The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyafiqah210802, 2021-10-26 12:43:41

Etika Dan Peradaban Yang Menjadi Amalan Kaum Cina Di Malaysia

E-Folio Group 2, 2021

ETIKA DAN PERADABAN YANG
MENJADI AMALAN KAUM CINA

DI MALAYSIA

NURAKQILAH NADHIRAH BINTI ZULKIFLI 17DAS21F1041

AIN NUR BALQISH BINTI MOHD FAUZI 17DAS21F1003

NUR SALWARINA HUDA BINTI ANUAR 17DAS21F1029

NUR SYAFIQAH BINTI ZAIEF 17DAS21F1019

HANI IRDIENA MAISARAH BINTI NOOR HAFIZ 17DAS21F1013

1

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

Pengenalan 3

Adat dan Budaya 4

Budaya Masyarakat Cina 5-6

Pantang Larang Kaum Cina 7-8

Perayaan dan Festival Kaum Cina 9-11

Bahasa dan Tulisan 12-13

Agama 14-16

Ekonomi Cina 17-18

Makanan 20-21

Kesimpulan 22

Sumber Rujukan 23

2

PENGENALAN

Sejarah kedatangan orang cina ke tanah melayu
adalah melalui Sistem Tiket Kredit. Ramai
dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah
Melayu melalui sistem tiket Kredit. Imigran Cina
yang ingin datang ke Tanah Melayu akan
dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang
bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat
tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.

Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi
setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan
diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal
atau agensi buruh yang biasanya telah menerima
bayaran daripada bakal majikan imigran
berkenaan.

3

ADAT DAN BUDAYA KAUM
CINA

PERKAHWINAN CINA

Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-
keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina
membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan
norma masyarakat etnik Cina.
Upacara amal perkahwinan tradisional
Suatu perkahwinan moden dijalankan dalam suatu format
Dinasti Ming.
Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun
402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak
dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.
Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal
suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan
untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan
bapa dan suaminya.

 Suatu perkahwinan moden dijalankan
dalam suatu format Diansti Ming.

4

BUDAYA MASYARAKAT CINA
PEMAKAIAN

Busana klasik kaum cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan
sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan
diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah
Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari
negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna
terang dengan ragam hias benang emas dan perak

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun
juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam
mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk
yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis
kain lembu.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek
Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina
selain dari cheongsam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh
umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi
mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh
wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera.

5

PEMAKANAN

Budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang
tersendiri. Bahan utama dalam menu masyarakat Cina ialah
bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta
lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang
digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar,
dan sebagainya

Kuih bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah
kuih ini bermula selepas orang-orang Cina menumpaskan
penjajahan Moghul pada akhir Dinasti Yang Pada perayaan kuih
bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka
berarak sempena perayaan ini dengan membawa sekali tanglung.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan ini diberi kepada
Dewa Dapur bagi memastikan Dewa Dapur tidak dapat
menyampaikan berita buruk kepada Maharaja Syurga kerana tidak
dapat membuka mulut akibat memakan kuih bulan. Oleh itu, kuih
bulan ini penting bagi kaum Cina.

Dalam hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua
atau lebih komponen utama iaitu satu sumber utama biasanya nasi
dan disertai dengan hidangan sayur-sayuran, ikan, dan daging.
Antara makanan Cina yang terkenal ialah Yusheng di mana ia
merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan
Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu
melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila
disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan
bermulanya tahun yang makmur.

 KUIH BULAN

6

2 . DILARANG MENGAMBIL WANG SYILING DI JALANAN

Jika menemui wang syiling di jalanan , jangan sesekali
membawa pulang syiling tersebut ke rumah. Ia kerana wang
syiling yang dipersembahkan adalah sebagai rasuah untuk
penjaga neraka.

7

3. ELAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA MERAH ATAU

HITAM
Mereka mempercayai bahawa mereka dilarang memakai pakaian
berwarna hitam dan merah semasa musim perayaan . Ia kerana
warna merah dan hitam menarik perhatian hantu-hantu lapar ini
terhadap anda.

4. TIDAK BOLEH MENGGIGIT MEE SEHINGGA PUTUS

Setiap helaian mee dibuat panjang sebagai symbol melambangkan
harapan mereka agar individu yang memakannya akan mempunyai
hayat panjang dan kesihatan baik.

