Topik Perkembangan
2 Bahasa
Kanak-kanak
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan perkembangan bahasa kanak-kanak di peringkat bayi;
2. Menjelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak di peringkat awal
kanak-kanak; dan
3. Menyenaraikan masalah perkembangan bahasa yang dialami
kanak- kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
PENGENALAN
Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi
seperti memproses maklumat dan memberi idea dan pandangan dalam kehidupan
seseorang individu. Setiap manusia secara semula jadinya dilahirkan dengan alat
pemerolehan bahasa (language acquisition device) untuk membolehkannya
menguasai kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa kanak-kanak dapat diperoleh
dengan baik jika perkembangan bahasa mereka dapat melalui proses yang
bersesuaian. Ia juga berkait rapat dengan perkembangan lain seperti mental,
kecerdasan, pengalaman dan latar belakang sosial kanak-kanak itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, adalah amat penting perkembangan bahasa kanak-kanak
dipupuk dengan sepatutnya dan bersesuaian agar mereka dapat menguasai
kemahiran bahasa dengan baik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10 TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Kemahiran bahasa merupakan aspek yang penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Kanak-kanak akan memperoleh kemahiran yang berbeza pada setiap
peringkat umur yang berlainan dan begitu jugalah kemahiran bahasa. Kanak-
kanak tidak hanya berkembang dari aspek bahasa tetapi mereka juga memerlukan
kita sebagai pendidik untuk merangsang kebolehan dan kemahiran mereka dalam
perkembangan lain seperti kognitif, fizikal, sosial dan lain-lain selaras dengan
perkembangan umur mereka.
2.1 PERKEMBANGAN BAHASA PERINGKAT
BAYI
Perbincangan tentang perkembangan bahasa dalam peringkat bayi boleh
dibahagikan kepada dua bahagian mengikut umur iaitu 0 hingga 12 bulan dan 12
hingga 24 bulan.
2.1.1 0 hingga 12 Bulan
Bayi lazimnya belum bersedia mempelajari sesuatu bahasa sehingga ia berupaya
mendengar dan membezakan setiap bunyi yang didengari. Lima minggu selepas
dilahirkan, bayi mempamerkan rasa teruja, mengeluarkan bunyian ketawa dan
memberi fokus mata kepada orang berkepentingan (ibunya) yang boleh
merangsang komunikasi. Pada usia 3 hingga 4 bulan, bayi sering mengeluarkan
suara balasan (babbling, cooing) seolah-olah menggunakan bahasanya sendiri
untuk berinteraksi. Langkah awal yang membantu bayi mempelajari sesuatu
bahasa ialah melalui permainan suara balasan iaitu antara ibu bapa dan anak
seperti ÂdadadaÊ atau ÂmamamaÊ.
Pada umur 5 bulan, bayi boleh meniru ekspresi wajah orang lain. Isyarat dan riak
muka yang dilihat dan ditiru oleh bayi seperti senyum, mencebik dan sebagainya
dapat membantu mempercepatkan proses perkembangan bahasa pada peringkat
ini.
Pada usia 9 hingga 12 bulan pula, bayi mampu mengekalkan komunikasi melalui
bahasa yang dikenali secara kreatif untuk menyatakan keperluan atau
kehendaknya. Bayi berupaya mengeluarkan bunyi yang mempunyai corak
tertentu disebut patterned speech. Apabila bayi dapat mengecam dan
membunyikan beberapa fonem iaitu kumpulan bunyi atau unit kecil dalam
pertuturan, bayi sudah bersedia menyebut perkataan pertamanya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 11
2.1.2 12 hingga 24 Bulan
Pada masa ini perkembangan bahasa lisan kanak-kanak sangat pesat. Ini sejajar
dengan kemampuannya mengeluarkan bunyi dari kosa kata yang menjadi
perkataan dan menggunakan perkataan tersebut dalam pelbagai konteks. Dengan
usaha tanpa jemu, bayi mengembangkan kemampuan berbahasa lisannya secara
perlahan-lahan sehingga dapat membentuk perkataan, walaupun kadang-kadang
kurang tepat. Pada fasa ini, ibu bapa pada umumnya bersemangat untuk mengajak
bayi berbual dan memberikan perkataan yang diperlukan anak semasa berbual.
