The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofeasaad03, 2022-06-09 11:42:19

KUMPULAN 7 - PENYALAHGUNAAN ICT: Pandangan Islam Terhadapnya dan Cara Mengatasi

PENYALAHGUNAAN ICT:

PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA

2

PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)
E-FOLIO

NAMA PENSYARAH
PUAN WAHIDAH BT MAT SAID

AHLI KUMPULAN 7

NAMA NO. MATRIKS
ADRINA SOFEA BT SAAD 02DSK21F1023
NURUL AZLIN BT ABIDIN 02DSK21F1027
NUR AQILAH BT MOHD FAUZI 02DSK21F1045
FATIN AELIEYA NATASHA BT CHE ‘ABIDIN 02DSK21F1047
NUR AINA NAFEESA BT ZUKARI 02DSK21F1049
INTAN NURSYAZLIYANA PUTRI BT ABDULLAH 02DSK21F1079

3

1. PENGENALAN

4

Lima puluh tahun dahulu, penggunaan komputer adalah terhad. Ini adalah kerana saiz komputer adalah besar dan
berat, pengendalian yang sukar dan kos pengujian yang tinggi. Tetapi apabila mikrokomputer wujud, segala-galanya
bertukar dan hampir semua orang menggunakan komputer termasuklah jurutera, guru, saintis, kerani, pelajar,
surirumah dan lain-lain mengikut bidang-bidang.

Namun apa yang ingin ditekankan di sini bukanlah sekadar komputer tetapi teknologi maklumat. Teknologi maklumat
yang tercipta mempunyai tujuan dan sebab tertentu yang mana antara sebab terciptanya teknologi maklumat
adalah untuk memberikan bantuan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah, untuk mencetuskan kreativiti,
dan menjadikan manusia lebih berkesan atau efektif dalam melakukan sesuatu kerja.

Jadi, maksudnya di sini, tujuan teknologi maklumat ini diwujudkan adalah untuk memudahkan kerja seharian
manusia, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dengan adanya teknologi maklumat ini. Tugas yang mungkin
hanya boleh disiapkan dalam masa seminggu dengan tenaga kerja manusia mungkin menjadi satu hari sahaja
dengan adanya bantuan teknologi maklumat. Teknologi maklumat sangat banyak digunakan pada masa kini
terutamanya dalam bidang media massa, penggangkutan, pejabat, sektor kewangan, pertanian, pendidikan, rumah,
kesihatan, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan makanan, tenaga, dan sukan.

5

Terdapat pelbagai manfaat yang manusia perolehi daripada teknologi maklumat, antaranya
adalah segala kerja akan menjadi lebih pantas. Sudah menjadi resamnya komputer boleh
melakukan kerja dalam sekelip mata dan lebih cepat berbanding manusia. Selain itu, kerja
juga akan menjadi konsisten kerana komputer mampu melaksanakan tugas berulang-
ulang kali tanpa letih. Ketepatan juga merupakan satu kredit kepada teknologi maklumat. Hal
ini disebabkan komputer yang berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil dan kurang
melakukan kesilapan. Namun, kemudahan teknologi maklumat yang tersedia ini telah
menyebabkan ramai pengguna menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

6

Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan melalui talian diwujudkan seperti Facebook, Twitter,
Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini
memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari maklumat,
mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi dan mewujudkan budaya celik komputer di kalangan
belia. Selain itu, kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan,
membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari
sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan
penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan
belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada masyarakat dan negara
jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa
gejala sosial di negara kita?

7

PENYALAHGUNAAN ICT PADA PANDANGAN ISLAM
DAN KESANNYA

8

Yang pertama, penyalahgunaan ICT menunjukkan bahawa golongan remaja mudah terdedah kepada perkara negatif
tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya hal ini tidak terkawal, perkara ini memberi kesan yang lebih besar kepada
psikologi dan tindakan remaja sekarang, ia juga akan membawa kepada permasalahan moral. Oleh itu ibu bapa
hendaklah memantau aktiviti harian anak- anak agar perkara ini dapat dikawal sebelum terlambat.

Seterusnya, kesan yang boleh dilihat adalah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan menglibatkan
kelahiran anak nikah. Hal ini terjadi kerana golongan remaja pada masa kini mungkin terpengaruh dengan budaya barat
dan mereka hanya boleh melihat perbuatan yang tidak bermoral itu secara maya sahaja pada masa kini. Tambahan pula ini
dapat mendorong remaja sekarang melakukan perbuatan yang lebih buruk iaitu menggugurkan kandungan dan
membuang bayi yang tidak berdosa sama sekali. Oleh itu, ibu bapa hendaklah kenal dan sentiasa memerhati dengan
siapa anak mereka berkawan agar perkara buruk seperti zina dapat dielakkan.

