The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU24711 – ASKAR WARTANIAH 2_Folio Ilmu Medan Perang_20F2016,21F202029,21F2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsnursyafiqa, 2022-11-30 00:20:23

MPU24711 – ASKAR WARTANIAH 2_Folio Ilmu Medan Perang_20F2016,21F202029,21F2009

MPU24711 – ASKAR WARTANIAH 2_Folio Ilmu Medan Perang_20F2016,21F202029,21F2009

MPU24711 – ASKAR WARTANIAH 2
TAJUK:

FOLIO ILMU MEDAN PERANG

NAMA & NO. MATRIK :
1. NURSHAFIQA BINTI SANIDON - 18DAT20F2016.
2. NUR QURAISYA BINTI MOHD ZAMREE - 18DPM21F2029.
3. NUR LIYANA HUDA BINTI SHAMSHIR - 18DPM21F2009

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1. Pengenalan. 3
2. Pakaian Dan Peralatan Perseorangan. 4
3. Penyamaran Dan Penyembunyian. 7
4. Isyarat Senyap Medan. 8
5. Mengagak Jarak Dan Menunjuk Sasaran. 10
6. Perintah Kawalan Tembakan. 13
7. Kad Jarak 15
8. Pemerhatian Waktu Malam 16
9. Tugas Sentri 17

1. PENGENALAN IMP

Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan
yang diperlukan oleh seseorang soldadu (askar/serdadu/parajurit/anzac) di
medan pertempuran. IMP berkait rapat dengan latihan senjata. Seseorang
soldadu yang telah menguasai pelajaran senjata dan mahir dengan IMP
boleh dikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini
wajib diajar kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan
baik dan penuh semangat untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu
pertempuran ataupun operasi.

2. PAKAIAN & PERALATAN
PERSEORANGAN

1. KELENGKAPAN PADA TUBUH

i. Topi Hutan ii. Baju Celoreng iii. Seluar celoreng

iv. Spike Boot v. Disc Pengenalan
Diri

2. PAKAIAN & PERALATAN
PERSEORANGAN

2. KELENGKAPAN PADA PINGGANG

b. Kelopak & Peluru

c. Field Dressing

a. Pouches kiri
dan kanan

d. Parang Tajam e. Alat pencuci f. Rangsum
dan minyak Kecemasan
senjata

g. Botol Air

2. PAKAIAN & PERALATAN
PERSEORANGAN

3. PACK GALAS
Kelengkapan yang mesti dipastikan di dalam pack galas seperti :
i. Rangsum dan alat memasak
ii. Pakaian Celoreng
iii. Hammock
iv. Pisau Cukur
v. Beg Air
vi. Alat Jahitan
vii. Tuala Mandi
viii. Ubat air dan bedak kaki
ix. Ponco
x. Berus gigi, ubat gigi, dan sabun
xi. Bateru lampu dan lampu suluh
xii. Entrenching Tool.

3. PENYAMARAN &
PENYEMBUNYIAN

1. PENYAMARAN
Penyamaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis

a. Sumber Semula Jadi : Daun, Tanah, Arang Dan sebagainya.
b. Sumber Buatan Manusia : Krim Penyamaran, Jaring Penyamaran dan

Sebagainya.
Perlu disamarkan pada tubuh dan peralatan.

a. Tubuh : Bahagian yang terdedah dan bercahaya perlu disamarkan
dengan krim atau arang mengikut keadaan sekeliling. Pakaian yang
dipakai juga mestilah bersesuaian dengan keadaan sekeliling.

b. Peralatan : Peralatan mestilah disamarkan dengan daun-daun atau
jaring penyamaran yang dicipta mengikut keadaan sekeliling.

i. menggunakan sumber
semula jadi.

ii. Sembunyi menggunakan
sumber buatan manusia.

4. ISYARAT SENYAP
MEDAN

Isyarat Senyap Medan yang diterangkan di bawah ini adalah untuk kegunaan semua
soldadu ATM. Tujuan utama untuk mengelakkan daripada membuat bising semasa
menjalankan operasi. Semua Isyarat Senyap Medan hendaklah diberi dengan
menggunakan tangan

Cara-cara Isyarat Senyap Medan adalah seperti berikut :
a. Isyarat disampaikan dengan tangan.
b. Senjata sedia ditangan.
c. Isyarat yang diberikan mestilah disampaikan melalui seorang demi seorang.
d. Pastikan isyarat yang diberi jelas dan dapat diperhatikan.
e. Pastikan isyarat itu difahami oleh semua.