Pada tahap selanjutnya, bayi mengembangkan kemampuan lisannya dengan
mengungkapkan rangkai kata pendek, seperti „makan nasi‰ atau „minum susu‰,
atau „ayah pulang‰, walaupun bayi belum mengerti fungsi daripada bahasa lisan
tersebut.
2.2 PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
Faktor di sekeliling banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kanak-
kanak berkembang pada kadar yang berbeza dengan kecepatan yang sesuai.
Begitu juga dengan perkembangan bahasa kanak-kanak yang berkembang dengan
tahap yang berbeza bergantung pada faktor yang berkaitan.
2.2.1 Taska (2 hingga 4 Tahun)
Bermula dengan dua patah perkataan, penguasaan bahasa kanak-kanak akan
berkembang kepada tiga hingga lima patah perkataan. Peralihan daripada ayat
mudah kepada ayat kompleks bermula antara dua hingga tiga tahun.
Kanak-kanak pada usia 2 hingga 4 tahun mengalami peningkatan jumlah kosa kata
yang pesat, dan mula menerokai dunia sekitar mereka dengan bahasa. Pertanyaan
„ini apa?‰ sering muncul seiring bertambahnya kosa kata dan kemampuan untuk
memahami bahasa. Kata-kata yang sudah dipelajari dan kata-kata baharu juga
diproses untuk memahami konsep-konsep di lingkungan sekitar mereka.
Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi. Kemampuan seseorang dalam
berbahasa terdiri daripada dua aspek, iaitu kemampuan reseptif (menerima) dan
kemampuan ekspresif (menyampaikan).
(a) Kemampuan reseptif ialah kemampuan untuk memproses dan memahami
maksud bahasa, sama ada bertulis, lisan, mahupun isyarat atau gerak badan
(gesture). Contohnya, adakah kanak-kanak memahami arahan „Letak kasut
di rak‰?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12 TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
(b) Kemampuan ekspresif pula ialah kemampuan untuk menghasilkan suara
secara lisan, isyarat/gerak badan, atau bentuk bertulis untuk menyampaikan
maksud. Contohnya kemampuan kanak-kanak untuk menyampaikan
kehendaknya, „Mahu minum‰.
Perkembangan bahasa membolehkan kanak-kanak mula belajar menyampaikan
keinginan dan kehendaknya dengan kata-kata yang dapat difahami orang lain,
tidak lagi dengan menangis dan meradang.
Secara umum, kanak-kanak berusia 2 tahun mulai dapat melakukan perkara-
perkara berikut:
(a) Bercakap dengan dua hingga tiga perkataan. Biasanya berbentuk subjek +
predikat seperti „Adik tidur‰, „Papa brum‰ (papa naik kereta), „Mama sini‰
dan sebagainya. Semakin lama, struktur ayat akan semakin baik, seperti
„Adik mahu tidur‰, „Papa di kereta‰, dan sebagainya.
(b) Menunjuk benda atau gambar apabila nama benda disebut.
(c) Mengenali nama orang, benda dan bahagian-bahagian tubuh yang kanak-
kanak telah biasa.
(d) Bertanya tentang nama benda, „Ini apa?‰
(e) Mengikuti arahan mudah, contoh „Pakai kasut‰ dan „Ambilkan gelas‰.
(f) Mengulangi kata yang didengar.
(g) Memahami maksud gesture/isyarat yang biasa baginya, seperti anggukan
(ya, boleh), gelengan (bukan, tidak, jangan), telapak tangan di depan
(berhenti).
(h) Menjawab pertanyaan tentang cerita yang dibaca, misalnya „Nama anak ini
siapa?‰. Atau bercerita tentang pengalamannya dengan ayat-ayat mudah
dan dibantu dengan isyarat.
