Sang Gagak dan Sang Ketitir
berkawan baik.
Pada suatu hari, Sang gagak
dan Sang Ketitir berbual.
1
Sang Gagak memberitahu
Sang ketitir yang dia bertuah.
Sang Gagak cemburu
dengan Sang Ketitir.
2
Sang Gagak pula mencari
makanan sendiri dan Sang Ketitir
diberi makan oleh tuannya.
Sang Gagak tinggal di luar
manakala Sang Ketitir tinggal di
dalam sangkar mewah.
3
Sang Gagak berasa dirinya
bernasib malang dan Sang
Ketitir bernasib baik.
Kemudian, Sang Gagak terus
pergi meninggalkan Sang
Ketitir.
4
Selepas itu, Sang Gagak
terdengar perbualan dua ekor
burung pungguk.
Sang Pungguk berkata “kitalah yang paling
baik sebagai seekor burung kerana boleh
terbang ke mana-mana”.
Sang Gagak menyesal kerana
iri hati terhadap kawannya,
Sang Ketitir.
5