The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan peperiksaan STPM sebenar dari tahun 2013 sehingga 2015.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ritabahan, 2020-05-07 10:08:04

SOALAN STPM SAINS SUKAN [966/2]

Soalan peperiksaan STPM sebenar dari tahun 2013 sehingga 2015.

Keywords: sains sukan

1

STPM 966/2 2013

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Sarimah ialah seorang yang aktif bersukan ketika remaja. Data antropometrinya yang diambil pada usia 20 tahun
dan pada usia 30 tahun adalah seperti berikut:

Ukuran 20 tahun 30 tahun
Ketinggian 170 cm 166 cm
Berat Badan 62 kg 80 kg
Ukur lilit pinggul 90 cm 98 cm
Ukur lilit pinggang 70 cm 96 cm

(a) Hitung Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) Sarimah pada usia 20 tahun dan pada usia 30 tahun. [4]

Usia 20 tahun Usia 30 tahun

(b) Berapakah nisbah pinggang-pinggul Sarimah pada usia 30 tahun? [2]

(c) Berdasarkan jawapan anda pada (a) dan (b), nyatakan dua penyakit berisiko yang mungkin dialami oleh

Sarimah. [2]

2. Sistem kardiovaskular merupakan proses mengepam darah beroksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan
kecergasan fizikal seseorang atlet. Jantung merupakan satu daripada komponen utama dalam system
kardiovaskular.

Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan dua komponen utama yang lain dalam system itu, dan berikan

dua faedah yang akan diperoleh oleh ketiga-tiga komponen utama apabila melakukan senaman fizikal secara

berkala. [8]

Komponen kecergasan Faedah yang diperoleh
Jantung
i.
i. ii.

i.
ii.

ii. i.
ii.

2

3. Semasa kejohanan lumba absikal di lebuh raya dalam keadaan cuaca yang panas, seorang pelumba telah terjatuh

yang mengakibatkan serpihan kayu tertusuk sehingga lapisan ketiga kulit di betis pelumba itu.

(a) Namakan lapisan kulit yang tercedera itu. [1]

(b) Nyatakan empat fungsi kulit yang mempengaruhi prestasi pelumba ketika bertanding dalam keadaan cuaca

yang panas. [4]

(c) Nyatakan dua peranan kelenjar ekrin pelumba itu semasa berlumba dalam keadaan cuaca yang panas. [2]

4. Sebahagian daripada alveolus ditunjukkan dam gambar rajah di bawah.
Bahagian B [ 30 markah]

(a) Namakan gas yang berlabel X dan Y [2]

X = ……………………………………………………………………………………………………………

Y = ……………………………………………………………………………………………………………

(b) Perihalkan bagaimana gas Y diangkut dari sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan. [3]

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

(c) Seorang pelari jarak jauh memerlukan lebih banyak gas X untuk menjana ATP yang diperlukan dalam

lariannya. Beliau lebih terdorong untuk bernafas menggunakan mulut daripada bernafas menggunakan

hidung.

Nyatakan apa yang berlaku apabila pelari itu bernafas menggunakan mulut. Berikan sebab bagi jawapan

anda. [2]

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

3

Bahagian B [30 markah]

Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

5. Latihan fizikal akan memberi kesan yang positif kepada system fisiologi sekiranya anda mempunyai satu
program senaman. Senaman yang dirancang dengan teliti akan membantu anda memperoleh matlamat
senaman itu.
(a) Lakarkan satu pyramid aktiviti fizikal yang ideal untuk mencapai matlamat gaya hidup yang sihat. [7]

*lakaran = 1 markah

Penerangan setiap aras = 2 markah (maksimum 6m)

(b) Dengan menggunakan konsep FITT, jelaskan perancangan program aktiviti fizikal yang boleh [8]
dilaksanakan berdasarkan setiap aras pyramid aktiviti fizikal yang anda lakar pada (a) itu.

