04/kssm-f4-sj-04/ penyerahan-sarawak-oleh-brooke-kepada-kerajaan-british https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-4-era-peralih an-kuasa-british-di-negara-kita-part-2/


https://www.utusansarawak.com.my/?p=46963 3. YOUTUBE https://youtube.com/shorts/cmAItErFFKU?feature=share


https://youtu.be/FOFCvJdc1SY https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ


Click to View FlipBook Version