DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA 2023/2024 KURSUS PQI6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM PROJEK KUMPULAN PERBANDINGAN KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA, FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT AHLI KUMPULAN NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR RAFIZA ABD RAZAK NAMA NO. MATRIK IRSYAD AIMAN BIN AHMAD KASHLAN 22086421 MOHAMAD NOR IQMAL BIN NOOR HADI 22091157 MUHAMMAD HAFIZ BIN ABD MOHD NASIR 22087068 MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI S2160207 MUHAMMAD AIMAN ASYRAF BIN IMEL 22088006 AHMAD FAATEH BIN HALIM 22087026 MUHAMMAD LUQMAN BIN JARIAH 22099392
2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN..............................................................................................3 2.0 PERBEZAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT........................................................................................6 3.0 PERSAMAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT......................................................................................10 3.1 Sistem Pendidikan Khas yang Inklusif......................................................10 3.2 Teknologi dalam Pendidikan .....................................................................11 3.3 Kepentingan Pendidikan Awal...................................................................13 4.0 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN........................................................16 5.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ....................................................22 6.0 KESIMPULAN.............................................................................................27 7.0 RUJUKAN....................................................................................................28
3 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan disifatkan sebagai wujud sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja bagi individu yang membentuk masyarakat, contohnya ia menikmati bahagian organisasi dalam pelbagai tempoh yang meliputi tempoh yang disebutkan dalam kehidupan seseorang, iaitu pendidikan awal, utama, menengah. Mengikut keperluan dan kepentingan setiap negara, sistem pendidikan dapat diorganisasikan ke dalam tahap yang lebih rendah yang pada umumnya berumur antara 5 hingga 18 tahun. Sebaliknya, pengajaran dibahagikan kepada subjek, diselesaikan wajib dan meliputi pelbagai cabang pengetahuan. Sistem Pendidikan di Malaysia merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara kearah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di manasetiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu Pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus. Sistem Pendidikan di Finland pula dibuat secara percuma yang mana negara tersebut menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat seperti kebajikan sosial, kesihatan dan Pendidikan. Finland berkhidmat dengan baik kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga, sosio-ekonomi, status dan kemampuan sehingga dinobat sebagai sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Tambahan pula, pelbagai langkah dilaksanakan bagi memastikan sistem Pendidikan mendapat tempat terbaik di peringkat global melalui pendidikan, latihan dan inovasi dalam perkhidmatan pendidikan negara tersebut. Seterusnya, pemberian dan pinjaman serta bantuan kewangan diberikan kepada institusi pengajian tinggi untuk membuka peluang kepada mahasiswa melanjutkan pengajian mereka.
4 Pendidikan Amerika agak pelbagai, jadi setiap orang boleh memilih sendiri laluan individu dalam menguasai pengetahuan. Mereka diajar untuk menggunakan bahasa “I can “, “I will” dan “I believe” dalam suasana pembelajaran mereka supaya terzahir tindakan daripada pembudayaan bahasa tersebut. Apabila melihat, mendengar, dan membudayakan penggunaan bahasa yang optimis, minda separa sedar akan menghadam perkataan tersebut membentuk sikap yang akhirnya membentuk tindakan yang menjadi respon kepada pemikiran tersebut. Sebab itu kebanyakan mereka ini apabila dewasa menjadi orang yang lantang memberi pendapat, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berani berpegang kepada pendirian masing-masing walaupun orang lain tidak bersetuju. Sistem pendidikan Amerika menggunakan pensil daripada sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian PhD sekalipun. Falsafah disebaliknya ialah setiap kesalahan boleh dipadam dan diperbaiki. Tiada peperiksaan kemasukan ke institut dan universiti, setiap pelajar menulis kertas ujian dalam mata pelajaran sepanjang tahun, dan keputusan pada akhir tahun dihantar bukan sahaja ke bahagian pendidikan sekolah, tetapi juga ke kolej dan universiti. Selepas tamat pengajian, setiap pelajar hanya boleh mempertimbangkan jemputan dari pelbagai institusi pendidikan untuk belajar atau menghantar permintaan kepada mereka sendiri, menunggu jawapan. IGCSE (International General Certificate of Secondary Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education) dan IBMYP (International Baccalaureate Middle Years Programme) adalah tiga program pendidikan menengah yang berbeza dengan tujuan dan struktur yang berbeza. IGCSE adalah program pendidikan menengah yang diiktiraf secara antarabangsa dan ditawarkan oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE). IGCSE menyediakan kelayakan pendidikan menengah untuk pelajar di seluruh dunia. Biasanya diambil oleh pelajar pada peringkat menengah atas iaitu sekitar umur 14-16 tahun. Melibatkan sejumlah mata pelajaran wajib dan elektif termasuk mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan mata pelajaran elektif yang berbeza bergantung kepada minat pelajar. IGCSE melibatkan ujian bertulis, ujian amali dan kursus berterusan. Penekanan diberikan kepada pembangunan kemahiran analisis dan pemikiran kritis. Seterusnya, GCSE adalah program pendidikan menengah yang diiktiraf di United Kingdom dan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di England, Wales dan Northern Ireland. Ini adalah kelayakan penting untuk pelajar di peringkat menengah atas biasanya antara berumur 14-16 tahun. Penilaian GCSE melibatkan ujian bertulis dan komponen berterusan. Keputusan GCSE adalah faktor penting dalam menentukan peluang pelajar untuk melanjutkan ke peringkat A-level atau pengajian tinggi yang lain.
