KURSUS :
MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
ASPEK-ASPEK YANG MENYATUPADUKAN
MASYARAKAT BERBILANG KAUM
DAN CARA MEMUPUKNYA
AHLI KUMPULAN :
NUR AQILAH HANANI BINTI MOHAMAD NAJIB (17DHF22F1026)
NURIN AFIQAH BINTI MOHD HALIM (17DHF22F1052)
NUR ZAHIDAH BINTI HALIL (17DHF22F1036)
MUHAMMAD HAZIQ IKHWAN BIN MOHD ALI (17DHF22F1054)
MUHAMMAD ISHAK BIN RAZAMAN (17DHF22F1998)
PENSYARAH
MOHD RUSDAN BIN HASAN
ISI KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1 Pengenalan
2 Aspek Sejarah 3-4
3 Aspek Pendidikan 6-8
4 Aspek Ekonomi 10-11
5 Aspek Negara 13-14
16-19
Cara memupuk
6 perpaduan dalam 20-22
masyarakat 23-25
27
7 Kesimpulan
8 Cadangan
PENGENALAN
Perpaduan merupakan istilah umum yang sering kita dengar.Ia sering
digunakan semasa perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin
politik.Istilah tersebut amat penting dalam pembinaan sebuah negara yang
mempunyai rakyat yang berbilang kaum serta memerlukan kesatuan dan
kesepaduan dalam kalanganrakyat dalam konteks keunikan Malaysia.
Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan
kukuh sebagai negara yang membangun.Pasti pengalaman dijajah oleh negara
asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan
Malaysia
dimulai dengan:
Portugis
Inggeris
Belanda
Jepun
Inggeris lagi selepas itu
Teriakan dan sorokan keramat"MERDEKA" pada 31 Ogos 1957 tidak semudah
yang disangka untuk dilalui.Bagi memastikan negara tidak dijajah dan digugat
oleh negara asing ,perpaduan kaum sangat penting demi menjamin
kententeraman negara ini.
Sebagai contoh peristiwa pada tanggal 13 Mei pada tahun 1969 telah
berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa,kecederaan
,hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda.Oleh sebab itu,kita sebagai
rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat yang bersatu padu tanpa
mengira kaum dan agama seperti bak kata pepatah bersatu kita
teguh,bercerai kita roboh.Hal ini demikian,peganglah pepatah ini sebagai
prinsip dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara
yang tercinta.
Kita mempunyai contoh tokoh iaitu Datuk Abdul Said atau lebih
dikenali sebagai Dol Said beliau merupakan Penghulu Naning yang
cukup berani.Beliau juga telahmelakukan penentangan terhadap
kemaraan askar British pada tahun 1884 hingga 1900.
Tanpa semangat perjuangan mereka pada zaman dahulu-kala,yang
hanya perlu ada dalam diri seseorang hanyalah semangat kesetian
Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama seperti
kata pepatah melayu bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh .Oleh
itu,sebagai rakyat Malaysia kita perlulah memegang prinsip iaitu hidup
untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan negara .
ASPEK
SEJARAH
Pembentukan masyarakat majmuk dan hubungan kaum di
Malaysia terjalin
dalam beberapa tahap,bermula sebelum
kedatangan kuasa barat lagi.Kegaiatan imperialisme dan
penjajahan kuasa barat keatas tanah melayu,sabah dan
sarawak telah membawa kepada kedatangan imigran-imigran
luar ke tanah melayu.Kedatangan imigran ini adalah
disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang berkembang pesat
ditanah melayu ketika itu.Pihak inggeris membenarkan
kemasukan beramai-ramai orang cina bagi meningkatkan
pengeluaran biji timah untuk kegunaan industri di Eropah.
Sebelum perang dunia kedua tercetus untuk memastikan
kelancaran pembangunan ekonomi penjajah british telah
menggunakan dasar pecah dan perintah.Dasar ini telah
membahagikan kaum mengikut fungsi -fungsi dan peranan
mereka dalam pembangunan ekonomi,tempat tinggal dan
sistem pendidikan yang berbeza.Disebabkan keadaan
sedemikian,kaum-kaum ini terpisah dan tidak memungkinkan
hubungan baik diantara mereka.