9

Selain daripada itu, terdapat juga isu utama yang dikenalpasti seperti, penyebaran maklumat palsu, dan gambar-gambar yang
tidak bermoral. Lagi, penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya semakin
berleluasa sekarang. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang yang ingin mengenali dan
berhubungan dengan seseorang yang lain secara terbuka dan bebas. Ini bukan sahaja berlaku diantara golongan remaja, tetapi
juga di golongan dewasa terdedah pada permasalahan ini sehinggalah mungkin boleh. Dengan itu, kita hendaklah sentiasa
berwaspada dengan siapa kita bercakap atau berborak tidak kira sama ada di alam maya atau di dalam alam realiti.

Di samping itu, kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan
dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau
menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, dan media lain terutama di musim pilihanraya.
Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu
jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya Firman
Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”

10

Akhir sekali, minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong
mereka menghabiskan masa di cyber café , internet café dan telefon tangan. Program seperti
chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan
cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibu bapa mereka. Ramai pelajar
yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang
sanggup menipu dan mencuri.

11

Cara Mengatasi
Masalah

Penggunaan ICT

12

PERANAN IBU
BAPA

➢ Mengehadkan masa penggunaan untuk menggunakan Internet anak anak.
➢ Memantau jadual waktu bagi setiap penggunaan teknologi anak anak.
➢ Mendidik anak anak tentang ajaran agama dan perkara yang bermoral.
➢ Mengawal setiap perilaku anak anak sama ada dari segi percakapan, perbuatan

ataupun pergaulan sesama rakan rakan mereka.

13

PERANAN PIHAK
SEKOLAH &
UNIVERSITI

➢ Membuat pemantauan terhadap penggunaan para pelajar.
➢ Menganjurkan ceramah atau kempen yang berkaitan dengan penyalahgunaan ICT

terhadap para pelajar.

➢ Menyekat laman web yang tidak berfaedah supaya para pelajar tidak dapat

melayarinya.

➢ Para pendidik memberikan pengajaran nilai-nilai murni serta ajaran moral kepada

para pelajar seperti Pendidikan Islam & Pendidikan Moral.

14

PERANAN PIHAK
KERAJAAN

➢ Menguatkuasakan undang undang berkaitan penyalahgunaan ICT.
➢ Mengadakan kempen yang berkaitan dengan kesan penyalahgunaan ICT dalam

kehidupan seharian masyarakat.

➢ Mewarwarkan pendedahan kepada masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan

ICT dan juga denda yang akan dikenakan ke atas setiap individu yang dianggap
bersalah.

15

PERANAN
MASYARAKAT &

INDIVIDU

➢ Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT
➢ Berfikiran rasional dalam melakukan sesuatu perkara atau keputusan
➢ Menggunakan kemudahan ICT dengan baik serta mengikut panduan ajaran agama

yang telah ditetapkan.

➢ Bijak untuk berfikir serta memilih di antara perkara yang baik ataupun perkara yang

buruk melalui penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

16

PENUTUP

17

Kehadiran sains dan teknologi dalam kehidupan manusia boleh memberikan kesan positif atau kesan negatif.
Namun begitu, sains dan teknologi dalam Islam berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.
Sebagai suatu agama yang tauhid, Islam tidak pernah melarang mahupun menegah penganutnya menggunakan
kelebihan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian namun kesan-kesan tersebut akan wujud bergantung
kepada bagaimana seseorang menggunakannya. Oleh hal yang demikian, setiap manusia haruslah menggunakan akal
fikiran serta panduan agama ketika menggunakan sesuatu teknologi agar dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Secara tuntasnya, Islam itu sebuah agama yang
indah dan tidak pernah menghalang umatnya untuk mempelajari sains dan teknologi namun setiap perkara
perlulah ada batasannya. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan, bolehlah merujuk
kepada al-Quran dan juga as sunnah yang berasaskan dalil naqli dan aqli. Anugerah pencipta kepada manusia itu
melalui ilham dan inspirasi yang membolehkan sesuatu tamadun atau kaum itu menjadi lebih maju apabila hadirnya
sesuatu ilmu yang baru dimana ia dapat diaplikasikan dengan baik. Namun begitu, segala bentuk ilmu sains dan
teknologi ini berasal daripada Allah SWT dan kita hanya perlu menggunakan dengan sebaik yang mungkin dalam
kehidupan seharian kita.

18

▪ https://anyflip.com/tqmhi/nhcn/basic
▪ https://online.fliphtml5.com/btxfy/lint/#p=20
▪ https://sainsteknoict.blogspot.com/2020/03/penyalahgunaan-ict-pandangan-

islam.html
▪ https://apakahpandanganislamdancaramengatasi.blogspot.com/2021/12/pengajian

-islam-mpu-23012-disediakan.html
▪ https://online.fliphtml5.com/btxfy/lint/#p=22
▪ https://fliphtml5.com/jfuzs/gzcr/basic

19

LAMPIRAN

20

21

22

23


Click to View FlipBook Version