5 IBMYP adalah program pendidikan menengah yang dikembangkan oleh International Baccalaureate Organization (IBO). Ia dirancang untuk melibatkan pelajar pada peringkat menengah dalam pendidikan antarabangsa dan pembangunan secara holistik. Program ini jugak diperuntukkan untuk pelajar berusia 11-16 tahun. Ia menyediakan kerangka kerja yang holistik termasuk mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan mata pelajaran individu yang disusun mengikut bidang pembelajaran. IBMYP juga menggunakan penilaian formatif dan sumatif. Penekanan diberikan kepada pembangunan pelajar dalam lima bidang tumpuan antaranya Komunikasi, Kesejahteraan, Berfikiran kritis, Pembelajaran dan Penggabungan ilmu. Walaupun tiga program ini mempunyai fokus kepada pendidikan menengah, struktur, penekanan dan pengiktirafan mereka adalah berbeza. Pemilihan program bergantung kepada keperluan pelajar, tujuan pendidikan mereka dan konteks pendidikan tempat mereka berada.
6 2.0 PERBEZAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT Malaysia Peperiksaan SPM merupakan Peperiksaan terpenting bagi pelajar akhir iaitu pelajar tingkatan 5 untuk mereka menentukan haluan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar dikehendaki mengambil sejumlah mata pelajaran tertentu termasuk mata pelajaran wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Selain mata pelajaran wajib, pelajar mempunyai pilihan untuk mengambil mata pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif ini boleh berbeza bergantung kepada minat dan kehendak pelajar. Keputusan SPM adalah kriteria utama untuk pelajar memohon masuk ke universiti atau institusi tinggi di Malaysia. Skor SPM membentuk sebahagian daripada syarat kelayakan masuk ke pelbagai program pengajian. SPM adalah satu penilaian besar yang mengukur tahap pencapaian akademik pelajar di peringkat menengah atas. Hasilnya,mencerminkan kebolehan dan pemahaman pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Mata pelajaran elektif yang dipilih oleh pelajar termasuk subjek seperti Sains Sukan, Seni Visual, Perdagangan dan lain-lain. Pilihan mata pelajaran elektif memberikan peluang kepada pelajar untuk menentukan kepakaran dan mengembangkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. SPM mengambil kira kebolehan dan bakat pelajar melalui pelbagai pilihan mata pelajaran elektif. Keputusan SPM sering digunakan oleh majikan sebagai satu daripada kriteria untuk menilai kelayakan untuk pekerjaan tertentu. Finland Finland terkenal dengan sistem pendidikan yang sangat baik dan holistik. Pelajar di Finland tidak perlu mengulangkaji pelajaran demi peperiksaan. Kurikulum sekolah mereka tiada sebarang ujian atau peperiksaan spesifik seperti di Malaysia. Malah, pelajar tahun akhir sekolah menengah tidak diwajibkan mengambil National Matriculation Exam. Tiada tekanan untuk mendapatkan gred terbaik atau skor tertinggi. Ini membolehkan para pelajar menerokai bakat dan kelebihan diri mereka tanpa perlu bergantung terhadap pencapaian akademik semata-mata.
7 Pelajar di Finland memasuki tahap pendidikan menengah setelah menamatkan sekolah menengah rendah sekitar umur 16 tahun. Terdapat dua jalur utama iaitu pendidikan menengah umum yang membawa kepada ujian matrikulasi dan pendidikan menengah profesional yang memberikan kemahiran praktikal untuk kehidupan seharian dan mempersiapkan pelajar untuk pasaran pekerjaan. Bagi mereka yang memilih pendidikan menengah umum yang membawa kepada ujian matrikulasi, terdapat ujian akhir kebangsaan. Ujian ini memerlukan pelajar untuk mengambil ujian mata pelajaran tertentu dan skor diterjemahkan dalam nilai matrikulasi yang dapat digunakan untuk memohon masuk ke universiti. Tujuan ujian ini untuk menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar selepas menyelesaikan pendidikan menengah umum. Hasil ujian matrikulasi digunakan sebagai kriteria pemilihan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau institusi tinggi yang lain. Pelajar dikehendaki mengambil ujian dalam beberapa mata pelajaran tertentu yang berkaitan dengan program pengajian yang mereka pilih untuk masuk ke universiti. Ujian matrikulasi di Finland boleh melibatkan soalan bertullis, amali atau ujian lain yang sesuai dengan tuntutan mata pelajaran. Mata pelajaran yang diambil bergantung