1
1 Mengapa bawa saya ke sini? Lama kau menghilang! Sengaja mengelak berjumpa kami? Maaf. Saya tak mahu bersubahat lagi. Tolonglah, siapkan kerja sekolah sendiri.
2 Berani engkau cakap begitu kepada aku? Berani kerana benar. Biar aku ajar kau tentang adab!
3 Tunggu apa lagi? Ajar dia! Baik, bos! Aduh!
4 Maafkan kami. Tolong ajar kami. Aku ... aku minta maaf. Tetapi aku boleh ajar apa yang kamu tidak faham. Kita berkawan, okey? Aku sudah tidak mahu siapkan kerja sekolah kamu semua.
5
PRAKATA oleh: Nazry Salam Saya agak risau apabila menulis jalan cerita Misi Mencari Cinta. Majoriti pembaca siri Misi adalah kanak-kanak dan remaja. Komik Misi yang ini pula membincangkan soal cinta dan perkahwinan. Apakah kandungan seperti ini sesuai bagi dihadam oleh golongan muda? Namun apabila saya fikir semula, cinta adalah fitrah. Cinta ada di sekeliling kita. Pendedahan perihal cinta tidak dapat disekat. Buka TV, ada babak cinta. Berjalan di kompleks membeli-belah, nampak pasangan bercinta. Terdapat beratus-ratus judul novel cinta tersusun di rak buku. Maka harapan saya adalah, komik ini dapat memberi panduan kepada pembaca berkenaan cinta yang benar dan tulus mengikut landasan Islam dan budaya kita. Supaya apabila tiba masa pembaca merasai cinta, perasaan itu dapat disalurkan ke jalan yang betul dengan cara yang betul. Saya juga berharap komik ini dapat menghalang pembaca daripada terjebak dalam cinta monyet dan cinta nafsu, iaitu dua jenis cinta yang penuh dengan kesia-siaan dan dosa. Komik ini kami hasilkan sebagai manusia yang lemah. Mana yang baik, ambil sebagai ikutan. Mana yang buruk, jadikan pengajaran. Moga karya ini mendatangkan kebaikan dan tidak memberi mudarat kepada para pembaca, amin. Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kritikan atau komentar, mohon emelkan ke: [email protected]. Terima kasih. Semoga beroleh manfaat. Nota: Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof kerana sudi menyemak naskhah ini.
6 Nama aku Aizad bin Ahmad. Berusia 25 tahun, masih bujang Aku amat bencikan pembulian, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Maka aku tubuhkan Sekolah Bela Kebenaran (SBK), iaitu sebuah sekolah yang mengajar seni pertahanan diri. Misi sekolah ini adalah membasmi pembulian dengan cara memperkasakan mangsa buli. Sekiranya tiada lagi orang yang dapat dibuli, tiada lagi pembulian. Bijak, bukan? Kerana ilmu berlawan yang diajar hanya boleh digunakan demi pertahankan kebenaran semata-mata. Bukan membela diri, kerana diri kita juga ada masanya tidak benar. Mengapa nama sekolah ini Sekolah Bela Kebenaran?
7 Terima kasih atas didikan Abang Aizad. Terima kasih! Baik! Janji kepada abang. Kamu tidak akan dibuli lagi, hingga bila-bila. Boleh?
8 Alhamdulillah, aku rasa gembira dan bahagia. Aku sudah berjaya mencapai segala impian yang aku idamkan. Akan tetapi, kadangkala aku rasa jiwaku kosong. Betul kata orang .... Jalan kejayaan itu ... sunyi. Aku sudah temui tempatku di dunia ini.
9 Bos, tak balik lagi? Sekejap lagi. Kamu baliklah dulu. Baik, bos. Oh, ya. Saya tak sempat beli cat tadi. Esok, boleh? Tak apa. Balik nanti saya beli sendiri. Selamat malam. Baik, bos. Selamat malam. Bos aku ini baik orangnya. Cuma pelik sedikit.
10 Terlebih produktif pula kerja hari ini. Nasib baik kedai masih buka. Alhamdulillah, selesai. Hek! Aduh, letihnya!
11 Kumpulan itu masih wujud? Ada apa? Macam ada yang pandang kita. Adakah hanHei, jangan celopar! Ish, busuk! Tangan tak basuh ke? Mestilah basuh! Cuma tak sabun. Sabun habis. Tak mungkin dua badut ini ahli kongsi gelap X.