Aras Frekuensi Intensiti Jangkamasa Jenis aktiviti

4

6. Beberapa aktiviti regangan yang dilakukan oleh Miriam ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Aktiviti regangan itu dimulakan dengan mendongak dan menundukkan kepada ke atas dan ke bawah.
Seterusnya, Miriam mendepakan kedua-dua belah tangan ke sisi lalu membuat pergerakan bulatan kecil pada
sendi bahunya. Aktiviti regangan itu diakhiri dengan menggerakkan kaki ke atas dan ke bawa.

Dengan menganalisisi aktiviti regangan yang dilakukan oleh Miriam itu, perihalkan jenis pergerakan dan jenis

sendi yang terlibat dalam pergerakan tersebut. [15]

Aktiviti regangan Pergerakan Perhalan jenis pergerakan Jenis sendi

Mendongak
kepala ke atas
Menundukkan
kepala ke bawah
Mendepakan
kedua-dua tangan
ke sisi kanan dan
kiri
Membuat bulatan
kecil pada sendi
bahu
Menghalakan
bebola kaki ke
atas
Menghala bebola
kaki ke bawah

5

7. Keratan rentas jantung manusia ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

(a) Berdasarkan gambar rajah di atas, perihalkan peredaran darah dalam jantung. [8]

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

(b) Jelaskan empat kesan latihan fizikal secara berterusan terhadap jantung. [7]

Fakta Huraian

KERTAS SOALAN TAMAT

6

STPM 966/2 2014

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Dua minit sebelum tamat perlawanan akhir bola speak antara sekolah-sekolah, Ariff pemain posisi sayap kanan SMK

Gading didapati berlari bersungguh-sungguh untuk mengejar bola yang dihantar oleh rakan sepasukannya ke hadapan

pintu gol SMK Teruntum.

(a) Komponen kecergasan yang manakah yang paling dominan ketika Ariff berlari bersungguh-sungguh mengejar bola

yang dihantar oleh rakan sepasukannya itu? [1]

(b) Nyatakan tiga situasi yang mana komponen kecergasan di (a) dapat diaplikasikan oleh seorang pemain bola sepak
[3]

(c) Nyatakan tiga contoh jenis Latihan yang dapat digunakan oleh Ariff untuk meningkatkan komponen kecergasan

yang dinyatakan di (a) di atas. [3]

2. Pengetahuan tentang jenis regangn seperti static, balistik, dan Proprioceptive Neuromusular Facilitation (PNF) penting

untuk meningkatkan fleksibiliti anggota badan atlet.

(a) Lengkapkan jadual di bawah. [3]

Jenis regangan Takrifan Pergerakan Contoh aktiviti
Statik Regangan pada satu kedudukan Menolak ke dinding
yang tetap dalam satu jangka
masa.

Balistik Penggunaan momentum dan Pergerakan secara pantulan
PNF pantulan untuk mengetahui
keupayaan diri

Regangan ke tahap Duduk dan jangkau
maksimum dan kekal secara
isometric dengan disusuli
rehat aktif dan diulangi
dengan regangan ke tahap
maksimum seterusnya

(b) Jenis regangan yang manakah paling berkesan untuk meningkatkan fleksibiliti atlet? [1]

(c) Nyatakan tiga justifikasi bagi jawapan anda di (b). [3]

7

3. Proses kelangsungan hidup melibatkan organisasi struktur badan. Organissi ini merupakan satu system yang saling
berkait dalam memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan sempurna.

(a) Nyatakan dua organisasi yang terdapat dalam struktur tubuh badan manusia. [2]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis dalam proses kelangsungan hidup? [2]

(c) Nyatakan empat mekanisme kawal atur yang bertanggungjawab terhadap homeostasis dalam system pernafasan

manusia. [4]

4. Kemampuan system kardiovaskular bergantung kepada keupayaan system jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Kemampuan ini dipengaruhi oleh kadar nadi rehat (KNR), isipadu strok, dan keluaran jantung.

