E-MAJALAH
EDISI 1, ME1 2021
1
Isi Kandungan
JUDUL MUKA SURAT
SIDANG REDAKIS 3
KATA-KATA ALUAN 4
PENGHARGAAN 5
PENDAHULUAN 6
1.0 FAKTOR PEMBUANGAN BAYI 7
➢ 1.1 Kurang Didikan Agama. 8
➢ 1.2 Pengaruh Rakan Sebaya. 9
➢ 1.3 Sikap Masyarakat . 10
➢ 1.4 Sikap Ingin Tahu Remaja. 11
2.0 KESAN PEMBUANGAN BAYI 12
➢ 2.1 Kesan Kepada Bayi. 13
➢ 2.2 Kesan Kepada Ibu Bayi. 14
➢ 2.3 Kesan Institusi Kekeluargaan. 15
➢ 2.4 Kesan Kepada Masyarakat. 16
3.0 LANGKAH – LANGKAH MENGATASI 17
➢ 3.1 Peranan Ibu Bapa 18
➢ 3.2 Peranan Sekolah 19
➢ 3.3 Pencegahan Sebelum Berlaku 20
➢ 3.4 Memberi Bantuan Kepada Ibu-Ibu Yang Hamil Anak Luar
21
Nikah.
22
4.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI
5.0 LAMPIRAN – Jadual Pembuangan Bayi Di Seluruh Malaysia 23
Sekitar Tahun 2014-2018. 24
➢ 5.1 Lampiran Gambar – Gambar Bayi Yang Telah Di Buang 25
➢ 5.2 Lampiran Gamabr – Gambar Bayi Yang Telah Di Buang
6.0 KESIMPULAN 26
7.0 SUMBER RUJUKAN 27
2
Sidang Redaksi
USTAZ BORHANNUDIN BIN YA
(Penasihat)
NURSHAFIQA BINTI SANIDON
(Ketua Editor)
NURUL HUDA BINTI ABDULLAH
(Penolong Editor)
AIN MARDIAH BINTI AZMAN
(Ketua Grafik & Bahan)
KHAIRUNNISA HUSNA BINTI
MUHAMMED
(Penolong Grafik & Bahan)
3
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi
majalah Penghayatan Etika dan Peradaban atas kejayaan
menerbitkan majalah Politeknik yang istimewa ini. Terima kasih
kerana memberi kesempatan untuk kami mencoretkan sepatah dua
kata dalam majalah ini.
Majalah Politeknik ialah naskhah yang memaparkan
kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini.
Bagi warga penuntut ilmu, butiran dan gambar yang dimuatkan
bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar
bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak
semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi,
majalah akan terus relevan sampai bila-bila.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada
jawatankuasa majalah dan sidang redaksi. Kepada pembaca majalah
ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.
Sekian, terima kasih.
4
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dari-Nya,maka kami telah dapat menyiapkan
tugasan Kerja Kursus E-Folio Penghayatan Etika Dan Peradaban
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan
memberikan banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan
dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penasihat kumpulan kami
ialah Ustaz Borhannudin Bin Ya. Tunjuk ajar cara -cara membuat
kerja E-Folio mengikut kriteria yang ditetapkan sangatlah
memuaskan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-
dua ibu bapa kami yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-
kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin kami tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah
fikiran dan wang ringgit.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya yang sangat
setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat
setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan
semangat, serta cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.Hanya
Allah sahaja dapat membalas budi mereka.
5
Pendahuluan
Pada Era Globalisasi ini, kita sama sama dapat melihat apa itu Isu
Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan
paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah
dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi
membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan
untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh
saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu
jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari
saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses
kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang
bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan.
Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala,
makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan
anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat
berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke
arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan
ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih
mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta
Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan
Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan
atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku
semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes
pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal
tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di
negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan
bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan
tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai
mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan
bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda
maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.
6
1.0 Faktor
Pembuangan Bayi
Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara
yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan
globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui
satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat
Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remaja yang
sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada
beberapa faktor pembuangan bayi
➢ 1.1 Kurang Didikan Agama.
➢ 1.2 Pengaruh Rakan Sebaya.
➢ 1.3 Sikap Masyarakat .
➢ 1.4 Sikap Ingin Tahu Remaja.
7
1.1 Kurang Didikan
& Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya
didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang
haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif
seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam
gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya
menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja
perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi
tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk
membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk
lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka
lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit
mereka. Sikap negatif merekaini telah menimbulkan seribu tanda tanya
kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke
arah pemodenan pada masa hadapan.
8
1.2 Pengaruh Rakan
Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan
yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan
perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti
pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.
Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut,
tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya
menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya
mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan
keluarga tercemar.
9
1.3 Sikap
Masyarakat
Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum
turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila
seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah
pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong
padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya
dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan
berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa
sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiridan
juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan
membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh
masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan
bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada
masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.
10
1.4 Sikap Ingin
Tahu Remaja
Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau
sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud
dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang
baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh
mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang
sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain,
lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa
diwaktu usia remajalah mereka patut berseronokdan bergembira
sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja
yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik
dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagai
remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak
dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian
hari. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya”.
11
2.0 Kesan Masalah
Pembuangan Bayi
Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset
utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan
yang besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada
beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan,
keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi,
kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri.
Antara kesannya seperti berikut .