Kanak-kanak usia 3 hingga 4 tahun pula, dapat melakukan perkara-perkara
berikut:
(a) Berbual dengan ayat mudah antara tiga hingga lima perkataan, dengan
struktur ayat yang lebih baik. Contohnya, „Saya hendak warna biru‰, „Saya
sudah makan‰ dan „Saya hendak pergi dengan mama‰.
(b) Menggunakan kata ganti seperti „aku‰, „kamu‰, „dia‰ dan „kita‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 13
(c) Mengikuti arahan yang berperingkat/bertahap, dua hingga tiga tahap sekali
gus. Misalnya, „Pakai kasut, ambil beg, terus berbaris di depan pintu‰.
(d) Bertanya dengan perkataan apa, siapa, bila, mana, bagaimana (misalnya
„Bagaimana caranya?‰). Pertanyaan „kenapa‰ mula lebih banyak timbul
apabila usia menghampiri 4 tahun.
(e) Mengulangi perkataan ringkas yang didengar.
(f) Cuba/berusaha menjelaskan dengan kata-kata lain atau dengan bantuan
isyarat apabila orang lain tidak memahami maksud perkataannya.
(g) Memahami simbol dan maksudnya. Misalnya „dua‰ bererti ada dua benda,
dan huruf „i‰ itu huruf yang bentuknya „i‰. Sebahagian kanak-kanak juga
sudah mula mengenali perkataan yang ia telah biasa, seperti tulisan nama
panggilannya sendiri.
Selaras dengan perkembangan ini, beberapa perkara perlu diperhatikan dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak pada usia 2 hingga 4 tahun, seperti:
(a) Orang dewasa di sekeliling kanak-kanak perlu menjadi contoh dalam
percakapan yang jujur. Misalnya kanak-kanak menyebut „meow‰, „Itu
namanya kucing. Bunyinya meow.‰ Atau anak sebut „num‰ atau „cucu‰,
orang dewasa mengulang dengan menyebut „minum‰ dan „susu‰.
(b) Pengenalan perkataan baharu dapat dilakukan dengan disebut secara
perlahan dan jelas. Contohnya „ku-cing‰, „mi-num‰, „ke-reta‰, „a-ir‰, dan
sebagainya. Orang dewasa juga perlu bersabar untuk meminta kanak-kanak
mengulangi kata baharu yang didengar tadi. Jangan lupa juga untuk
memberi pujian setiap kali kanak-kanak sudah berusaha dan berjaya
menyebut dengan betul.
(c) Apabila kanak-kanak bertanya atau mengungkapkan sesuatu yang
maknanya sukar difahami, tidak perlu berasa ragu untuk bertanya kepada
kanak-kanak. „Hendak apa?‰ atau „Hendak yang mana?‰. Jika perkataan
kanak-kanak belum juga dapat difahami, minta kanak-kanak tunjukkan
dengan isyarat. Misalnya menunjuk benda yang dia inginkan, sambil
mengulangi, „Oo⁄ adik mahu anak patung Barbie ini? Ini namanya anak
patung Barbie. Rambutnya hitam.‰ Mungkin kanak-kanak lupa namanya
atau memang belum tahu bagaimana cara menyampaikannya secara verbal.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14 TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
(d) Biasakan diri untuk menjelaskan sesuatu aktiviti atau nama sesuatu benda,
bukan dengan kosa kata yang tidak jelas seperti „begitu‰, „begini‰ atau
„yang itu‰. Walaupun kanak-kanak mungkin mengerti apa yang
dimaksudkan oleh orang dewasa, namun kanak-kanak akan berdepan
dengan kesulitan untuk menjelaskannya kepada orang lain. Ini kerana ia
hanya biasa digunakan secara isyarat. Contohnya ketika aktiviti memasak, si
ibu kebiasaannya menjelaskan, „Adunannya dikacau. Dikacau begini
caranya, kacau, kacau‰ sambil ditunjukkan. Atau meminta kanak-kanak
mengambil sesuatu benda dengan menyebutkan ciri-cirinya, seperti „Tolong
ambilkan buku cerita yang ada gambar ikan. Kulit depannya berwarna biru.‰
(e) Kanak-kanak banyak menyerap maklumat dalam lingkungan
persekitarannya. Oleh itu, orang dewasa di sekeliling kanak-kanak perlu
memberi contoh kata-kata yang baik. Selain itu, beri peluang kepada mereka
untuk banyak bertanya dan bereksplorasi.
