0 Mesyuarat agung pibg Kali ke – 36 / 2024 TARIKH : 18 MEI 2024 ( SABTU ) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DATARAN IKMU SMaD DIRASMIKAN OLEH : YBHG. CLR . EN. AHMAD KHAIR FAIZAL BIN YAHAYA Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI )
1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Aturcara Majlis 2 3 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 3-4 4 Carta Organisasi AJK PIBG Sesi 2023/2024 5 5 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 dan Borang Penyataan Usul 6 - 8 6 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 9 7 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-35 2023 10 - 23 8 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2023 24 - 29 9 Laporan Penyata Kewangan 2023 30 10 Perbahasan Usul dan Cadangan 31 11 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 32 12 Penghargaan 33
2 ATURCARA MAJLIS 8.30 pagi : Kehadiran guru dan ibu bapa 8.50 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis 9.00 pagi : Bacaan doa 9.05 pagi : Ucapan Yang Di Pertua PIBG Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmi 9.30 pagi : Rehat 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 bermula (dipengerusikan YDP) 1. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung kali ke-35 2023 2. Perkara berbangkit 3. Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG 2023 4. Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG berakhir Disember 2023 5. Membincang dan membahas usul dari Jawatankuasa PIBG/Ibu bapa 6.Hal-hal lain 7. Ucapan penangguhan 12.00 pagi : Majlis tamat
3 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 36 / 2024 HARI : SABTU TARIKH : 18 MEI 2024 MASA : 8.30 PAGI Bil Perkara Senarai Tugas 1 Penyambut Tetamu Pn Nor Lela binti Idris (GB) Encik Hazriyadi bin Jamaludin (PK1) Pn Juliana binti Ahmad Mahidin (PK HEM) Pn Siti Rohayu binti Mohd Abdah (PK KOKU) En Azizal bin Naziri(PK PTG) En Faiezaruddin bin Mohd Yusop (YDP PIBG) Pn Nur Azizah binti Saadan (NYDP PIBG) ➢ mengiringi dan meraikan VIP ➢ meraikan kedatangan ibu bapa 2 Pendaftaran Pn.Norhayati binti Yaacob (K) Pn Suhaida binti Ahmad Pn Yasmin Sulaiha binti Puruganul Ariff Pn Norhayati binti Zambri ( AJK Ibu Bapa ) Pn Rafiah binti Ramli ( AJK Ibu Bapa ) ➢ menyediakan borang pendaftaran ibu bapa dan guru/staff ➢ menyediakan kaunter pendaftaran ➢ mengedarkan buku program kepada VIP ➢ menyediakan kotak cabutan bertuah ➢ menyediakan nombor cabutan bertuah (2 set) ➢ menyediakan buku pelawat 3 Buku Program Pn Salmah binti Mat Saman (K) Pn Jasharina binti Abd Rasid Pn.Noor Hafizah binti M. Shaharuddin ➢ menyediakan buku program lengkap ➢ mencetak dan mengepil buku program ➢ menyerahkan buku program lengkap kepada AJK pendaftaran 4 Bacaan Doa En Muntaha Kamil bin Halid ➢ memimpin bacaan doa 5 Juruacara Pn Sophiatun binti Kormin ➢ mengacarakan majlis ➢ menyediakan teks ➢ mendapatkan maklumat program daripada S/U 6 Persiapan Tempat Dataran Ilmu En Hasni bin Hassan ( K ) En. Khairolnizam bin Nordin En. Sulieman bin Ariffin En. Azrul bin Ahmad Nawawi En Nazrin Nur bin Daud ( AJK Ibu Bapa ) Pekerja-pekerja swasta ➢ menyusun kerusi dengan kedudukan yang sesuai untuk pergerakan tetamu ➢ memastikan sofa untuk VIP di sediakan ➢ memastikan meja mesyuarat (di atas pentas) meja pengacara ,meja pencatat disediakan . ➢ memastikan dikemas kembali selepas majlis 7. Publisiti En. Muhamad Nasri Bin Abd Razak ( K ) En Muntaha Kamil bin Halid ➢ menempah banner ➢ memasang banner di Dataran Ilmu dan mengantung banner di pagar sekolah untuk hebahan. ➢ menyimpan semula banner yang digantung.
4 8. Pencatat Minit Pn Shalmiza binti Saari (K) Pn Hidayah binti M.Salleh ➢ memasang kain lapik dan hiasan meja ➢ mencatat minit mesyuarat ➢ menyerahkan minit kepada s/u 9. Jamuan VIP & Kebersihan Pn Norhapizah binti Dahari (K ) Pn Asmah Laily binti Mohd Rashidi Pn. Fazilah binti Ismail Pn Suriani binti Mohd Mahyudin ( AJK Ibu Bapa ) ➢ membuat tempahan makanan ➢ menyediakan air minuman untuk tetamu VIP dan ahli mesyuarat ➢ menyediakan jamuan untuk tetamu ➢ memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis 10. Jamuan Ibu Bapa, Guru & Kebersihan Cik Nor Nadira Syafinaz binti Rozaimi (K) Pn Jasharina binti Abd Rasid Pn.Noor Hafizah binti M. Shaharuddin Puan Anita binti Abdul Manap En Mohd Ghazali bin Mohamad ( AJK Ibu Bapa ) En Faudzi bin Ramli ( AJK Ibu Bapa ) ➢ membuat tempahan makanan ➢ memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis ➢ mengedarkan makanan kepada tetamu dan guru 11 Sudut Barangan Rahmah Pn Thevi a/p Krishnen ( K ) Puan Anita binti Abdul Manap Cik Siti Sarah binti Johari Cik Nur Amira binti Azmi ➢ Menyumpul barangan terpakai. ➢ Menyusun atur barangan rahmah di kelas 1 Seroja/6 Seroja ➢ Menyediakan tabung derma ➢ Mengemas semula ruangan yang digunakan 11. Jurufoto En Zoolhilmi bin Ghazali En Muntaha kamil bin Halid ➢ memastikan mengambill gambar yang bersesuaian untuk laporan. 