SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 1)Deva kumarran A/L Poornesveran(1161) 2)Elamaaran A/L Murugan(1155) 3)Kantharuban A/L Saravanan(1220) 4)Keshava A/L Saravanan(1188) 5)Sittarthen A/L Sueraish(1168) Pensyarah: Pn.Normurni
7-8 9-10 11-12 KANDUNGAN MUKA SURAT 1 3-4 PENGENALAN SEJARAH & LATAR BELAKANG KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA KESIMPULAN 5-6
PENGENALAN Tiga kaum terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu,Cina dan India. Majoriti penduduk di tanah melayu ialah orangmelayu manakala orang cina turun sebagai pedagang danorang india bekerja sebagai buruh di Malaysia. Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masingmasing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa. 3
Place a photo caption here. SEJARAH & LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya. Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
Dari Masyarakat Melayu: Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. Dari Masyarakat Cina: Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha. Dari Masyarakat India: Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladangladang adalah dari golongan Tamil.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah hasil daripada campuran pelbagai kumpulan etnik dan agama. Ia mempunyai kesan positif seperti pelbagai budaya dan warisan yang kaya, tetapi juga boleh menimbulkan cabaran dalam pengurusan perbezaan etnik dan agama. Usaha untuk mempromosikan perpaduan, kesetaraan, dan saling penghargaan antara kumpulan etnik adalah penting dalam membina masyarakat majmuk yang stabil dan harmoni. Pengekalan Budaya Melayu: Pembentukan masyarakat Melayu telah menyumbang kepada kekuatan budaya Melayu di Malaysia, termasuk bahasa, adat resam, seni, dan makanan tradisional. Kesenian dan Warisan: Budaya Melayu juga merangkumi seni tradisional seperti tarian, muzik, dan seni ukiran kayu, yang merupakan sebahagian penting daripada warisan seni Malaysia. Pembangunan Ekonomi: Masyarakat Melayu juga telah memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor pertanian, perusahaan kecil dan sederhana, dan perdagangan. Politik: Masyarakat Melayu mempunyai pengaruh politik yang besar di Malaysia, dengan kebanyakan pemimpin politik negara ini berasal dari etnik Melayu. Cabaran Kepelbagaian: Walau bagaimanapun, pembentukan masyarakat Melayu juga boleh mencipta cabaran dalam hal mempromosikan perpaduan antara kumpulan etnik yang berbeza di Malaysia. Oleh itu, usaha untuk memastikan keadilan, kesetaraan, dan saling penghargaan adalah penting untuk memastikan keharmonian dalam masyarakat majmuk ini. Pembentukan masyarakat Melayu di Malaysia adalah sebahagian daripada pelbagai elemen yang membentuk masyarakat majmuk negara ini. Ia mempunyai kesan signifikan terhadap identiti dan budaya Malaysia. MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA KESAN PEMBENTUKAN MELAYU
Kekayaan Budaya dan Tradisi: Masyarakat Cina telah membawa dengan mereka ke Malaysia kekayaan budaya, tradisi, dan nilai-nilai warisan Cina seperti perayaan Tahun Baru Cina, seni khat, seni bina tradisional, dan banyak lagi. Kontribusi Ekonomi: Masyarakat Cina telah memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutamanya dalam sektor perniagaan, perdagangan, dan perindustrian. Ramai usahawan Cina telah mencipta peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kekayaan Pelajaran: Masyarakat Cina juga dikenali sebagai komuniti yang memberi tumpuan kepada pendidikan, dan ini telah membawa kepada peningkatan tahap pendidikan dalam masyarakat Malaysia. Pelbagai Bahasa: Bahasa Cina adalah salah satu daripada bahasa utama yang digunakan di Malaysia. Ini telah menyumbang kepada kepelbagaian bahasa di negara ini. Cabaran Kepelbagaian: Seperti dalam kes pembentukan masyarakat Melayu, pembentukan masyarakat Cina juga boleh menimbulkan cabaran dalam hal mempromosikan perpaduan dan kesetaraan antara kumpulan etnik yang berbeza. Oleh itu, usaha untuk memastikan keharmonian dalam masyarakat majmuk ini adalah penting. Pembentukan masyarakat Cina di Malaysia juga mempunyai kesan penting terhadap negara ini. CINA INDIA Kekayaan Budaya: Masyarakat India telah membawa bersama mereka kekayaan budaya dan tradisi India seperti perayaan Deepavali, seni tarian Bharatanatyam, seni bina kuil Hindu, dan masakan India yang pelbagai. Kontribusi Ekonomi: Masyarakat India telah memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutamanya dalam sektor perdagangan, perkhidmatan profesional, dan industri. Ramai individu India berjaya dalam bidang perniagaan dan profesional di Malaysia. Pelbagai Bahasa: Pelbagai bahasa India seperti Tamil, Telugu, dan Punjabi dikekalkan di Malaysia, dan ini telah menyumbang kepada kepelbagaian bahasa di negara ini. Pluralisme Agama: Masyarakat India di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Buddha, Islam, dan Kristian. Ini mengukuhkan kepelbagaian agama di Malaysia. Pendidikan dan Kebijaksanaan: Masyarakat India dikenali sebagai komuniti yang menitikberatkan pendidikan, dan ini telah memberikan impak positif kepada peningkatan tahap pendidikan di negara ini. Mereka juga memainkan peranan dalam bidang politik dan pentadbiran awam Malaysia. Pembentukan masyarakat India di Malaysia juga telah memberi kesan yang signifikan terhadap negara ini. Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita selalu ingat bahawa perpaduanadalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara. Tunku Abdul Rahman -
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. i Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah. 1927-1932 Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. 1930 Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orangorang imigran balik ke negara asal mereka. Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya. Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. 1874 Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas. Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistemsistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. DARI SEGI POLITIK DARI SEGI EKONOMI DARI SEGI SOSIAL
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramairamai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu. KESIMPULAN
kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Terima Terima Kasih