➢ 2.1 Kesan Kepada Bayi.
➢ 2.2 Kesan Kepada Ibu Bayi.
➢ 2.3 Kesan Institusi Kekeluargaan.
➢ 2.4 Kesan Kepada Masyarakat.
12
2.1 Kesan
Kepada Bayi
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga
kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan
kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak
bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah,
yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan
dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua
bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada
ibubapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul
gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka
menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-
bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku
kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-
tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat
sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal
dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki
dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.
Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam
Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai
Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru,
Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut
adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19
tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu
masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam
di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan
betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu
menghargai pemberian dari Tuhan.
13
2.2 Kesan Kepada
Ibu Bayi
Kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi
pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka
tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan
mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya
mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa
melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak.
Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat
sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain.
Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai
masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan
juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka
sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama,
dan negara.
14
2.3 Kesan Institusi
Kekeluargaan
Akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,
keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa
tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng
arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling
mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga
mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian
berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral
ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik
dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung
akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak
mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk
meneruskan hidup.
15
2.4 Kesan Kepada
Masyarakat
Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej
masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa
yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana
biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam
kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini
bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah
menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara
tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.
16
3.0 Langkah -
Langkah Mengatasi
Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu
jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.
Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara
anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah
kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah
yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan
terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Antara langkah-
langkah yang perlu diambil seperti :
➢ 3.1 Peranan Ibu Bapa
➢ 3.2 Peranan Sekolah
➢ 3.3 Pencegahan Sebelum Berlaku
➢ 3.4 Memberi Bantuan Kepada Ibu-Ibu Yang Hamil Anak Luar Nikah.
17
3.1 Peranan Ibu
Bapa
Peranan Ibu Bapa Bagi mengatasi masalah ini dari terus
berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang
dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada
peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau
keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan
peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan
kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat
kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.Berdasarkan teori
ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi
gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada
manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau
tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari
kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks
rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
18
3.2 Peranan
Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam
mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini.
Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk,
“masalah sosial tiada penghujungnya‟, pihak pentadbiran sekolah perlu
mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan
secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT,
intervensi, latihan gurudan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah
elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi
penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.
Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan
berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat
sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran
generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-
alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala
sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu
dibenci dan jijik (Khoo KayKim dan Alias Mohammed 1937).
19
3.3 Pencegahan
Sebelum Berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan
mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini
bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan
memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya.
Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah
yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak
mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan
bahaya pembuangan bayi.Di samping itu, mereka juga perlu merangsang
penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah
pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan
masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan
dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih
daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga
perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan
program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka.
Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua
lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
20
3.4 Memberi
Bantuan
Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah
dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan
menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina
kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si
ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat,
gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak
sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan
dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut
untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.
21
4.0 Statistik
Pembuangan Bayi
Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang
ketara dari tahun ketahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan
bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di
negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata
perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu
hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.
Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis
Diraja Malaysia (PDRM)pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005
hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada
penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83kes (2006)
yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes
(2009).Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi
berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia
bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25tahun ke atas, manakala 403
individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396
kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan
dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi
2000 hingga 2008 pula,257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai
nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44
peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam
iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam
perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar
Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan
anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini
berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392wanita melahirkan anak luar nikah.
Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat
penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34kes
bawah umur 18 tahun,”.
22
5.0 Lampiran
Jadual Pembuangan Bayi Di Seluruh Malaysia Sekitar
Tahun 2014-2018.
23
5.1 Lampiran Gambar-Gambar
Bayi Yang Telah Di Buang
24
5.2 Lampiran Gambar-Gambar
Bayi Yang Telah Di Buang
25
6.0 Kesimpulan
Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi,
terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca
masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara
punca-punca masalah pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri,
terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap
masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul
periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini
membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan
yang penuh cabaran ini.
Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititik
beratkan. Hal ini kerana, melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya
negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan
golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan
pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu
yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada
masyarakat.
Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah
diperuntukkan dibawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di
bawah Akta Kanak-kanak2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu,
Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi di siasat sebagai kes
bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak
berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai
mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes
pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh
dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah
semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu
pihak tidak mengambiltahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi
semakin serius.
26
7.0 Sumber Rujukan
RUJUKAN INTERNET
1. Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia.
Diperoleh daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.
2. Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi.
Diperoleh daripada:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/Article
3. Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes buang
bayi.
Diperoleh daripad:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/Article
4. Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan
bayi.
Diperoleh daripada : http://pengguguranbayi.blogspot.com/
5. Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi.
Diperoleh daripada:
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/
BUKU
Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed.
1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway.Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk
“MASALAH SOSIAL TIADA PENGHUJUNGNYA”
SURAT KHABAR
Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17.
https://osmandol.blogspot.com/2010/05/remaja-tanam-bayi-utusan-
malaysia.html?m=0
27
E-MAJALAH
EDISI 1, ME1 2021
Disediakan Oleh :
1. NURSHAFIQA BINTI SANIDON
(18DAT20F2016)
2. KHAIRUNNISA HUSNA BINTI MUHAMMED
(18DAT20F2012)
3. NURUL HUDA BINTI ABDULLAH
(18DAT20F2004)
4.AIN MARDIAH BINTI AZMAN
(18DAT20F 2006)
Kelas : DAT1B
28