12. Siaraya En Mohd Fazrul bin Mustapha (K) En Romi Faisal bin Mohd Khalid En Mohd Jamzury bin Abd Rasid ➢ memastikan siaraya berfungsi dengan baik ➢ memastikan alatan disimpan semula selepas majlis 13. Hadiah & Cabutan Bertuah Pn Hjh Lailatul Munirah binti Mohamad Dzambrah(K) Pn.Syakirah Binti Mustafa Pn Ruslina binti Muhamad Rusli Pn Ruslina binti Muhamad Rusli Cik Nur Fakhirah Wani binti Mohd Faiza Cik Nur Afifah binti Nor Azam ➢ menyediakan set nombor bertuah pada hadiah ➢ membalut hadiah ➢ menyampaikan hadiah kepada para pemenang 14. Laporan/Dokumentasi Salmah binti Mat Saman ➢ menyediakan laporan bergambar mesyuarat. 15. Tayangan video / slaid En Ashrol Aizam bin Kamaruddin ➢ menyedia dan menayangkan video aktiviti PIBG/Sekolah
5 CARTA ORGANISASI PIBG SKMD SESI 2023/2024 SETIAUSAHA PN SALMAH BINTI MAT SAMAN PENASIHAT PUAN NOR LELA BINTI IDRIS YANG DI PERTUA EN FAIEZARUDDIN BIN MOHD YUSOP YUSOPYUSOPYUSOP Faiezaruddin bin Mohd Yusop (YDP PIBG) NAIB YANG DI PERTUA PN NUR AZIZAH BINTI SAADAN AHLI JAWATANKUASA EN HASNI BIN HASSAN EN KHAIROLNIZAM BIN NORDIN CIK NOR NADIRA SYAFINAZ BINTI ROZMI PN SURIANI BINTI MOHD MAHYUDIN PN NORHAYATI BINTI ZAMBRI EN MOHD GHAZALI BIN MOHAMAD EN FAUDZI BIN RAMLI PN RAFIAH BINTI ZAINAL EN NAZRIN NUR BIN DAUD PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 EN ZOOLHILMI BIN GHAZALI PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 PN KHATIJAH BINTI HASHIM BENDAHARI EN. FAZRUL BIN MUSTAPHA PENOLONG BENDAHARI PN SUHAIDA BINTI AHMAD
6 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA JALAN MASJID 30020 IPOH, PERAK. TELEFON: 05-5265 441 FAKS : 05-5268 129 Ruj.Kami :SKMD.100-/13/1/4/Jld(22) Tarikh :6 Mei 2024 Kepada, 27 Syawal 1445H Ibu bapa / Penjaga Murid Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 akan diadakan pada : Tarikh : 18 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dataran Ilmu SKMD 3. Sehubungan itu, pihak PIBG SK Manjoi Dua amat berbesar hati menjemput tuan/puan menyertai mesyuarat tersebut bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG dan demi kepentingan anak – anak. 4. Sila maklumkan kehadiran tuan/puan beserta usul ( jika ada ) di dalam borang yang disediakan . Borang tersebut perlu diserahkan semula pada atau sebelum Jumaat , 10 Mei 2024. 5. Untuk makluman, usul/cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga pada 7 Mei 2024 – 10 Mei 2024 akan dibentangkan pada mesyuarat agung nanti. Untuk mendapatkan maklumat yang betul Pembawa usul hendaklah menyertai mesyuarat dan membentangkan sendiri usul tersebut dalam mesyuarat agung.Sekiranya pembawa usul tidak hadir maka usul tersebut tidak akan dibincangkan dan tidak akan diambil tindakan. 5. Kerjasama dan penyertaan tuan/puan amat dihargai demi kebaikan anak-anak didik serta kemajuan sekolah. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (Salmah binti Mat Saman) Setiausaha Kehormat PIBG
7 BORANG MAKLUMAT KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 1 ) Nama Ibu Bapa / Penjaga -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2 ) Nama Penuh Anak dan Kelas I. ------------------------------------------------------------------------------------------------- II. ------------------------------------------------------------------------------------------------- III. ------------------------------------------------------------------------------------------------- IV. ------------------------------------------------------------------------------------------------- 3) Pengesahan kehadiran ke Mesyuarat PIBG kali Ke -36 * Akan hadir Tidak hadir
8 CADANGAN / USUL BERTULIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 ( jika ada ) Dengan ini saya ingin mengemukakan cadangan / usul-usul seperti berikut :- 1. ……………………………………………………………………………………… 2. ……………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… 3. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………… 4. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… Sekian, dimaklumkan. Yang benar, …………………………………………… (Nama…………………………………………………) Perhatian : 1. Usul / Cadangan dan borang maklumat kehadiran hendaklah dikembalikan pada atau sebelum Jumaat, 10 Mei 2024. 2. * sila tanda ( / ) pada yang berkenaan.