(a) Takrifkan kadar nadi rehat, isipadu strok dan keluaran jantung. [3]

Kadar nadi rehat
Isi padu strok
Keluaran jantung

(b) KNR, isipadu strok dan keluaran jantung semasa rehat bagi dua orang atlet ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Atlet Kadar nadi rehat Isi padu strok (rehat) Keluaran jantung (rehat)

(dsm) (ml/d) (ml/m)

X 70 70 4900

Y 60 82 4920

(i) Atlet yang manakah mempunyai kapasiti kardiovaskular yang paling baik? [1]

(ii) Berikan dua justifikasi bagi jawapan anda di (i). [2]

(c) Nyatakan bagaimana KNR dan isipadu strok mempengaruhi keluaran jantung semasa senaman. [2]
Kadar nadi rehat
(KNR)
Isi padu strok (IS)

8

Bahagian B [30 markah]

Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

5. Latihan aerobik dapat meningkatkan prestasi pelari jarak jauh. Peningkatan prestasi ini adalah berkaitan dengan
penyesuaian fisiologi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Latihan Elemen fisiologi Penyesuaian fisiologi Implikasi prestasi
• Membantu fasa pemulihan
Aerobic Kadar nadi rehat Penurunan kadar nadi rehat • Membantu mengekalkan tahap kesihatan

yang baik

Berdasarkan jadual di atas, perihalkan penyesuaian fisiologi, kesan senaman Latihan aerobic dan implikasi prestasi atlet

bagi elemen fisiologi yang berikut: [15]

Latihan Elemen fisiologi Penyesuaian fisiologi Implikasi prestasi

Isipadu strok •

Keluaran jantung •
(cardiac output) •

Pengambilan oksigen

Aerobik Metabolisme tenaga •
aerobic •

Kadar nadi Latihan

6. Indeks pencemaran udara pada tahap 150 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan system respiratori
manusia. Hidung merupakan satu daripada system respiratori luaran yang terganggun akibat pencemaran udara tersebut.

(a) Perihalkan empat fungsi struktur hidung dalam system respiratori. [8]

Fakta Perihalan

(b) Jelaskan bagaimana kecerunan tekanan separa (partial pressure gradient) oksigen dan karbon dioksida [7]
mempengaruhi proses pertukaran gas dalam peparu dan tisu.

1
2
3
4
5
6
7

9

7. Sistem endokrin membantu memastikan tubuh badan berfungsi secara optima dengan mengawal atur pelbagai aktiviti

fisiologi. Ini dicapai apabila kelenjar merembeskan hormone khusus untuk bertindak balas secara fisiologi.

(a) Nyatakan tiga kepentingan hormone dalam system endokrin yang dapat meningkatkan prestasi atlet. [3]

1
2
3

(b) Perihalkan jenis hormone, organ sasaran dan dua tindak balas yang berlaku bagi situasi yang berikut: [12]
(i) Pengelakan penyahhidratan melampau
(ii) Peningkatan kekuatan otot hasil daripada Latihan bebanan
(iii) Metabolisme system tenaga

Situasi Jenis hormone Organ sasaran Tindak balas yang berlaku
Pengelakan
penyahhidratan
melampau

Peningkatan
kekuatan otot hasil
daripada latihan

Metabolisme
sisten tenaga

KERTAS SOALAN TAMAT

10

STPM 966/2 2015

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Aktiviti pemanasan badan adalah satu keperluan sebelum melakukan Latihan fizikal. Kegagalan melakukan aktiviti ini

boleh memudaratkan kesihatan terutamanya bagi Latihan kecergasan fizikal berintensiti tinggi.

(a) Nyatakan empat elemen penting yang dilakukan semasa aktiviti pemanasan badan. [4]

(b) Nyatakan empat kelebihan Latihan kecergasan fizikal yang berasaskan daya tahan kardiovaskular apabila dilakukan

secara berterusan. [4]

2. Setelah menjalani program Latihan fizikal berintensiti sederhana sebanyak empat kali seminggu untuk tempoh enam

bulan, seorang atlet dapat meningkatkan keupayaan prestasi aerobiknya.

