The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aza.abeha, 2020-03-07 19:47:27

Buku Program Mesyuarat PIBG 2020

Buku Program Mesyuarat PIBG 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Sekapur Sirih Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
bertemu dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Damansara Aliff
Kali Ke-9. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG serta ibu
bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui
pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia. PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta
komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam
usaha menjana kecemerlangan sekolah. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang
padu, diharapkan PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai
kecemerlangan murid-murid di SK Taman Damansara Aliff.

Pencapaian sekolah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam bidang
akademik khususnya dalam pencapaian UPSR 2019. Malahan bidang ko-akademik dan kokurikulum
juga tidak ketinggalan dalam menunjukkan peningkatan. Hal ini secara tidak langsung telah
mengharumkan nama sekolah pada tahun ke-9 penubuhannya. Peranan PIBG cukup hebat dalam
membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak
SK Taman Damansara Aliff pada abad 21. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui
PIBG untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita
menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan
untuk warga SK Taman Damansara Aliff. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG
membulatkan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T. PIBG
dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan.
Lantaran itu diharap PIBG SK Taman Damansara Aliff terus mara dan proaktif dalam usaha
merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan.

Sekian, terima kasih.

....................................................................
( PN. NORPISAH BINTI IBRAHIM )
Guru Besar

SK Taman Damansara Aliff

2

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Kata Aluan Yang Di Pertua PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyampaikan
sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul
amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SK Taman
Damansara Aliff. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan
dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan
berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi
sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG.
Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang
berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK Taman Damansara Aliff bagi
melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya yakin bahawa segala program serta aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih proaktif untuk
kecemerlangan murid-murid dan sekolah. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat
perancangan rapi bagi memajukan PIBG SK Taman Damansara Aliff selari dengan perubahan arus
semasa. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu agar pembangunan pencapaian
sekolah terus berlaku ke arah kecemerlangan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi
daripada warga PIBG amat diperlukan bagi menjayakan semua program yang telah dirancang.
Moga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SK Taman Damansara Aliff yang telah
melaksanakan tugas, memikul amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak
kami. Alhamdulillah dan tahniah atas pencapaian cemerlang tahun 2019 hasil usaha kerjasama
pihak guru dan ibu bapa demi anak-anak SK Taman Damansara Aliff.

Akhir kata saya mendoakan agar semua warga SKTDA sentiasa dilindungi Allah S.W.T serta
mendapat rahmat daripada-Nya. Assalamualaikum.
Sekian, terima kasih.

(HJ ABDUL RAHMAN BIN MOHAMMAD)

Yang Dipertua PIBG
SK Taman Damansara Aliff 2019 / 2020

3

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Tahun 2020 &
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019

Ex-Officio : Pn. Norpisah bt. Ibrahim (Guru Besar)
Tn. Hj Abdul Rahman bin Mohammad (YDP PIBG)
Pengerusi : En. Samsuri bin Mat Noh (GPK Pentadbiran)
En. Rohanizan b. Bohari (NYDP PIBG)
Timb. Pengerusi : Pn. Marsila bt Abdul Karim (GPK HEM)
En. Yazid b. Saupian (GPK Kokurikulum)
N. Pengerusi 1 : En. Mohd Halim bin Masom (Setiausaha PIBG)
Cik Siti Syuhaida bt. Sabri (Setiausaha Kurikulum)
N. Pengerusi 2 : Cik Suhada bt. Abd Wahid (Bendahari PIBG)

N. Pengerusi 3 :

Setiausaha 1 :

Setiausaha 2 :

Bendahari :

Ahli Jawatankuasa Kecil

TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS
Sambutan &
Keraian Pengurusan : En. Samsuri bin Mat Noh

Sambutan & 1. Pn. Norpisah bt. Ibrahim  Menyambut kedatangan tetamu.
persediaan 2. Tn. Hj Abdul Rahman bin Mohammad

3. En. Rohanizan b. Bohari

4. En. Samsuri bin Mat Noh

5. Pn. Marsila bt Iberahim
6. En. Yazid b. Saupian

1. En. Mohd Naim b. Abdullah  Persediaan kompang menyambut perasmi.
 Penyediaan murid membawa bunga
2. En. Mohamad bin Yusoff
3. Pn. Nor Laili bt. Ahmad manggar.
4. Pn. Noazza Abd Wahid Tan  Menyediakan roset (3 VIP, 6 biasa)
5. En. Airani Aini