8

PERAYAAN DAN FESTIVAL KAUM CINA DI
MALAYSIA

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina
yang paling popular di Malaysia . Setiap tahun , perayaan
ini disambut meriah oleh mereka yang berbangsa Cina
selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru
menurut kalendar mereka . Pada malam tahun baru Cina ,
semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan
hubungan antara satu sama lain .
Kebiasaannya , sambutan tahun baru Cina ini memang
sinonim dengan makanan seperti yee sang , kuih bulan dan
limau mandarin . pemberian angpau pula sebenarnya
hanya dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin .
Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul merah
untuk diberikan kepada kanak-kanak .

9

PESTA KUIH BULAN

Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai
menyambut kemenangan orang Cina kalahkan Mongol
pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala.
Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun
ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan
disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah
semestinya kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya
dibuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji
teratai mahupun kuning telur masin. Terdapat juga tradisi
mengatakan bahawa kuih bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci
selepas memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat
menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga.

10

PESTA TANGLUNG

Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan
sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Tanglung merupakan malam pertama bulan pernama
selepas Tahun Baru Cina . Pada malam tersebut, tanglung
berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar
untuk memeriahkan lagi sambutan .

11

BAHASA DAN TULISAN YANG
DIGUNAKAN ORANG CINA

Bahasa Cina merupakan bahasa yang kekal dituturkan serta
digunakan sehingga hari ini.Kira-kira satu per lima daripada
semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk
Bahasa Cina sebagai Bahasa Ibunda . Secara amnya ,
kesemua variasi Bahasa cina bersifat sebutan ton dan
analitik .Namun, Bahasa ini ada keistimewaanya kerana
kepelbagaian dalamannya yang meluas .

Terdapat 7 golongan Bahasa Cina yang paling dikenali iaitu

• Mandarin
• Wu
• Kantonis
• Min
• Xiang
• Hakka
 Gan

12

TULISAN CINA KLASIK

Bahasa Cina merupakan bahasa yang kekal dituturkan serta
digunakan sehingga hari ini.Tulisan Cina dikenali sebagai
Hanzi ( tulisan Han ), dicipta berdasarkan kaedah :
I. Xiang xing ( berlambang gambar )
II. Zh’shi ( lambang petunjuk )
III. Huiyi ( lambang petunjuk fikiran )
IV. Xing sheng ( gabungan bentuk bunyi )
V. Zhuan zhu dan jiajie ( bersamaan dua kaedah yang
berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu
huruf Cina. )
Setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang iistimewa dan
telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan
pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia.

13

AGAMA KAUM CINA

BUDDHA
Buddha sebenarnya lebih popular atau
berkembang dengan pesat di China diasaskan
di India oleh seorang putera raja bernama
Siddhartha Gautam
ajaran Buddha, ia menekankan falsafah
pembangunan diri selain mendapat keilmuan
daripada ajaran spiritual dan amalan
meditasi.
dua mazhab utama iaitu Theravada dan
Mahayana
Ajaran Buddha mula terkenal di China
disebabkan konsep ajarannya yang hampir
menyerupai ajaran Tao
majoriti masyarakat Cina berpegang kepada
ajaran Tao sebagai pegangan hidup mereka
pendeta agama Buddha juga menggunakan
konesp-konsep yang ada dalam falsafah Tao
untuk menjelaskan mengenai agama Buddha
kepada orang-orang Cina

14

Konfusianisme

Konfusianisme adalah salah satu falsafah
yang menjadi panduan hidup utama bagi
orang-orang Cina
Pengasas kepada falsafah Konfusianisme
adalah Kong Hu Cu merupakan seorang ahli
falsafah pada zaman Cina purba
Ajaran Konfusianisme lebih menekankan
kepada konsep kemanusiaan setiap individu
perlu melayan individu lain dengan sama
rata
Falsafah Konfusianisme tidak menekankan
ritual-ritual keagamaan seperti ketuhanan,
kepercayaan kepada dewa-dewi dan
kehidupan selepas kematian
Konfusianisme lebih dikategorikan sebagai
satu pegangan falsafah berbanding ajaran
agama

15

Tao
Tao atau juga disebut Dao, mempunyai
sedikit perbezaan dengan ajaran
Konfusianisme
1. Ajaran Konfusianisme tidak
melibatkan ritual keagamaan
2. Ajaran Tao pula lebih menekankan
unsur kerohanian kepada
penganutnya
Prinsip ajaran Tao menekankan
keseimbangan antara manusia dan juga
dunia
Melalui ajaran Tao inilah, konsep Yin dan
Yang itu terbentuk
Ajaran Tao ini banyak mempengaruhi
bidang sains, perubatan tradisional,
kesusateraan dan juga kesenian
masyarakat Cina

16

EKONOMI CINA
Sejak sekian lama Kaum Cina di Malaysia telah
menguasai dalam sektor ekonomi Malaysia,
tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru
yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
untuk memberi kesamarataan dalam ekonomi
negara, kuasa mereka dalam ekonomi
menyusut. Namun, mereka masih membentuk
majoriti golongan berpendapatan sederhana
dan tinggi di Malaysia.

