GARIS PANDUAN IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024 Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 2 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN 1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah sebagai rujukan aktiviti pembangunan adab dan nilai yang berbentuk pertandingan. 2. Berikut adalah senarai acara pertandingan Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Bil Acara Kategori 1. Daie Cilik Sekolah Rendah Lelaki Perempuan 2. Mimbar Daie Sekolah Menengah Lelaki Perempuan 3. Kalam 'Arabiy Sekolah Rendah Lelaki Perempuan 4. Kalimatus Sobah Menengah Rendah Terbuka Menengah Atas Terbuka 5. Kalam Jamaie Sekolah Rendah Terbuka 6 Kuiz Bahasa Arab Sekolah Menengah Terbuka 3. Penyertaan peserta adalah berdasarkan kelas yang didaftarkan pada sesi persekolahan tahun semasa. Seorang peserta layak menyertai satu acara sahaja. 4. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan: i. Peserta lelaki perlu berbaju melayu (cekak musang) yang lengkap; berkain samping, bersongkok hitam dan berkasut; dan ii. Peserta perempuan perlu berbaju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut. 5. Pertandingan ini dipertandingkan bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 6. Semua pertandingan berdasarkan syarat dan peraturan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 3 7. Tarikh pelaksanaan peringkat kebangsaan adalah seperti berikut: Peringkat Tarikh akhir penyertaan Tarikh undian giliran & tema Tarikh Pertandingan Kebangsaan Sebulan sebelum pertandingan Sehari sebelum pertandingan Mengikut takwim yang ditetapkan 8. Tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah mengikut kesesuaian masing-masing. 9. Tema Ihtifal Lughawi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (ILSS) ialah “ADAB DAN NILAI MENJANA KARAMAH INSANIAH”
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 4 1 DAIE CILIK PENGENALAN 1.1 Pertandingan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam kontemporari Bahasa Melayu berasaskan kurikulum Pendidikan Islam. Kurikulum ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 hingga Tahun 6. 1.2 Penyampaian yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar (sedih,gembira dan kecindan). TERMA DAN SYARAT 1.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 1.4 Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu: Bil Kateg ori Kelas 1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6 2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6 1.5 Tema penyampaian adalah seperti berikut: Bil Tema Bidang 1 Rukun Iman Akidah 2 Rukun Islam Ibadah 3 Sifat Mahmudah Adab dan Akhlak
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5 1.6 Masa persembahan: 1.6.1 masa penyampaian ialah 4 hingga 5 minit sahaja. 1.6.2 loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat (ke-4) dan dua kali pada minit kelima (ke-5) menandakan waktu telah tamat. 1.6.3 Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan setelah peserta berada di atas pentas. 1.7 Penggunaan props dibenarkan tetapi tidak dinilai. Kesan bunyi tidak dibenarkan .Karya adalah ASLI. 1.8 Penggunaan dialek daerah dibenarkan tidak melebihi 10% atau 30 saat daripada keseluruhan penyampaian tazkirah. 1.9 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. PENILAIAN JURI 1.10 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: i. Penyampaian (60 markah); ii. Isi (20 markah); dan iii. Bahasa (20 markah). 1.11 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima. 1.12 Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah penyampaian, seterusnya markah isi dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah bahasa. 