9 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK MANJOI DUA KALI KE-36 2024 Aenda 1 : Ucapan Pengerusi YDP PIBG En Faiezaruddin bin Yusop Agenda 2 : Ucapan Penasihat Guru Besar SK Manjoi Dua : Puan Nor Lela binti Idris Agenda 3 : Membentang dan menerima minit mesyuarat agung kali ke-35 2023 Agenda 4 : Perkara berbangkit Agenda 5 : Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG 2023 Agenda 6 : Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG berakhir Disember 2023 Agenda 7 : Membincang dan membahas usul dari Jawatankuasa PIBG/Ibu bapa Agenda 8 : Hal-hal lain Agenda 9 : Ucapan penangguhan
10 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA JALAN MASJID 30020 IPOH, PERAK. TEL : 055265441 KOD SEKOLAH : ABA2043 FAX : 055268129 ________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBAGSAAN MANJOI DUA, JALAN MASJID KALI KE 35 Hari : Sabtu Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dataran Ilmu SK Manjoi Dua Kehadiran : Ibu bapa : 70 orang Guru/Staf : 36 orang Jumlah : 106 orang AGENDA : 1.0 Ucapan Pengerusi En. Ansor bin Muhd Rivai (YDP PIBG) 1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab seterusnya mengucapkan kesyukuran kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 dapat dijalankan di dataran Ilmu secara bersemuka. 1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG dan sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah. 1.3 Beliau memohon untuk undur diri keran sudah menjadi YDP PIBG di SKMD selama 4 tahun. 1.4 Beliau berharap ibu bapa dapat terus memberikan kerjasama dan sokongan terhadap pihak sekolah dan membantu mengatasi dan memperbaiki masalah kehadiran anakanak ke sekolah dengan barisan AJK PIBG yang bakal dilantik nanti.. Tindakan : Makluman
11 2.0 Ucapan Penasihat Pn. Fadzilah bt. Abd Aziz (Guru Besar) 2.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35. 2.2 Memperkenalkan barisan pentadbir iaitu, beliau sendiri Puan Fadzilah bt. Abd Aziz sebagai Guru Besar SKMD. 2.3 Seterusnya, Penolong Kanan Pentadbiran yang baru iaitu En.Hazriyadi bin Jamaludin, Penolong Kanan Hem iaitu Puan Juliana binti Ah. Mahidin, Penolong Kanan Kokurikulum En. Meor Zulkernean bin Zabidin dan Penolong Kanan Petang iaitu En.Azizal bin Nazirin. 2.4 Guru Besar memaklumkan pada cuti sekolah yang lepas, semua guru SKMD hadir ke sekolah untuk mengajar murid pemulihan dan ada yang terlibat untuk melatih murid untuk pertandingan Ko Akademik. 2.5 Bagi beliau, guru-guru SKMD sekarang bertaraf ’A’ dan cemerlang dari pelbagai bidang. 2.6 Pada pandangan Guru Besar, murid-murid SKMD mempunyai sahsiah dan peribadi yang baik dan tidak mempunyai masalah disiplin yang serius. 2.7 Beliau tidak memandang latar belakang murid-murid dan ibu bapa sama ada hidup susah atau senang. Begitu juga pekerjaan ibu bapa, bagi beliau semuanya sama sahaja dalam menuntut ilmu. 2.8 Beliau berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik dalam dan menyokongminat anak-anak jika mereka terlibat dalam latihan Ko Akademik di sekolah. 2.9 Sebagai ibu bapa, jangan lah menghalang minat anak-anak untuk memasuki pertandingan yang diminati kerana dibimbangi anak-anak akan memberontak suatu hari nanti. 2.10 Murid-murid juga perlu diterapkan nilai untuk menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.Murid-murid datang awal ke sekolah dan menjalankan tugas masing-masing di dalam kelas bukan bermaksud guru mendera murid-murid. 2.11 Beliau juga berharap jika ada anak-anak mengadu tentang guru-guru atau kejadian yang berlaku di sekolah, ibu bapa perlu siasat terlebih dahulu kesahihan cerita tersebut sebelum datang menyerang di sekolah tanpa usul periksa. 2.12 Kadang-kadang anak-anak memberontak di sekolah kerana mempunyai masalah di rumah.Ada juga murid-murid bersikap baik ketika berada di rumah dan perwatakan berubah ketika berada di sekolah. 2.13 Guru Besar meminta ibu bapa yang belum masuk ke dalam Group KKSB supaya boleh masuk segera ke dalam group itu untuk mendapat info-info terkini tentang perkembangan SKMD.Beliau akan sentiasa update info-info terkini di dalam group itu dari semasa ke semasa.
12 2.14 Memaklumkan bahawa Puan Juliana akan memasukkan slide tentang ucapan beliau mengenai Hal Ehwal Murid di dalam group masing-masing untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa yang tidak hadir ke mesyuarat pada hari ini. 2.15 Guru Besar berharap sebelum beliau bersara, SKMD akan berada di suatu tahap yang membanggakan dakam semua bidang. 2.16 Seawal 5 bulan berada di SKMD, beliau sudah bergerak untuk menaik taraf sekolah ini dan sekarang SKMD sudah banyak berubah ke arah yang lebih ceria dan membanggakan warga sekolah. 2.17 Beliau sangat berbangga dengan pencapaian SKMD sekarang kerana telah membuka mata pelbagai pihak kerana prasarana yang cantik dan guru-guru dan murid-murid juga bergerak dengan aktif. 2.18 Beliau memaklumkan bahawa SKMD banyak menjadi pilihan sebagai tuan rumah bagi pelbagai pertandingan dan yang terbaru pada hari Khamis, 8 Jun 2023 SKMD menjadi tuan rumah untuk pertandingan Mahrajan Al-Quran dan Ihtisal Luqhawi Sekolah-Sekolah peringkat Zon B. 2.19 Seperti ibu bapa sudah maklum, Guru Besar ada memasukkan kejayaan dan kemenangan murid-murid SKMD bagi pertandingan tersebut di dalam Group Whatsapp KKSB. 2.20 SKMD telah memenangi 5 tempat terbaik antara 17 buah sekolah yang bertanding iaitu tempat ketiga tilawah perempuan, naib johan hafazan lelaki, tempat ketiga kalam arabiy lelaki, johan kalam arabiy perempuan dan tempat ketiga nasyid. 2.21 Untuk pengetahuan ibu bapa, selepas ini murid-murid yang menang pada peringkat zon akan bertanding pula diperingkat daerah pada bulan Julai nanti. 2.22 Guru Besar ada menunjukkan keadaan gendang yang dimainkan oleh murid-murid nasyid untuk pertandingan tempoh hari sudah uzur dan mengeluarkan bunyi yang tidak enak. 2.23 Ini juga menjadi salah satu sebab kumpulan nasyid SKMD hanya mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut. 2.24 Beliau melahirkan hasrat untuk membeli gendang yang baru dan sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang ringgit sangat lah dialu-alukan walaupun hanya RM 10 seorang. 2.25 Harga bagi sebuah gendang ini lebih kurang RM1,200 dan Panitia Muzik tidak mempunyai peruntukan wang sebanyak itu. 2.26 Selain dari itu, pertandingan merentas desa juga akan diadakan pada penghujun Jun nanti.Murid-murid merentas desa juga sudah menjalani latihan di Gunung Kledang semasa cuti sekolah yang lepas dan akan terus berlatih sehingga pertandingan dijalankan.