kepada bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Contohnya, pelajar yang berminat dalam bidang sains mungkin akan mengambil ujian dalam matematik, kimia dan fizik. Ujian ini juga memfokuskan pada penilaian mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipilih. Amerika Syarikat Pendidikan di Amerika Syarikat telah disusun oleh American Common Core State Standards. Oleh itu, mereka telah bahagi kepada dua peringkat di sekolah menengah iaitu, junior high school dan senior high school. Sistem pendidikan di AMERIKA SYARIKAT mempunyai mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar. Contohnya, Sains (meliputi Biologi, Kimia, Fizik), Matematik, English, dan Physical Education seperti pendidikan jasmani di Malaysia. SATs (Scholastic Assessment Test) merupakan ujian Penilaian sekolah menengah. Ia adalah ujian standard yang biasanya diambil oleh pelajar sekolah menengah tingkat atas di Amerika Syarikat. Ujian ini direka untuk menilai kemampuan pelajar dalam bahasa inggeris dan matematik, dan skor SAT sering digunakan sebagai kriteria untuk masuk ke kolej dan universiti. Dalam matematik, terbahagi kepada 2 bahagian satu yang membenarkan penggunaan kalkulator dan satu yang tidak membenarkan penggunaan kalkulator. Soalan-
8 soalan yang diberikan berkaitan dengan topik seperti algebra, geometri, statistik dan kemahiran kritis matematik lain. Kemudian, bahagian bahasa Inggeris juga terdiri daripada 2 bahagian iaitu pertama tentang membaca yang menguji pemahaman bacaan dan satu bahagian penulisan yang melibatkan soalan tentang tata bahasa, penulisan dan kosa kata. Pelajar seringkali mengambil ujian SAT sebagai satu faktor yang diambil kira dalam proses permohonan masuk ke kolej atau universiti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi juga mungkin mempertimbangkan prestasi akademik, aktiviti kokurikulum dan elemen lain semasa menilai permohonan.
9 MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT Disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Disusun oleh Finnish National Board of Education Disusun oleh American Common Core State Standards Pendidikan Menengah Tingkatan 1 - 5 Berumur 13 - 17 tahun Pendidikan Menengah Berumur 18 -19 tahun Pendidikan Menengah (Secondary School) - Senior High School Gred 9 - 12 Berumur 14 - 18 tahun SPM National Matriculation Exam SATs (Scholastic Assessment Test) Wajib: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Wajib: Bahasa ibunda (Finnish, Swedish) Pilihan: Matematik Bahasa Kebangsaan kedua Bahasa Asing Kemanusiaan dan sains semula jadi SATs: Membaca Menulis dan Bahasa Matematik Jadual 1.0 : Perbezaan kurikulum di Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat.
10 3.0 PERSAMAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT 3.1 Sistem Pendidikan Khas yang Inklusif Malaysia “Sekolah Pendidikan Khas” di Malaysia merujuk kepada sekolah pendidikan khas yang memenuhi keperluan murid berkeperluan khas atau kurang upaya. Sekolah-sekolah ini direka bentuk untuk menyediakan pendidikan dan perkhidmatan sokongan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik pelajar yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan, seperti ketidakupayaan fizikal, ketidakupayaan pembelajaran, kecacatan deria dan ketidakupayaan intelek. Matlamat sekolah ini adalah untuk memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan inklusif dan berkualiti yang memenuhi keperluan individu mereka. Sekolah pendidikan khas di Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk kaedah pengajaran khusus, teknologi bantuan, dan terapi untuk membantu pelajar mengatasi cabaran dan mengembangkan potensi penuh mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan pendidikan khas di negara ini. Ia berfungsi untuk memastikan terdapat akses yang sama kepada pendidikan untuk semua pelajar, termasuk mereka yang berkeperluan khas. Finland • Sokongan umum (general support) Sokongan umum adalah hak semua murid di mana untuk pelajar yang berada di kategori khas akan diberi peluang untuk menjalani ujian seperti pelajar biasa. Sebagai contoh pelajar khas yang bakal menduduki peperiksaan akan dihadiri oleh ibu bapa untuk membincangkan adakah mereka perlu ditemani oleh guru pengiring semasa menjawab peperiksaan agar masalah ‘anxiety’ dapat dielakkan.