Isyarat-Isyarat Senyap Medan.

1. Isyarat berhati - hati 2. Isyarat berhenti

3. Isyarat dua rapel 4. Isyarat halangan dihadapan

4. ISYARAT SENYAP
MEDAN

5. Isyarat rumah dihadapan 6. Isyarat memanggil ketua platun

7. Isyarat mrmanggil koperal 8. Isyarat mendengar.

9. Isyarat selamat.

5. MENGAGAK JARAK
DAN MENUNJUK
SASARAN.

1. MENGAGAK JARAK

Seorang parajurit perlu mengetahui cara-cara megagak jarak dengan
betul. Jarak yang betul dan tepat boleh membantu parajurit menggunakan
senjatanya dengan lebih efektif untuk memusnahkan musuh.

1. Cara-Cara Mengagak Jarak seperti berikut:-

i. Cara unit ukur.

ii. Cara rupa.

iii. Membuat setengah.

iv. Membuat kurungan.

v. Panduan jarak.

vi. Unit purata.

I. Untuk Mengagak Jarak Unit Ukur adalah seperti berikut:-

a) Bayangankan jarak 100m di atas tanah. Anggarkan berapa unit
100m boleh dimasukkan di antara anda dengan objek tersebut
mengikut arah pandangan. Sekiranya objek itu 3 unit, bermakna
jaraknya ialah 3x100m = 300m.

b) Cara ini tidak berkesan sekiranya :

➢ Kita dapat melihat keseluruhan tanah di antara pemerhati
dengan objek.

➢ Jaraknya tidak boleh melebihi 400m.

5. MENGAGAK JARAK
DAN MENUNJUK
SASARAN.

II. Mengagak Jarak Cara Mengenal Rupa adalah seperti berikut:-
a. Melihat bentuk rupa sesuatu benda itu.
b. Melihat jarak sesuatu benda itu melalui keadaan sekeliling.

a) Keadaan yang melibatkan bentuk benda adalah seperti berikut:-
❑ Sebab-sebab benda jauh kelihatan dekat:
• Cahaya terang atau matahari memancar dari hadapan pemerhati.
• Benda lebih besar dari keadaan sekeliling.
• Terdapat tanah rendah atau tanah ati di antara kita dengan benda
itu.
• Pemerahti memerhati dari bawah ke atas bukti atau tanah tinggi.
❑ Sebab-sebab benda dekat kelihatan jauh:
• Cahaya tidak baik atau matahari memancar dari belakang
pemerhati.
• Benda itu lebih kecil dari pada keadaan sekeliling.
• Pemerhati memerhati dengan cara mengiring.
• Memerhati benda di celah-celah Lorong pokok atau lurah.

5. MENGAGAK JARAK
DAN MENUNJUK
SASARAN.

2. MENUNJUK SASARAN

Terdapat beberapa cara menunjuk sasaran. Antaranyaseperti berikut:-

1. Menunjuk sasaran cara terus.

2. Menunjuk sasaran cara tanda panduan.

3. Menunjuk sasaran menggunakan muka jam.

4. Menunjuk sasaran cara sudut tangan.

1. Menunjuk sasaran cara terus

a. Sasaran ditunjuk dengan ringkas, nyata, jelas dan boleh ditunjuk dengan
pantas.

b. Dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai masa yang cukup.

Contoh : “seksyen – pandang setengah kiri-300m-pokok mati, disitu ada
musuh.”
I.

II. “seksyen – pandan hadapan-100m-disitu ada musuh.

2. Menunjuk sasaran cara tanda panduan

a. Pilih benda atau tumbuhan semulajadi yang tidak bergerak diberi nama
bagi memudahkan menunjuk sesuatu sasaran dengan jarak yang diketahui.

