MPU24611 – ASKAR WARTANIAH 1
TAJUK:
ILMU MEDAN PERANG
NAMA & NO. MATRIK :
NURSHAFIQA BINTI SANIDON
18DAT20F2016
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
1. Pengenalan ATM 3
1.1 Organisasi. 5
1.2 Markas ATM.
6
2. Pengenalan IMP 6
2.1 Tujuan IMP. 7-9
2.2 Keperluan IMP. 10-11
2.3 Penyamaran dan Perlindungan. 12-13
2.4 Isyarat Senyap Medan. 14
2.5 Tugas Sentri.
15
3. Asas Rejimental 16
3.1 Matlamat Sistem Rejimen Tentera Darat Malaysia
17-18
4. Jenis-Jenis Pakaian Tentera Darat Malaysia
1. PENGENALAN ATM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap
pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia.
ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu :
1. Tentera Darat Malaysia (TDM).
2. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
3. Tentera Udara Diraja Malayisa (TUDM).
Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera.
1.1 ORGANISASI
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT)
berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional
ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau
memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).
YBHG. JENERAL TAN SRI
DATO' SRI HAJI AFFENDI BIN
BUANG TUDM
Panglima Angkatan Tentera
(PAT)
LEFTENAN JENERAL DATUK LEFTENAN JENERAL DATUK LEFTENAN JENERAL DATO' HAJI
AHMAD NORIHAN BIN JALAL MOHD ZAKARIA BIN HAJI YAZID BIN HAJI ARSHAD TUDM
Ketua Pengarah Perisikan YADI Panglima Angkatan Bersama
Pertahanan Ketua Staf Markas ATM Markas Angkatan Bersama
Bahagian Staf Perisikan Markas Angkatan Tentera (MK AB)
Pertahanan Malaysia
(BSPP) (MK ATM)
JENERAL TAN SRI DATO' LAKSAMANA TAN SRI JENERAL DATO' SRI MOHD
SERI ZAMROSE BIN MOHD REZA BIN MOHD ASGHAR KHAN BIN
MOHD ZAIN SANY GORIMAN KHAN TUDM
Panglima Tentera Darat Panglima Tentera Laut Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Darat Markas Tentera Laut Markas Tentera Udara
(MK TD) (MK TL) (MK TUDM)
1.2 MARKAS ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas
pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf
berpangkat Leftenan Jeneral, Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral
TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan
segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan
melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi
Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:
1. Sekretariat (J1)
2. Perkhidmatan Anggota (J2)
3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
4. Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
5. Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
6. Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
7. Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
8. Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
9. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)
2. PENGENALAN IMP
Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan yang
diperlukan oleh seseorang soldadu (askar/serdadu/parajurit/Anzac) di medan
pertempuran. IMP berkait rapat dengan Latihan senjata. Seseorang Soldadu yang
telah menguasai pelajaran senjata dan mahir dengan IMP boleh dikatakan telah
menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini wajib diajar kepada semua
soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan baik dan penuh semangat untuk
mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertempuran ataupun operasi.
2.1 Tujuan Ilmu Medan
Perang
Tujuan IMP diajar kepada semua parajurit adalah :
a) Bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan
perang.
b) Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan.
c) Menggunakan tanah dan perlindungan.
d) Boleh mengagak jarak.
e) Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah
Kawalan Tembakan (PKT).
f) Tugas sentri.
g) Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan senyap.
h) Sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
i) Perapungan merentasi halangan sungai.
2.2 Keperluan Ilmu Medan
Perang.
1. KELENGKAPAN PADA TUBUH
1. Topi Hutan 2. Baju Celoreng 3. Seluar celoreng
4. Spike Boot 5. Disc Pengenalan Diri
2.2 Keperluan Ilmu Medan
Perang.
2. KELENGKAPAN PADA PINGGANG
b. Kelopak & Peluru c. Field Dressing
a. Pouches kiri dan
kanan
d. Parang Tajam e. Alat pencuci dan f. Rangsum Kecemasan
minyak senjata
g. Botol Air
2.2 Keperluan Ilmu Medan
Perang.
3. PACK GALAS
Kelengkapan yang mesti dipastikan di dalam pack galas seperti :
i. Rangsum dan alat memasak
ii. Pakaian Celoreng
iii. Hammock
iv. Pisau Cukur
v. Beg Air
vi. Alat Jahitan
vii. Tuala Mandi
viii. Ubat air dan bedak kaki
ix. Ponco
x. Berus gigi, ubat gigi, dan sabun
xi. Bateru lampu dan lampu suluh
xii. Entrenching Tool.