Bacaan doa 1. En. Mohd Umar b. Mohamed Saleh  Membacakan doa di awal majlis.
Usul 1. Pn Noor Zafirah Bt Mohd Fauzi
2. Pn Jazilah Bt Jamalulin  Mengumpul dan mencatatkan usul daripada
Pengacara 3. Pn. Nurul Elyana bt. Samsudin ibu bapa
majlis 4. En. Hanapiah Bin Sapuan
5. En. Shahrul Nizam B. Abd Samad  Menyerahkan usul yang dipilih kepada AJK
Pencatat Minit buku program
Mesyuarat 1. En. Azman b. Abdullah
Agung PIBG 2. Pn. Hidayah bt Abdul Latif  Menyediakan teks pengacaraan yang
Pengurusan bersesuaian dengan majlis.
hadiah, sijil& 1. Pn. Nuha bt. Abdullah (K)
cenderamata 2. Pn. Haziani bt. Jasmani  Memastikan majlis berjalan lancar.
VIP 3. Pn. Ummu Najah bt. Abdul Shukur  Menyampaikan maklumat terkini dari

1. Pn. Thanaletchumy A/P Ganasarum (K) semasa ke semasa.
2. Pn. Hjh Haslina bt Khalid  Menulis minit penuh sepanjang Mesyuarat
3. Cik Siti Afiqah Binti Ab Hamid
4. Pn Khairul Najwa Binti Rauf Agung PIBG berlangsung
 Menyerahkan minit kepada setiausaha

untuk diminitkan.
 Menyediakan cenderamata kepada

perasmi.
 Menyediakan hadiah dan sijil kepada

penerima anugerah.
 Menyediakan alas dan dulang hadiah.

4

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Jemputan& 1. Pn. Salina bt Salamon (K)  Menyediakan surat jemputan kepada
pengelola 2. Pn. Siti Nur Hanis Binti Ahmad penjaga penerima anugerah.
penerima 3. En Mohd Zahhar bin Mohd Hatta
anugerah  Menyusun kedudukan murid sewaktu majlis
berlangsung.

Buku program 1. Cik Aza Abeha bt. Adam (K)  Mengumpulkan data dan maklumat penting
2. Pn. Nur Aida Madhihah bt Azman untuk dicetak dalam buku program
3. Pn. Hjh Nurhayati bt Zainal
 Mencetak buku program mengikut bilangan
yang ditetapkan

 Menyediakan buku program kepada
bahagian pendaftaran

Pengurusan : Pn Marsila Binti Abdul Karim

Persembahan 1. Pn. Nurul Izzah Bt M. Hashim  Menyediakan persembahan pembukaan
murid 2. Pn. Khairun Nisa bt Abdullah dan persembahan selingan.

3. Pn.Fathiyah bt Abd Rahman  Melatih dan menetapkan bilangan murid

yang terlibat dalam persembahan.

Pendaftaran 1. Pn. Norziran Bt Muda  Menyediakan borang pendaftaran mengikut
2. Pn. Zalinah Bt Mohamed ketetapan sarana ibu bapa
Pemilihan dan 3. Pn. Fairuza Bt Hashim
pengiraan undi 4. En. Umar Syukri Bin Halim  Menyediakan 2 borang berasingan untuk
AJK SESI 5. En. Muhamad Safri Bin Sarman Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis
2019/2020 Anugerah Murid
1. Pn. Jeyanthy A/P Krishnan
Jamuan VIP, 2. Pn. Fauziah bt Abdul Ghani  Menyediakan whiteboard dan marker untuk
Ibu Bapa, Guru 3. En. Mohd Halim Shah Bin Muribin proses undian
& Murid 4. En. Ahmad Bakhtiar bin Ahmad
 Mencatat nama calon yang dicadangkan
Redzuan  Membuat pengiraan undian

VIP  Memastikan jamuan VIP dihidangkan
1. Pn. Siti Fatimah bt Mat Husin (K) mengikut kesesuaian.
2. Pn. Salwani bt Muhamed
 Memastikan makanan yang disediakan
Ibu bapa mencukupi mengikut ketetapan.
1. Pn. Azlina bt Awi (K)
2. Pn. Rosmawati binti Abdullah  Merancang cara penyerahan makanan.
3. Pn. Hjh Nurhayati bt Zainal
4. En. Saifullah Bin Hamzah
5. En. Nur Arif Bin Zainurin
6. Pn. Roslinda Bt Ramli
7. Pn. Maisara Binti Ibrahim

Murid
(persembahan & penerima anugerah)
1. Pn. Nur Raudhah bt Ismail (K)
2. Pn. Azizah bt Abdullah

5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS

Jurufoto dan Pengurusan : En Yazid Bin Saupian
dokumentasi
1. En. Mohd Asahar Bin  Merakam dan mengambil gambar
Hamidon@Hamdon sepanjang majlis berlangsung
2. Pn. Nur Fairuz Bin Ab. Kadir
3. Pn. Wan Nurul Baizura bt Wan  Membuat dokumentasi dan laporan