11 • Sokongan intensif (intensified support) Sokongan intensif adalah sokongan sepenuh masa untuk murid yang mempunyai keperluan khas kekal seperti dyslexia, asd, adhd dan lain-lain. Ia berlaku di dalam kelas biasa, dan adakalanya di dalam kelas atau sesi berasingan. Namun murid tetap berada di dalam kelas arus perdana • Sokongan khas (special support) Sokongan khas pula, adalah sokongan untuk murid yang tahap 'impairment' mereka tegar, maka mereka berada di kelas khas. Jumlah kelas ini mengecil di Finland kerana kejayaan intervensi awal itu tadi. Memposisikan murid berkeperluan khas di kelas arus perdana memang mencabar, dan guru-guru memang ada menyuarakan keletihan mereka mengendalikannya. Amerika Syarikat Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA) ialah undang-undang persekutuan di Amerika Syarikat yang mengawal perkhidmatan pendidikan khas yang diberikan kepada kanak-kanak kurang upaya. IDEA memastikan pelajar kurang upaya mendapat akses kepada pendidikan awam (FAPE) yang percuma dan sesuai yang disesuaikan dengan keperluan individu mereka. Undang-undang ini menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan dalam persekitaran yang paling tidak terhad, membenarkan pelajar kurang upaya belajar dan mengambil bahagian di sekolah bersama rakan sebaya mereka yang tidak cacat setakat yang mungkin. 3.2 Teknologi dalam Pendidikan Malaysia Di Malaysia, teknologi dalam pendidikan telah menjadi fokus penting dalam upaya meningkatkan kualiti pendidikan. Beberapa aspek utama teknologi dalam pendidikan Malaysia melibatkan: • Penggunaan Peralatan Elektronik Sekolah-sekolah di Malaysia semakin menggunakan teknologi dengan menyediakan peranti berteknologi seperti komputer, laptop, dan tablet di ruang kelas. Ini memungkinkan pelajar
12 untuk mengakses sumber digital dan melibatkan diri dalam pembelajaran interaktif. Kerajaan secara amnya telah mula menyedari hal ini sangat penting kerana mengikut peredaran zaman. Golongan yang tidak berkemampuan telah mendapat bantuan alatan ini secara percuma agar mereka juga dapat mengikuti peredaran zaman dengan sempurna kerana zaman kini banyak ilmu boleh didapati melalui alam maya dan juga kelas juga disampaikan melalui alam maya. • Platform Pembelajaran(E-Learning) Peningkatan penggunaan platform pembelajaran alam maya, baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi, memudahkan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran, tugas, dan ujian secara online. Platform ini juga menyokong pembelajaran jarak jauh dan banyak kelebihan yang boleh kita dapati seperti pelajar yang tidak sihat juga boleh belajar melalui kaedah ini. Finland Di Finland, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga menjadi aspek penting dalam mengembangkan dan meningkatkan sistem pendidikan. • Pembelajaran Online dan Digital Penggunaan platform pembelajaran online dan digital diintegrasikan ke dalam kurikulum. Pelajar dan guru dapat mengakses sumber pembelajaran secara atas talian untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. • Penggunaan Aplikasi Pendidikan Aplikasi pendidikan digunakan untuk menyokong pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Aplikasi ini dapat berupa alat pembelajaran interaktif, permainan pendidikan, atau platform pembelajaran online yang disesuaikan dengan keperluan pelajar. Amerika Syarikat Di Amerika Syarikat, teknologi telah menjadi komponen integral dalam sistem Pendidikan. • Sistem Pengurusan Pembelajaran Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) ialah perisian atau platform berasaskan web yang direka untuk mengurus, menyampaikan dan menjejaki aktiviti pembelajaran dalam persekitaran pendidikan.
13 • Big Data dan Analisis Pendidikan Pengumpulan dan analisis data dalam pendidikan telah menjadi lebih umum. Guru dan pentadbir akan menggunakan data untuk mengidentifikasi graf, memahami kemajuan pelajar, dan mengembangkan strategi pengajaran yang lebih efektif. 3.3 Kepentingan Pendidikan Awal Malaysia Pendidikan awal di Malaysia dianggap sangat penting dan memiliki berbagai keuntungan untuk perkembangan para pelajar. • Persiapan untuk Pendidikan Rendah Pendidikan awal memberikan pendedahan yang sempurna untuk pendidikan selanjutnya. Pelajar yang menjalani pendidikan awal dengan baik cenderung lebih bersedia untuk memasuki tingkat pendidikan formal yang lebih tinggi. • Pendidikan untuk Semua Pendidikan awal di Malaysia berusaha untuk mencapai prinsip "Pendidikan untuk Semua," memberikan akses pendidikan yang setara bagi semua pelajar, tanpa memandang latar belakang atau ekonomi Finland Pendidikan awal di Finland, atau yang dikenal sebagai "Varhaiskasvatus," memainkan peran penting dalam sistem pendidikan negara ini. • Pendekatan Holistik Pendidikan awal di Finlandia memiliki pendekatan holistik yang memperhatikan semua aspek perkembangan pelajar, termasuk fizikal, sosial, emosi, dan kognitif. • Kelas Campuran Pelajar-pelajar di kelas pendidikan awal Finland sering kali berada di kelas campuran, yang bererti mereka berasal dari berbagai latar belakang dan tahap kecekapan. Hal ini menciptakan lingkungan inklusif dan merangsang kerjasama antara mereka.
14 Amerika Syarikat Pendidikan awal di Amerika Syarikat melibatkan berbagai jenis program dan pendekatan yang ditujukan untuk para pelajar sebelum mereka memasuki sistem pendidikan formal. • Fokus pada Pembelajaran Melalui Bermain Banyak program pendidikan awal di Amerika Syarikat menekankan pembelajaran melalui bermain. Pelajar diberikan kesempatan untuk bereksplorasi, berekreasi, dan membangun keterampilan sosial, kognitif, dan kawalan motor melalui aktiviti bermain. • Pendekatan Pembelajaran Individual Program pendidikan awal di Amerika Syarikat cenderung mengakui perbezaan individual dalam perkembangan pelajar. Guru berusaha memberikan dorongan sesuai dengan keperluan anak untuk memastikan setiap anak dapat berkembang secara optimal.