2.3 Penyamaran dan
Perlindungan.
1. PENYAMARAN
Penyamaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis
a. Sumber Semula Jadi : Daun, Tanah, Arang Dan sebagainya.
b. Sumber Buatan Manusia : Krim Penyamaran, Jaring Penyamaran
dan Sebagainya.
Perlu disamarkan pada tubuh dan peralatan.
a. Tubuh : Bahagian yang terdedah dan bercahaya perlu disamarkan
dengan krim atau arang mengikut keadaan sekeliling. Pakaian yang
dipakai juga mestilah bersesuaian dengan keadaan sekeliling.
b. Peralatan : Peralatan mestilah disamarkan dengan daun-daun atau
jaring penyamaran yang dicipta mengikut keadaan sekeliling.
2.3 Penyamaran dan
Perlindungan.
2. PERLINDUNGAN
1. Perlindungan boleh dibahagikan kepada dua jenis :
a. Perlindungan yang kukuh dan kalis tembakan.
b. Perlindungan yang tidak kukuh dan tidak kalis tembakan.
2. Perlindungan boleh diperoleh sama ada daripada sumber semulajadi ataupun
sumber buatan manusia.
3. Penyamaran dan perlindungan yang baik boleh diperoleh dengan cara :
a. Samarkan diri dengan tumbuhan, pastikan dapat melihat keadaan
sekeliling dari tempat perlindungan.
b. Jika terpaksa memerhati dari kedudukan perlindungan, elakkan
bayang-bayang dapat dilihat oleh musuh.
c. Elakkan mengambil perlindungan yang berlatarbelakangkan
persekitaran yang cerang/terang.
d. Menggunakan perlindungan dan penyamaran yang sama dengan
persekitaran.
e. Menggunakan perlindungan yang tidak dapat dikesan semasa
bergerak.
f. Menggunakan perlindungan yang dilindugi oleh bayang-bayang
pokok.
g. Mengelak daripada mengambil perlindungan yang ganjil.
h. Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati supaya keselamatan lebih
terjamin.
2.4 Isyarat Senyap Medan
Isyarat Senyap Medan yang diterangkan di bawah ini adalah untuk kegunaan semua
soldadu ATM. Tujuan utama untuk mengelakkan daripada membuat bising semasa
menjalankan operasi. Semua Isyarat Senyap Medan hendaklah diberi dengan
menggunakan tangan
Cara-cara Isyarat Senyap Medan adalah seperti berikut :
a. Isyarat disampaikan dengan tangan.
b. Senjata sedia ditangan.
c. Isyarat yang diberikan mestilah disampaikan melalui seorang demi seorang.
d. Pastikan isyarat yang diberi jelas dan dapat diperhatikan.
e. Pastikan isyarat itu difahami oleh semua.
Isyarat-Isyarat Senyap Medan.
Panggilan untuk Sarjan dan ke Panggilan untuk pegawai bermula
bawah. pangkat leftenan muda ke atas.
2.4 Isyarat Senyap Medan
Bersedia untuk bergerak. Sedia menerima arahan.
2.5 Tugas Sentri
TUJUAN :
➢ Menerangkan cara-cara yang betul untuk menempatkan pengawal, tugas-tugas dan perintah-
peritah pengawal yang mesti diketahui oleh seseorang ketua seksyen/ platun dan anggota.
TANGGUNGJAWAB SENTRI:
➢ Seseorang sentri/pengawal perlu ditempatkan di kedudukan yang memberi perlindungan dan
boleh memerhati dengan baik.
➢ Perlu memberi amaran awal tentan kehadiran musuh serta memeriksa pengenalan orang yang
tidak dikenali.
PERINTAH PENGAWAL :
➢ Seorang pengawal tidak boleh ditugaskan untuk satu masa lebih dari dua jam.
➢ Di waktu malam, pengawal mestilah berpasangan dan masa mula bertugas diselang-seli (wujud
pengawal baru dan lama).Ini adalah untuk memastikan maklumat yang perlu diketahui sentiasa
disampaikan.
➢ Perintah pengawal yang diberi oleh ketua seksyen mestilah dirancang dengan teliti.