1.13 Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang. 1.14 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 6 BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN DAIE CILIK SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nombor Giliran peserta: Kategori: Pertandingan peringkat: Daerah / Negeri / Kebangsaan Tajuk: Tarikh penjurian: Penyampaian 60 markah Isi 20 markah Bahasa 20 markah 1. Pergerakan tubuh badan dan mimik muka (gaya tangan,pergerakan tubuh badan,hubungan mata dengan penonton dan mimik muka) 15 markah 2. Rapport dengan penonton (sapaan/fokus) 5 markah 3. Kreativiti penyampaian (ceria/sedih/kecindan) 10 markah 4. Kelancaran kata (tidak tersekat/ tidak ulang ayat yang sama/ tidak gagap) 10 markah 5. Nada dan Intonasi yang sesuai (sesuai dengan emosi yang dibawa) 10 markah 6. Penampilan dan kekemasan diri 5 Markah 7. Kesopanan dalam penyampaian (sesuai dengan watak seorang daie) 5 markah 1. Dalil naqli (ayat Al-Quran atau Hadith) (Mengandungi mesej utama tazkirah & kupasan) 5 markah 2. Kupasan dalil (menyokong dalil naqli) 5 markah 3. Analogi/Kisah teladan menyokong tajuk (menyokong mesej utama) 5 markah 4. Mesej utama/tajuk (jelas idea dan mesej yang hendak disampaikan) 5 markah 1. Bahasa Melayu Kebangsaan (Bahasa yang jelas mudah difahami oleh pendengar) 10 markah 2. Bacaan dalil naqli yang tepat (tajwid bagi ayat Al-Quran dan fasih sebutan bagi hadith) 8 markah 3. Mempunyai elemen peribahasa (cth :simpulan bahasa,kiasan,bidalan dll ) 2 markah Markah diperolehi: Markah diperolehi: Markah diperolehi: Nama juri Jumlah markah Tandatangan
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 7 2. MIMBAR DAIE PENGENALAN 2.1. Pertandingan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Melayu berasaskan kurikulum Pendidikan Islam. Kurikulum ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 2.2. Persembahan yang disampaikan adalah format tazkirah yang santai, menarik perhatian, menyentuh hati pendengar dan kreatif. Elakkan persembahan yang berunsurkan format pidato, syarahan atau bercerita. TERMA DAN SYARAT 2.3. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 2.4. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu: Bil Kategori Kelas 1 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan 1 - Tingkatan 5 2 Sekolah Menengah – Perempuan Tingkatan 1 - Tingkatan 5 2.5. Tema tazkirah adalah seperti berikut: Kategori Lelaki Kategori Perempuan 1. Iman 2. Solat 3. Zakat 4. Adab memberi sedekah 5. Adab bernegara 1. Islam 2. Puasa 3. Perkahwinan 4. Adab menjaga alam 5. Adab berjual beli
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan 8 2.6. Masa persembahan: 2.6.1 Masa persediaan adalah 2 minit selepas peserta membuat cabutan tema. Masa persediaan mula dikira apabila peserta berada di tempat persediaan. 2.6.2 Masa persembahan adalah 6 minit. Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan setelah peserta berada di atas pentas. 2.6.3 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit kelima (ke-5) dan dua kali pada minit keenam (ke-6) menandakan waktu telah tamat. 2.7. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. PENILAIAN JURI 2.8. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: i. Penyampaian dan persembahan (50 markah); ii. Isi (30 markah); dan iii. Bahasa (20 markah). 2.9. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima. 2.10. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah penyampaian dan persembahan. Jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah isi dan seterusnya bahasa. 2.11. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang. 2.12. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN MIMBAR DAIE SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nombor Giliran Peserta: Kategori: Peringkat: Daerah / Negeri / Kebangsaan Tema: Tarikh: Penyampaian & Persembahan 50 markah Isi 30 markah Bahasa 20 markah 1. Rapport dengan penonton (10 markah) • Penyampaian dimulakan dengan Salam dan Hamdalah/ Selawat -2 markah • Menarik perhatian dan fokus penonton kepada tajuk dan isi tazkirah –2 markah • Hubungan mata dengan penonton–2 markah • Menyapa penonton (minimum dua sapaan)– 2 markah • Sapaan jelas –2 markah 2. Kreativiti penyampaian (20 markah) • Variasi teknik persembahan (minimum 2 teknik) – 4 markah • Mempunyai sekurang-kurangnya dua emosi – 4 markah • Kesinambungan penyampaian idea – 4 markah • Penyampaian yang menarik– 4 markah • Kemampuan menarik penonton menjiwai penyampaian – 4 markah 3. Pergerakan tubuh badan dan mimik muka (15 markah) • Gaya tangan yang sesuai – 3 markah • Gerakan tangan yang tidak terlalu kaku -3 markah • Kepelbagaian dan kesesuaian mimik muka – 3 markah • Persembahan beradab dan meyakinkan – 3 markah • Persembahan yang santai dan natural –3 markah 4. Kawalan pentas (3 markah) • Mempunyai pergerakan yang tidak statik– 1 markah • Pergerakan yang terkawal – 1 markah • Penggunaan ruang pentas yang sesuai–1 markah 5. Penampilan diri (2 markah) • pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, memenuhi syarat pertandingan dan kemas 1. Dalil naqli (minimum satu ayat Al-Quran atau Hadith) (10 markah) • Berkaitan dengan tema – 4 markah • Terjemahan Dalil Naqli – 4 markah • Sumber Dalil Naqli - 2 markah 2. Kupasan dalil (menyokong dalil naqli) 5 markah 3. Analogi / Kisah teladan (menyokong mesej utama) 5 markah 4. Mesej utama/Tajuk (idea dan mesej yang hendak disampaikan jelas) 10 markah 1. Bahasa yang jelas (mudah difahami oleh pendengar) 5 markah 2. Bacaan dalil naqli yang tepat (Ayat Al-Quran: Betul tajwid dan makhraj serta membaca isti’azah atau basmalah) (Hadith: Fasih sebutan makhraj) 5 markah 3. Kelancaran kata (tidak tersekat / tidak ulang ayat yang sama / tidak gagap) 5 markah 4. Nada suara dan intonasi yang jelas dan sesuai (sesuai dengan emosi yang dibawa) 5 markah Markah diperolehi: Markah diperolehi: Markah diperolehi: Nama juri Jumlah markah Tandatangan 9
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 3. KALAM ‘ARABIY PENGENALAN 3.1. Pertandingan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab berdasarkan kurikulum Bahasa Arab. Kurikulum ini berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 hingga Tahun 6. 3.2. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar. TERMA DAN SYARAT 3.3. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 3.4. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu: Bil Kategori Kelas 1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6 2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6 3.5. Tema persembahan adalah seperti berikut: 3.5.1 Tema kategori lelaki Bil Tema ت 1 ُ ا َ َو األَد ُ َّة ي اسِّ َ ر دِّ ال 2 ُ َّة ي ِّ ف َ الََّّلص ُ طَة ْشِّ األَن ِّن 3 طَ َ ب الو ُّ ُ ح 10
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 3.5.2 Tema kategori perempuan Bil Tema 1 ُ ِّس ََّلب َ الـم َت 2 اَن َ و َ يـ َ الـح 3 ُ َن ه الـمِّ َ و ُ ل َ األَم 3.6. Masa persembahan: 3.6.1. Masa persembahan ialah 5 minit. 3.6.2. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat (ke-4) dan dua kali pada minit kelima (ke-5) menandakan waktu telah tamat. 3.6.3. Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan sebaik sahaja peserta memulakan kalam. 3.7. Bahagian Penyampaian: 3.7.1. Peserta dibenarkan untuk memasukkan elemen syair/ gurindam/ pantun/ sajak/ nasyid (ala padang pasir atau kontemporari secara minimalis (tidak melebihi 3 kali dalam keseluruhan persembahan sehingga mendominasi keutamaan kalam). 3.7.2. Perkara yang tidak dibenarkan dalam penyampaian adalah seperti berikut: i. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan; ii. Unsur lakonan dan main peranan atau watak yang berlebihan tidak dibenarkan. Peserta perlu menyampaikan kalam dengan gaya pertuturan yang bersahaja dan santai: tidak seperti nada berpidato atau bercerita; dan iii. Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau bantuan dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa persembahan. 11
