The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 (Istinjak) bagi Storyboard Google Sites yang dihasilkan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR IZYAN IZZATI BINTI AZHAR IPG-Pelajar, 2025-03-14 22:29:02

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 (Istinjak)

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 (Istinjak) bagi Storyboard Google Sites yang dihasilkan

Keywords: RPH Istinjak Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam 2. Tahun 1 Tulip 3. Bilangan Murid 25 orang (13 lelaki, 12 perempuan) 4. Tarikh / Hari 18 Mac 2025 / Selasa 5. Masa 8.15 – 9.15 pagi (60 minit) 6. Tajuk Ibadat: Kebersihan Amalanku (Istinjak) 7. Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui beristinjak dengan menggunakan air selepas qada’ hajat. 8. Standard Kandungan 4.2 Memahami dan mengamalkan konsep beristinjak dalam kehidupan harian. 9. Standard Pembelajaran 4.2.1 Menyatakan pengertian istinjak. 4.2.2 Menyenaraikan alat-alat beristinjak. 4.2.3 Menjelaskan cara beristinjak. 10. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan pengertian istinjak dengan betul. 2. Menyenaraikan alat-alat beristinjak dengan tepat. 3. Menjelaskan cara beristinjak dengan betul. 11. Kriteria Kejayaan Murid dapat: 1. Menyatakan pengertian istinjak dengan betul selepas tayangan video dari Youtube, serta aktiviti permainan interaktif Educaplay dan Genially Education. 2. Menyenaraikan alat-alat beristinjak dengan tepat selepas tayangan video dari Youtube serta permainan interaktif Liveworksheet dan Quizizz .


3. Menjelaskan cara beristinjak dengan betul selepas tayangan video dari Youtube, permainan interaktif Wordwall dan Kahoot serta simulasi cara beristijak. 12. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aras Mengaplikasi 13. Gabung Jalin Adab: Bersih Diri Hiasi Peribadi (Kebersihan Diri) 14. Penyerapan Sains (Penyerapan Objek) 15. Elemen Merentas Kurikulum Nilai Murni 16. Penerapan Nilai 1. Kebersihan fizikal dan mental. 2. Kesyukuran 3. Kerajinan 17. Kemahiran Insaniah Kemahiran kerja berpasukan 18. Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran teradun 19. Bahan Bantu Mengajar 1. Bahan maujud (batu, tisu, kertas, daun kering, kulit kayu, air, anak patung) 2. Aplikasi interaktif 3. Nota Istinjak 20. Pentaksiran PdP 1. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian (senarai semak 2. Kaedah pentaksiran secara aplikasi interaktif (soalan latihan)


Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Pengenalan (3 minit) Bacaan doa: بسم اهلل الرمحن الرحيم "اللهم افتح علينا حکمتک وانرش علينا من خزائن رمحتک يا ارحم الرمحني" Bacaan syahadah: "اشهد أن ال اهل اهلل وأشهد أن حممدا رسول اهلل" 1. Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa. 2. Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa dan melafaz kalimah syahadah bersama-sama. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Set Induksi (5 minit) Video pendek tentang ketiadaan air. 1. Murid melihat video pendek dari Youtube tentang seorang kanak-kanak merasa gelisah untuk membuang air kecil kerana tiada air di kawasan tersebut. https://youtu.be/Igq1IgYxBRo?si=ke3zJOch5Z2hMe4f BBM: Video Youtube, Google Form Nilai: Kesyukuran


2. Murid diminta menjawab soalan di Google Form berkaitan video tersebut. 3. 2 orang murid diminta untuk menyusun puzzle di aplikasi “I’m a puzzle” bagi mendapat jawapan kepada topik pembelajaran pada hari ini. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik yang akan dipelajari. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 1 (12 minit) Pengertian istinjak dan hukum beristinjak 1. Murid diminta melihat video penerangan dari Youtube tentang pengertian dan hukum beristinjak. 2. Semua murid diminta membaca nota dan menyebut tentang pengertian dan hukum istinjak bersama-sama. 3. Murid diminta bermain permainan “Educaplay”, di mana murid perlu melompatkan katak untuk memilih jawapan yang betul. 4. Murid diminta bermain permainan “Genially Education”, di mana murid perlu mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 5. Guru membuat peneguhan dan rumusan. BBM: Video Youtube, Educaplay, Genially Education Nilai:Kebersihan fizikal dan mental Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 2 (13 minit) Alat-alat beristinjak; air dan bendabenda kesat. 1. Murid diminta melihat video penerangan dari Youtube tentang alat-alat beristinjak. BBM: Video Youtube, Liveworksheet, Quizizz


2. Murid mendengar penerangan lebih lanjut daripada guru tentang alat-alat yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk beristinjak jika tiada air. 3. Murid diminta bermain permainan “Liveworksheet”, di mana murid perlu menanda (/) pada alat istinjak yang betul. 4. Murid diminta bermain permainan “Quizizz”, di mana murid perlu memilih alat istinjak yang boleh digunakan bagi setiap situasi yang dinyatakan. 5. Guru membuat peneguhan dan rumusan. Nilai: Kerajinan Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 3 (24 minit) Cara beristinjak: 1. Menggunakan air. 2. Menggunakan benda-benda kesat. 3. Menggunakan benda kesat dan air. 1. Murid diminta melihat video penerangan dari Youtube tentang cara beristinjak. 2. Semua murid diminta membaca nota dan menyebut tentang cara beristinjak bersama-sama. 3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 4. Setiap kumpulan diminta untuk membuat simulasi cara beristinjak dengan menggunakan benda-benda kesat dan anak patung yang telah disediakan. 5. Setiap kumpulan diminta bermain permainan “Wordwall”, di mana murid perlu meletakkan langkah beristinjak mengikut cara beristinjak yang betul. BBM: Video Youtube, bahan maujud, Wordwall, Kahoot Nilai: Kebersihan fizikal dan mental


6. Murid diminta menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi “Kahoot”. 7. Guru membuat peneguhan dan rumusan. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Penutup (3 minit) Penutup kognitif: -Rumusan isi kandungan Penutup sosial: -Nasihat 1. 2 orang murid (lelaki dan perempuan) diminta merumuskan isi pelajaran dengan bimbingan guru. 2. Murid dinasihati agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan melakukan istinjak dengan betul. 3. Guru memberikan tugasan kepada murid untuk diselesaikan di rumah. Refleksi PdP: Ulasan Guru Pembimbing: Ulasan Pensyarah Penyelia:


Click to View FlipBook Version