Mohamad Noor

Persiapan 1. En. Mohd Nazir Bin Mohamed Ismail  Menghias ruang pentas
pentas 2. En. Ahmad Hafiz B. Ahmad Amiruddin  Menyediakan backdrop yang bersesuaian
3. En. Nor Amirul Akmal Bin Hashim
PA sistem dan dengan majlis
siaraya 1. En. Wan Nuzaihan Bin Wan Hashim
2. En. Muhammad Bahagia bin Jemali  Memastikan peralatan audio berfungsi
dengan baik
Penyediaan 1. En. Khairul Azri b. Saedin (K)
tempat & 2. En. Muhammad Adli b. Adnan  Memasang peralatan audio lebih awal
kebersihan 3. Cik Khughuneshvarie A/P Segaran termasuk semasa raptai
4. Cik Noor Syukriah bt. Kamarulzaman
5. Cik Nor Husna Yumni Bt Halim  Bertanggungjawab mengambil dan
menyimpan peralatan audio dengan
selamat.

 Menyusun kerusi seperti yang ditetapkan.
 Menyediakan meja pengacara majlis, meja

Mesyuarat Agung PIBG, meja hadiah dan
meja pendaftaran.
 Menyediakan plastik hitam untuk ibubapa
membuang sampah.
 Memastikan kebersihan dewan sebelum
dan selepas majlis.

6

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

7

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG (Pengerusi)
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8

Tahun 2019
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2019
5. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2019
6. Cadangan Sumbangan PIBG dan Keperluan Sekolah
7. Pembentangan dan Membahaskan Usul
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan Penangguhan

8

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAMANSARA ALIFF

Persiaran Aliff Harmoni Utama,
Taman Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, Johor
No. Tel: 07-2351210, No. Faks : 07-2361210


Ruj. Kami : PIBG/SKTDA/008/05( )
Tarikh : 17 Februari 2020

Kepada,
Tuan / Puan
Ibubapa / Penjaga murid
SK Taman Damansara Aliff

Tuan/Puan

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
KALI KE-9, TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, pihak PIBG SK Taman Damansara Aliff menjemput
tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Damansara Aliff ke-9 yang akan
diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 Mac 2020 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Ibn Khaldun, SK Taman Damansara Aliff

3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam
Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas
masing-masing selewat-lewatnya 25 Februari 2020 (RABU).

4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan
dibincangkan jika tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk
membantu meningkatkan kecemerlangan murid amat digalakkan.

5. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Benar,

.......................................................................
(HJ ABDUL RAHMAN BIN MOHAMMAD)
Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Damansara Aliff.

9

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

SURAT JAWAPAN & USUL/CADANGAN :

Saya .......................................................................................................................... waris kepada

Bil. Nama Anak Kelas

*HADIR / TIDAK HADIR ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Damansara Aliff kali ke-9 pada
8 Mac 2020. Saya ingin membentangkan usul/cadangan seperti berikut :
1. .............................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

2. .............................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................
Yang benar,

...................................................
()
PERHATIAN :
1. Sila kembalikan helaian ini kepada pihak sekolah melalui guru kelas masing-masing

selewat-lewatnya 25 Februari 2020 (RABU).
2. Pembentang usul diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Jika pembentang usul

tidak hadir dalam mesyuarat maka usul tersebut akan ditolak.
3. Jawatankuasa PIBG berhak menapis usul cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat

Agung PIBG kali ke-9.
*potong yang tidak berkenaan

10

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAMANSARA ALIFF
MINIT MESYUARAT : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8 / 2019

Tarikh : 23 Februari 2019 (Sabtu)

Masa : 11.00 pagi -1.00 petang

Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Damasara Aliff

Pengerusi : Tn Hj Abdul Rahman bin Mohammad (YDP PIBG)

Kehadiran (Bilangan) : Rujuk Kehadiran

1.0 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG (Pengerusi)
Tn. Haji Abdul Rahman bin Mohammad, YDP PIBG selaku pengerusi PIBG 2017/2018 mengalu-
alukan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8. Kemudian, YDP meneruskan
kepada agenda mesyuarat.