12 Wow, lihat. Rezeki.
13 Hai, Si Cantik. Beraninya jalan sendirian! Boleh tahu nama? Atau nak kami panggil Si Cantik saja? Alahai, janganlah sombong Si Cantik. Apakah perbezaan antara gadis itu dengan dodol?
14 Engkau siapa? Tak berjawab pula. Jawapannya ... dodol perlu dikacau. Gadis itu tidak perlu. Apa punya soalan. Kau rasa kau kelakar? Budak hingusan. Aku akan ajar kau! Mari.
15 Pertama, dunia bergerak lebih perlahan. Kedua, dunia ini menjadi lebih rapuh. Aku mula belajar seni bela diri sejak usia 4 tahun. Kini aku sudah kuasai lebih 10 jenis seni bela diri. Mungkin atas latihan bertahun-tahun, aku dapat rasakan ... ... dunia ini mengalami dua perubahan besar.
16 Dia bukan sembarangan. Begitu sahaja kau larikan diri? Masa untuk gunakan senjata rahsia! Ah! Hei, lepaskan dia! SWOOOSH!
17 Fuh, laju macam lipas kudung! Maaf, mereka terlepas. Banyak duit di dalamnya? Duit tak banyak mana, tetapi di dalamnya ada kad pengenalan dan kad bank. Telefon ada pada saya. Mari saya temankan awak buat laporan polis. Tak apa. Saya uruskan sendiri. Terima kasih atas bantuan. Hebatnya. Sudah dikacau dan diragut pun masih boleh bertenang. Tidak pernah jumpa perempuan yang cool seperti ini. Tunggu! Kita pergi sama-sama. Saya mahu pastikan semuanya selamat.
18 Alhamdulillah. Laporan polis sudah dibuat. Kad bank sudah dinyahaktif. Selesai. Terima kasih kerana menunggu dan membantu saya. Saya mahu jumpa awak lagi... kalau boleh. Saya nak berkawan dengan awak. Err ... baik. Tetapi saya belum tahu nama awak. Nama saya tidak penting. Kita tidak berjumpa lagi selepas ini. Nama saya Aiza. Nombor saya 134124. Selamat tinggal. Tak apa. Saya balik naik bas sahaja. Sekarang sudah lewat. Biar saya hantar awak balik.
19 Nombor apa ini? Adakah ID pekerja ataupun pelajar? Aizad, mari sarapan. Huwah! Ataupun adakah ... kod rahsia?
20 Waktu sekolah dulu, bukan main liat nak belajar matematik. Sudah bekerja, baru rajin? Aduh, masih tidak jumpa jawapan....
21 Kami tidak tahulah ini nombor apa. Mengapa kau begitu yakin? Terlalu mudah. Semasa berkenalan, orang bertukar nombor telefon, bukannya ID pelajar ataupun kod rahsia. Kau rasa itu nombor apa? 99.9% nombor telefon. Aku sudah semak. Itu bukan nombor pelajar ataupun pekerja. Aku juga sudah cuba nyahkod dengan berpuluh-puluh teknik kriptografi. Tiada hasil.
22 Mengapa nombor telefon itu tidak cukup angka? Itu aku tidak tahu. Yang aku boleh cakap, nombor yang kau dapat itu adalah enam angka terakhir nombor telefon dia. Kau perlu teka selebihnya. Adakah aku perlu cuba semua kombinasi 4 digit? Ada berapa? 10,000 kombinasi? Tidak sampai seratus kombinasi pun. Baik, aku faham. Terima kasih banyak, Mat. Oh, ya. Kau ada berhubung dengan Zahid? Aku buat panggilan, dia tak angkat. Fatebook dia pun sudah tidak aktif. Mungkin dia sibuk mengajar. Macam aku. Okey, Mat. Terima kasih. Kad apa pula? Ish! Jangan lupa poskan kad. Hehehe!
23 Hek! Hek! Okey, mari kita cuba. Nombor pertama. Sudah berdering. Kyra Cleaning Service. Kami bersihkan apa sahaja kecuali hati yang kotor. Waiii. Ah Tong ah? (Helo, ini Ah Tong ke?) Tiada orang nama Aiza di sini. Salah nombor. Sini tak ada Aiza. Tapi Baby ada. Hik hik! Nama abang apa? Panggilan pertama: Panggilan ke-2: Panggilan ke-7: Panggilan ke-15:
24 Aduh, lenguhnya masukkan nombor! Sedikit lagi. Tiap kesusahan, ada kesenangan. Insya-Allah. Bismillah. Akhirnya! Ya, pak cik. Na... nama saya Aizad. Kamu mahu bercakap dengan Aiza?