Walaubagaimanapun,kehidupan masyarakat pada ketika itu
berada dalam keadaan tenteram dan berkonflik.Ketiga- tiga
etnik terbesar ditanah melayu,iaitu melayu,cina dan india
masing-masing telah dipisahkan mengikut perkejaan dan
kawasan sebelum memperoleh kemerdekaan daripada
pemerintahan british pada tahun 1957.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat dan sekembalinya
british ke tanah melayu, hubungan kaum disulitkan lagi
dengan rancangan Malayan Union pada 1 April 1946.Rancangan
itu diterima oleh kebanyakkan orang melayu terutamanya orang
cina dan india kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang
melayu.
Malayan Union ini juga membuka kerakyatan kepada orang
melayu menerusi prinsip Jus soli yang memberikan mereka
hakuntuk mendapatkan kerakyatan dengan mudah.Sebaliknya
mendapatkan kerakyatan dengan mudah sebaliknya bagi orang
melayu pula,rancangan ini membawa implikasi buruk misalnya
dalam hal kewarganegaraan yang boleh menjejaskan kedudukan
dan hak istimewa mereka.
Walau bagaimanapun,malayan union tidak dapat berlangsung
dengan lama kerana mendapat tentangan kuat daripada
masyarakat melayu dan akhirnya dibubarkan dan digantikan
dengan penubuhan persekutuan tanah melayu. Kemudian pada
16 september 1953 Sabah dan Sarawak bersama-sama dalam
bentuk persekutuan Malaysia yang mempelbagaikan lagi etnik-
etnik di Malaysia.Pembinaan nasion Malaysia atau bangsa
Malaysia bukanlah satu proses yang mudah dan singkat.Ia
memerlukan masa yang agak panjang dengan persekitaran
politik,ekonomi dan sosial yang positif mendorong kepada proses
pembinaan bangsa tersebut.Kepelbagaian ini haruslah dilihat
sebagai sesuatu yang melambangkan identiti kita sebagai sebuah
rakyat Malaysia dan bukannya sebagai masalah.
Oleh itu, saranan Perdana Menteri Malaysia ke - 6,Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam membawa konsep 1 Malaysia harus
dilihat sebagai usaha murni dalam mengukuhkan perpaduan
nasional bagi membentuk nasion Malaysia dan mengelakkan
tragedi hitam 13 Mei berulang.
ASPEK
PENDIDIKAN
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan
masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.Malaysia
merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana
setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan
masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja
bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah untuk semata-mata
tetapi sebangai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.
Melalui sistem persekolahan,masyarakat dibentuk dengan
memberi pelajaran kepada semua rakyat malaysia tanpa mengira
bangsa,agama,dan warna kulit.Bagaimanapun,setelah 53 tahun
mengecapi kemerdekaan,masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang
kukuh.
Sehingga kini,masyarakat malaysia masih terpisah melaui sistem
persekolahan,iaitu sekolah kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan
cina,dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Pada zaman
penjajahan,setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan
mempunyai kokurikulum yanag berbeza dan lokasinya juga terpisah
mengikut kaum masing-masing.Selepas kemerdekaan,sistem
pendidikan negara adalah berasaskan kepada laporan yang
dikeluarkan iaitu laporan Bames (1950) yang bertujuan upentuk
mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan orang-orang melayu
padamasaitu.
Laporan Feng-yu(1951)Ordinan Pelajaran pada tahun 1952 mula
bertujuan mengkaji semula Laporan Bames kerana dikatakan
Laporan Bames ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan
cina.sistem pendidikan pada zaman tersebut dipengaruhi oleh
corak sosioekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing ini
menyebabkan pencapaian sesuatu matlamat sukar pada tahun
1956 telah lahir satu dasar pendidikan(pelajar) Kebangsaan melalui
penyata razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran.pada tahun 1957
Dasar pendidikan ini disemak semula pada tahun 1960 dan
menghasilkan Laporan Rahman Talib.laporan Rahmat Talib ini
kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran ,pada tahun
1961.pada tahun 1974,sebuah jabatan kabinet ditubuhkan
untuk mengkaji semula dasar pendidikan bertujuan
untukmembaiki perlaksanaan supaya matlamat untuk
melahirakan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin.