2.0 Ucapan Aluan Guru Besar (Ex-Officio)
Guru besar Pn Norpisah binti Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
Selain itu, ucapan guru besar menyentuh tentang :
 Melalui pengalaman yang lepas, semua AJK PIBG 2018/2019 sangat banyak membantu
dan bagi kerjasama.
 Jumlah murid di SK Taman Damansara Aliff sudah menjangkau 1000 orang murid.
 Mengharapkan agar tiada 2 sesi untuk tahun 2020 kerana akan menimbulkan banyak
masalah kelak.
 Memaklumkan tidak wujud lagi peperiksaan untuk murid tahap 1.
 Memaklumkan tentang pemakaian kasut hitam belum diwajibkan dan masih ada pilihan.
 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan diberi penerangan dari semasa ke semasa.
 Generasi Alfa lebih kepada PdP yang santai dan tidak exam-oriented.
 Guru-guru akan memastikan murid-murid akan menguasai 4M (Menulis, Mengira,
Membaca dan Menaakul.
Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa, semua AJK PIBG dan pihak
sekolah dalam menjalankan aktiviti dan program yang telah dirancang.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 yang lepas.
3.1 Dibentang oleh : En Mohd Halim bin Masom

Dicadang untuk disahkan oleh : En Mohd Safri bin Sarman

Disokong untuk pengesahan : Pn Halina

4.0 Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2018

4.1 Kewangan PIBG

Pembentangan kewangan oleh Cik Suhada binti Abd. Wahid (Rujuk Lampiran)

Perkara berbangkit : (En Mohd Safri bin Sarman)
- Jika dilihat pada lampiran kewangan bermula Mac hingga Disember 2018

tetapi sepatutnya adalah bermula Januari hingga Disember 2018

Penjelasan perkara berbangkit oleh En Mohamad Zin bin Hisham (Pemeriksa Kira-kira)

Dibentang oleh : Cik Suhada binti Abd Wahid
Dicadang untuk disahkan : En Mohd Safri bin Sarman

Disokong untuk pengesahan : En Shaiful Nizam bin Abd Samad

11

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

5.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019

5.1 Pelantikan Pengerusi Sementara
 YDP PIBG membubarkan AJK
 Guru Besar telah dilantik Sebagai Pengerusi Sementara untuk meneruskan
Mesyuarat Agong.

5.2 Pelantikan Tuan Yang Dipertua

 Pelantikan Tuan Yang Dipertua : Tn Hj Abdul Rahman bin Mohamad

Dicadang oleh : En Mustafa bin Ali
Disokong oleh : Pn Noriza bt Ibrahim

Cadangan ditutup : En Rohanizan bin Bohari
Disokong : En Norman

5.3 Pelantikan Naib Yang Dipertua

 Pelantikan Naib Yang Dipertua : En Rohanizan bin Bohari

Dicadang oleh : Pn Maisarah bt Ibrahim
Disokong oleh : En Mohd Azan
Cadangan ditutup : En Mohd Safri bin Sarman
Disokong : Pn. Haslinda

5.4 Pelantikan Setiausaha

 Setiausaha Kehormat sesi 2019/2020 : En Mohd Halim bin Masom

5.5 Pelantikan Bendahari

 Bendahari Kehormat sesi 2019/2020 : Cik Suhada binti Abd Wahid

5.6 Pelantikan AJK PIBG sesi 2019/2020

AJK PIBG Ibubapa

1. En Mohd Zin bin Hisyam 5. En Saiful Nizam bin Abd Samad
Dicadang : Pn Maisarah bin Ibrahim Dicadang : En Zaidi Aziz
Disokong : Mohd Nazir bin Ismail Disokong : Tn Hj Abdul Rahman

2. Mohd Nafis bin Ishak 6. Pn Roslinda bt Ramli
Dicadang : Pn Aminah Dicadang : Pn Asmawati
Disokong : Tn Hj Abdul Rahman Disokong : En Asahar bin Hamidon

3. En Mohd Safri bin Ibrahim 7. En Hanapiah bin Sapuan
Dicadang : Pn Siti Fatimah Mat Hussin Dicadang : Pn Siti Fatimah Mat Hussin
Disokong : En Mohd Asahar Hamidon Disokong : Pn Arifah

4. En Umar Syukri bin Abdul Halim 8. En Airani bin Aine
Dicadang : Pn Maisarah bin Ibrahim Dicadang : Mohd Nafis bin Ishak
Disokong : Tn Hj Abdul Rahman Disokong : En Rohanizan bin Bohari

12

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

9. Pn Norazah bin Abd Wahid 11. En Ahmad Bakhtiar
Dicadang : En Rohanizan bin Bohari Dicadang : En Umar bin Abdul Halim
Disokong : Tn Hj Abdul Rahman Disokong : Pn Maisarah bin Ibrahim

10. Pn Maisarah bt Ibrahim
Dicadang : En Rohanizan bin Bohari
Disokong : Tn Hj Abdul Rahman

Cadangan cadangan ditutup : Pn Aminah
Menyokong cadangan ditutup : Tn Hj Abdul Rahman

AJK PIBG GURU:

