The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL30622 Muhamad Naqib Bin Ezani, 2024-04-18 14:44:14

BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP (NAQIB - IPGMKDRI)

BUKU LOG PENGAKAP_NAQIB_TESL 3

NAMA SEKAWAN ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN UNIT / AMBILAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : : : : : : MUHAMAD NAQIB BIN EZANI SEKAWAN HIJAU 2021092310156 030901-03-0969 TESL 3 / AMBILAN JUNE 2021/2026 ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD 11 MAC 2024


1.0: Biodata : MUHAMAD NAQIB BIN EZANI : 030901-03-0969 : 2021092310156 : 01 SEPTEMBER 2003 : TESL 3 : IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL : ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD NAMA NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TARIKH LAHIR UNIT ALAMAT IPG NAMA PENSYARAH PENASIHAT


Bil Kandungan Catatan 1. Biodata 2. Isi Kandungan 3. Lambang Pengakap 4. Bendera 5. Cogan Kata Pengakap 6. Lafaz Persetiaan Pengakap 7. Lagu Unit 8. Undang-undang Pengakap 9. Hormat - Cara, peraturan dan ilustrasi 10. Pengasas 11. Sejarah Penubuhan Pengakap 12. Tujuan Penubuhan Pengakap 13. Istiadat Rasmi Pengakap 14. Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat 15. Pengurusan Keahlian 16. Pakaian Seragam 17 Ikatan dan Simpulan 17. Pangkat/Lencana Kemahiran 18 Gajet Kraf Perkhemahan 19. Kawad Kaki 20. Khemah 21. Masakan Rimba 2.0: Isi Kandungan


18 Pertolongan Cemas 19. Skim Lencana Pengakap 20. Perancangan Takwim Berorientasikan Sekolah 21. Laporan Aktiviti Mingguan 22. Cerita Hutan Pengakap 23. Lagu-lagu Pengakap


3.0: Lambang Pengakap Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 persetiaan pengakap iaitu ‘taat kepada Tuhan, raja dan negara’, ‘menolong orang pada setiap masa’ dan ‘menurut undang-undang pengakap’. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia". Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja"


4.0: Bendera Malaysia dan Pengakap Bendera Malaysia Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwell


4.0: Bendera Negeri-Negeri Dalam Malaysia


4.0: Bendera Malaysia dan Pengakap Bendera Pengakap Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehinggalah 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.


5.0: Cogan Kata Pengakap 6.0: Lafaz Persetiaan Pengakap


7.0: Lagu Pengakap


8.0: Undang-undang Pengakap


9.0: Hormat - Cara, peraturan dan Ilustrasi Salam pengakap hanya melibatkan penggunaan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis diluruskan manakala ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari yang digunakan membawa tiga pengertian iaitu tiga persetiaan pengakap. Kaedah ketika memberi persetiaan Kaedah ketika tabik hormat


10.0: Pengasas Nama Penuh Nama Singkatan Tarikh Lahir Tempat Lahir Pendidikan Awal Pekerjaan Nama Bapa Nama Isteri Tarikh Meninggal Dunia : Robert Stephenson Smith Baden Powell : BP : 22 Februari 1857 : London, England : Charter House, London : Bekas Mejar Tentera British : Reverend H.G Baden Powell : Lady Olive Baden Powell : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.


11.0: Sejarah Penubuhan Pengakap Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).


Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjudul ‘Aids To Scouting’. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, BadenPowell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. 11.0: Sejarah Penubuhan Pengakap


Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. 11.0: Sejarah Penubuhan Pengakap


12.0: Tujuan Penubuhan Pengakap i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap i. Istiadat Laung Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). a. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. b. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. c. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. d. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. e. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). f.


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap ii. Istiadat Mengibarkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 1. 2.Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 3. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 4. 5.Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal 6.Petugas : (Beri arahan) Bendera 7.Petugas : (Bergerak menghadap bendera) 8.Pengibar bendera terus tarik tali bendera 9.Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 10. 11.Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi 12.Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia 13. Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 14. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” 15. 16.Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17.Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap iii. Istiadat Menurunkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara 1.Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 2. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 3. 4.Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan 5. 6.Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap iv. Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan PKK Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 3. 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 11. 12.PKK balik ke sekawan masing-masing


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap v. Istiadat Melantik PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 1. 2.Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 3.Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . 4.Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 5. 6.Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” 7.PKK baru : “Ya, Akela” 8.Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” 9.PKK baru : “Ya, Akela”


13.0: Istiadat Rasmi Pengakap vi. Istiadat Meningkat Naik Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 1. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 2. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 3. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: 4. Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; a. b.Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; c.Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; d. PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; e. Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. f. 5.Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. a. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; b. Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. c. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. d. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!” 6.


