The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Beige and Grey Vintage Illustrative Archeology History Report Project Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Haziqah, 2023-10-07 14:00:48

S

Beige and Grey Vintage Illustrative Archeology History Report Project Presentation

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI NURIN HAZIQAH


ISI KANDUNGAN PENGENALAN 01 02 03 04 05 06 07 08 TULISAN PALLAVA TULISAN KAWI TULISAN JAWI TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU SISTEM EJAAN ZA’BA PEDOMAN EJAAN RUMI DALAM BAHASA MELAYU SEBAB TULISAN JAWI SEMAKIN PUPUS


PENGENALAN Menurut kamus Dewan Edisi Keempat,tulisan jawi didefinisikan sebagai huruf-huruf arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa melayu Huruf jawi pula ditakrifkan sebagai huruf tambahan yang digunakan dalam penulisan bahasa melayu. tulisan jawi ini terhad penggunaannya kerana hanya digunakan dalam hal ehwal agama dan kebudayaan.


Tulisan Pallava ialah satu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari selatan India.Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau dpanggil “tulisan bulat” yang diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama masyarakat India. Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan lama orang tamil yang datang dari bahagian Selatan India.Termasuk dalam era tulisan melayu lama,Pallava yang berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu menyebabkan kesukaran apabila tibanya era kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu. Di kepulauan melayu,tulisan pallava ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan tersebut.Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. TULISAN PALLAVA


Tulisan ini juga merupakan tulisan kuno yang digunakan untuk menulis bahasa tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem tulisan brahmi.Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa Tamil dan juga proto-Malayalam dan Malayalam. Rekod ukiran dalam bahasa tamil adalah antara 300 sebelum masihi hingga 1800 dan telah melalui beberapa perubahan ketika itu.Tamil Grantha merupakan satu huruf yang huruf tambahan dicipta untuk perkataan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan pada ketika itu.Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad penggunaannya di kalangan golongan istana sahaja diseebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang dalam membaca dan menulis. TULISAN PALLAVA


Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Bukti penggunaan tulisan pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan) /prasasti di daerah Muara Kaman,pertemuan antara Sungai Mahahakam dan Kedang kepala,sekitar 125 km atau 2 jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong,ibu kota kabupaten kutai kartanegara. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.Yupa tersebut berasal dari tahun 400 yang merupakan tinggalan pemerintahan Hindu. TULISAN PALLAVA


Secara ringkasnya,sistem tulisan pallava jauh lebih kompleks berbanding tulisan rumi yang digunapakai pada masa kini. Beberapa buah batu bersurat yang ditemui memamparkan tulisan pallava ini.Batu bersurat tersebut adalah batu bersurat kedukan Bukit pada tahun (683 M), batu bersurat Talang Tuwo pada (684 M) di Palembang, batu bersurat Kota Kapur pada (686M) dan batu bersurat Karang Brahi pada (692 M) di Hulu Jambi,Indonesia. TULISAN PALLAVA


Tulisan Kawi juga dinamakan tulisan jawa kuno iaitu sistem tulisan terawal di kepulauan melayu.Ia telah wujud dalam kurun ke 8 Masihi. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang jawa ketika itu.Selepas itu,tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi diasaskan oleh orang jawa,maka tulisan ini turut dikenali dengan nama tulisan lama jawa. TULISAN KAWI


Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orangorang Pallava yang berasal dari Coromandel,India.Huruf kawi ini lenyap pada 1400 Masihi. Terdapat dua artifak lama yang ditemui memaparkan tulisan kawi iaitu batu bersurat yang dijumpai di daerah Tanapuli,Sumatera,ia dikenali sebagai batu bersurat Joreng (1179 M) dan juga batu bersurat di Padang Lawas (1213 M).Maka itulah tulisan melayu lama yang digunakan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu.Sistem tulisan ini berubah mengikut peredaran zaman yang berlaku sehingga tulisan jawi dan rumi ditemui. Dengan menggunakan huruf-huruf kawi,Pallava dan Rencong,orang-orang melayu kuno menulisnya di atas-atas kulit kayu,daun-daun lontar,kepingan logam dan pada batu-batu bersurat. TULISAN KAWI