15 CIRI-CIRI MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT Sistem Pendidikan Khas yang Inklusif Pendidikan Khas - Sokongan umum (general support) - Sokongan intensif (intensified support) - Sokongan khas (special support) Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) Teknologi dalam Pendidikan - Penggunaan Peralatan Elektronik - Platform Pembelajaran (E-Learning) - Pembelajaran Online dan Digital: - Penggunaan Aplikasi Pendidikan - Sistem Pengurusan Pembelajaran Big Data dan Analisis Pendidikan Kepentingan Pendidikan Awal - Persiapan untuk Pendidikan Rendah - Pendidikan untuk Semua - Pendekatan Holistik - Kelas Campuran - Fokus pada Pembelajaran Melalui Bermain - Pendekatan Pembelajaran Individual Jadual 2.0 : Persamaan kurikulum di Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat.
16 4.0 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN Malaysia (Sijil Pelajaran Malaysia) • SPM sebagai tanda aras pendidikan SPM ialah peperiksaan formal yang dilaksanakan dihujung tingkatan lima yang menjadi penanda aras pencapaian pendidikan di peringkat sekolah menengah. Ia menilai pengetahuan secara teori dan kemahiran pelajar dalam pelbagai mata pelajaran, menyediakan penilaian standard dan sama untuk seluruh negara untuk menilai prestasi akademik. • Kelayakkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya Keputusan SPM diambil kira untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti, sama ada universiti swasta, kerjaan , di dalam dan di luar negara. Keputusan SPM menentukan seseorang berkelayakkan layak atau tidak ke bidang-bidang tertentu. Dengan keputusan yang baik, ia akan membuka banyak kebarangkalian kepada pelajar untuk mendapat jurusan yang lebih sukar dan professional sebagai contoh doktor dan peguam. • Peluang kerjaya SPM adalah kelayakan yang diiktiraf oleh majikan, dan keputusan sering digunakan sebagai ciri-ciri untuk penempatan pekerjaan. Keputusan SPM yang baik boleh meningkatkan peluang kerjaya. Sebagai contoh individu yang mempunyai keputusan yang cemerlang akan diberikan keutamaan untuk menjawat jawatan awam dengan lebih mudah berbanding individu yang mendapat keputusan yang lemah. Selain itu, bidang yang diambil oleh pelajar dalam SPM adalah salah satu faktor pelajar akan diambil dalam sektor pekerjaan. • Pilihan pengkhususan SPM membolehkan pelajar memilih pengkhususan dalam bidang tertentu dengan memilih mata pelajaran elektif sebagai contoh pengkhususan sains tulen perlu memilih sibjek biologi, kimia dan fizik. Pengkhususan ini boleh membantu pelajar menyelaraskan pendidikan mereka dengan minat dan matlamat kerjaya mereka. Individu yang berminat untuk menjadi seorang doktor perubatan perlu memilih pengkhususan sains tulen kerana kedua perkara adalah selari dengan keperluan bidang tersebut.
17 • Pengiktirafan negara SPM ialah sijil yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan diakui oleh kerajaan malaysia, menyediakan ukuran standard pencapaian pendidikan. Pengiktirafan ini memudahkan perbandingan pelajar dari sekolah seluruh malaysia. • Mengalakan Perkembangan individu Proses persediaan dan peperiksaan untuk SPM menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran belajar, pengurusan masa, dan disiplin. Kemahiran ini bernilai bukan sahaja untuk kejayaan akademik tetapi juga untuk pembangunan peribadi dan profesional. Di samping itu, kemahiran ini dapat di dapat di dalam pekerjaan kelak dan semasa di peringkat pengajian tinggi. • Persediaan untuk pengajian yang lebih tinggi SPM direka untuk menilai kesediaan pelajar untuk pendidikan tinggi. Ia merangkumi pelbagai mata pelajaran, membantu pelajar memperoleh asas pengetahuan yang luas yang boleh memberi manfaat dalam meneruskan pengajian lanjutan. • Penilaian holistik SPM merangkumi komponen bertulis dan praktikal, menawarkan penilaian holistik kebolehan pelajar. Ini boleh menjadi penting terutamanya dalam bidang yang memerlukan kemahiran praktikal, seperti sains dan mata pelajaran teknikal. • Pencapaian peribadi Berjaya menamatkan SPM dan mencapai keputusan yang cemerlang boleh meningkatkan keyakinan pelajar dan memberikan pencapain peribadi individu kerana semua individu yang berpendidikan melalui proses ini. Pengalaman positif ini boleh menyumbang kepada perkembangan peribadi mereka secara keseluruhan, sebagai contoh individu yang mendapatkan keputusan yang cemerlang akan lebih yakin untuk membuat keputusan dan kerja yang lain.