Contoh : “seksyen – pandang setengah kiri-200m-pokok mati sedikit kana-rumpun
hijau-di situ ada musuh”

3. Menunjuk cara muka jam

a. Letakkan muka jam di tengah-tengah tanda panduan.

b. Sasaran yang sukar ditunjuk dengan cara terus atau tanda panduan.

Contoh:- “seksyen- pandang separuh kanan-300m-pondok buruk-pukul 3-deretan
pokok mati-pokok yang di sebelah kanan sekali-disitu ada musuh.

6. PERINTAH KAWALAN
TEMBAKAN.

Sebagai seorang parajurit, tidak kira apa jua pangkat, boleh menjadi ketua ssesuatu
kumpulan tembakan. Oleh itu, semua parajurit mestilah tahu dan memahami
Perintah Kawalan Tembakan.

PKT mestilah diberi dengan cara-cara tertentu dan mengikut peraturan. Perintah
mestilah diberi dengan kuat dan terang untuk mudah didengar dan difahami oleh
semua parajurit yang terlibat.

PERATURAN-PERATURAN MEMBERI PKT adalah seperti berikut:-

a) Kumpulan. Contoh (“PLATUN/SEKSYEN/KUMPULAN

RAIFAL/KUMPULAN BANTUAN/KUMPULAN TINJU”) atau lain-lain

lagi.

b) Jarak. Bertujuan menetapkan pejera dan sejauh mana keperluan mencari
sasaran. Contoh (“DUA RATUS/ EMPAT RATU/ ENAM RATUS”) atau

lain-lain lagi.

c) Menunjuk Sasaran. Supaya mengetahui arah dan sasaran yang
ditunjukkan. Contoh (“POKOK MATI/ RUMAH BERATAP BIRU
SEDIKIT KANAN/ PUKUL SEMBILAN POHON RIMBUN”) atau lain-

lain lagi

d) Jenis Tembakan. Samada sasaran ditembak cara semburan atau sebutir-
sebutir. Contoh (“TEMBAK/ TUBI-TUBI TEMBAK/ APABILA MUSUH
KELUAR TEMBAK/ PERHATI DAN TEMBAK”) atau lain-lain lagi.

Contoh PKT yang lengkap dan mengikut peraturan adalah seperti beriku:-

“NO.1 SEKSYEN - PAKSI - TIGA RATUS - RUMAH BERATAP BIRU - PUKUL
TIGA POKOK RIMBUN - DIBAWAH ADA MUSUH - TUBI-TIBU TEMBAK”.

6. PERINTAH KAWALAN
TEMBAKAN.

UNDANG-UNDANG PKT adalah seperti berikut:-
a. Terang dan jelas
b. Kuat
c. Sebagai perintah
d. Perenggan atau berhenti.

JENIS-JENIS PKT
a. PKT Penuh. Diberi apabila mempunyai masa yang mencukupi dan
keadaan sasaran yang tidak begitu jelas.
b. PKT Ringka. diberi apabila sasaran di jarak yang dekat atau jelas dan
mempunyai masa yang singkat.
c. PKT Bertangguh. Digunakan apabila tindakan musuh dapat dijangka.
d. PKT Perseorangan. Diberi apabila musuh kelihatan dalam masa yang
singkat dan memberi peluang kepada orang persorangan menembak
dengan cepat.
e. PKT Peluru Pengesan. Digunakan bila sasaran tidak dapat
ditunjukkan melalui PKT.

7. KAD JARAK

Kad Jarak adalah satu cara untuk mendapatkan penyatuan antara anggota-anggota
seksyen dan platun dalam lengkok tembakan tanggungjawab kawasan pertahanan
masing-masing. Dalam latihan ataupun operasi, kad jarak mesti disediakan apabila
menduduki satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang lama untuk memudahkan
sasaran dan memberi PKT.
TUJUAN MEMBUAT KAD JARAK adalah seperti berikut:-
a. Menentukan sempadan kawasan tembakan perseorangan dan seksyen.
b. Mengawasi kawasan hadapan yang dipertanggungjawabkan
c. Memudahkan mencari sasaran dan mengubah pejera bagi mendapat ketepatan

menembak.
d. Memusnahkan sasaran mengikut jarak-jarak membunuh senjata yang ada.

i. Paksi.
ii. Panduan kanan dan kiri
iii. Lengkok tembakan
iv. Tanda panduan

8. PEMERHATIAN
WAKTU MALAM.

Seuatu penugasan yang dilakukan di dalam operasi, bukanlah terhad kepada waktu
siang tetapi dilakukan pada waktu malam. Walaupun night vision google(NVG),
boleh digunakan tetapi peralatan ini bukanlah sentiasa diperolehi. Oleh kerana itu
setiap parajurit perli dilatih supaya dapat menggunakan pancaindera dengan efektif
pada waktu malam.
PRINSIP-PRINSIP MELIHAT WAKTU GELAP adalah seperti berikut:-

a. Penyesuaian malam dalam gelap.
b. Penglihatan serong.
c. Melihat dengan cara meninjau.
d. Yakin.
CARA-CARA MENGELAK DIRI DARI DIKESAN PADA WAKTU MALAM
adalah seperti berikut:-
a. Sentiasa berhati-hatidan elakkan dari bunyi bising yang boleh dikesan.
b. Gunakan gergaji lipat jika memotong kayu.
c. Jika memotong kayu dengan parang jangan takuk berturut-turun dan jauh

dari tempat duduk sebenar.
d. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dengan topi hutan atau lain-lain kain.
e. Jangan berjalan terlalu pantas dan menghentak kaki ke tanah.
f. Cahaya api atau lain-lain ditutup dengan topi hutan atau benda lain supaya

tidak keluar jauh.
g. Lampu suluh digunakan dibalut dengan daun kayu dan tebuk lubang kecil

untuk cahaya keluar.
h. Bergerak perlahan-lahan, jangan memeijak ranting atau kayu mati.

9. TUGAS SENTRI

TUJUAN :
➢ Menerangkan cara-cara yang betul untuk menempatkan pengawal,

tugas-tugas dan perintah-peritah pengawal yang mesti diketahui oleh
seseorang ketua seksyen/ platun dan anggota.

TANGGUNGJAWAB SENTRI:
➢ Seseorang sentri/pengawal perlu ditempatkan di kedudukan yang

memberi perlindungan dan boleh memerhati dengan baik.
➢ Perlu memberi amaran awal tentan kehadiran musuh serta memeriksa

pengenalan orang yang tidak dikenali.

PERINTAH PENGAWAL :
➢ Seorang pengawal tidak boleh ditugaskan untuk satu masa lebih dari dua

jam.
➢ Di waktu malam, pengawal mestilah berpasangan dan masa mula

bertugas diselang-seli (wujud pengawal baru dan lama).Ini adalah untuk
memastikan maklumat yang perlu diketahui sentiasa disampaikan.
➢ Perintah pengawal yang diberi oleh ketua seksyen mestilah dirancang
dengan teliti.

PENEMPATAN

Di Waktu Siang
➢ Pengawal boleh ditempatkan berseorangan dijarak pendengaran iaitu 80-

100m dari pengkalan. Ini akan membolehkan amaran awal diberi kepada
anggota dalam pengkalan supaya tindakan dapat diambil dengan cepat.

Di Waktu Malam
➢ Pengawal mestilah berpasangan (baru dan lama) dan tukar ganti di selang-

selikan. Adalah lebih berkesan untuk menempatkan pengawal di tempat
senjata mgr. Sistem amaran senyap harus diadakan untuk mengejutkan
anggota-anggota yang lain dalam pengkalan seperti menggunakan tali
perhubungan.

9. TUGAS SENTRI

MAKLUMAT YANG PERLU DI KETAHUI OLEH SEORANG
PENGAWAL
➢ Masa bertugas.
➢ Kedudukan pos pengawal yang lain (siang/malam).
➢ Lengkok tembakan dan pemerhatian.
➢ Maklumat-maklumat rondaan atau pergerakan pasukan sahabat yang

berdekatan, termasuk pengenalan dan masa keluar masuk.
➢ Cara memberi maklumat awal.
➢ Perintah untuk mencabar.
➢ Perintah untuk memulakan tembakan.
➢ Kedudukan ketua seksyen/platun.
➢ Penempatan isyarat awal dan pancaran api mlm.
➢ Cara tukar ganti dan siapa yang akan mengganti.
➢ Kata jodoh.


Click to View FlipBook Version