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 3.8. Bahagian Isi: 3.8.1. Setiap isi dalam persembahan hendaklah mengandungi: i. Lafaz salam dan kata aluan; dan ii. Pengenalan tajuk. 3.8.2. Isi yang sempurna huraiannya yang mengandungi: i. Isi; ii. Huraian isi; iii. Huraian lengkap (contoh/dalil/kesan); dan iv. Kesimpulan bagi setiap isi. 3.8.3. Penutup yang mengandungi: i. Merangkumi kesimpulan keseluruhan; dan ii. Lafaz penutup. 3.9. Bahagian Bahasa 3.9.1. Kandungan teks hendaklah menggunakan uslub bahasa Arab yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah dan menggunakan daftar kata (mufradat) yang terkandung dalam Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 hingga Tahun 6. 3.9.2. Penggunaan bahasa Arab fusahah yang terang dan jelas serta makhraj huruf yang betul. 3.9.3. Penggunaan dialek ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan. 3.9.4. Pengucapan kalam menggunakan tatabahasa (nahu) yang tepat. PENILAIAN JURI 3.10. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: i. Penyampaian (40 markah); ii. Isi (30 markah); dan iii. Bahasa (30 markah). 3.11. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima. 12
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 3.12. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah penyampaian, seterusnya markah isi dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah bahasa. 3.13. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang. 3.14. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan. 13
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN KALAM ‘ARABIY SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nombor giliran peserta: Kategori: Pertandingan peringkat: Daerah / Negeri / Kebangsaan Tema: Tarikh penjurian: Penyampaian 40 markah Isi 30 markah Bahasa 30 markah Kelancaran = 15 markah Kata aluan = 2 markah Pengenalan tajuk = 2 markah Uslub = 5 markah Kesesuaian nada dan gaya persembahan= 15 markah Isi (3) = 24 markah Isi = 1 markah Huraian isi = 3 markah Huraian lengkap (contoh/ dalil/ kesan) = 3 markah Kesimpulan isi = 1 markah Nahu= 10 markah ●Penilaian kepada nahu, uslub dan lahjah. ●Setiap 2 kesalahan nahu dipotong 1 markah. Meyakinkan= 10 markah Penutup penyampaian= 2 markah Lahjah= 15 markah Markah diperolehi: Markah diperolehi: Markah diperolehi: Nama juri Jumlah markah Tandatangan 14
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 4. KALIMATUSSOBAH PENGENALAN 4.1. Pertandingan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab sepenuhnya berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. 4.2. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar. Persembahan perlu berbeza dengan gaya pidato atau perdebatan. TERMA DAN SYARAT 4.3. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 4.4. Kategori pertandingan iaitu: Bil Kategori Kelas 1 Menengah Rendah – Terbuka Tingkatan 1 – Tingkatan 3 2 Menengah Atas – Terbuka Tingkatan 4 – Tingkatan 5 4.5. Tema persembahan adalah seperti berikut: Bil Tema Bil Tema الرايضي .4 االجتماعي .1 الديين .5 الرتبوي .2 السياحي .3 15
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 4.6. Masa persembahan: 4.6.1. Masa persediaan ialah dua minit selepas peserta membuat cabutan tema. 4.6.2. Masa persembahan ialah empat hingga lima minit. 4.6.3. Masa dikira apabila sebaik sahaja peserta memulakan persembahan. 4.6.4. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat dan dua kali pada minit kelima menandakan waktu telah tamat. 4.6.5. Juri akan memuktamadkan markah setelah loceng kedua dibunyikan. 4.7. Soalan tambahan: 4.7.1. Setiap peserta perlu menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh juri. 4.7.2. Soalan tambahan adalah tentang tema persembahan. 4.7.3. Masa menjawab soalan tambahan ialah dua minit. 4.7.4. Juri akan memberi markah soalan tambahan berdasar mutu isi yang diutarakan, bahasa dan persembahan yang meyakinkan. 4.8. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. PENILAIAN JURI 4.9. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: i. Penyampaian (30 markah); ii. Isi (30 markah); iii. Bahasa (30 markah); dan iv. Soalan tambahan (10 markah). 4.10. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima. 16