18 Finland (National Matriculation Exam) • Pendidikan yang percuma Pendidikan menengah atas adalah percuma untuk semua pelajar di Finland, dan kerajaan menyediakan sokongan menyeluruh untuk pelajar, termasuk makanan dan pengangkutan percuma. Ini banyak pengurangkan beban ibubapa kerana sesetengah ibubapa tidak mampu menyara pendidikan disebabkan kos yang tinggi seperti uniform sekolah, kokurikulum dan kos-kos tersembunyi. • Pendidikan yang kualiti tinggi Finland mempunyai kadar tamat pengajian sekolah menengah tertinggi di dunia dan terkenal dengan peluang yang sama, fokus pada kesejahteraan pelajar dan pendekatan pembelajaran yang inovatif. Pendidikan di finlanfd juga diakui oleh dunia luar dan antarabangsa. • Saiz kelas yang kecil Sekolah Finland mempunyai saiz kelas yang kecil, membolehkan perhatian individu kepada pengajaran guru di dalam kelas kerana kurang gangguan dari rakan sekelas. Memupuk persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemikiran kritis dan kerjasama. Di samping itu, guru juga lebih fokus kepada setiap pelajar dan mengatur teknik pembelajaran dan pengajaran yang baik. • Guru yang mempunyai kepakaran tinggi Guru Finland berpendidikan tinggi, menyumbang kepada kejayaan sistem pendidikan dan latihan vokasional. Guru yang berpendidikan tinggi mengetahui teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pelajarnya keran setiap pelajar mempunyai cara pendekatan yang berlainan untuk berlajar. • Pendidikan dan Latihan vokasional Pendidikan vokasional merupakan bahagian penting dalam pendidikan menengah atas di Finland, dengan 68% daripada semua pelajar menengah atas mendaftar dalam program VET. Pendidikan vokasional amat membantu pelajar-pelajar untuk mampu bertahan hidup serta membuat pendapatan lebihan dengan menjual kemahiran tersebut kepada orang yang memerlukan. Kemahiran ini juga akan membantu pelajar untuk melaksanakan aktiviti harian dengan lebih mudah.
19 • Pengiktirafan antarabangsa Finland telah dipanggil negara terbaik untuk pendidikan tinggi selama bertahun-tahun, dan ijazah dari universiti Finland. Pengiktirafan seperti ini akan membantu graduan dari pendidikan ini untuk mencari kerjaya dan menyambung pengajian yang lebih tinggi. Di samping ia mampu menaruh persepsi yang tinggi kepada orang ramai jika mempunyai pendidikan ini. Amerika Syarikat (SATs - Scholastic Assessment Test) • Kriteria dan syarat kemasukan universiti Kebanyakkan tempat pengajian tinggi di Amerika Syarikat melihat SATs sebagai satu bahan ukur untuk menerima pelajar. Keputusan yang cemerlang memungkinkan mereka diterima secara mudah di mana-mana institut-institut pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Tambahan pula, keputusan yang amat cemerlang melayakkan mereka diterima masuk dalam jurusan profesional seperti doktor. • Perbandingan pendidikan yang memenuhi standard dan piawaian Dengan kehadiran peperiksaan ini, ia memudahkan pihak pengajian tinggi untuk mengasingkan pelajar yang layak dan tidak layak untuk memasuki institut mereka. Selain itu, pelajar akan lebih berusaha keras untuk berusaha dengan lebih gigih demi mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan ini. • Keadilan dalam peperiksaan dan peperiksaan yang objektif dengan keperluan Peperiksaan SAT dicipta untuk menjadi suatu alat ukuran yang adil dan objektif bagi menentukan dan menyediakan pelajar yang berkelayakkan untuk memasuki pengajian tinggi. Ia bertujuan untuk menilai kemahiran asas dalam membaca, menulis, dan mengira. Peperiksaan ini bersifat neutral kerana peperiksaan ini menyediakan keadaan peperiksaan yang tidak dipengaruhi oleh faktor luar yang mempengaruhi peperiksaan seperti kualiti sekolah menengah yang pelajar pelajari atau latar belakang sosioekonomi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan.
20 • Peperiksaan yang memastikan pelajar bersedia untuk memasuki alam universiti Kehadiran peperiksaan SATs ini memastikan pelajar bersedia untuk memasuki alam pengajian tinggi. Selain itu peperiksaan ini dijalankan kerana untuk melihat keberkesanan pelajar dan mencerminkan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan di alam pengajian tinggi. • Biasiswa pelajar yang berdasarkan merit peperiksaan Sesetengah institut pengajian tinggi menggunakan markah peperiksaan SAT sebagai kriteria atau penanda aras untuk memberikan biasiswa berasaskan merit kepada pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan yang cemerlang. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di dalam SAT boleh membuka peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan atau bonus dari segi kewangan kepada pelajar. • Konsisten SAT direka dan diuruskan secara konsisten kerana sesi dan lokasi peperiksaan yang dijalankan pada waktu berbeza mengikut kawasan-kawasan sekolah. Konsistensi ini membolehkan ia dipercayai dari semua pihak termasuklah pihak kerajaan Amarika Syarikat. Di samping itu, jumlah kekerapan untuk meniru dan kemungkinan untuk meniru di dalam peperiksaan adalah rendah kerana sistem peperiksaan adalah tulus dan mengalakkan ketulusan dalam peperiksaan yang dijalankan. Sistem ini dikuatkan dengan peraturan-peraturan yang ketat semasa peperiksaan dijalankan.