2.2.2 Prasekolah/Tadika (4 hingga 6 Tahun)
Berikut adalah tahap perkembangan bahasa dan komunikasi anak-anak
prasekolah atau di tadika yang berusia 4 hingga 6 tahun:
(a) Kanak-kanak dapat berbual dengan lancar dan menggunakan bahasa
deskriptif;
(b) Mampu menyebut nama lengkap, umur, tarikh lahir dan alamat rumah;
(c) Suka berjenaka, menyanyi dan bersajak. Mampu menyanyikan lagu atau
membacakan puisi daripada ingatan mereka, dan untuk menceritakan kisah-
kisah sederhana dengan menggunakan ayat lengkap;
(d) Kosa kata kanak-kanak berkembang pesat. Kosa kata adalah sekitar 5,000
pada usia 5 tahun;
(e) Memperhatikan kata-kata baharu dan asing, dan akan menanyakan
maknanya. Cadangan: Sediakan kamus di rumah apabila perlu;
(f) Mampu meniru aksi orang lain yang didengar;
(g) Terdapat sebahagian kanak-kanak prasekolah menghadapi kesukaran dalam
mengucapkan kelompok konsonan, misalnya untuk mengucapkan kata
seterika, mangga dan lain-lain;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 15
(h) Pada usia ini, kanak-kanak sudah boleh mengembangkan ungkapan lebih
daripada dua perkataan pada setiap ayat; dan
(i) Kanak-kanak usia ini juga sudah mula mampu mengembangkan
pengetahuan tentang makna dengan cepat.
Karakter perkembangan bahasa kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun dapat
dikenal pasti melalui interaksi harian. Anak usia prasekolah membuat
peningkatan pada kosa kata dan tatabahasa. Pada usia 3 tahun, seorang kanak-
kanak diharapkan telah memiliki 900 hingga 1,000 kata yang berbeza. Pada usia 6
tahun, kanak-kanak dapat bercakap 2,600 kata yang berbeza.
Penguasaan kosa kata ini diperoleh kanak-kanak melalui fast mapping, iaitu
proses seorang kanak-kanak menyerap erti dari suatu kata baharu setelah
mendengarnya satu atau dua kali dalam sesebuah perbualan. Kata benda lebih
mudah di fast map dibandingkan dengan kata sifat, yang tidak terlalu konkrit.
Kebanyakan kanak-kanak pada usia prasekolah lebih menggunakan kata benda
dan kata ganti orang (ÂsayaÊ, Âmilik sayaÊ, Ânama AmirÊ) untuk berbual.
Pada aspek tatabahasa, anak berusia dari 4 hingga 6 tahun telah mampu untuk
merangkai huruf menjadi kata, dan kata menjadi sebuah kalimat bermakna.
Antara usia 4 dan 5 tahun, rata-rata anak dapat membuat ayat yang terdiri
daripada empat hingga lima patah perkataan. Mereka mula dapat mengeluarkan
ayat negatif, ayat tanya dan ayat pasif dengan tepat.
Apabila kanak-kanak mencecah usia 4 tahun, dia dapat menggunakan ayat
kompleks dan hubungan sebab-akibat, misalnya „Saya makan kerana lapar‰. Anak
juga sering menyambung ayat untuk mengungkapkan cerita, misalnya
penggunaan, „abis itu⁄.abis itu⁄‰. Selain itu mereka mulai melakukan perbualan
bersendirian tanpa ada niat untuk berkomunikasi. Pada usia 5 hingga 6 tahun,
percakapan kanak-kanak telah menghampiri orang dewasa.