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 4.11. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah penyampaian, seterusnya markah isi dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah bahasa seterusnya markah soalan tambahan. 4.12. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang. 4.13. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan. 17
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN KALIMATUSSOBAH SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nombor giliran peserta: Kategori: Pertandingan peringkat: Daerah / Negeri / Kebangsaan Tema/Tajuk: Tarikh penjurian: Penyampaian 30 markah Isi 30 markah Bahasa 30 markah 1. Persembahan yang lancar dan meyakinkan. 8 markah 2. Sebutan yang fasih dan tepat. 8 markah 3. Kesesuaian nada dan intonasi. 8 markah 4. Pergerakan yang sesuai. 3 markah 5. Kekemasan diri 3 markah 1. Menyampaikan sekurangkurangnya 3 (tiga) isi. 6 markah 2. Isi perlu disampaikan bersama huraian. 15 markah 3. Setiap isi perlu disertakan dengan dalil sama ada nas AlQuran, Hadis, kata hikmah atau fakta dan data yang disertakan dengan sumber. 6 markah. 4. Penghayatan hadis 40 Imam Al-Nawawi diselitkan pada mana-mana isi persembahan. 3 markah 1. Bahasa Arab yang standard. 10 markah 2. Tatabahasa yang betul. 10 markah 3. Gaya bahasa yang menepati maksud. 10 markah Markah diperolehi: Markah diperolehi: Markah diperolehi: Soalan Tambahan 1. Respon yang relevan dengan soalan 2. Laras bahasa yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan 3. Tiada kesalahan bahasa 4. Penyampaian yang meyakinkan Rubrik Markah Sempurna Hampir sempurna Kurang sempurna Memenuhi semua kriteria: 10 markah 9 markah 8 markah Memenuhi manamana 3 kriteria 7 markah 6 markah 5 markah Memenuhi manamana 2 kriteria 4 markah 3 markah 2 markah Memenuhi 1 kriteria 1 markah Markah Soalan Tambahan Nama Juri Jumlah Markah Tandatangan 18
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5. KALAM JAMAIE PENGENALAN 5.1. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam dalam bidang seni berbicara dalam bahasa Arab berasaskan kurikulum Bahasa Arab Tahun 1 hingga Tahun 6. 5.2. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan kreatif dan menarik perhatian pendengar. TERMA DAN SYARAT 5.3. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 5.4. Kategori pertandingan iaitu: Bil Kategori Kelas 1 Sekolah Rendah – Terbuka Tahun 1 – 6 5.5. Tema persembahan adalah seperti berikut: Bil Tema Bil Tema 1 ِّ ة َ س َ ْدر َ اص ِِّف الْم َ ْشخ 4 األَ ُ َّة ي ِّ َّْلَد ي الْمِّ ُ ور ُ شه ال ُّ ِّم 2 ْ س ا ْْلِّ ُ َة َظَاف 5 ن ُ َّة ي ِّ ف َ ص الَّلَّ ُ طَة ْشِّ األن طَن 3 َ ب الْو ُّ ُ ت 6 ح ُ َ اَن َ و َ يـ َ ا ْْل 5.6. Kandungan teks hendaklah menggunakan uslub bahasa Arab yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah dan menggunakan daftar kata (mufradat) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 hingga Tahun 6. 19
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5.7. Penyertaan: 5.7.1. Setiap kumpulan hanya terdiri daripada satu jenis jantina sahaja (kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan). 5.7.2. Setiap peserta adalah warganegara Malaysia. 5.7.3. Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. 5.8. Bilangan Peserta : Bilangan peserta setiap kumpulan adalah 13 orang sahaja termasuk seorang konduktor. 5.9. Pakaian: 5.9.1. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat. 5.9.2. Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili. 5.9.3. Baju kurung dan bertudung sempurna bagi peserta perempuan. 5.9.4. Hiasan dan solekan adalah sederhana dan tidak melampau serta bersesuaian dengan peraturan dan garis panduan berpakaian yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.9.5. Konduktor tidak dibenarkan memakai blazer. 