1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 2 ILTIZAM 3. Bilangan Murid : 40 orang 4. Tarikh : 16 Mac 2025 5. Hari : Isnin 6. Masa : 12.50 pm – 1.50 pm 7. Tema : TEMA 3: INDAHNYA MENUNTUT ILMU 8. Tajuk : Unit 4: Kesiagaan 9. Kemahiran Fokus : Tatabahasa 10. Pengetahuan Sedia Ada Pemahaman asas tatabahasa seperti konsep golongan kata dan pengalaman dalam pembelajaran digital. 11. Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat. 12. Standard Pembelajaran 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks. 13. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti dan menjelaskan fungsi kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat dalam ayat. 2. Menggunakan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat dengan betul dalam ayat mengikut konteks. 3. Menganalisis penggunaan kata pemeri, kata nafi dan kata penguat dalam ayat.
2 14. Kriteria Kejayaan 1. Murid mengenal pasti dan menjelaskan fungsi kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat dengan tepat serta memberikan contoh ayat yang sesuai. 2. Murid membina dan menggunakan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat ini dengan betul serta memperbaiki kesalahan dalam ayat. 3. Murid mengenal pasti kesalahan penggunaan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat dalam pelbagai teks. 15. Sistem Bahasa : Tatabahasa (morfologi, sintaksis) 16. Kemahiran Berfikir KBAT : Menganalisis, menilai, mencipta. 17. Elemen Merentas Kurikulum: Patriotisme 18. Penerapan Nilai: Kerjasama, Hormat-menghormati, Tanggungjawab, Mencintai Ilmu 19. Amalan Pedagogi Masa Kini Kompetensi 6C : kolaborasi, komunikasi 20. Kemahiran Insaniah Kemahiran komunikasi 21. Bahan Bantu Belajar Bil. Perkara Jumlah 1 Komputer riba 1 2 LCD 1 3 Manila kad 1 4 Buku teks 16 5 Kertas A4 8 6 Pelekat berwarna 16 set 22. Pentaksiran PdP : Penulisan dalam kumpulan, penilaian rakan sebaya.
3 LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN PENDAHULUAN (1 Minit) Pengurusan biliik darjah (minta murid membersihkan lantai sekiranya terdapat sampah dan menyusun meja secara teratur). SET INDUKSI (5 minit) 1 Minit) Video pendek - dua kanakkanak berbual dengan menggunakan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat yang salah. 1. Murid menonton video. 2. Murid meneka penggunaan perkataan yang salah. 3. Murid dibimbing guru untuk mengaitkan video dengan isi pelajaran. 4. Murid membaca kriteria kejayaan. BBB: • Video pendek KB: • Menghubung kait BCB: • Memproses maklumat Strategi: • Berpusatkan bahan Kemahiran Insaniah: • Kemahiran Komunikasi KP: • Interpersonal Teknik: • Soal jawab Langkah 1 (20 minit) Aktiviti 1 Aktiviti 'Jigsaw' Aktiviti 1 1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan: o Kumpulan A dan B: Kata Nafi o Kumpulan C dan D: Kata Pemeri o Kumpulan E dan F: Kata Penguat 2. Setiap kumpulan membaca bahan dalam buku teks dan memberikan contoh penggunaan kata mengikut kategori masing-masing. 3. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka. BBB: • Buku teks Strategi: • Berpusatkan murid Teknik: • Kolaborasi Nilai: Kerjasama, tanggungjawab, saling menghormati
4 Langkah 2 (20 minit) Aktiviti 2 Aktiviti 'Gallery Walk' Aktiviti 2 1. Murid menulis ayat menggunakan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat di atas kad manila. 2. Kad-kad ini dipamerkan di beberapa sudut dalam kelas. 3. Murid bergerak dalam kumpulan kecil untuk membaca dan memberikan komen pada ayat rakan menggunakan pelekat warna (contoh: hijau untuk ayat betul, kuning untuk ayat yang boleh diperbaiki). BBB: • Kad manila • Pelekat berwarna Nilai: • Kejujuran, hormat menghormati, tanggungjawab. Langkah 3 (10 minit) Aktiviti 3 Aktiviti 'Cabaran Ayat' 1. Guru membacakan satu senario atau situasi. 2. Setiap kumpulan perlu membina satu perenggan ayat bertema bebas yang mengandungi sekurangkurangnya satu kata nafi, satu kata pemeri, dan satu kata penguat. 3. Kumpulan yang membina ayat yang paling kreatif dan gramatis diberikan ganjaran kecil. BBB: • Kertas A4 Strategi: • Berpusatkan murid Nilai: • Bekerjasama PENUTUP (5 minit) Rumusan isi pelajaran. Penutup Kognitif 1. Guru menayangkan slaid kata pemeri, kata nafi dan kata penguat. bagi merumuskan topik. BBM: • Slaid Canva
5 REFLEKSI