Oleh itu,pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius
dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan
sebaiknya supaya hubungan masyarakat malaysia yang
berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang
harmoni atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem
pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.
ASPEK
EKONOMI
Dalam aspek ekonomi pula,keharmonian yang terhasil daripada perpaduan
antara rakyat malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan
kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.Selain itu,dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara,perpaduan kaum memainkan peranan
dengan melibatkan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.Agenda perpaduan
sentiasa perlu dititikberatkan kerana menurut menteri perdagangan
antarabangsa dan industri malaysia(MITI),Datuk Seri Mustapa
Mohamed,dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang
aman damai,sejahtera dan rakyat akan sentiasa mementingkan perpaduan
dan politiknya tidak huru-hara,serta ekonomi yang baik.
Disamping itu,dasar ekonomi baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh
Tun Abdul Razak,adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Taraf hidup
masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam
pembangunan negara merupakan pemastian pelancaran dasar ekonomi
tersebut.Seterusnya,taraf pembangunan ekonomi negara dapat ditingkatkan
dan jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum
dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat.Tambahan pula,konsep
1 malaysia yang bersasakan prinsip 'rakyat didahulukan,pencapaian
diutamakan''juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama
antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata untuk menghadapi
pelbagai ancaman dan cabaran agar negara kita dapat mencapai matlamat
yang telah diteatapkan.
Selain itu,umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi
merupakan salah satu faktor asas yang menimbulkan perasan tidak puas hati
dan saling mencurigai antara kaum.Sejarawan,ahli ekonomi dan politik
seperti archana sharma melalui karya''pembangunan ekonomi dan kelas
sosial di semenanjung malaysia''(1988) dan ahmad atory hussian dan
melalui bukunya 'kepimpinan masa depan,berakhirlah dilema melayu''(1987)
mengakui bahawa dasar ''pecah dan perintah''yang diamalkan penjajah
british akan dipersalahkan sebagai punca tercetusnya tragedi hitam
ini.Masyarakat negara ini bukan sahaja ditinggalkan dalam situasi kemiskin
malah berbalah dan bercakaran sesama sendiri kerana menikmati sumber
ekonomi seperti biji timah dan getah.Orang melayu gagal menyaingi
kelompok kapitalis asing seterusnya kurang pengetahuan,pengalaman dan
modal.
Dengan itu,mohamad dan musa hitam yang menganggap perkara tersebut
terjadi kerana kelemahan pihak kerajaan.Sebagai pengakhiran,dasar
ekonomi baru(DEB)diperkenalkan sebagai ramuan menyatupadukan kaum
dimalaysia.Disamping itu,keadaan politik di negara kita sering mempunyai
isu-isu mengenai bahasa,budaya,agama,kerakyatan dan ekonomi oleh
orang politik berkenaan isu sensitif.Setiap kaum akan cuba
mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama
rata dan adil dan cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi
antara satu sama lain. impaknya jurang hubungan antara kaum semakin
besar.
Secara keseluruhan,dalam mengekalkan keharmonian masyarakat yang
berbilang kaum,agama dan bangsa,perpaduan kaum merupakan antara
faktor terpenting.Pertikaian menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang
menjejaskan pembangunan negara kerana berlakunya masyarakat malaysia
yang berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain dan seterusnya
negara yang aman dan harmoni akan menjadi mundur.Disamping itu,untuk
mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsiste,masyarakat
malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan
perpaduan antara kaum.
Akhir sekali,dasar ekonomi baru (DEB)merupakan satu program
sosioekonomi di malaysia yang diperkenalkan dalam rancangan malaysia
kedua (1971-1990)oleh perdana menteri Tun Abdul Razak.Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata
untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira kaum.
Mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi malaysia
untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan dasar pembangunan nasional
(DPN)pada 1991.Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagui
wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera
sudah mempunyai keyakinan diri.
ASPEK
NEGARA
Untuk mencapai status negara yang maju dan terbilang,perpaduan
antara rakyat malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan
peranan penting.Keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta
budaya menjadi pengangan kepada pandangan positif rakyat
antarabangsa dalam banyak negara didunia terhadap malaysia yang
dapat dicontohi sebagai negara yang berbilang bangsa,agama dan
budaya.Kunci utama atau senjata untuk menghadapi pelbagai ancaman
dan cabaran ialah keharmonian dan kerjasama supaya negara kita dapat
mencapai matlamat yang ditetapkan.Secara umumnya,dalam sesebuah
negara akan mempunyai perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati
antara pelbagai etnik dan ia bukanlah suatu perkara yang asing.
Di kebanyakkan negara,persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi
berkaitan isu agama,membawa peperangan yang berlarutan,sekali
gus mebantut pembangunan negara,sosial dan juga politik negara
berkenaan.Dengan itu,kita haruslah saling berhemah supaya dapat
meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan
keharmonian begara.Contohnya,seperti rukun negara yang
mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakat. Seterusnya,untuk memelihara
satu cara hidup demokratik dan berbagai corak.Selain itu,untuk
membina satu masyarakat yang progesif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden dan mencipta satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama.
Bagi mencapai kemajuan,rakyat yang dedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing amat
diperlukan oleh negara.Sebagai contoh,peristiwa 13 mei 1969
ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpanduan di malaysia.Tregedi ini telah meragut nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan 'pilihan
raya umum 10 mei 1969''.Peristiwa ini telah banyak mengubah
kehidupan rakyat malaysia.Selain itu,ia telah menjadi suatu
pengajaran yang amat besar kepada negara walaupun sesetengah
pihak menganggap ia satu titik hitam dalam sejarah.Kita boleh
mengambil iktibar daripada peristiwa ini jika mendalami dan
memahami mengapa peristiwa ini berlaku.
Jika peristiwa tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah negara
malaysia ,kemungkinan besar ramai daripada kita tidak mengetahui
akan situasi 'bom jangka'yang sentiasa ada dalam hati rakyat
berbilang bangsa ini.Realitinya,kita masih lagi dalam proses untuk
membentuk sebuah negara bangsa yang padu dan jitu sehingga ke
hari ini kerana satu bangsa yang bersatu padu di bawah panji negara
dengan acuan kita sendiri.Selain itu,negara kita juga akan lebih
dihormati oleh negara lain dan keharmonian masyarakat majmuk
dapat dipupuk jika rakyat malaysia meneraskan dasar perpaduan
negara kerana ia merupakan dasar payung yang melakarkan usaha
berterusan bagi memupuk,mengukuh dan memelihara perpaduan
dalam kalangan rakyat melalui konsep'perpaduan dalam
kepelbagaian''.
Oleh itu,kita haruslah membina sebuah kesatuan daripada latar
belakang kepelbagaian yang kita miliki.Matlamat ini tidak mungkin
akan tercapai jika negara kita mempunyai pemerintahan yang
longgar dan kebebasan yang melampau diberikan kepada rakyat
untuk bertindak.Dengan itu,setiap rakyat malaysia perlulah
mematuhi setiap perkara yang terdapat dalam rukun negara agar
usaha membentuk sebuah negara dengan kepelbagaian bangsa
dapat dijayakan.
Perlembagaan persekutuan malaysia ialah undang-undang
tertinggi negara dan telah menjadi asas kepada pembentukan
negara ini serta identiti rakyat malaysia.Sejarah penggubalan
perlembagaan persekutuan perlu dihayati oleh semua rakyat
kerana melibatkan tolak ansur,kompromi dan pengorbanan
semua pihak serta berlandaskan proses persetujuan timbal
balik atau perkongsian kuasa antara pelbagai etnik.
Antara lima perkara asas (grundnom)yang telah dipersetujui dalam
pembentukan pelantar integrasi ialah penerimaan beberapa perkara
asas yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,iaitu:
perkara 3(1):islam ialah agama bagi persekutuan,tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian persekutuan.
perkara 152(1):bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi.
perkara 153;kedudukan istimewa orang melayu dan anak
negeri sabah dan sarawak diiktiraf,namun kepentingan
kaum lain juga dilindungi.
perkara 181:kedaulatan raja-raja melayu dijunjung.(bahagia
3-hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka yang
mempunyai kelayakan di bawah perlembagaan
persekutuan.
Rukun negara telah diisytiharkan pada 31 0g0s 1970 oleh yang
dipertuan agong semasa ulang tahun kemerdekaan malaysia
yang ke-13 berikutan daripada peristiwa 13 mei 1969.Rukun
negara ialah suatu idenologi untuk menyeragamkan fahaman
dalam kalangan pelbagai kelompok etnik dengan tujuan
utama,iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.Cita-cita dan
aspirasi yang terkandung dalam rukun negara jelas merupakan
kunci keharmonian dan perpaduan rakyat demi kejayaan
kestabilan malaysia.
Cara memupuk perpaduan dalam Masyarakat
Penerapan nilai budaya dan Warisan dalam aktiviti harian
sikap perpaduan haruslah dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak dari
bangku sekolah lagi agar nilai-nilai keharmonian ,perpaduan dan
hormat menghormati antara kaum dapat diterapkan dalam diri
pelajar.Oleh itu,ibu bapa haruslah memainkan peranan utama
dengan menerapkan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti
harian.Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia terdiri daripada
kaum India,cina,dan melayu dengan mengaplikasikan dan berkongsi
budaya kaum dari segi pemakanan,pemakaian dan perayuan .dapat
melahirkan rasa hormat dan mengeratkan lagi perpaduan kaum
antara satu sama lain .Contoh dengan menyambut perayaan kaum
lain kita dapat mempelajari adat dan kepercayaan kaum lain di
samping mengertkan hubungan silaturahim.
Menganjurkan majlis rumah terbuka
Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka,seluruh rakyat
negara malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi
komitmenyang tinggi.mereka menghadirkan diri dan berhubung
dengansatu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang.Interaksi antara kaum dalam
majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
malaysia.Tuntasnya,kemajuan negara kita bergantung kepada
perpaduan kaum seperti kata pepatah"bersatu teguh bercerai
roboh".perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Cara ini
dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu -
membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat malaysia
Peranan ibu bapa dan pendidik
Ibubapa perlu mendidik anak-anak agar mengamalkan semangat
kejiranan sejak kecil lagi.Contohnya,semasa meraikan perayaan
kaum dan agama,ibu bapa sewajarnya mengamalkan sikap ziarah-
menziarahi dan bertukar makanan dalam kalangan penduduk
setempat.kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan
signifikan dalam menerapkan nilai murni terhadap murid-
murid.Melalui pengajaran subjek Sivik Kewarganegaraan dan
Pendidikan Moral,barisan pendidik dapat memberikan nasihat dan
bimbingan yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif
terhadap para murid.Dengan ini,perpaduan kaum dapat dipupuk
dan dilestarikan
Melalui sukan
penganjuran sukan merupakan alat kemakmuran yang berkesan
untuk mencapai integrasi dan ketahanan nasional.Perpaduan yang
dipupuk bukan sahaja dalam kalangan atlet tetapi juga mendorong
rakyat berbilang kaum,etnik dan budaya mengemblengkan semangat
berbakti dan berkorban untuk negara.Sebagai contoh,pihak swasta
telah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan pelbagai
jenis sukan di negara kita secara sukarela termasuk sukan sukma,
sukan sea dan sukan komanwel.i dapat mengukuhkan nilai perpaduan
seperti ,kerjasama meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi
kepentingan kepentingan peribadi dan sebagainya.dengan memupuk
kemakmuran dalam kalangan masyarakat,mereka akan memberikan
sokongan yang padu kepada atlet negara untuk memenangi sesuatu
pertandingan. Jelasnya melalui sukan,masyarakat yang terdiri daripada
pelbagaikaumbertandingsecarasihat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan adanya e-folio ini, kami dapat memahami
bahawa semua pihak seharusnya bertanggungjawab dalam
melaksanakan perkara wajib bagi setiap tugas perlu dilaksanakan.
Pemimpin dari pelbagai perigkat,perlu merealisasikan agenda
perpaduan di sesebuah negara. Persefahaman di dalam kalangan
pemimpin juga amatlah penting kerana dengan adanya
persefahaman yang baik, rakyat dapat memahami tentang
keharmonian hubungan masyarakat yang berbilang kaum dan
budaya di Malaysia dan bertanggungjawab sebagai warganegara.
Dalam menghadapi halangan baharau yang tidak menentu, pelbagai
inisiatif dapat dilaksanakan oelh masyarakat setempat. Usaha dalam
mendekati orientasi "Whole of society approach" hendaklah diambil
kira dengan mengembleng daya sumber bagi setiap anggota
masyarakat agar dapat meningkatkan kesejahteraan dan memupuk
perpadulan dalam masyarakat ini. Marilah kita beramai-ramai
bersama-sama dalam berganding bahu untuk terus saling bantu-
menbantu diantara satu sama lain untuk memupuk perpaduan di
kalangan masyarakat dalam menghadapi COVID-19 yang sudahpun
melanda dunia.
Selain itu, dalam menjaga keamanan negara. usaha negara
masyarakat amatlah penting bagi menjadikan Malaysia ini adalah
sebuah negara yang moden. antara punca-punca utama kejayaan
dalam mencapai negara yang moden adalah dari segi keamanan
dan kesejahteraan hendaklah sentiasa dijaga dan tidak
dihubungkaitkan dengan punca lain.
Setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969, kita seharuslah
mengukuhkan semula perpaduan dalam kalang an masyarakat
di negara ini supaya dapat menjamin kehidupan yang aman
dan harmoni di negara yang tercinta ini. Seumpamaan itu,kita
hendaklah mengambil berat tentang peristiwa sejarah gelap
dimana negara ini telah pun dijajah sekian lamanya dan perlu
membina kekuatan bersama bagi mengelakkan pengalaman
pahit berlaku lagi.
Bukan itu sahaja, kita juga perlu mengambil pengajaran
bahawa perpaduan bukan sahaja dapat dicapai melalui
bekerjasama,tetapi ianya memrlukan lebih daripada itu
contohnya bersatu padu, bertolak ansur, hormat
menghormati antara masyarakat dan tidak mengira agama
dan bangsa. Untuk mengekalkan keharmonian masyarakat
berbilang bangsa, perpaduan masyarakat amatlah penting
bagi mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi akibat
pertikaian yang merosakkan pembangunan negara akibat
berlakunya sikap berpecah belah antara satu sama lain dan
menjerumus kepada kemunduran negara.
Masyarakat yang hidup dalam kalangan berbilang kaum
hendaklah bertolak ansur dengan baik. Hal ini demikian
kerana walaupun terdapat keunikan bagi setiap bangsa dari
segi budaya, adat resam, makanan, tarian danpakaian
tradisional, tetapi dengan merapatkan hubungan dengan
rakan-rakan juga dengan jiran di sekeliling kita dapat mengajar
kita maksud toleransi dan melahirkan anak bangsa yang
mempunyai sifat patriotik dan semangat cinta akan negara di
tanah air ini.
Di penghujung kata-kata ini,perpaduan dan intergrasi di
kalangan masyarakat merupakan satu perkara yang amat
penting bagi membina sebuah negara yang teguh dan maju.
Oleh demikian, Semua masyarakat dan kerajaan seharusnya
bersama-sama dalam memainkan peranan untuk
meningkatkan perpaduan untuk menjadiakan malaysia sebuah
negara yang mempunyai bangsa yang berbilang kaum dan
hidup dalam harmoni dan, bersatu-padu dan sentosa.
Kerajaan dan juga pihak-pihak yang tertentu
bertanggungjawab harus bijak dalam menentukan hala tuju
dan dasar negara bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi
di dalam sesebuah negara
CADANGAN
Di negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
ini sangat memerlukan langkah-langkah bagi memupuk
perpaduan kaum untuk membina negara yang harmoni dan
sentosa. Usaha-usaha bag mengeratkan hubungan di antara
kaum yang terdapat di malaysia amat diperlukan agar dapat
mengelakkan berlakunya rusuhan di antara kaum
terutamanya tragedi 13 Mei yang telah berlaku sebelum ini.
Bagi mengelakkan berlakunya rusuhan ketegangan antara
kaum, terdapat pelbagai langkah yang berkean untuk
melahirkan perpaduan di Malaysia
Cadangan-cadangan yang boleh diterima bagi mengutkan
lagi perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong , dimana
ianya merupakan salah satu aktiviti yang memberi peluang
kepada masyarakan setempat dan memberi kesempatan
untuk bertemu dan bertegur sapa juga ianya dapat memupuk
semangat bekerjasama bagi membersihkan dan mencantikkan
lagi kawasan persekitaran tempat tinggal dan bukan itu
sahaja, tetapi termasuk kawasan taman, kawasan surau,
perumahan, tanah perkuburan dan sebagainya. Dengan
adanya aktiviti ini, masyarakat setempat dapat mengamalkan
semangat bekerjasaman dan semangat sepasukan dalam
melakukan sesuatu perkara dan berhasil membersihkan
kawasan persekitaran dan mengamalkan slogan "Negara
Bersih Rakyat Sihat". Aktiviti gotong-royong dapat
meringankan beban dan memudahkan kerja-kerja yang sukar
dilakukan bak kata perpatah yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijingjing.
Selain itu, Perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai
dengan menyambut pelbagai perayaan-perayaan pelbagai
kaum yang terdapat di Malaysia secara bersama-sama oleh
semua kaum. Amalan ziarah-mengziarahi yang dilakukan
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama
jiran dan rakan dari pelbagai kaum. Contohnya, sambutan
Hari Raya Aidil fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai
dan Hari Krismas adalah perayaan utama yang boleh diraikan
oleh semua masyarakat pelbagai kaum , juga tambahan pula
sikat hormat-menghormati terhadap adat dapat mewujudkan
mengukuhkan lagi perpaduan apabila kurangnya syak
wasangka antara kaum.
Seterusnya, aktiviti bersukan dan permainan yang
dijalankan pula boleh mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia. sukan dan permainan yang dijalankan dapat
menjadikan merapatkan hubungan atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam perkara ini, satu
perkata yang yang perlu diselesaikan adalah dengan
memecahkan monopoli sukan dan permainan iaitu permainan
yang hanya dipegang oleh suatu kaum seperti bola keranjang,
ping pong, sepak takraw dan sebagainya. kita berharap
dengan bermain bersama-sama dalam suatu sukan dan
permainan serta mewakili peringkat kebangsaan dan
seterusnya pergi ke peringkat antarabangsa.
Akhir sekali, mewujudkan satu modul pelajaran untuk
memahami budaya dan adat bagi setiap kaum bagi
mewujudkan rasa hormat-menghormati sesama kaum. Melalui
pengenalan ini, pelajar dapat menjadikan pelajaran ini sebagai
satu alat dalam mengeratkan perpaduan di Malaysia. Dengan
ini, kita dapatlah menyeragamkan imej pelajar-pelajar tampa
mengira kaum. Mengelakkan isu perkauman tercetus
sekiranyamodul ini dilaksanakan kerana dengan pengenalan
modul ini, pelajar dapat memahami tentang kepentingan
dalam mengeratkan perpaduan di antara kaum di Malaysia.
Modul ini harus diwajibkan kepada pelajar yang akan
memimpin negara kita ini pada masa hadapan kelak. Oleh itu,
wajarlah sekiranya modul ini diwajibkan untuk diajarkan
kepada semua pelajar mahu pun sekolah rendah, sekolah
menengah dan peringkat university.
SUMBER RUJUKAN
https://www.perpaduan.gov.my/i
mages/document/penerbitan/Da
sar_Perpaduan_Negara-1.pdf
http://pelajarpoliteknikni
lai.blogspot.com/2014/0
9/peristiwa-13-mei.html
https://jurcon.ums.edu https://journals.min
.my/ojums/index.php/e damas.com/index.p
hp/sosiohumanika/a
jk/article/view/504
rticle/view/436
http://online.anyflip.com/ https://www.studocu.com/
efmqn/lhtx/mobile/ my/document/
ucsi-university/managerial-
accounting
/cara-cara memupuk perpaduan
kaum
SEKIAN TERIMA KASIH