5.10. Masa persembahan: 5.10.1. Setiap kumpulan diberi masa selama 8 - 10 minit sahaja untuk membuat persembahan. 5.10.2. Masa akan dikira apabila kalam bermula di atas pentas. 5.10.3. Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 8 minit atau melebihi 10 minit. 5.11. Bahasa : 5.11.1. Penggunaan bahasa arab fasahah yang terang dan jelas serta makhraj huruf yang betul. 5.11.2. Penggunaan dialek ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan. 5.11.3. Istilah khas bukan bahasa arab dibenarkan tidak melebihi 10 patah perkataan. 5.11.4. Kata nama khas dan nama tempat tidak perlu diterjemah kepada bahasa Arab. 20
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5.12. Penyampaian : 5.12.1. Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa persembahan. 5.12.2. Cara persembahan : a. Diketuai oleh seorang konduktor i. Kedudukan konduktor tidak membelakangi juri; ii. Konduktor tidak dibenarkan bersuara sepanjang persembahan; dan iii. Konduktor tidak dibenarkan membuat pergerakan yang keterlaluan dan kurang sopan. b. Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan. c. Penggunaan elemen keseniaan seperti nasyid/ qasidah/ zikir/ selawat/ syair hanya dibenarkan 3 kali sahaja dalam persembahan. d. Panjang setiap eleman tersebut tidak boleh mendominasi keseluruhan persembahan. e. Memek muka dan intonasi suara yang baik. f. Pergerakkan sopan yang dibenarkan hanyalah daripada paras pinggang ke atas. i. Kaki: tidak boleh diangkat atau dihentak tetapi boleh dijengketkan tanpa mengubah kedudukan; ii. Lutut: tidak boleh dibengkokkan; iii. Badan: dibenarkan memusingkan badan ke kiri dan ke kanan tanpa menggerakkan kaki atau tunduk melebihi rukuk; iv. Tangan: bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala (kecuali konduktor); dan v. Kepala: pergerakkan dibenarkan. 21
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5.13. Skrip: 5.13.1. Skrip hendaklah ciptaan baru dan asli. 5.13.2. Empat (4) salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa pertandingan. 5.13.3. Skrip hendaklah bertaip komputer berdasarkan kriteria seperti berikut: i. Huruf “Traditional Arabic”; ii. Bersaiz 22; iii. Jarak langkau 1.0 baris; iv. Berbaris; dan v. Muka depan hanya perlu dinyatakan tema, tajuk dan nama kumpulan sahaja. 5.13.4. Isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik, kebudayaan atau pun menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. 5.13.5. Tiada pengenalan kumpulan dalam skrip (nama sekolah, nama negeri dan sebagainya). 5.13.6. Sumber rujukan skrip perlu dinyatakan. 5.14. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan sokongan semasa persembahan. 5.15. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. PENILAIAN JURI 5.16. Setiap kumpulan akan dijuri mengikut aspek-aspek berikut: 5.16.1. Suara (30 markah) i. Intonasi dan tekanan sebutan; ii. Lontaran suara yang jelas dan difahami; dan iii. Keharmonian dan kesepaduan suara. 22
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Tempo yang bersesuaian; v. Keharmonian eleman kesenian; dan vi. Suara dinamik dan bervariasi. 5.16.2. Persembahan (30 markah) i. Persembahan yang meyakinkan; ii. Pergerakan yang harmoni dan seragam; iii. Kelancaran; iv. Memek muka yang bersesuaian; v. Pergerakan konduktor yang sesuai; vi. Kesopanan (pakaian dan pergerakan); dan vii. Variasi pergerakan dan kreatif. 5.16.3. Isi (25 Markah) i. Isi bersesuaian dengan tajuk; ii. Idea yang tersusun; dan iii. Pengolahan isi yang baik. 5.16.4. Bahasa (15 Markah) i. Bahasa Arab fusahah; ii. Makhraj yang jelas dan tepat; iii. Tatabahasa yang tepat; dan iv. Uslub. 5.17. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima. 5.18. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah suara, seterusnya markah persembahan dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah isi dan seterusnya markah bahasa. 23