Perkembangan bahasa lain yang berlaku ialah Âbermain perananÊ. Kanak-kanak
usia 4 hingga 5 tahun dapat memainkan peranan orang yang lebih dewasa
daripada usianya. Apabila kanak-kanak main peranan sebagai ÂibuÊ maka ia akan
berbicara dan bertingkah laku sebagai seorang ibu. Permainan ini sangat penting
bagi perkembangan bahasa kanak-kanak kerana kanak-kanak secara tidak
langsung akan diminta untuk membayangkan dan mengucapkan banyak kata.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16 TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Saayah Abu (2007) mengkategorikan perkembangan bahasa bayi dan peringkat
awal kanak-kanak seperti dalam Jadual 2.1 berikut:
Jadual 2.1: Kategori Perkembangan Bahasa Bayi dan Peringkat Awal Kanak-kanak
Umur Kebolehan Aktiviti
Awal kelahiran
1 tahun Menangis bagi menyatakan Bertutur dengan kanak-kanak
sesuatu dan bayi lebih suka iaitu memandang ke arah
2 tahun kepada suara manusia mata mereka (eye contact).
berbanding bunyi lain.
3 tahun
• Meniru bunyi. Kanak-kanak Bertutur dengan kanak-kanak
4 tahun mula menggunakan bahasa iaitu memandang ke arah
bagi berkomunikasi antara mata mereka (eye contact).
umur 9 dan 18 bulan.
• Bertindak balas kepada
beberapa perkataan yang
biasa didengari.
• Mencantum beberapa Berbual dan bertutur dengan
perkataan mudah bagi kanak-kanak.
menjadi ayat pendek.
• Dapat menyebut dan
mengenal perkataan yang
mudah daripada objek
ataupun gambar.
• Menguasai hampir 30
perbendaharaan kata.
• Menggunakan perkataan bagi Berbual bersama kanak-
mendapatkan sesuatu kanak.
menggunakan perkataan
nama dan perbuatan dalam
percakapan.
• Mengenal pasti perlakuan
ataupun pergerakan di dalam
gambar.
• Gemar bercakap dan dapat Berbual dengan kanak-kanak.
berbual dengan ayat yang
lebih panjang.
• Dapat membaca pantun,
irama dan bercerita
menggunakan perkataan bagi
menyebut warna, huruf dan
bentuk.
• Suka menyebut perkataan
baharu dan suka menyanyi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 17
5 tahun • Mula bertanya berbagai-bagai Perbualan antara guru
6 tahun ke atas
soalan. dengan kanak-kanak dan
• Dapat menjelaskan maksud antara kanak-kanak sesama
perkataan ataupun ayat. mereka.
• Dapat membina ayat yang
lebih panjang.
• Bercakap seperti orang
dewasa.
• Suka kepada perkataan
baharu.
• Menghadapi masalah dalam Perbualan pagi dan
mengelaskan sesuatu hal mengadakan aktiviti interaksi.
ataupun keperluan.
• Berbual dengan ayat yang
lebih panjang.
• Bercerita berkenaan
pengalaman seharian.
• Suka kepada perkataan yang
pelik.
Masalah Perkembangan Bahasa yang Dialami Kanak-kanak Usia 4 hingga 6 Tahun
Berikut adalah masalah perkembangan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak
prasekolah (4 hingga 6 tahun):
(a) Kesulitan untuk Mengungkapkan Keinginan secara Verbal
Kemampuan untuk berkomunikasi dengan orang lain secara verbal ini akan
berkembang seiring dengan bertambahnya usia. Semakin kanak-kanak
mampu berkomunikasi dengan bahasa, maka semakin mudah bagi dirinya
untuk menyampaikan keinginannya kepada orang lain dengan cara yang
dapat difahami sehingga akan menjadi cepat baginya untuk memperoleh
respons daripada orang yang diajak berbual.
Kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun mula dapat menceritakan kegiatannya
pada hari tersebut, menerima pesanan telefon, dan kadang-kadang dari
interaksinya dengan orang lain akan muncul kata-kata ajaib, bahkan ÂtabuÊ
untuk diucapkan, yang sengaja dikeluarkannya untuk menguji reaksi
daripada orang dewasa di sekitarnya. Namun, apabila kanak-kanak dapat
berbual dengan cepat, ada juga beberapa kanak-kanak yang masih
mengalami kesulitan dengan ekspresi bahasa verbal ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
18 TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Salah satu penyebabnya ialah keadaan mental kanak-kanak tersebut. Bagi
kanak-kanak dengan IQ yang kurang, misalnya anak keterbelakangan
mental, mereka akan mengalami kesulitan untuk menzahirkan keinginan
secara verbal kerana mereka sering tidak tahu bagaimana cara
mengungkapkannya.
Ada juga faktor lain, seperti masalah pada alat pendengaran atau masalah
pada organ percakapan, seperti lidah dan gigi, membuatkannya sukar untuk
mengungkapkan keinginannya secara verbal.
Salah satu faktor lain ialah faktor emosional di mana apabila kanak-kanak
berasa selesa dalam mengungkapkan keinginannya secara verbal, maka
kemampuan ini akan terus dikembangkannya dengan lebih baik. Sebaliknya,
jika kanak-kanak tidak memperoleh peneguhan positif dan sokongan ibu
bapa atau keluarga, misalnya orang dewasa tidak mempedulikan kanak-
kanak yang berusaha untuk menyampaikan keinginannya secara verbal,
membuatkan kanak-kanak patah semangat dan akhirnya memilih untuk
tidak mengembangkan keterampilan berkomunikasi verbal ini.
(b) Kesulitan untuk Berkomunikasi dengan Menggunakan Ayat Lengkap
Kanak-kanak usia prasekolah pada umumnya sudah dapat menguasai
tatabahasa dengan baik, namun kadang-kadang mereka cenderung
meringkaskan ayat. Misalnya, „Besok aku akan pakai kasut baharu yang
biru‰. Seharusnya, mereka bercakap dengan lebih baik, seperi „Esok aku
akan memakai kasut baharu-ku yang berwarna biru‰.
Penggunaan ayat lengkap dalam sesuatu percakapan adalah bergantung
pada lingkungan tempat tinggal kanak-kanak. Apabila lingkungan terus
menuntutnya untuk berbahasa dengan baik dan jujur, maka kanak-kanak
akan bercakap dengan ayat lengkap. Kemampuan berbual dan berbahasa
kanak-kanak biasanya hasil daripada peniruan terhadap kemampuan
berbicara orang-orang dewasa di sekitarnya.
2.2.3 Tahap 1 (7 hingga 8 Tahun)
Pada usia 7 hingga 8 tahun kemampuan bahasa kanak-kanak, khususnya yang
berkaitan dengan penerapan peraturan tatabahasa sudah setara dengan
kemampuan orang dewasa. Pada usia ini, anak telah mampu berkomunikasi
dengan baik, dan mampu mengungkapkan apa yang dilakukan mereka, yang akan
dilakukan mereka dan keberhasilan yang mungkin boleh dicapai.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 19
SEMAK KENDIRI 1.1
Jelaskan keupayaan berbahasa kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6
tahun. Berikan contoh-contoh yang sesuai.
• Bayi lazimnya belum bersedia mempelajari sesuatu bahasa sehingga ia
berupaya mendengar dan membezakan setiap bunyi yang didengarinya.
• Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza dengan kecepatan yang
sesuai.
• Perkembangan bahasa kanak-kanak yang berkembang dengan tahap yang
berbeza bergantung pada faktor-faktor yang tertentu seperti persekitaran,
galakan daripada orang dewasa dan emosional.
Awal Kanak-kanak Prasekolah/Tadika
Bahasa Lisan Taska
Bayi
Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)