1. En Mohd Naim bin Abdullah
2. En Amirul Akmal bin Hisyam
3. En Mohd Asahar bin Hamidon
4. Pn Siti Fatimah bin Mat Hussin
5. Pn Jeyanthy A/P Krishnan
6. Pn Hidayah bt Abdul Latif
7. En Azman bin Abdullah
8. Pn Azizah bt Abdullah
9. En Mohd Umar bin Mohd Salleh

5.7 Lantikan Juru Audit Dalaman sesi 2019/2020
Juru Audit Dalaman akan dilantik dikalangan AJK PIBG Ibu bapa dan Guru

6.0 Cadangan Sumbangan PIBG

 Sebulat suara daripada semua pihak telah bersetuju untuk kutipan Yuran PIBG bagi tahun
2019 berjumlah sebanyak RM90.00 sahaja.

Dicadang oleh : Tn Hj Abdul Rahman bin Mohamad
Disokong oleh : Sebulat suara
Cadangan ditutup : Pn Alina bt Aliudin @ Mantun

 Sumbangan PIBG untuk 1 keluarga adalah RM60.00

- RM 50 - Sumbangan PIBG.

- RM 10 - Sumbangan Dewan Terbuka Sekolah

 Sumbangan keperluan sekolah RM30.00 setiap murid

- RM 10 - Aktiviti Pengukuhan.

- RM 10 - Program Keceriaan Kelas (Jumlah tersebut akan diserahkan kepada

guru kelas mengikut bilangan murid di dalam kelas tersebut).
- RM 10 - Pengurusan Makmal Komputer.

Dicadang oleh : Tn Hj Abdul Rahman bin Mohamad
Disokong oleh : Sebulat suara
Cadangan ditutup : Pn Alina bt Aliudin @ Mantun

13

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019

SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

7.0 Membahaskan Hal-hal Usul
Maklum balas bagi usul yang dibentangkan adalah seperti berikut:

7.1 ( Wan Sharani bin Abdul Jalil )
 Mengusulkan supaya waktu balik sekolah bagi tahap 1 adalah jam 1 petang seperti
sebelum ini. Ini adalah bagi mengurangkan ruang masa menunggu murid-murid sehingga
tahap 2 balik pada jam 1.30.
 ( Pihak sekolah )
Ini juga merupakan permintaan ibu bapa supaya murid tahap 1 pulang awal agar tidak
bertembung dengan murid-murid tahap 2. Selain itu, ini juga bagi memberi ruang kepada
murid-murid bersiap awal untuk ke sekolah agama. Tambahan itu, pihak sekolah
menjelaskan bahawa sekolah kekurangan guru seramai 5 orang. Oleh itu, pihak sekolah
mengharapkan semua penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak-anak sebaik
mungkin.

7.2 ( Pn Rozana bt Ayob )
 Mengusulkan supaya pihak sekolah mengkaji semula tentang semua buku perlu
dimasukkan di dalam beg sekolah dan tidak dibenarkan untuk mengikat atau dipegang
oleh murid.
 ( Pihak sekolah )
Menjelaskan bahawa terdapat beberapa sebab arahan tersebut dikeluarkan antaranya
adalah murid-murid akan tertinggal buku mereka yang diikat di mana-mana mereka
singgah. Ini kerana jika mereka bejumpa dengan rakan-rakan mereka, mereka pasti
berasa seronok dan bermain-main sehingga terlupa buku yang mereka bawa.

7.3 ( En Hanapiah bin Sapuan )
 Mengusulkan supaya program pembangunan sukan olahraga, bola sepak, hoki dan lain-
lain dijalankan pada hari Jumaat atau Sabtu.
 ( Pihak sekolah )
Memberi maklum balas bahawa hal ini akan dibincang semula. Tambahan pula sekolah
terikat dengan cuti mingguan pada hari Jumaat dan juga larangan menjalankan aktiviti
pada hari Sabtu minggu ke 1 dan 3. Tetapi sekiranya pihak sekolah terpaksa menjalankan
aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari Sabtu minggu ke 2 dan 4.

7.5 ( En Tun Ismail bin Ibrahim )
 Mengusulkan supaya pihak sekolah menyediakan ’water cooler’ untuk kemudahan anak-
anak memandangkan anak-anak hanya membawa sebotol air mineral 500ml sahaja.
 ( Pihak Sekolah )
Respon daripada pihak sekolah adalah terdapat beberapa water cooler dipasang tetapi
hanya tinggal bekas sahaja kerana tidak diselenggara. Ini kerana pihak sekolah tiada
peruntukan untuk menyelenggara water cooler tersebut. Sekiranya terdapat ibu bapa yang
ingin menyumbang water cooler adalah sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah.