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat i. Peringkat Negara


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat i. Peringkat Negara


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat i. Peringkat Negara


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat i. Peringkat Negara


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat i. Peringkat Negara


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat ii. Peringkat IPGM


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat iii. Peringkat Daerah


14.0: Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat iv. Peringkat KLM 30


15.0: Pengurusan Keahlian Setiap tahun, sememangnya tugas pemimpin kumpulan (ketua guru penasihat) untuk menyelesaikan urusan pendaftaran pengakap masingmasing. Kebiasaannya pendaftaran tahunan ahli pengakap ini bermula Mac pada setiap tahun. i. Pendaftaran Ahli Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. ii. Jenis Borang Pendaftaran Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM melalui beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.


15.0: Pengurusan Keahlian iii. Yuran Pendaftaran Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. iv. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.


15.0: Pengurusan Keahlian iii. Yuran Pendaftaran Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. vi. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat vii. Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat


16.0: Pakaian Seragam Wogel Lencana WOSM Tanda Nama Lencana Malaysia Seluar panjang (Warna biru tua) Kasut hitam bertali dan berstokin biru gelap Forage Cap Lencana pangkat Pakaian seragam lengan pendek (berwarna kelabu) Lencana keahlian Scarf rasmi


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA Tali pinggang berkepala gangsa Wogel Lencana WOSM Tanda Nama Lencana Malaysia Seluar panjang (Warna biru tua) Kasut hitam bertali dan berstokin biru gelap Scarf rasmi Lencana keahlian Pakaian seragam lengan panjang (berwarna kelabu) Lencana pangkat Tudung berwarna kelabu Forage Cap


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA KLUANG Nama negeri Nama daerah Nombor kumpulan Nama sekawan Lengan baju sebelah KANAN Lengan baju sebelah KIRI UNGU 22 Selang 1cm (1) Lencana WAJIB (2,3) Lencana KEGEMARAN (4,5) Lencana Pengetahuan (6,7) Lencana PERKHIDMATAN Lencana keris 1 3 5 6 7


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENOLONG PEMIMPIN Tanda Nama Wogel Lencana WOSM Lencana Malaysia Seluar panjang (Warna biru tua) Kasut hitam bertali dan berstokin biru gelap Scarf rasmi Lencana keahlian Pakaian seragam lengan pendek (berwarna kelabu) Forage Cap Wogel pemimpin selepas Epolet kursus manikayu


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENOLONG PEMIMPIN Tanda Nama Kasut hitam dan berstokin biru gelap Wogel Lencana WOSM Lencana Malaysia Seluar panjang (Warna biru tua) Scarf rasmi Lencana keahlian Pakaian seragam lengan panjang (berwarna kelabu) Bowler cap Wogel pemimpin selepas kursus manikayu Tudung berwarna kelabu Epolet


ikatan dan simpulan


BUKU SILA 2. Silangkan lagi sekali ( kiri atas kanan ) 4. Simpulan selesai Kegunaan : Mengikat kain pembalut luka kerana senang untuk dibuka Menyambung tali yang saiznya sama besar Menyambung tali khemah / bungkusan hadiah Kegunaan : Menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal 1.Masukkan tali merah ke dalam gelung tali biru 3. Pegang hujung tali merah dan tali biru untuk mengetatkan simpulan BUNGA GETI


MANUK CINCIN TINDIH KASIH Manuk di kayu Manuk di tangan 1. 1. 2. 2. 3. 3. Kegunaan : Memula dan mematikan ikatan Sebagai asas ikatan pada hujung atau tengah tali 1.Buat nombor 6 pada tali, kemudian masukkan hujung tali kedalam gelung 2. Pusingkan hujung tali di bahagian belakang tali dan asukkan kedalam gelung sekali lagi 3. Pegang gelung dan hujung tali untuk mengetatkannya 4. Simpulan selesai Kegunaan : Untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut Membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk operasi menyelamat


SIMPUL PULIH IKATAN BALAK 1.Buat huruf s untuk menjadikan dua hujung tali bertentangan 2. Buat gelungan pada hujung kiri tali dan masuukan tali di atasnya ke dalam gelung 3. Ulang step kedua pada bahagian kanan tali 4. Masukkan tali di bawahnya ke dalam gelung Kegunaan : