The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitifatimah, 2020-07-02 12:01:17

4. Konsep asas dalam penyelidikan

4. Konsep asas dalam penyelidikan

KONSEP ASAS DALAM
PENYELIDIKAN

Pn. Siti Fatimah binti Md. Shariff
M Nrsg,
KUIM

Pengenalan

• Konsep asas ini akan menerangkan beberapa istilah asas
yang digunakan dalam penyelidikan

• menerangkan jenis jenis pengukuran dalam penyelidikan
dan kepentingannya

Istilah istilah asas

• Teori
• Hipotesis
• Persoalan kajian
• Definisi operasional
• Definisi konsep
• Pembolehubah/varible

Teori

• Adalah satu set pernyataan yang abstrak dan umum yang
di sokong oleh syor ( atau hipotesis yang dibuktikan).

• Oleh yang demikian teori dan hipotesis tidak dapat
dipisahkan

• Teori saintifik merupakan set pernyataan yang berkaitan
antara satu sama lain yangmenjelaskan dan meramal
sesuatu fenomena

Peranan teori dalam penyelidikan

• Memberikan isyarat dan saranan untuk membuat sesuatu
penyelidikan dan membantu menjelaskan perkara yang
masih kabur

Kerangka teori ( theoretical framework)

• Merupakan penjelasan yang luas dan umum mengenai
konsep asas yang dikaji

• Penyelidik menggunakan kerangka teori untuk
menjelaskan teori terhadap maalah yang dikaji

• Contohnya:
• Menggunakan kerangka teori kuasa dalam mengkaji

gangguan seksual di tempat kerja

Kerangka konsep( conceptual famework)

• Merujuk kepada satu set konsep yang berkaitan antara
satu sama lain dalam cara logikal berhubung dengan
fenomena yang dikaji

• Merujuk kepada teori yang belum diuji
• Boleh dihasilkan berdasarkan pengalaman lepas

penyelidik melalui satu hujah yang logik
• Sering digunakan oleh penyelidik kualitatif umuk

memandu mereka mengumpul data dan
menginterpretasikan aktiviti aktiviti penyelidikan yang
hendak dijalankan

sfms KUIM 8

HIPOTESIS KAJIAN

• Digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan
perhubungan dan perbezaan antara variabel-variabel

• Merupakan andaian atau ramalan pengkaji tentang
hubungan atau perbezaan yang mungkin wujud antara
variabel

• Ramalan sebelum data dipungut

sfms KUIM 9

• Proses membina hipotesis memerlukan penelitian yang
mendalam dalam memulakan sesuatu penyelidikan

• Pengkaji perlu merujuk kajian lepas sebelum membina
hipotesis.

sfms KUIM 10

Tujuan membina hipotesis

• Membantu pengkaji menyatakan ramalan dengan tepat-
fokus kepada aspek yg dinyatakan dalam hipotesis

• Untuk pengkaji menguji ramalannya kerana hipotesis
boleh diuji dengan ujian statistik

• Membimbing pengkaji merancang reka bentuk
kajian,instrumen kajian dan pensampelan secara
sistematik

• Sebagai panduan saintifik untuk merangka
penyelidikan,merumus dapatan kajian dam membuat
kesimpulan

• Meningkatkan kebolehpercayaan kajian-pada akhir kajian
ras signifikan ditunjukkan yang dapat membina bukti
saintifik untuk penyelidikan yang dilakukan

sfms KUIM 11

Bagaimana membentuk hipotesis

• Perlu dinyatakan dalam bentuk pernyataan,tidak dalam
bentuk soalan

• Perlu selaras dengan fakta, teori dan kajian lepas
• Dinyatakan mengikut masalah kajian yang telah dikenal

pasti
• Haruslah boleh diuji
• Dinyatakan dengan tepat untuk memudahkan proses

pengumpulan dan analisis data

sfms KUIM 12

Jenis hipotesis

• Hipotesis nol- biasanya mengandungi perkataan tiada
perbezaan

• Hipotesis alternatif- pernyataan yang menunjukkan
terdapat perhubungan atau perbezaan antara sebab dan
akibat suatu fenomena

sfms KUIM 13

Hipotesis nol-

• Diuji oleh ujian statistik yang menyatakan tidak terdapat
perhubungan antara variabel-variabel

• Merupakan pernyataan yang neutral
• Hasil ujian statistik ke atas hipotesis nol membimbing

pengkaji untuk menolak atau tidak menolak hipotesis nol
(pada aras signifikan=0.5)

sfms KUIM 14

Contoh :