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia 5.19. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang. 5.20. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan. 24
BORANG PPERTANDINGAN SEKOLAH KEMENTEBAHAGIAN SUARTandatangan Juri: ……………………………….. TaNama: ................................................................ Na Tarikh: TarPERKARA ULA Tekanan sebutan dan intonasiوالتنغيم النرب = 10 markah Tempo yang bersesuaian = 5 markah Keharmonian dan kesepaduan kalam = 5 markah Lontaran suara yang jelas dan difahami = 5 markah Keharmonian elemen keseniaan = 3 markahSuara dinamik dan bervariasi = 2 markah NO.GILIRAN: 2
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan PENILAIAN KALAM JAMAIE ERIAN PENDIDIKAN RA (30 MARKAH) ndatangan Ketua Juri : ………………………………,,, ama: ............................................................................. rikh: ASAN MARKAH 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 3 2 1 2 1 JUMLAH MARKAH 5
BORANG PPERTANDINGAN SEKOLAH KEMENTEBAHAGIAN PERSEMBTandatangan Juri: ……………………………….. TandNama: ................................................................ Nam Tarikh: TarikhPERKARA ULASANGaya persembahan = 22 markah - Pergerakan yang harmoni/seragam - Memek muka yang bersesuaian - Kesopanan (pakaian dan gaya tidak keterlaluan) - Meyakinkan - Variasi dan kreatif Kelancaran = 5 markah Konduktor = 3 markah - Kesopanan (gaya tidak keterlaluan) - Keselarasan arahan NO.GILIRAN: 2
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia PENILAIAN KALAM JAMAIE ERIAN PENDIDIKAN BAHAN (30 MARKAH) datangan Ketua Juri : ………………………………,,, a: ............................................................................. h: N MARKAH 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 3 2 1 JUMLAH MARKAH 6
BORANG PPERTANDINGAN SEKOLAH KEMENTEBAHAGIAN ISITandatangan Juri: ………,,,,…………………….. TandNama: ................................................................ Nam Tarikh: TarikhPERKARA U• Pendahuluan = 2 markah • Isi 1 ( 7 markah ) -Isi utama = 1 markah -Huraian isi = 4 markah -Contoh/dalil/isu semasa = 2 markah • Isi 2 ( 7 markah ) -Isi utama = 1 markah -Huraian isi = 4 markah -Contoh/dalil/isu semasa = 2 markah • Isi 3 ( 7 markah ) -Isi utama = 1 markah -Huraian isi = 4 markah -Contoh/dalil/isu semasa = 2 markah • Penutup = 2 markah NO.GILIRAN: 2
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia PENILAIAN KALAM JAMAIE ERIAN PENDIDIKAN (25 MARKAH) datangan Ketua Juri : ………………………………,,, a: ............................................................................. h: ULASAN MARKAH 2 1 7 6 5 4 3 2 1 7 6 5 4 3 2 1 7 6 5 4 3 2 1 2 1 JUMLAH MARKAH 7
BORANG PPERTANDINGAN SEKOLAH KEMENTEBAHAGIAN BAHATandatangan Juri: ……………………………….. TandNama: ................................................................ Nam Tarikh: TarikhPERKARA ULAMenggunakan bahasa Arab fushah = 5 markah Makhraj yang jelas dan tepat = 5 markah Tatabahasa yang tepat = 3 markah Uslub (penggunaan gaya bahasa yang betul) = 2 markah NO.GILIRAN: 2
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia PENILAIAN KALAM JAMAIE ERIAN PENDIDIKAN ASA (15 MARKAH) datangan Ketua Juri : ………………………………,,, a: ............................................................................. h: ASAN MARKAH 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 3 2 1 2 1 JUMLAH MARKAH 8
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 6. KUIZ BAHASA ARAB PENGENALAN 6.1. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji penguasaan murid dalam Bahasa Arab yang merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Arab tingkatan satu hingga tingkatan lima. 6.2. Pertandingan ini memerlukan peserta untuk menjawab soalan-soalan berkaitan yang akan dijalankan secara berperingkat. (Saringan 1, Separuh akhir dan Akhir) TERMA DAN SYARAT 6.3. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa. 6.4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sekolah menengah sahaja. 6.5. Bilangan peserta dalam satu pasukan adalah tiga (3) orang sahaja. 6.6. Setiap pasukan boleh diwakili oleh murid lelaki dan murid perempuan dari sekolah yang sama atau sekolah yang berlainan. 6.7. Kategori pertandingan iaitu: Bil Kategori Kelas 1 Sekolah Menengah Tingkatan 1 - Tingkatan 5 6.8. Bentuk dan soalan kuiz: 6.8.1 Pertandingan kuiz ini melalui 3 peringkat: i. Peringkat saringan; ii. Peringkat separuh akhir; dan iii. Peringkat Akhir. 29