7.6 ( Pn Minaa binti Awang )
 Pihak pencadang mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan kelas Al-Quran dan
Fardu Ain tambahan kepada murid-murid beragama Islam.
 ( Pihak sekolah )
Memberi maklum balas bahawa sekolah menghadapi masalah kekurangan guru agama.
Sekiranya berlebihan Ustaz dan Ustazah tidak keberatan untuk mengajar. Tambahan pula,
di dalam waktu Pendidikan Islam telah ada Tasmik sebanyak 2 masa, Al-Quran 2 masa,
Ulum 2 masa, Jawi 2 masa dan bahasa Arab 3 masa.

14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

8.0 Hal-hal Lain
8.1 ( Pn. Zaitulakma binti Zulramlee )
 Pertanyaan tentang pembukaan Pra Sekolah
Pihak sekolah menjelaskan bahawa pihak KPM telah datang membuat lawatan ke sekolah
untuk melihat kawasan bagi membuka kelas Pra Sekolah. Tetapi disebabkan kawasan
sekolah yang terhad dan kecil, kelas tersebut tidak dapat dibuka. Ini kerana Pra Sekolah
memerlukan bangunan lain untuk membina dapur, tempat makan, tempat permainan dan
juga tandas khas. Kesimpulannya Pra Sekolah tidak boleh dibuka di sekolah ini
memandangkan semua bangunan telah dipenuhi.
8.2 ( En. Rahman Yaakob )
 Pertanyaan tentang kawalan guru di pagar sekolah semasa balik
Pihak sekolah memaklumkan bahawa setiap minggu memang terdapat guru yang bertugas
dan mereka telah dibahagikan kepada kelompok kecil. Di pagar sekolah juga telah ada
guru bertugas cuma mungkin guru bertugas tersebut sedang mengajar tahap 2. Pihak
sekolah juga mengambil maklum hal tersebut dan akan memastikan terdapat guru
bertugas di pagar selepas ini.
8.3 ( Pn. Alina )
 Pertanyaan tentang ceramah kesihatan dan program motivasi
Pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah dalam perancangan.

9.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan menunggu sehingga
akhir program. Besarlah harapan pengerusi agar semua ibu bapa memberikan sokongan kepada
pihak sekolah dan PIBG. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
menjayakan mesyuarat PIBG bagi tahun 2019.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari

15

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

16

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

CADANGAN SUMBANGAN SEKOLAH DAN PIBG TAHUN 2020

BIL KUTIPAN JUMLAH CATATAN
(RM)

1. PIBG RM 50.00 * Hanya seorang dalam
RM 10.00 ahli keluarga sahaja
2. Dewan Terbuka RM 10.00
Sekolah * Hanya seorang dalam
ahli keluarga sahaja
3. Sumbangan Susur
Jalan Berbumbung * Hanya seorang dalam
ahli keluarga sahaja

4. Aktiviti Pengukuhan RM 10.00 * Semua murid

5. Progran Keceriaan RM 10.00 * Semua murid
Sekolah * Semua murid
RM 10.00
6. Pengurusan Makmal RM 100.00
Komputer

JUMLAH KESELURUHAN

RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS SAHAJA

* Bayaran hanya selepas mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Johor

17

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

LAPORAN AJK PIBG SK TAMAN DAMANSARA ALIFF
TAHUN 2019

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2019 / 2020

EX OFFICIO : PN. NORPISAH BINTI IBRAHIM
YANG DI PERTUA : TN. HJ. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMMAD
NAIB YANG DIPERTUA : EN. ROHANIZAN BIN BOHARI
SETIAUSAHA : EN. MOHD HALIM BIN MASOM

BENDAHARI : CIK SUHADA BINTI ABDUL WAHID

AHLI JAWATANKUASA

AJK PIBG IBU BAPA

1. En Mohd Zin bin Hisyam
2. Mohd Nafis bin Ishak
3. En Mohd Safri bin Ibrahim
4. En Umar Syukri bin Abdul Halim
5. En Saiful Nizam bin Abd Samad
6. Pn Roslinda bt Ramli
7. En Hanapiah bin Sapuan
8. En Airani bin Aine
9. Pn Norazah bin Abd Wahid
10. Pn Maisarah bt Ibrahim
11. En Ahmad Bakhtiar

AJK PIBG GURU

1. En Mohd Naim bin Abdullah
2. En Nor Amirul Akmal bin Hisyam
3. En Mohd Asahar bin Hamidon
4. Pn Siti Fatimah bin Mat Husin
5. Pn Jeyanthy A/P Krishnan
6. Pn Hidayah bt Abdul Latif
7. En Azman bin Abdullah
8. Pn Azizah bt Abdullah
9. En Mohd Umar bin Mohd Salleh

PEMERIKSA KIRA-KIRA
En. Rohanizan Bin Bohari
En. Mohd Nazir Bin Mohamed Ismail

18

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

AKTIVITI JAWATANKUASA PIBG 2019

1. Sepanjang tahun 2019, ahli jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 5 kali bagi
membincangkan aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh persatuan dan pihak sekolah
merangkumi pembangunan fizikal sekolah, sahsiah murid, prestasi akademik dan kokurikulum
murid.