13 2.27 Seterusnya pertandingan sepak takraw bola baling dan bola jaring pula akan menyusul. SKMD juga akan menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola jaring dan 45 buah sekolah akan sertai. 2.29 Disebabkan keadaan padang sekolah yang tidak berapa memuaskan jika hari hujan, Guru Besar akan usahakan untuk mengadakan pertandingan bola jaring di Taman DR Seenivasagam, Ipoh kerana di situ lebih selesa dan keadaan padangnya lebih baik. 2.30 Ibu bapa boleh menjadi sukarelawan untuk membantu pihak sekolah menguruskan pertandingan tersebut. 2.31 Walaupun SKMD sebuah sekolah yang kecil dan mempunyai kaki tangan yang sedikit tapi Guru Besar sangat berbangga kerana mampu membuktikan ’kerja buat’ SKMD mendapat kepercayaan PPD dan sekolah lain untuk menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola jaring pada tahun ini. 2.32 Beliau melahirkan rasa syukur kerana sekarang kehadiran murid-murid ke sekolah sangat menggalakkan kerana faktor tarikan ke sekolah sangat hebat. 2.33 Banyak aktiviti yang murid boleh sertai dan juga bangunan sekolah sudah cantik dan bilik-bilik khas telah dinaik taraf menjadi faktor utama tarikan murid-murid ke sekolah. 2.34 Murid-murid juga dialu-alukan hadir ke sekolah walaupun lewat. 2.35 Guru Besar memaklumkan pada mesyuarat kali ini akan diadakan pembubaran YDP,NYDP dan AJK PIBG kerana En. Ansor dan En Zarawi telah memegang jawatan YDP dan NYDP selama 4 tahun. 2.36 Beliau berharap lantikan AJK yang baru nanti akan memberikan komitmen yang baik terutamanya hadir ke Mesyuarat AJK PIBG kerana mesyuarat AJK hanya 4 kali setahun dan mesyuarat akan diadakan secara Google Meet sekiranya ada kekangan masa pada waktu bekerja. 2.37 Paling penting YDP dan NYDP yang baru dilantik nanti mempunyai kuasa dan bergerak aktif untuk sama-sama memajukan SKMD bersama barisan pentadbir dan AJK-AJK PIBG yang lain. 2.38 Satu lagi tarikan terbaru yang akan dijalankan di sekolah iaitu sarapan rahmah yang akan disediakan untuk murid-murid yang hadir awal ke sekolah. 2.39 Pihak sekolah akan menyediakan air panas dan akan diletakkan biskut di dalam tin di tempat sarapan rahmah tersebut. 2.40 Guru Besar mengalu-alukan guru-guru atau ibu bapa yang hendak menyumbangkan makanan seperti nasi lemak, mihun goreng, mi goreng, kuih muih atau apa sahaja makan yang sesuai untuk sarapan pagi. 2.41 Guru kelas boleh memaklumkan kepada ibu bapa di dalam Group WhatsApp kelas masing-masing.
14 2.42 Memaklumkan tentang prasarana sekolah telah dinaiktaraf iaitu Pusat Sumber Sekolah, bilik J-qaf, bilik isolasi, bilik menunggu dan bilik guru serta bilik-bilik khas yang lain juga telah berwajah baru. 2.43 Program Pemulihan SKMD berkolaborasi bersama 35 orang pelajar IPG Kampus Ipoh juga sudah selesai dijalankan selama empat minggu. 2.44 Murid pemulihan juga semakin berkurangan iaitu seramai 13 orang murid bagi sesi pagi dan 12 orang murid bagi sesi petang. 2.45 Memaklumkan tentang latihan pasukan elit, Pendidikan Jasmani dan aktiviti Kokurikulum terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan cuaca yang sangat panas telah melanda negara kita buat masa sekarang. 2.46 Namun begitu, aktiviti-aktiviti dalaman tetap diteruskan kerana murid-murid menjalankan aktiviti di dalam kelas, dewan atau bilik-bilik khas. 2.47 Pihak sekolah sentiasa mengikut arahan daripada pihak KPM dan arahan ini sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan cuaca. 2.48 Memaklumkan bahawa pihak pentadbir sekolah telah selesai menyemak buku tulis murid-murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. 2.49 Pihak sekolah telah banyak mencari penyumbang bagi menaik taraf bangunan sekolah seperti tandas murid dan pra sekolah yang telah mendapat sumbangan sebanyak RM20 000 daripada Yang Berhormat Chan Ming Kai. 2.50 Berharap sekiranya AJK-AJK ibu bapa juga dapat membantu pihak sekolah dengan mencari penyumbang untuk pembangunan SKMD. 2.51 Memaklumkan beliau baru berjumpa dengan Exco Pendidikan negeri Perak iaitu Yang Berhormat Encik Khairudin bin Abu Hanipahdan sudah mendapat sumbangan sebanyak RM3 000. 2.52 Wang sumbangan itu akan digunakan untuk membeli pakaian bagi peserta ukele, angklung dan rekoder. 2.53 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Parlimen Tambun kerana memberi sumbangan untuk cabutan bertuah pada hari ini dan juga kepada Ustaz Muntaha yang banyak mendapat sponsor beras dan minyak serta barangan dapur yang lain, Kedai Runcit Tawakal serta kepada Kedai Borong Barakah, Manjoi. 2.54 Puan Juliana juga banyak mencari sponsor untuk hadiah cabutan bertuah untuk hari ini. Ada juga guru-guru dan AJK PIBG yang memberi sumbangan hadiah cabutan bertuah. 2.55 Mesyuarat pada hari ini menyediakan hadiah cabutan bertuah yang hebat dan lumaya iaitu penginapan satu malam di Hotel Casuarina, makan malam untuk 2 orang juga di Hotel Casuarina, Lost World Tambun disamping pelbagai hadiah barangan dapur seperti beras dan minyak dan juga barangan elektrik.