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 6.8.2 Tajuk-tajuk pertandingan kuiz: Bil Tajuk Bil Tajuk .1 القوعد العربية .6 الصطلحات .2 الثروات اللغوية .7 الرايضة .3 املعلومات العامة .8 الرتبية .4 األعَّلم .9 األلغاز .5 السرية .10 االجتماعي 6.9. Syarat pertandingan kuiz peringkat saringan: 6.9.1. Melibatkan semua pasukan yang mewakili negeri dan dijalankan serentak. 6.9.2. Pada peringkat ini, setiap peserta akan menjawab sebanyak 50 soalan secara bertulis (objektif dan subjektif) dalam tempoh masa 60 minit sahaja. 6.9.3. Markah akan diberi mengikut jawapan peserta: i. 2 markah akan diberi kepada jawapan yang tepat; ii. 1 markah kepada jawapan yang hampir tepat; dan iii. 0 markah untuk jawapan salah. 6.9.4. Semasa kuiz dijalankan, semua peserta tidak dibenarkan berbincang, menunjukkan isyarat, membantu dan sebagainya. Jika didapati berlaku demikian, juri pertandingan berhak membatalkan penyertaan peserta tersebut. 6.9.5. Pasukan yang berada di tempat pertama (1) hingga kesepuluh (10) sahaja akan layak ke pusingan separuh akhir. 30
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 6.10. Syarat pertandingan kuiz peringkat separuh akhir: 6.10.1. Melibatkan kesepuluh (10) pasukan yang terbaik pada peringkat saringan dan dijalankan secara serentak. 6.10.2. Pada peringkat ini, setiap peserta akan menjawab sebanyak sebanyak 50 soalan secara bertulis (objektif dan subjektif) dalam tempoh masa 60 minit sahaja. 6.10.3. Markah akan diberi mengikut jawapan peserta: i. 2 markah akan diberi kepada jawapan yang tepat; ii. 1 markah kepada jawapan yang hampir tepat; dan iii. 0 markah untuk jawapan salah. 6.10.4. Semasa kuiz dijalankan, semua peserta tidak dibenarkan berbincang, menunjukkan isyarat, membantu dan sebagainya. Jika didapati berlaku demikian, juri pertandingan berhak membatalkan penyertaan peserta tersebut. 6.10.5. Pasukan yang berada ditempat pertama (1) hingga kelima (5) sahaja akan ke pusingan akhir. 6.11. Syarat pertandingan kuiz peringkat akhir: 6.11.1. Melibatkan lima (5) pasukan yang terbaik pada peringkat separuh akhir dan dijalankan secara serentak. 6.11.2. Pada peringkat ini, setiap peserta akan menjawab sebanyak 5 soalan secara bersemuka. 6.11.3. Setiap soalan kuiz akan dibaca sebanyak dua (2) kali oleh juru kuiz. 6.11.4. Peserta dikehendaki menjawab secara lisan dalam masa 20 saat selepas bacaan kedua oleh jurukuiz. 6.11.5. Markah akan diberi mengikut jawapan peserta: i. 2 markah akan diberi kepada jawapan yang tepat; ii. 1 markah kepada jawapan yang hampir tepat; dan iii. 0 markah untuk jawapan salah. 31
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 6.11.6. Sekiranya peserta berkenaan gagal menjawab, soalan tersebut dibuka kepada peserta lain dalam pasukan yang sama dengan markah diperuntukkan. 6.11.7. Semasa kuiz dijalankan, semua peserta tidak dibenarkan berbincang, menunjukkan isyarat, membantu dan sebagainya, 6.12. Penentuan keputusan: 6.12.1. Johan akan ditentukan berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diperolehi peserta. 6.12.2 Sekiranya berlaku persamaan markah, penentuan johan hendaklah dirujuk kepada markah Nahu terlebih dahulu kemudian diikuti dengan markah Sorof, sinonim, antonim, kata-kata hikmah, perumpamaan dan pengetahuan am (teka-teki) 6.13. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. PENILAIAN JURI 6.14. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan. 32
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia