PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan ATM. 3–4
1.1 Organisasi ATM. 5–6
1.2 Organisasi TDM.
1.3 Logo TDM. 7
1.4 Bendera TDM. 8–9
2. Fungsi Kor/Rejimen Tentera Darat. 10
3. Markas ATM. 11 - 13
4. Kategori Pangkat. 14 - 20
4.1 Darjah Kebesaran Angkatan Tentera.
4.2 Darjah-Darjah Gagah Perkasa. 21-22
4.3 Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Kelakuan 23 – 25
Terpuji. 26 – 28
29 – 30
1.1 ORGANISASI ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT)
berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional
ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau
memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).
LEFTENAN JENERAL DATUK YBHG. JENERAL TAN SRI LEFTENAN JENERAL
AHMAD NORIHAN BIN DATO' SRI HAJI AFFENDI DATO' HAJI YAZID BIN
JALAL BIN BUANG TUDM HAJI ARSHAD TUDM
Ketua Pengarah Perisikan Panglima Angkatan Panglima Angkatan
Pertahanan Tentera Bersama
Bahagian Staf Perisikan (PAT) Markas Angkatan
Pertahanan Bersama
(BSPP) LEFTENAN JENERAL (MK AB)
DATUK MOHD ZAKARIA
JENERAL TAN SRI DATO' BIN HAJI YADI JENERAL DATO' SRI
SERI ZAMROSE BIN Ketua Staf Markas ATM MOHD ASGHAR
MOHD ZAIN Markas Angkatan KHAN BIN GORIMAN
Panglima Tentera Darat Tentera Malaysia KHAN TUDM
Markas Tentera Darat (MK ATM) Panglima Tentera
(MK TD) Udara
LAKSAMANA TAN SRI Markas Tentera
MOHD REZA BIN Udara
MOHD SANY (MK TUDM)
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)
Panglima Tentera Darat
• JENERAL TAN SRI DATO' SERI ZAMROSE
BIN MOHD ZAIN
Timbalan Panglima Tentera Darat
• LEFTENAN JENERAL DATUK SERI
MOHAMMAD BIN AB RAHMAN
Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat
• PEGAWAI WARAN I MOHD PAUZI BIN
MOHD ALI
Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh
seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral, Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau
bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga
perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM
disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:
1. Sekretariat (J1)
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan
tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
2. Perkhidmatan Anggota (J2)
3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan
Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan
mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan
angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah
berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New
Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.
Terdapat 17 susur galur pangkat dalam TDM bermula daripada Prebet sehingga ke Jeneral yang boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP).
Kumpulan Pegawai. Kumpulan ini bermula daripada Leftenan Muda hingga ke Jeneral dan terbahagi
kepada tiga kelompok iaitu:
➢ Kumpulan Pegawai Kanan. Bermula daripada Leftenan Kolonel, Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejar
Jeneral, Leftenan Jeneral dan Jeneral:
➢ Kumpulan Pegawai Medan. Terdiri daripada pegawai berpangkat Mejar:
➢ Kumpulan Pegawai Muda. Bermula daripada Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten:
Kumpulan Lain-lain Pangkat. Kumpulan ini bermula dari Prebet sehingga Pegawai Waren I dan terbahagi
kepada tiga kelompok iaitu:
➢ Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan. Bermula daripada Sarjan, Staf Sarjan, Pegawai Waran
II dan Pegawai Waran I:
➢ Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah. Bermula daripada Lans Koperal dan Koperal:
➢ Prebet. Tidak mempunyai pangkat.
1. Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Kelayakan
• Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
• Panglima Angkatan Tentera.
• Panglima-Panglima Perkhidmatan.
• Pengurniaan Kehormat kepada panglima-panglima negara asing yang setaraf.
Kompisisi Anugerah
• Selepang Anugerah.
• Bintang Darjah.
• Lencana Darjah.
• Bar Reben berserta empat bintang bucu lima.
2. Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
Kelayakan
• Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas.
• Pegawai Tentera negara asing yang setaraf.
Kompisisi Anugerah
• Lencana Darjah.
• Bintang Darjah (sama dengan PGAT, tetapi kecil sedikit).
• Bar reben berserta tiga semat bintang bucu lima.
• Sebuah Roset.
3. Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
Kelayakan
• Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigedier Jeneral Setaraf.
• Pegawai Tentera Negara Asing yang setaraf.
Kompisisi Anugerah
• Lencana Darjah.
• Dua semat bintang bucu lima.
• Sebuah Roset.
4. Kesatria Angkatan Tentera (KAT)Kelayakan
Kelayakan
• Pegawai-pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf kebawah.
• Pegawai-pegawai Tentera Asing berpangkat setaraf.
Kompisisi Anugerah
• Lencana Darjah (sama seperti PAT tetapi kecil sedikit).
• Sebuah Roset.
5. Bintara Angkatan Tentera (BAT)
Kelayakan
• Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam ATM.
• Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Asing
boleh dianugerahkan Darjah BAT Kehormat.
Kompisisi Anugerah
• Lencana.
• Sebuah Roset.