PENEMPATAN
Di Waktu Siang
➢ Pengawal boleh ditempatkan berseorangan dijarak pendengaran iaitu 80-100m dari pengkalan.
Ini akan membolehkan amaran awal diberi kepada anggota dalam pengkalan supaya tindakan
dapat diambil dengan cepat.
Di Waktu Malam
➢ Pengawal mestilah berpasangan (baru dan lama) dan tukar ganti di selang-selikan. Adalah lebih
berkesan untuk menempatkan pengawal di tempat senjata mgr. Sistem amaran senyap harus
diadakan untuk mengejutkan anggota-anggota yang lain dalam pengkalan seperti menggunakan
tali perhubungan.
MAKLUMAT YANG PERLU DI KETAHUI OLEH SEORANG PENGAWAL
➢ Masa bertugas.
➢ Kedudukan pos pengawal yang lain (siang/malam).
➢ Lengkok tembakan dan pemerhatian.
➢ Maklumat-maklumat rondaan atau pergerakan pasukan sahabat yang berdekatan, termasuk
pengenalan dan masa keluar masuk.
➢ Cara memberi maklumat awal.
➢ Perintah untuk mencabar.
➢ Perintah untuk memulakan tembakan.
➢ Kedudukan ketua seksyen/platun.
➢ Penempatan isyarat awal dan pancaran api mlm.
➢ Cara tukar ganti dan siapa yang akan mengganti.
➢ Kata jodoh.
3. ASAS REJIMENTAL
➢ Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) adalah sistem
pemerintahan yang telah ditetapkan oleh sesuatu markas, formasi
mahupun pasukan.
➢ Mengandungi undang-undang, peraturan, arahan, aktiviti yang wajib
dipatuhi oleh setiap anggota yang berkhidmat di sesuatu markas, formasi
mahupun pasukan.
➢ SPR menekankan konsep daya juang yang mana penghayatan etos
ketenteraan melalui SPR akan terus diiktiraf sebagai sumber asas
kekuatan spiritual yang membina daya juang ketenteraan atau military
morale.
➢ SPR merupakan satu peraturan pemerintahan yang dicipta untuk
mengekalkan tradisi dan adat resam ketenteraan.
➢ Konsep asas ketenteraan yang diwarisi adalah berteraskan falsafah
rejimental (regimental philosophy) di mana sesuatu penugasan atau
aktiviti ketenteraan dilaksanakan melalui satu sistem yang tetap dan
teratur yang diwarisi berabad lamanya tetapi masih sesuai mengikut
perkembangan dan peredaran masa.
➢ Perkataan 'rejimen' berasal dari perkataan Latin regimen, yang
bermaksud peraturanatau sistem perintah.
➢ ‘Rejimen’ bermaksud melakukan sesuatu tindakan dengan prosedur
yang ditetapkansebagai suatu cara hidup (prescribe course of action as a
way of life).
➢ ‘SPR’ bererti setiap penugasan, aktiviti dan tindakan ketenteraan
hendaklah dilaksanakan berdasarkan suatu prosedur atau tradisi yang
telah ditetapkan supaya ianya kelihatan kemas, teratur dan berdisiplin.
3.1 Matlamat Sistem Rejimen
Tentera Darat Malaysia
➢ Matlamat Sistem Rejimen Tentera Darat Malaysia (Sistem
Komunikasian Regimental) adalah untuk menyediakan askar dengan
sistem kakitangan yang memupuk kesediaan unit dan memerangi
keberkesanan dengan membangunkan dalam askar rasa kesetiaan dan
komitmen yang datang dari pengenalan jangka panjang dengan unit.
➢ SPR bukan sahaja memberi peluang kepada askar untuk membangunkan
pengenalan jangka panjang dengan rejimen tetapi berpotensi untuk
tugasan berulang dan peluang untuk menonjolkan sejarah, adat resam
dan tradisi di sebalik rejimen.
Majlis Makan Malam Rejimental MMR Wisma Bintara Gabungan 3
Wisma Bintara 6 RRD Div
Perbarisan SMR 6 Rrd
4. JENIS-JENIS PAKAIAN
TENTERA DARAT
4. JENIS-JENIS PAKAIAN
TENTERA DARAT
Uniform No. 7 :
Pakaian Kebangsaan
Uniform No. 10 :
Pakaian Sukan
Uniform No. 9 :
Pakaian Planters Order