15 2.56 Walaubagaimanapun Guru Besar berharap kehadiran ibu bapa pada hari ini bukan disebabkan hadiah cabutan bertuah tetapi untuk mendengar amanat daripada beliau dan mendengar info-info yang disampaikan di dalam Mesuarat Agung PIBG. 2.57 Guru Besar memaklumkan bahawa Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Hari Bertemu Waris telah selesai dijalankan pada 13 Mei yang lalu. 2.58 Selepas ini akan diadakan beberapa lagi aktiviti antaranya Malam Gala iaitu reunion untuk bekas pelajar SKMD.Tujuannya untuk mencari dana PIBG dan segala duit yang dapat akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG. 2.59 Seterusnya Program Bacathon, Gotong-Royong Perdana dan Kejohanan Olahraga SKMD. 2.60 Untuk Hari Anugerah, Guru Besar akan serahkan kepada Guru Besar yang baru untuk meneruskan apad tahun hadapan. 2.61 Guru Besar memohon ampun dan maaf sekiranya di bawah pentadbiran beliau ada melakukan kesalahan dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti sekolah. 2.62 Beliau berharap ibu bapa akan menyokong dan memberikan kerjasama yang baik bagi setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah di masa akan datang. 2.63 Mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 yang sentiasa memudahkan urusan pihak sekolah menjalankan setiap program sepanjang sesi 2022/2023. 2.64 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKMD yang banyak memberi sokongan kepada beliau sepanjang menjadi Guru Besar di sini. 2.65 Beliau juga berharap ibu bapa dapat mempromosikan SKMD kepada ibu bapa di luar untuk mendaftar anak-anak tahun 1 di sekolah ini kerana pendaftran murid tahun 1 untuk sesi akan datang masih sedikit. 2.66 Sekiranya murid-murid di SKMD berterusan masih sedikit jumlahnya, satu kelas akan ditutup. Pada sesi kali ini, Tahun 5 sudah ditutup satu kelas dan hanya wujud satu kelas sahaja iaitu 5 Seroja dan jumlah murid untuk satu kelas mencecah 35 orang. Tindakan : Makluman 3.0 Mengesahkan Kehadiran Ahli 3.1 Kehadiran ahli pada Mesyuarat Agung PIBG kali 35 adalah seramai 106 orang. Tindakan : Makluman
16 4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Meyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 4.1 Pn. Karminaliza binti Kassim selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat untuk diterima dan disahkan. (Sila rujuk buku program mesyuarat , muka surat 8 hingga 15). Dicadang oleh : Puan Normah bt. Samah Disokong oleh : Puan Norhayati bt. Zambri Tindakan : Makluman 5.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan Aktiviti 2022/2023 5.1 Pn. Karminaliza binti Kassim selaku setiausaha membentangkan laporan tahunan aktiviti 2022/2023 untuk diterima dan disahkan. (Sila rujuk buku program mesyuarat , muka surat 17 hingga 18). Dicadang oleh : Puan Khatijah bt. Hashim Disokong oleh : En Muntaha Kamil bin Halil Tindakan : Makluman 6.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Tabung PIBG) Berakhir pada Jun 2023. 6.1 En. Azrul Izham bin Ahmad Nawawi selaku bendahari membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan untuk diterima dan disahkan. (Sila rujuk buku program mesyuarat, muka surat 19). Dicadang oleh : Puan Rafiah Bt. Zainal Disokong oleh : Puan Thevi a/p Krishnen Tindakan : Makluman 7.0 Membentang Usul-usul Bertulis 7.1 USUL 1 PEMBAWA USUL : NORHAYATI BINTI ZAMBRI ANAS SOFINA BINTI MOHD AZHARUDIN (6 SEROJA) i ) Tandas murid perempuan kotor dan berbau busuk.Anak sering tahan kencing buang air besar kerana tidak mahu menggunakan tandas sekolah.
17 Jawapan: Pekerja kebersihan mencuci tandas empat kali setiap hari.Masalah tandas murid yang lain sudah diatasi. 7.2 USUL 2 PEMBAWA USUL : EN.MOHAMAD RAZIF BIN HJ BAHARI NURUL HUMAIRA BINTI MOHAMAD RAZIF (5 SEROJA) MUHAMMAD NUR AMMAR BIN MOHAMAD RAZIF (2 SEROJA) NURUL ATHIRAH HUSNA BINTI MOHAMAD RAZIF (1 SEROJA) a)TEMPAT MELETAK KERETA/WAKTU PUNCAK MENGHANTAR DAN MENGAMBIL PELAJAR PAGI DAN PETANG Mohon jasa baik semua warga SK Manjoi Dua dan ibu bapa bekerjasama untuk memberi laluan kepada semua pengguna jalan raya yang menghantar dan mengambil anak-anak sekolah khususnya diwaktu SESAK. Mohon tidak meletakkan kereta/motor di hadapan keluar masuk pagar utama sekolah. Mohon tidak “double parking”. Bagi mengelakkan waktu-waktu TERTENTU jalan di hadapan pagar utama menjadi ‘sesak’. Boleh mengakibatkan kemalangan kecil atau boleh jadi kemalangan yang tidak diingini akibat bersesak-sesak mengambil atau menghantar anak ke sekolah. Cadangan: Mewujudkan bantuan IKATAN RELA untuk menjaga lalu lintas berdasarkan keperluan semasa.Dengan kehadiran RELA, dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sesak. Jawapan: Boleh dipertimbangkan jika ada ibu bapa yang sudi menjadi sukarelawan sekolah kerana rela perlu dibayar dan sekolah tiada sumber kewangan. Tugas guard hanya di pintu pagar sekolah sahaja tetapi mereka akan menjaga keselamatan murid-murid di luar pintu pagar sekolah.