21 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA (SPM) FINLAND (National Matriculation Exam)] SATs (Scholastic Assessment Test) Penanda aras pendidikan Pendidikan yang percuma Kriteria dan syarat kemasukan universiti Kelayakkan untuk menyambung pelajaran Pendidikan yang kualiti tinggi Perbandingan pendidikan yang memenuhi standard dan piawaian Peluang kerjaya Saiz kelas yang kecil Keadilan dalam peperiksaan dan peperiksaan yang objektif dengan keperluan Pilihan pengkhususan Guru yang mempunyai kepakaran tinggi Peperiksaan yang memastikan pelajar bersedia untuk memasuki alam universiti Pengiktirafan negara Pendidikan dan Latihan vokasional Biasiswa pelajar yang berdasarkan merit peperiksaan Perkembangan individu Pandangan positif terhadap pelajaran Konsisten Persediaan untuk pengajian yang lebih tinggi Pengiktirafan antarabangsa - Penilaian holistik - - Pencapaian peribadi - - Jadual 3.0 : Kekuatan Sistem Pendidikan
22 5.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN Malaysia • Berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik Fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Sehingga kebanyakan proses pengajaran yang berlaku di kelas lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai seperti yang dituntut oleh kurikulum mata Pelajaran tersebut. Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini amat diambil berat dan mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpuan semata-mata dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam sistem pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistemyang terlalu mementingkan peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri. • Sistem persekolahan vernakular Telah di jelas dalam pernyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang telah mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau lebih dikenali sebagai persekolahan vernakular. Sistem pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan semasa masyarakat. Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem persekolahan yang masih mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Banyak isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan sistem persekolahan ini. Namun selepas segala perbincangan dan perdebatan yang dibuat keputusan hanya berakhir dengan tiada jalan penyelesaian bagi mengubah sistem itu kepada sistem yang lebih baik. Isuisu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat
23 yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh politik tanah air telah menyekat sebarang keputusan yang telah dibuat sehinggakan keputusan yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. • Kualiti Guru dan Latihan Kebimbangan telah dibangkitkan mengenai kualiti dan latihan guru. Meningkatkan program latihan guru dan peluang pembangunan profesional adalah penting untuk memastikan bahawa pendidik dilengkapi dengan baik untuk menyampaikan pelajaran yang berkesan dan menarik. • Kekurangan Peluang Latihan Vokasional Penekanan kepada kelayakan akademik kadang-kadang mengatasi pendidikan vokasional dan teknikal. Menyediakan lebih banyak peluang untuk latihan vokasional dan pembangunan kemahiran mampu memenuhi pelbagai keperluan dan kepentingan pelajar. • Kaedah Penghafalan Sistem pendidikan di Malaysia telah dikritik kerana menggalakkan kaedah penghafalan berbanding pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. Pendekatan tradisional pembelajaran ini boleh mengehadkan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi dunia sebenar. Finland • Pengkhususan Terhad Sistem pendidikan Finland memberi tumpuan kepada kurikulum yang luas dan komprehensif, serta menyediakan pendidikan yang meluas. Walau bagaimanapun, ini boleh dianggap kelemahan bagi pelajar yang ingin mengkhususkan diri awal dalam bidang atau subjek tertentu. Sistem lain seperti di beberapa negara Asia, menawarkan laluan yang lebih khusus dalam pendidikan menengah. • Sempadan Bahasa Walaupun Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah Finland, sesetengah kritikan berpendapat bahawa terdapat lebih banyak penekanan kepada kemahiran bahasa yang
24 lebih praktikal dan diaplikasikan di dunia sebenar. Ia amat relevan dalam konteks global di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa. • Integrasi Teknologi Sistem pendidikan Finland sering dipuji kerana penekanan kepada kualiti guru dan kesejahteraan pelajar, tetapi sesetengah kritikan mencadangkan bahawa mungkin terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam hal mengintegrasikan teknologi moden ke dalam kurikulum. Dalam lanskap teknologi yang berkembang pesat, ia akan memastikan pelajar mempunyai kemahiran digital yang baik adalah penting. • Kepelbagaian dan Inklusif Kritikan berpendapat bahawa sistem pendidikan Finland mungkin tidak memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Walaupun sistem ini direka untuk menjadi inklusif, mungkin terdapat cabaran dalam memenuhi keperluan individu pelajar dengan gaya pembelajaran yang berbeza, keupayaan, atau latar belakang. • Beban Kerja Guru dan Sumber Walaupun penghargaan yang tinggi diberikan kepada guru di Finland, terdapat kebimbangan mengenai beban kerja dan sumber yang tersedia. Guru mungkin menghadapi cabaran dalam menangani keperluan pelbagai pelajar, terutamanya dalam bilik darjah dengan pelbagai keupayaan dan latar belakang. Amerika Syarikat • Kekurangan Konsistensi Amerika Syarikat tidak mempunyai kurikulum kebangsaan yang mengakibatkan kurangnya kesesuaian di seluruh negeri dan daerah sekolah. Ini boleh membawa kepada perubahan dalam kualiti dan kandungan pendidikan, menjadikannya mencabar bagi pelajar yang berpindah antara rantau. • Pengkhususan Awal Sistem Pendidikan Amerika Syarikat menggalakkan pengkhususan yang lebih awal kepada elajar. Beberapa hujah mengatakan bahawa perkara ini akan mengehadkan pendedahan pelajar