2. Berikut adalah tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang telah diadakan :

2.1 Mesyuarat AJK ( Bil. 1 ) : 26 April 2019
2.2 Mesyuarat AJK ( Bil. 2 ) : 8 Julai 2019
2.3 Mesyuarat AJK ( Bil. 3 ) : 23 September 2019
2.4 Mesyuarat AJK ( Bil. 4 ) : 4 Oktober 2019
2.5 Mesyuarat AJK ( Bil. 5 ) : 15 Oktober 2019

3. Aktiviti Penglibatan PIBG bersama pihak sekolah bagi tahun 2019 :

3.1 Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 : 23 Februari 2019

3.2 Program Muzakarah Ibu Bapa & Guru Tahun 6/2019 : 17 Mac 2019

3.3 Solat Hajat Perdana Siri 1/2019 : 20 Jun 2019

3.4 Solat Hajat Perdana Siri 1/2019 : 8 Julai 2019

3.5 Solat Hajat & Bacaan Yasin Sepanjang UPSR 2019 : 4, 5, 10, 11 Sept. 2019

3.5 Kejohanan Balapan & Padang SKTDA : 10 November 2019

4. Aktiviti Kebajikan PIBG dengan menyumbang kepada :

4.1 Sumbangan keceriaan persekitaran sekolah.
4.2 Cenderahati AJK PIBG

19

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

20

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Anugerah Khas 6A UPSR 2019

1. ADAM ASYRAF TAN
2. DANISH HARRAZ BIN SAHARUDIN
3. MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD FARID
4. MUHAMMAD HAZIM BIN HASZRIE
5. AMNI BATRISYA BINTI ADI KHIRAZLI
6. NUR KARAMINA BINTI MOHAMMAD ALI
7. NUR SALSABILA BINTI MOHD FAIZAL
8. NURUL SAIDATUL AISHAH BINTI SHAHRUL NIZAM
9. SARAH BINTI UZRIZUDDIN
10. NUR FARISYA SOFIYYA BINTI MOHD SUFFIAN

21

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 4 / 2019

4 ALFA 4 BETA
1. AULIA HANINDA BINTI ABDUL HALIM
1. AHMAD HADIF BIN SHAHRUL FAIZAL

2. NURIN BATRISYIA YAZID BINTI ABDUL 2. ADDIENNA NUR IMAN BINTI RAZAK
KHALIQ

3. SITI NUR AFSARINA AFIQAH BINTI 3. MUHAMMAD QALIFF IMAN BIN
MOHD AFFENDI KHAIRUL AZMI

4 DELTA 4 GAMMA
1. QASIH QAIRA MARISSA BINTI ABDULLAH
1. MUHAMMAD ISKANDAR BIN
HISHAMUDDIN

2. ADELLEANA BINTI ADERLE 2. NURUL SUHADAH NATASHAH BINTI
SUHAIMI

3. KHAIRUL IRFAN ISYRAF BIN KHAIRUL 3. MUHAMMAD ALIF HAZIQ BIN MISMAN
AZHAR

NUR AFRINA HADIRAH BINTI SHAIFUL

4 OMEGA

1. NUR SAIYYIDATUL ALIAH BINTI MD
SAIRUDIN

2. NASRIN ZAHIRA BINTI AHMAD ZAHRIN
ISMAIL

3. MUHAMMAD MUKHLIS WAFIQ BIN
NORKAMIL

Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 4 / 2019

MATAPELAJARAN NAMA KELAS
BM (PEMAHAMAN)
NURIN BATRISYIA YAZID BINTI ABDUL KHALIQ ALFA
BM (PENULISAN) ARIFAH ALEEYA FARAHIN BINTI AB AZIZ FAUZI
BI (PEMAHAMAN) ADRIANNA FAREESHA BINTI ABDUL AZIZ ALFA
BI (PENULISAN) ALFA
MATEMATIK NURIN BATRISYIA YAZID BINTI ABDUL KHALIQ BETA
SAINS AHMAD HADIF BIN SHAHRUL FAIZAL ALFA
PENDIDIKAN ISLAM NUR ALEESYA BINTI MOHD NASIR ALFA
PENDIDIKAN MORAL AHMAD HADIF BIN SHAHRUL FAIZAL ALFA
AHMAD HADIF BIN SHAHRUL FAIZAL BETA
AHMAD HADIF BIN SHAHRUL FAIZAL
JOHN YUVARAJ VICTOR

22

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 5 / 2019

5 ALFA 5 BETA
1. DHANIYAH NABILIA BINTI ZAINUDIN
1. NUR ZAAKIRAH BINTI MOHAMAD NOOR

2. NURUL JANNAH BINTI MOHD AZAMNIE 2. MUHAMMAD HARITH ZIKRY BIN MOHD
FARIS

3. MOHAMED AFZAL SADAT BIN ANWAR 3. MUHAMMAD DANISH IQBAL BIN SAIFUL
SADAT LIZAN

5 DELTA 5 GAMMA
1. EMMANUEL PRAVEEN THOBIAS 1. MUHAMMAD SYAHIR AQIF BIN SAIFUL

2. BANUSRE A/P MURUGAIYAH 2. MUHAMMAD HAZRIQ HAKIMI BIN RASIM
3. SUMIYA IRDINA BINTI MOHAMED 3. MUHAMMAD HUSSIEN HAKIMI BIN

ALAMIN MUHAMMAD FAUZI

5 OMEGA

1. MUHAMMAD HANZALAH BIN MD
ZULHAIMI

2. NUR IFFAHTUL FARISHAH BINTI MOHD
AZIZI

3. MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN ELIAS

Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 5 / 2019

MATAPELAJARAN NAMA KELAS
BM (PEMAHAMAN) ALFA
DHANIYAH NABILIA BINTI ZAINUDIN DELTA
BM (PENULISAN) MUHAMMAD RAYYAN MAHARI BIN ZAROL MAHARI ALFA
BI (PEMAHAMAN) ALFA
NURUL JANNAH BINTI MOHD AZAMNIE
BI (PENULISAN) BETA
MATEMATIK MUHAMMAD AFIS BIN SUKUN ALFA
SAINS MUHAMMAD IRFAN BIN ABDUL MUNTALIP ALFA
PENDIDIKAN ISLAM
JASTIN JEE BIN JEE LEONG KIAT BETA
PENDIDIKAN MORAL
DHANIYAH NABILIA BINTI ZAINUDIN DELTA

NURUL JANNAH BINTI MOHD AZAMNIE
NUR ZAAKIRAH BINTI MOHAMAD NOOR
NUR FARISHA YASMIN BINTI HAZNIZAM
RUVENSWARAN A/L ELANGOVAN

23

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 6 / 2019

6 ALFA 6 BETA
1. DANISH HARRAZ BIN SAHARUDIN
2. ADAM ASYRAAF TAN 1. NOR FARAH NADHIRA BINTI ADAM
3. NUR SALSABILA BINTI MOHD FAIZAL
2. NUR FARISYA SOFIYYA BINTI MOHD
SUFFIAN

3. MUHAMMAD QASSIM BIN SAFVAN

6 DELTA 6 GAMMA
1. NABIHA BATRISYA BINTI KHAIDIR 1. HAYRUNNISA BINTI HAIROLNIZAM
2. MUHAMMAD RAFIQ AMMAR BIN AIDIL 2. NUR WAFAA BINTI MOHAMMAD AKBAR
3. MUHAMMAD UMAIR BIN NORSHAM 3. ROSHYEN NAAM

6 OMEGA
1. MUHAMMAD NABIL BIN MOHD KAMAL

2. NUR ALEYA NATASHA BINTI KAMARUDIN

3. MUHAMMAD ADAM IKHWAN BIN
ZULKIFLI

Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 6 /2019

MATAPELAJARAN NAMA KELAS
BM (PEMAHAMAN) NUR FARISYA SOFIYYA BINTI MOHD SUFFIAN BETA
MUHAMMAD QASSIM BIN SAFVAN ALFA
BM (PENULISAN) PUTRI NURUL FARISHA BINTI MAT RANI ALFA
BI (PEMAHAMAN) NUR KARAMINA BINTI MOHAMMAD ALI ALFA
BI (PENULISAN) MUHAMMAD HAZIM BIN HASZRIE ALFA
MATEMATIK MUHAMMAD HAZIM BIN HASZRIE
SAINS ALFA
DANISH HARRAZ BIN SAHARUDIN
PENDIDIKAN ISLAM NURUL SAIDATUL AISHAH BINTI SHAHRUL NIZAM ALFA
PENDIDIKAN MORAL MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD FARID BETA

SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD SA’IF
TEYVASRI A/P SINGARAVEL

24

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

25


Click to View FlipBook Version