18 b) TANDAS Jika terdapat vandalisme berlaku dikalangan pelajar di atas sifat kenakalan kanak- kanak, pihak PIBG dan pentadbir sekolah disyorkan memasang ‘FAKE CCTV’ di kawasan-kawasan berhampiran tandas (bukan di hadapan tandas) atau terlalu hampir dengan tandas kerana bimbang wujudnya salah sangka yang tidak baik di kalangan ibu bapa. FAKE CCTV sekadar untuk mengingatkan para pelajar yang nakal ‘kanak-kanak’ bahawa anda di perhatikan. Pentadbir perlu mewar-warkan kepada pelajar dengan kewujudan CCTV tersebut dan mengingatkan pelajar-pelajar supaya tidak melakukan vandalism. Jawapan : Boleh dipertimbangkan untuk meletakkan cctv yang sebenar jika ada yang menyumbang. c) GLOBAL WARMING / PEMANASAN GLOBAL Kajian Sains menunjukkan bahawa pemanasan global akan berterusan untuk tahun- tahun seterusnya. Saya difahamkan bahawa KPM telah memberi mandat kepada Guru Besar ? Pengetua untuk memantau keadaan cuaca sepanjang masa bagi memastikan kebajikan pelajar- pelajar dijaga sebaiknya.Dan boleh mengambil keputusan menutup sekolah untuk sementara bagi mengelakkan krisis ‘heat stroke’. Oleh kerana pelajar-pelajar akan berada di dalam pengawasan sekolah hampir 8 jam sehari, mohon juga pihak pentadbir sekolah untuk ‘observe kepada ‘heat’ bukan hanya suhu untuk membenarkan pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti luar di padang. Jawapan: Segala kegiatan padang/ kokurikulum berpandukan arahan daripada KPM. d) PEMAKAIAN VEST / TALI LEHER DAN PAKAIAN SUKAN TERKINI Tahniah kepada pihak pentadbir kerana bertindak untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk memakai pakaian sukan atas sebab keadaan cuaca panas.
19 Merujuk kepada kenyataan yang diberikan, pakaian sukan terkini telah pun berada di kedai buku sekolah, dengan kedaan ekonomi yang serba mencabar, pihak ibu bapa memandang serius kepada pembelian baju sukan ini. Apakah pihak sekolah mewajibkan pembelian baju sukan ini? Adakah sebarang tempoh tertentu untuk ibu bapa menyediakan baju sukan tersebut? Semasa pentadbiran kerajaan PH, KPM di bawah tadbirurus oleh Dr Maslee Malik telah mengeluarkan arahan kasut putih kepada kasut hitam. Pihak kementerian tidak memaksa pelajar-pelajar menukar terus kasut, hanya memberikan ruang waktu yang cukup sesuai untuk ibu bapa membeli kasut hitam untuk anak-anak. Adakah procedure ini juga terpakai untuk pertukaran baju sukan lama kepada baju sukan baru? Jawapan: Tiada paksaan untuk membeli T’shirt sukan sekolah yang baru, mengikut kemampuan ibu bapa. 7.3 Usul 3 PEMBAWA USUL :PUAN NURSHALIZA BINTI MOHAMED M0RLY WAN AIRIS ARIANA (3 SEROJA) a)Menyelaraskan jadual persekolahan hari Jumaat sesi petang bermula pada pukul 2.15 petang.(Memudahkan urusan pengangkutan bagi kaum bapa) b)Menyeragamkan waktu balik sesi petang setiap hari kepada pukul 5.50 petang atau lebih awal (terutama bagi hari Isnin dan Selasa). Jawapan a dan b: Jadual waktu sukar diubah kerana tertakluk dengan peraturan yang telah ditetapkan kerana penyediaan jadual waktu mengikut garis panduan yang diberi oleh KPM. Sekolah lain waktu balik murid bagi sesi petang lebih lewat. En. Azizal (PK Petang) meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk mengambil anak-anak lebih awal mengikut waktu balik setiap hari.Beliau menyatakan bahawa ada segelintir ibu bapa yang selalu datang lambat untuk mengambil anak-anak pada waktu petang.
20 8.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Bagi Sesi Tahun 2023/2024 8.1 Mesyuarat memutuskan Ahli Jawatatankuasa PIBG SK Manjoi Dua Sesi 2023/2024 adalah seperti berikut; Yang Dipertua : En Faiezaruddin bin Mohd Yusop Naib Yang Dipertua : Puan Nor Azizah binti Saadan Setiausaha : Pn Karminaliza bt. Kassim Pen. Setiausaha : Pn Nurul Syahiza binti Mohd Saleh Bendahari : En. Fazrul bin Mustapha Pen. Bendahari : Pn.Suhaida binti Ahmad AJK Guru : Pn Salmah binti Mat Saman : En Hasni bin Hassan : En Khairolnizam bin Nordin AJk Ibu Bapa : En Ahmad Faudzi bin Ramli : En Muhd Nazrin Nur bin Daud : Pn Suriani binti Mohd Mahyudin : Pn Rafiah bt. Zainal : Pn Norhayati binti Zambri Pemeriksa Kira-kira : Cik Nor Nadira Syafinaz Binti Rozmi : Pn Khatijah bt. Hashim Tindakan : Makluman
21 7.12 USUL AJK PIBG KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2023 Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 1 Bayaran Komputer (setiap murid) RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 2 Bayaran Era (Kecemerlangan UPSR) - - - - - RM100 3 Bayaran PIBG (1 keluarga) RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM 50 4 Program Peningkatan Akademik RM20 RM20 RM20 RM20 RM20 - Jumlah Besar RM80 RM80 RM80 RM80 RM80 RM160 Disokong oleh : Sebulat suara
22 10.0 Hal-hal Lain 10.1 Guru Besar membubarkan AJK PIBG sesi 2022/2023 dan memperkenalkan AJK-AJK PIBG yang baru bagi sesi 2023/2024. 10.2 Beliau memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk sesi 2023/2024: 10.2.1 GOTONG-ROYONG PERDANA 10.2.2. KEJOHANAN OLAHRAGA SKMD 10.2.3 PROGRAM BACATHON 10.2.4 MALAM GALA (REUNION SKMD) 10.3 Juga memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk sesi ini iaitu Mesyuarat Agung PIBG dan Program Permuafakatan dan Hari Bertemu Waris yang telah dilaksanakan pada 13 Mei 2023. 10.4 Guru Besar mengumumkan dan memperkenalkan YDP PIBG SKMD yang baru bagi sesi 2023/2024 iaitu En. Faiezaruddin bin Mohd Yusop menggantikan En. Ahmad Ansor bin Mohd Ravai. 10.5 Bendahari PIBG SKMD yang baru iaitu En. Fazrul bin Mustapha menggantikan En. Azrul Izham bin Ahmad Nawawi. 10.6 Puan Karminaliza binti Kassim masih kekal sebagai Setiausaha Kehormat PIBG SKMD bagi sesi 2023/2024. 10.7 YDP PIBG yang baru memohon sokongan daripada semua ahli PIBG untuk sama-sama Memberikan kerjasama bagi melaksanakan semua program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah demi generasi akan datang. 10.8 Sesiapa yang berhajat untuk memberikan sumbangan menu rahmah boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing. 10.9 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan menunggu sehingga habis mesyuarat.Beliau meminta maaf sekiranya ada salah silap dalam kata-kata beliau sepanjang mesyuarat berlangsung.