(a) Nyatakan empat factor yang dapat membantu meningkatkan keupayaan prestasi aerobic atlet ini. [4]

(b) Berikan dua perbezaan penyesuaian fisiologi hasil Latihan kekuatan otot dan daya tahan otot. [4]

Kekuatan otot Daya tahan otot

11

3. Tahap keasidan darah akan meningkat semasa aktiviti sukan berintensiti tinggi.

(a) Nyatakan empat komponen utama dalam system urinary yang terlibat untuk mengekalkan kestabilan asid dan bes

dalam darah atlet itu. [4]

(b) Nyatakan tiga proses dalam ginjal untuk mengawal penurunan tahap pH semasa atlet melakukan aktiviti sukan

berintensiti tinggi. [3]

4. Dalam system rangka, sendi memainkan peranan yang penting bagi membolehkan pergerakan yang efisien. Sebahagian
daripada sendi dalam badan manusia ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Berdasarkan gambar rajah di atas, Nama sendi [3]
(a) Namakan jenis sendi A, B dan C. Nama tulang [2]
Nama tulang [2]
Sendi
A
B
C

(b) Namakan tulang yang terlibat di antara sendi D,

Tulang
i
ii

(c) Namakan tulang yang terlibat di antara sendi E

Tulang
i
ii

12

Bahagian B [30 markah]
Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

5. Daya tahan kardiovaskular adalah amat penting bagi memastikan atlet dapat bertanding pada tahap prestasi yang terbaik.

Jurulatih perlu memastikan bahawa komponen kecergasan daya tahan kardiovaskular diberi perhatian sebelum Latihan

dan semasa Latihan.

(a) Berdasarkan kiraan kaedah Karvonen, hitung kadar nadi sasaran bagi intensity Latihan antara 70% dan 80%

menggunakan data di bawah. [6]

Umur 28 tahun
Kadar nadi Rehat (KNR) 60 dsm
Kadar nadi maksima (KNM) 192 dsm

(b) Setelah melakukan Latihan pada jumlah peratusan intensity di (a) selama tiga bulan, jurulatih akan menilai tahap

prestasi atlet. Ujian bleep adalah salah satu ujian untuk menilai daya tahan kardiovaskular. Perihalkan prosedur yang

terlibat dalam melakukan ujian bleep ini. [9]

6. Cuaca panas dan lembab boleh menjejaskan prestasi optimum atlet. Kulit mampu mengurangkan risiko penurunan

prestasi atlet dengan mengadaptasi pada persekitaran tersebut.

(a) Jelaskan empat fungsi kulit dalam mengadaptasi persekitaran cuaca panas dan lembab untuk membolehkan atlet

mencapai prestasi puncak. [9]

Fakta Penjelasan

(b) Nyatakan tiga perbezaan antara kelenjar ekrin dengan kelenjar apokrin bagi atlet dalam persekitaran stress haba.

[6]

Kelenjar ekrin Kelenjar apokrin

13

7. Aktiviti memanaskan badan adalah penting sebagai persediaan untuk system kardiovaskular menghadapi Latihan fizikal.

Aktiviti ini membantu meningkatkan peredaran darah dengan lebih efisien dalam kitaran pulmonari dan kitaran sistemik.

(a) Bandingkan kitaran pulmonari dan kitaran sistemik bagi pengangkutan gas, tekanan darah, kandungan nutrient, sisa

metabolic dan arah edaran darah. [9]

Aspek Kitaran Pulmonari Kitaran sistemik

Pengangkutan
gas

Tekanan darah

Kandungan
nutrient

Sisa metabolic

Arah edaran
darah

(b) Perihalkan tiga teknik yang betul untuk mengambil kadar nadi melalui arteri radial. [6]

Fakta Penjelasan

KERTAS SOALAN TAMAT
14


Click to View FlipBook Version