• Soalan kajian:
• adakah terdapat perbezaan kepuasan kerja antara

jururawat lelaki dan jururawat perempuan
• HO:Tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja natar jururawat lelaki

dan jururawat perempuan

• Ha :

-terdapat perbezaan kepuasan kerja antara jururawat lekaki dan
jururawat perempuan

Ha:

-jururawat lelaki mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi
berbandung jururawat perempuan

sfms KUIM 15

Respon terhadap Ho dan Ha

• Jika terdapat perbezaan kepuasan kerja antara
responden maka Ho akan ditolak

• Jika tiada perbezaan kepuasan kerja maka HO diterima
dan Ha ditolak

SFMS 2014 KUIM 16

Contoh 1:

Hipotesis:

• Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan
semakin meningkat

• · Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

• · pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

• · Pembolehubah pengacau: proses belajar

• Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut.

Jika pelajar tertarik terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya
akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun demikian, hasil
akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri sama ada belajar atau
tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi
dan persiapan belajar yang baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

SFMS 2014 KUIM 17

Contoh 2:

Hipotesis:
• Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

• · Pembolehubah bebas: layanan yang baik

• · Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

• · Pembolehubah pengganggu: kualiti produk

• Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi
terhadap pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi
hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan. Layanan
yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti
produknya rendah.

• Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik kepada
pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual
rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.



sfms KUIM 18

Soalan kajian @
( research question)

• Soalan kajian merupakan spekulasi atau persoalan yang
ditimbulkan dalam pernyataan masalah

• Dinyatakan dalam bentuk tanda soalan (ayat tanya)
• Soalan kajian mesti selaras dengan objektif kajian

sfms KUIM 19

CONTOH 2:

• OBJEKTIF KAJIAN:
• Untuk menyelidik persepsi komuniti sekolah tentang

kesan pengunaan FB terhadap pembelajaran pelajar
sekolah menengah
• SOALAN KAJIAN:
1.Apakah persepsi para guru tentang kesan penggunaan
FB terhadap pelajar sekolah menengah?
2. Apakah persepsi para pelajar terhadap kesan
penggunaan FB terhadap pembelajaran mereka?
3.Apakah persepsi para ibubapa tentang kesan
penggunaan FB terhadap pembelajaran sekolah
menengah?

Definisi operasional

• Berbeza daripada definisi di dalam kamus
• Merupakan definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk

menjelaskan responden ,pemboleh ubah yang hendak
dikaji atau di manipulasi dalam kajiannya
• Memberikan gambaran bagaimana konsep yang dikaji
boleh diperhatikan
• Membentuk menjelaskan idea penyelidik kepada orang
lain
• Setiap penyelidik akan mempunyai definisi yang berbeza
menurut matlamat kajian

Contoh:..

• Kajian hubungan antara ibu dan anak
• Tafsiran hubungan
-penyelidik 1: dalam bentuk bilangan pelukan
Penyelidik 2: jumlah wang diberikan
Penyelidik 3: masa yang diluangkan bersama

Definisi konsep/ definisi teori

• Bersandarkan kepada teori atau kajian lepas
• Memberikan maksud lebih abstrak atau lebih umum
• Didefinisikan dengan berbagai cara:

Contoh definisi konsep:…

• Konsep delinkuen boleh didefinisikan sebagai( Berg
1955)

-remaja bawah umur 16- 18 tahun yang melakukan tingkah
laku melanggar undang undang
-remaja yang melanggar undang- undang
-remaja yang melanggar undang undang dan didakwa di
mahkamah
Penyelidik boleh memilih mana mana satu definisi untuk
digunakan yang bersesuaian dengan definisi operasional
kajian mereka

Contoh hubungan antara definisi konsep
dengan definisi operasional

• Amalan autorarian dalam embesarkan anak- anak
• Definisi konsep: cara yang mewrujuk kepada hukuman

keras dan menggugat terhadap anak
• Definisi operasional:
Bilangan
i. Pukulan
ii. Jeritan
iii. Hukuman yang dilaporkan oleh ibu dan anak

sfms KUIM 25

CONTOH 1:

• OBJEKTIF KAJIAN:

Mengenal pasti kesan kenaikan harga minyak terhadap
ekonomi negara

SOALAN KAJIAN:

1.Apakah kesan kenaikan harga minyak terhadap
pendapatan negara?

2.Apakah kesan kenaikan harga minyak terhadap kadar
pelaburan asing?

3.Apakah kesan kenaikan harga minyak terhadap sektor
pengeluaran dan pembangunan?

SFMS 2014 KUIM 26

VARIBEL KAJIAN

SFMS 2014 KUIM 27

Definisi Varibel @pembolehubah

Brown, (1998). “something that may vary or differ”
Davis, (1998) “is simply symbol or a concept that
can assume any one of a set of values”

• Definisi yang pertama menyatakan bahawa
pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau
bervariasi.

• Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol
atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau
angka-angka.

SFMS 2014 KUIM 28

• Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa
pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau
nilai yang berkaitan dengan hipotesis.

• Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang
boleh berubah.

contoh

jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan.

Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti
Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai
nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas.

Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-
perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut
sebagai pembolehubah dikotomi.

SFMS 2014 KUIM 29

contoh :

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

• Contoh-contoh pembolehubah ialah:
• kecerdasan , prestasi pelajar,
• warna, minat membeli,
• promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

SFMS 2014 KUIM 30

JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

• 1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)
• 2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)
• 3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)
• 4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

sfms KUIM 31

sfms KUIM 32

SFMS 2014 KUIM 33

Pembolehubah bersandar

/Dependent Varible (DV)

• juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion.

• adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau
respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak
bersandar.

• Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang
faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh
yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar.

• contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal,
maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”.
“Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat
membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

• Perlakuan atau perubahan pembolehubah bersandar
bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-
pembolehubah lain.

SFMS 2014 KUIM 34

Pembolehubah tidak bersandar

(bebas)/Independent Varible (IV) :

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus
atau pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah
lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah
yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh
penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan
sesuatu gejala yang diperhatikan.

SFMS 2014 KUIM 35

contoh,

• “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat
dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap “minat
beli”,

• misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat
menimbulkan minat membeli pengguna terhadap
motosikal tersebut.

• Ia adalah pembolehubah yang mempengaruhi
pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau
negatif.

• Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah
jualan. Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-
pembolehubah tidak bersandar.

SFMS 2014 KUIM 36

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak
Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

• Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan
dengan menggunakan lebih dari satu pembolehubah, iaitu
pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.
Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari
perhubungannya.

SFMS 2014 KUIM 37

Contoh 1

Hipotesis penyelidikan:
• Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan

“motivasi” pekerja

• · Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

• · Pembolehubah bersandar: motivasi pekerja

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi
pekerja, misalnya gaya kepemimpinan yang autokratik akan
memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara
berbeza dengan gaya kepemimipinan yang bersifat
demokratik.

SFMS 2014 KUIM 38

Contoh 2

Hipotesis penyelidikan:
• Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan

jumlah jualan.

• · Pembolehubah bebas: Jenis promosi

• · Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

• Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya
peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.

SFMS 2014 KUIM 39

Pembolehubah Penyederhana

(Moderating Variable):

• pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh
penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya
berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas
pertama dan pembolehubah bersandar.

• Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal
dengan minat membeli, penyelidik memilih pembolehubah
penyederhananya ialah “harga”.

• penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua
pembolehubah tersebut berubah.

• Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana
adalah berpengaruh.

• Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak
mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

SFMS 2014 KUIM 40

Contoh 2

Hipotesis:
• Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara

jumlah buku dengan kebolehan membaca.

• · Pembolehubah bebas: Jumlah buku

• · Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca anak-
anak.

• · Pembolehubah penyederhana: tunjuk ajar ibu bapa

SFMS 2014 KUIM 41

Pembolehubah campurtangan/pengacau

(intervening)

• pembolehubah bersifat hipotetikal,bermaksud secara
konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara
teoritis dapat mempengaruhi hubungan antara
pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji.

• Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan
sebagai pembolehubah yang secara teoritis
mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang
diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi.

• Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh
pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana
terhadap gejala yang sedang dikaji.

sfms KUIM 42

sfms KUIM 43

sfms KUIM 44

Confounding variable

SFMS 2014 KUIM 45

Pengkaji perlu dapat mengklasifikasikan varibel dalam
kajiannya supaya pengumpulan data dapat dibuat dengan
tepat seterusnya dapat dianalisis untuk medapatkan hasil
kajian yang tepat dan releven

sfms KUIM 46

kesimpulan

• Konsep konsep asas penyelidikan ini perlu boleh di
jelaskan dengan betul oleh penyelidik untuk memastikan
aktiviti penyelidikan mereka berjalan dengan lancar dan
dapat menghasilkan dapatan kajian yang tepat.


Click to View FlipBook Version