23 Tindakan : Makluman 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang sudi melapangkan masa menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 dan mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.25 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Karminaliza bt. Kassim) (Faiezaruddin bin Mohd Yusop) Setiausaha Kehormat PIBG, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua. Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua.
24 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SK MANJOI DUA TAHUN 2023/2024 Jawatankuasa PIBG sesi 2023 / 2024 telah berusaha untuk melibatkan diri secara lebih aktif bagi membantu pihak sekolah untuk mencapai dan meningkatkan lagi prestasi sekolah serta melahirkan modal insan yang berkualiti sama ada dari aspek akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun keceriaan serta prasarana sekolah. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut. SENARAI MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023 / 2024 BIL PERKARA TARIKH 1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2022 Kali Pertama 13.07.2023 2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2022 Kali Kedua 08.11.2023 3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2022 Kali Ketiga 02.05.2024 4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2022 Kali Keempat 13.05.2024 Petunjuk / Hadir TH Tidak Hadir THS Tidak Hadir Bersebab
25 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023 / 2024 BIL NAMA 1 2 3 4 13.07.2023 08.11.2023 02.5.2024 13.5.2024 1 PUAN NOR LELA BINTI IDRIS / / / / 2 PN FADZILAH BINTI ABD AZIZ / / BERSARA BERSARA 3 ENCIK HAZRIYADI BIN JAMALUDIN THS / / / 4 PUAN JULIANA BINTI AHMAD MAHIDIN / / / / 5 PUAN SITI ROHAYU BINTI MOHD ABDAH / / / / 6 ENCIK AZIZAL BIN NAZIRI / / / / 7 ENCIK FAIEZARUDDIN BIN MOHD YUSOP / / / / 8 PN KARMINALIZA BT. KASSIM / BERTUKAR BERTUKAR BERTUKAR 9 PN NURUL SYAHIZA BINTI MOHD SALEH / BERTUKAR BERTUKAR BERTUKAR 10 PUAN NUR AZIZAH BINTI SAADAN / THS THS THS 11 PUAN SALMAH BINTI MAT SAMAN / / / / 12 ENCIK FAZRUL BIN MUSTAPHA / / / / 13 PUAN SUHAIDA BINTI AHMAD THS / / / 14 CIK NOR NADIRA SYAFINAZ BINTI ROZMI / / / THS 15 PUAN KHATIJAH BINTI HASHIM / THS THS THS 16 ENCIK HASNI BIN HASSAN / / / THS 17 ENCIK KHAIROLNIZAM BIN NORDIN / / / / 18 ENCIK ZOOLHILMI BIN GHAZALI - - / THS 19 PUAN NORHAYATI BINTI ZAMBRI / / / / 20 ENCIK NAZRIN NUR BIN DAUD / THS THS THS 21 ENCIK AHMAD FAUDZI BIN RAMLI / / THS / 22 PUAN RAFIAH BT ZAINAL THS / / THS 23 PUAN SURIANI BINTI MOHD MAHYUDIN / / / THS 24 ENCIK MOHD GHAZALI BIN MOHAMAD / / / /
26 PROGRAM DAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2023 /2024 JANUARI 2023 HARI SHOWCASE SKMD HARI KEUSAHAWANAN SKMD PROGRAM PLC PELAJAR IPG CAWANGAN KAMPUS IPOH BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS DAN METEMATIK( SESI 1 DAN 2 ) FEBRUARI 2023 PENDAFTARAN TAHUN 1 HARI APRESIASI SKMD SESI 2022/2023 JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 MAJLIS PERSARAAN ENCIK HISHAMUDDIN BIN ZAKARIA PROGRAM PLC PELAJAR IPG CAWANGAN KAMPUS IPOH BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS DAN METEMATIK( SESI 1 DAN 2 ) PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2022/2023) PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2023/2024) ORENTASI TAHUN 4 SESI 2023/2024 MAC 2023 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 KURSUS KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH PROGRAM PLC PELAJAR IPG CAWANGAN KAMPUS IPOH BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS DAN METEMATIK( SESI 1 DAN 2 ) MAJLIS PERSARAAN PUAN AZIMAH BINTI YAHYA PROGRAM IHYA RAMADHAN PROGRAM CELIK AL-QURAN PROGRAM BUAL BICARA EDU-PERAK 2023 APRIL 2023 PENGAGIHAN WANG BAP PROGRAM PLC PELAJAR IPG CAWANGAN KAMPUS IPOH BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS DAN METEMATIK( SESI 1 DAN 2 ) GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH PROGRAM WORLD HOUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN
27 MEI 2023 PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA/HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH PROGRAM 3S PROGRAM KELAS PEMULIHAN ( CUTI PENGGAL ) JUN 2023 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 PELANCARAN PROGRAM SARAPAN RAHMAH MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SEKOLAH PROGRAM INSPIRASI PRIHATIN YaPEM DAN FOOD BANK YaPEM 5.0 PROGRAM CERAMAH KES BULI DAN JENAYAH SIBER PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN JULAI 2023 PENYERAHAN BANTUAN KWAMP PROGRAM PENGENALAN KRIKET ADIWIRA KEJOHANAN MSSD 2023 PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUN 1 DAN TAHUN 6 PROGRAM TAKLIMAT HFMD OGOS 2023 PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING SUKSES KERJAYA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH GOTONG ROYONG MADANI PROGRAM KHIDMAT BANTU ILP PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL SEPTEMBER 2023 PROGRAM PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KELAS INTENSIF AL-QURAN ( SELASA HINGGA KHAMIS ) PROGRAM PEMERKASAAN ALQURAN OKTOBER 2023 MAJLIS PELANCARAN TVPSS SK MANJOI DUA PROGRAM HEM ( UNIT KAUNSELING) REMAJA UNGGUL ASPIRASI NEGARA MANJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