Pekerjaan
Kaum Cina lebih melibatkan diri dalam sektor
swasta. Manakala Kaum Cina yang dalam sektor
awam kebiasaannya adalah ahli-ahli politik
ataupun kakitangan dalam sekolah.
Kaum Cina lebih cenderung kepada berkerja
sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada
berkerja di bawah orang lain. Kaum Cina yang
bekerja dalam sektor swasta aktif dalam bidang
Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan
Jualan.

 Jack Ma

17

Status ekonomi

Disebabkan penyertaan yang sangat aktif dalam
kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia
merupakan majoriti daripada kelas pertengahan
di Malaysia.
Pendapatan isi rumah kaum Cina merupakan
yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik.

 Menurut Sulaiman Mahbob, pada
Disember 2007.

18

Dasar Ekonomi Baru

Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma,
mengatakan polisi ekonomi Mahathir Mohamad,
Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang
menerima layanan istimewa dalam pendidikan
dan perniagaan, sedangkan meninggalkan
masyarakat Cina dengan perasaan bahawa
mereka diketepikan oleh dasar itu. Kaum cina
berasa disisihkan disebabkan dasar ekonomi
baru ini.

Makanan

Orang Cina di Malaysia makan semua jenis
makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India
dan barat. Akan tetapi tidak ramai Cina di
Malaysia adalah vegetarian, dan kebiasaannya
penganut agama Buddha yang taat. Makanan
Cina Malaysia mengandungi persamaan dan
perbezaan dengan makanan Cina di China.

19

Cina Tradisional

Makanan Cina di Malaysia adalah sama dengan
makanan di selatan China yang berasal dari
makanan Hokkien, Kantonis, Hakka dan
Teochew.

 Bak Kut Teh dari Klang

Cina tempatan

Beberapa hidangan tradisional Cina telah
dikembangkan, sama ada dengan menggunakan bahan-
bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam
hidangan tempatan. Sebagai contoh, terdapat ciptaan
tempatan seperti Loh Mee (滷面), iaitu mi tebal dalam
kuah yang nyata (di Lembah Klang) dan kuah gelap (di
Pulau Pinang). Bak Kut Teh (肉骨茶) asalnya dari Klang
dan bukannya China. Makanan jalanan seperti char
kway teow dan nasi ayam Hainan biasa terdapat di
Malaysia dan Singapura khususnya untuk rantau
tersebut. Sempena tahun Baru Cina, Masyarakat Cina di
Malaysia juga makan makanan seperti Yusheng yang
dikembangkan terutamanya di Kuala Lumpur.

20

Gabungan masakan

Pertemuan budaya yang berbeza di Malaysia
telah menghasilkan makanan yang
menunjukkan unsur-unsur dari masyarakat
yang berbeza. Pengaruh dari kepedasan
masakan Melayu juga boleh didapati dalam
penemuan tempatan seperti mi kari, kari ayam
dan cili ketam. Masakan campuran Melayu-Cina
tertentu adalah masakan yang terkenal dari
kalangan Baba dan Nyonya atau Peranakan.
Pengaruh masakan Peranakan boleh didapati
dalam hidangan seperti Laksa dan Mi Siam.

21

KESIMPULAN

Kedatagan orang Cina ke Tanah Melayu pada
suatu masa dahulu menyebabkan wujudnya
kepelbagaian di negara ini yang mana ia telah
menjadi salah satu elemen keunikan negara ini
di mata masyarakat dunia. Sedar atau tidak
banyak negara dunia merasa kagum dengan
negara Malaysia yang mempunyai masyarakat
pelbagai agama dan kepercayaan, kaum dan
bangsa tetapi mereka tetap hidup aman dan
tenteram berbanding sesetengah negara yang
ada hanya satu bangsa tetapi mereka sukar
untuk hidup bersama sehingga wujud konflik
dan perang berpanjangan.

22

SUMBER RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina
2. https://voize.my/adat-resam-pantang-
larang-kaum-cina-di-malaysia/
3. https://lobakmerah.com/5-perayaan-
disambut-oleh-kaum-cina-di-malaysia-bukan-
tahun-baru-cina-je-tau/
4. https://www.slideshare.net/dila_midey/adat
-kaum-cina
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina
_Malaysia

23


Click to View FlipBook Version