Huruf-huruf arab atau sekarang kini dikenali sebagai tulisan jjawi diperkenalkan kepada penduduk nusantara pada zaman itu.Tulisan jawi digunakan secara meluas di seluruh pelosok tanah melayu pada abad yang ke 11 hingga 14.Sesiapa yang celik huruf pada ketika itu merupakan antara golongan yang dikategorikan sebagai celik jawi. TULISAN JAWI Tulisan jawi mula berkembang di tanah melayu pada abad ke 10 sejak kedatangan agama islam melalui kegiatan perdagangan orang Arab yang melalukan perniagaan di kepulauan Melayu. Orang Arab juga turut menyebarkan dakwah islam pada ketika itu.Impaknya,penyebaran dakwah islam menggunakan huruf-huruf arab sebagai cara untuk berkomunikasi di tanah melayu (Hamdan Abd Rahman 1999)


Menurut sejarah Bahasa Melayu perkataan “Jawi” berasal daripada bahasa arab iaitu “Jawah”. Selepas itu,orang melayu menyelaraskan perkataan arab itu agar sesuai digunakan dalam bahasa melayu.(Kang Yong Seock,1990) Perkataan jawi diadaptasikan oleh bahasa melayu daripada tulisan arab. Selepas itu,dibuat beberapa penyelesaian dan penambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi tulisan yang terbaik sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam bahasa arab,perkataan jawah atau jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah selutuh rumpun bangsa melayu,Patani,Aceh,Jawa,Minangkabau dan lain-lain.(Mohd Alwee Yusoff,2005) TULISAN JAWI


Para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran pada hujung nama mereka walaupun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan tamsilnya Sheikh Abdul Rauf alFansuri al-Jawi,Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi dan lain-lain.(Ismail Hussein,1981) Selain itu, orang vietnam pula memberi gelaran orang di kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa. Istilah tulisan jawi hanya dikenali di negara Malaysia,Singapura,Thailand Selatan Dan Brunei Darussalam serta di Sri Lanka (bagi rumpun melayu).Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”. Tulisan jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga digunakan oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain.Antaranya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis dan lain-lain. (Lutfi Abas et. al, 1979). Tulisan jawa pula yang menggunakan huruf arab dikenali dengan nama tulisan Pegon,yang kini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pondok pengajian agama di Jawa. TULISAN JAWI


Ahli sejarah menamakan Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman dahulu sebagai Bahasa Melayu Kuno dan perkembangan bahasa itulah yang mewujudkan bahasa Melayu. Tulisan kuno ini,yang dipercayai seakan-akan tulisan rencong seperti yang terdapat di sumatera dan tulisan kawi yang terdapat di Jawa,dikatakan berasal daripada tulisan Kampuchea purba.Tulisan itu tidak dapat kita warisi kerana bahan yang dijadikan kertas pada zaman itu tidak bertahan lama dan orang-orang dahulu kurang berminat untuk menyimpannya. Kewujudan huruf dan sistem tulisan bahasa melayu pada zaman awal pertumbuhannya itu,sekadar anggapan ahli sejarah dan dapat dirumuskan bahawa bahasa melayu bukan bahasa yang penting tetapi hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan melayu sahaja. TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU


Perkembangan bahasa melayu kuno dapat dianggap bermula pada abad ketujuh masihi (Hashim Hj Musa,1997). Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini.Batu bersurat yang pertama,dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang,bertarikh 683 Masihi, batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo,Palembang bertarikh 684 Masihi,batu bersurat yang ketiga pula dijumpai di Karang Brahi,Jambi bertarikh 686 Masihi dan batu bersurat yang terakhir ditemukan di Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masihi juga. Kesemua batu bersurat itu ditulis dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India.(Hashim Hj Musa, 1992). Bahasa yang terdapat pada batubatu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa melayu kini. TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU


Sebuah batu bersurat lagi dijumpai di Gandasuli,Jawa Tengah.Batu bersurat itu ditulis dengan huruf Nagiri.Huruf ini berasal dari utara India dan mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha.Batu bersurat itu dianggap sebagai penyata “betapa jauhnya pengaruh bahasa melayu ketika itu,sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa,satu tempat yang bahasa daerahnya amat berlainan sama sekali”. Batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa melayu kuno menggunakan tulisan yang dibawa dari india.Batu bersurat bertarikh 1356 Masihi yang ditemukan di Pagar Ruyong dan Batu Bersurat (nisan) bertarikh 1380 Masihi di Minye Tujuh,Aceh,menunjukkan bahawa tulisan itu mungkin digunakan hingga abad ke 14. Penemuan bahan sejarah ini menjelaskan tentang kedudukan bahasa melayu serta tulisannya sebelum kemunculan tulisan jawi. TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU


Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa Melayu.Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masihi di sungai Teresat,kirakira 32 kilometer dari muara sungai Terengganu. Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara.Batu bersurat itu bertarikh Jumaat,4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi. Inti batu bersurat itu bertulis pengumuman sepuluh fasal “ syarat undang-undang ”. Pengumuman ini dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama islam dan ajaran Rasulullah SAW. TULISAN JAWI DALAM SEJARAH BAHASA MELAYU


CONTOH PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM SEJARAH MELAYU PRASASTI ATAU BATU BERSURAT MATA WANG SURAT KIRIMAN ANTARA RAJA KITAB DAN BUKU telah ditemui di sungai Teresat,Kuala Berang,Hulu Terengganu terutama wang emas dan perak.Pada mata wang ini diukir nama raja melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur Shah dan lain-lain. bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris dengan rajaraja lain. paling banyak menggunakan bahasa jawi sama ada dalam bentuk manuskrip (tulisan tangan) atau cap batu.


SISTEM EJAAN ZA’BA


SISTEM EJAAN ZA’BA Sistem ejaan Wilkinson adalah perancangan ejaan yang pertama di tanah melayu.Sistem ini juga telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di negeri-negeri Bersekutu iaitu di negeri Selangor,Perak,Pahang dan negeri sembilan pada tahun 1902 dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa Ejaan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai tinggi seperti En.H.Conway Belfield(Perak), En.D.G.Campbell (Selangor) dan En.R.J.Wiliknson (Nazir sekolahsekolah Melayu negeri-negeri melayu bersekutu) selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan.


SISTEM EJAAN ZA’BA Tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan membentuksebuah sistem ejaan rumi.Sistem Ejaan Wilkinson ini juga bertujuan untuk memperkemaskan ejaan-ejaan sebelumnya. Za ’ba telah menyusun sistem ejaan rumi bahasa melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu-Jawi Rumi 1949.Sistem ejaan Za ’ba adalah sistem yang menggantikan sistem wilkinson yang dipakai sebelum ini namun terdapat beberapa kelemahan.Maka,sistem ejaan rumi Za ’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan rumi dalam bahasa melayu.


SISTEM EJAAN ZA’BA Antara pembaharuan dalam ejaan za ’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad iaitu a,e,i,o dan u.Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.


PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah sistem ejaan rumi baharu bahasa malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.Sistem ini merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967. Dalam sistem ejaan rumi,ada lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku.Huruf-hurff tersebut ialah a,e,i,o dan u


Mengapakah Tulisan Jawi semakin pupus? Penggunaan tulisan jawi dalam kalangan kaum melayu pada masa kini begitu rendah dan seolah-olah dilupakan.Meskipun pembelajran tulisan jawi diteruskan di peringkat sekolah,namun ia tidak digunakan secara menyeluruh untuk sebarang urusan di negara ini.Menurut pakar pendidikan Dr.Anuar Ahmad dalam satu hantaran di Facebook,tulisan jawi adalah tulisan rasmi bahasa melayu dan digunakan dalam semua urusan rasmi negara sejak ratusan tahun yang lalu.


Mengapakah Tulisan Jawi semakin pupus? kesilapan para pemimpin Dianggap menggugat pegangan agama seseorang Hal ini kerana pemimpin pendidikan dengan persetujuan jemaah kabinet mengambil keputusan untuk memansuhkan tulisan jawi di dalam sistem pendidikan negara.Impaknya tulisan jawi dipinggirkan dari sistem pendidikan negara Tulisan jawi tidak menggugat pegangan agama orang bukan islam kerana tulisan jawi adalah khazanah Malaysia dan ia digunakan sejak kurun abad lagi.


Mengapakah Tulisan Jawi semakin pupus? Saingan tulisan rumi Hal ini kerana selepas penjajahan British pada abad ke 16 tulisan jawi mula mendapatkan saingan daripada tulisan rumi.Tulisan rumi mula diperkenalkan dalam pelbagai urusan pentadbiran dan pendidikan secara meluas bagi menggantikan tulisan jawi.Impaknya tulisan jawi semakin dipiggirkan dan menganggap bahawa ia boleh digunakan dalam urusan agama sahaja.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version