28 HARI BERTEMU WARIS PROGRAM SAHSIAH TERBILANG DAN HENTIKAN BULI KEM BESTARI SELAT TAHAP 1 DAN 2 PROGRAM SUKAN NEGARA PENYERAHAN FOODBANK OLEH MAIP GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN BILIK-BILIK KHAS PROGRAM REMAJA UNGGUL ASPIRASI NEGARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH NOVEMBER 2023 SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASINSEMPENA MINGGU SOLIDARITI BERSAMAMU PALESTIN PERKHEMAHAN JATI DIRI SKMD PERINGKAT NEGERI BENGKEL MUMTAZ BAHASA ARAB DAERAH KINTA UTARA PROGRAM BENGKEL WARTAWAN CILIK PROGRAM MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERSARAAN GURU BESAR PUAN FADZILAH BT ABD AZIZ JAMUAN AKHIR TAHUN ( TAHUN 6 ) DISEMBER 2023 KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE LATIHAN KEBAKARAN JANUARI 2024 LATIHAN KEBAKARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN JAMUAN TAHUN 6 FEBRUARI 2024 MAJLIS KHATAM AL-QURAN HARI ANUGERAH 2023 PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
29 GOTONG-ROYONG FASA 1 MAJLIS LAMBAIAN KASIH TAHUN 6 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH MAC 2024 PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN PROGRAM GURU PENYAYANG PROGRAM KUNJUNG BANTU TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PROGRAM BERBUKA PUASA DI RUMAH MAKAN CHEF EJA PENYERAHAN BAP TAHUN 1 PROGRAM RAHMAT RAMADHAN BERSAMA PETRONAS APRIL 2024 PROGRAM QURAN HOUR PROGRAM MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN MAJLIS PENUTUP BULAN TRANSISI TAHUN 1 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH MEI 2024 SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH PEOGRAM BERSAMA KIDZONA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE36
30 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2023 PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
31 PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN 1. NORHAYATI BINTI ZAMBRI ( HADIR ) ANIS SOFIYA BINTI MOHD AZHARUDIN ( 3 SEROJA ) i) Memohon pihak sekolah membaik pulih 1 unit tandas yang tidak boleh di flush dan tak boleh di kunci. Jawapan: i)__________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. USUL AJK PIBG i) Mengusulkan cadangan bayaran sumbangan PIBG ditetapkan seperti di dalam jadual berikut. Kutipan bermula Jun 2024 Keputusan _____________________________________________________________________ ii)Melantik seorang AJK PIBG ibu bapa dari pra sekolah. Jawapan: i)___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ Bil Perkara Pra Sekolah Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 1 Bayaran Komputer (setiap murid) RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 2 Bayaran PIBG (1 keluarga) RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM 50 3 Program Peningkatan Akademik (setiap murid) RM20 RM20 RM20 RM20 RM20 RM20 RM20 Jumlah Besar RM80 RM80 RM80 RM80 RM80 RM80 RM80
32 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 BIL NAMA JAWATAN 1 PN NOR LELA BINTI IDRIS GURU BESAR 2 EN HAZRIYADI BIN JAMALUDIN PK PENTADBIRAN 3 PN JULIANA BINTI AHMAD MAHIDIN GPK HEM 4 PN SITI ROHAYU BINTI MOHD ABDAH GPK KOKURIKULUM 5 EN AZIZAL BIN NAZIRI GPK PETANG 6 EN FAIEZARUDDIN BIN MOHD YUSOP YDP PIBG 7 PN NUR AZIZAH BT. SAADAN NYDP PIBG 8 PN SALMAH BINTI MAT SAMAN SETIAUSAHA 9 EN FAZRUL BIN MUSTAPHA BENDAHARI 10 PN.SUHAIDA BINTI AHMAD PENOLONG BENDAHARI 11 CIK NOR NADIRA SYAFINAZ BINTI ROZMI PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 12 PN KHATIJAH BT. HASHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 13 EN HASNI BIN HASSAN AJK GURU 14 EN KHAIROLNIZAM BIN NORDIN AJK GURU 15 EN ZOOHILMI BIN GHAZALI AJK GURU 16 PN NORHAYATI BINTI ZAMBRI AJK IBU BAPA 17 EN.FAUDZI BIN RAMLI AJK IBU BAPA 18 PN SURIANI BINTI MOHD MAHYUDIN AJK IBU BAPA 19 EN MOHD GHAZALI B. MOHAMAD AJK IBU BAPA 20 PN RAFIAH BT. ZAINAL AJK IBU BAPA 21 EN. NAZRIN NUR BIN DAUD AJK IBU BAPA
33 PENGHARGAAN Warga Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua ingin mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan kepada : YDP PIBG, PENASIHAT, BARISAN PENTADBIR, SELURUH AJK 2023/2024 GURU-GURU, KAKITANGAN Dan PARA IBU BAPA/PENJAGA Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung Dalam menjayakan program sekolah dan SARANA PIBG seterusnya Mesyuarat Agung PIBG kali yang Ke-36 sesi 2024. Sekian, terima kasih.