25 kepada pelbagai subjek, yang berpotensi menghalang keupayaan mereka untuk membuat keputusan yang tepat mengenai kerjaya masa depan mereka • Kadar Keciciran yang Tinggi Kadar keciciran di beberapa daerah di Amerika Syarikat kekal menjadi kekhawatiran. Pelajarpelajar, terutamanya mereka yang daripada latar belakang yang kurang baik, mungkin menghadapi cabaran yang menyumbang kepada ketidakhadiran sekolah menengah, membatasi peluang masa depan mereka. • Penekanan Terhad kepada Kemahiran Praktikal Para pengkritik mencadangkan bahawa sistem pendidikan Amerika Syarikat boleh memberi tumpuan yang lebih kepada kemahiran dunia sebenar yang diperlukan pelajar dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan mereka. Ini termasuk kemahiran seperti pengurusan kewangan, pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah. • Rekrutmen dan Retensi Guru Amerika Syarikat menghadapi cabaran dalam merekrut dan mengekalkan guru berkualiti tinggi, terutamanya di kawasan yang kurang berpendapatan. Isu-isu seperti gaji rendah, syaratsyarat kerja yang mencabar, dan peluang pengembangan profesional yang terhad boleh menyumbang kepada kekurangan guru.
26 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT Berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik. Pengkhususan Terhad Kekurangan Konsistensi Sistem Persekolahan Vernakular Sempadan Bahasa Pengkhususan Awal Kualiti Guru dan Latihan Integrasi Teknologi Kadar Keciciran yang Tinggi Kekurangan Peluang Latihan Vokasional Kepelbagaian dan Inklusif Penekanan Terhad kepada Kemahiran Praktikal Kaedah Penghafalan Beban Kerja Guru dan Sumber Rekrutmen dan Retensi Guru Jadual 4.0 : Kelemahan Sistem Pendidikan
27 6.0 KESIMPULAN Kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuan yang seimbang, keupayaan untuk memajukan negara adalah sukar dan akan menjejaskan juga segala rancangan dan kemajuan yang telah dirancang. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya pendidikan dalam membangunkan sesebuah negara. Bangsa yang tidak berilmu akan ketinggalan, melalui pendidikan juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti boleh menjadi tenaga kerja dalam membangunkan negara. Negara yang mempunyai rakyat yang mempunyai ilmu akan maju dari segala aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Melalui pendidikan ilmu dapat dipelajari dan ilmu dapat digunakan untuk pembangunan negara. Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara. Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan dapat mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan corak hidup dapat diubah daripada miskin ke lebih senang. Orang yang berlatarkan pendidikan yang tinggi mereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka. Peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh mereka secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara iaitu meningkatkan pendapatan negara. Berdasarkan huraian-huraian tersebut, jelaslah bahawa sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam Pembangunan sesebuah negara. Tanpa sistem pendidikan yang mantap sesebuah negara itu dianggap jauh ketinggalan daripada arus pemodenan.
28 7.0 RUJUKAN 10 reasons why Finland’s education system is the best in the world. World Economic Forum. (n.d.). https://www.weforum.org/agenda/2018/09/10-reasons-why-finlands-educationsystem-is-the-best-in-the-world/ Bakar, D. S. A. (n.d.). Kepentingan SPM Dan Peningkatan. Dr Shafie Abu Bakar. https://drshafie.blogspot.com/2020/07/kepentingan-spm-dan-peningkatan.html Chander, S. (2023b, August 19). Five pros and cons of sats. Private Tuition Specialists. https://www.privatetuitionspecialists.com/pros-and-cons-ofsats/#:~:text=The%20SATs%20exams%2C%20are%20important,they%20may%20ne ed%20extra%20support. Garg, S. (2023, July 4). The Digital Sat and its advantages. College Core Education. https://collegecore.com/the-digital-sat-and-its-advantages.html Halatuju Pendidikan Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Info UPU. (2021, June 21). https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/ Kiddy123.com. (n.d.). IGCSE VS SPM: What are the main differences. Kiddy123.com | Malaysia Early Childhood Directory. https://www.kiddy123.com/article/igcse-vs-spmwhat-are-the-main-differences.html Leontjev, D. (2022). Finnish Matriculation Examination, National Curriculum, and teachers’ attitudes, perspectives, and practices: When the two assessment cultures meet. AFinLA: n vuosikirja. Pont, B., Yee, H. J., Albiser, E., Zapata, J., & Fraccola, S. (2013). Education Policy Outlook: Finland. OECD Publishing. Standardized tests: Finland’s education system vs. the U.S. Big Think. (2022, April 19). https://bigthink.com/the-present/standardized-testing/ Wikimedia Foundation. (2023, July 28). Matriculation exam (Finland). Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Matriculation_exam_(Finland)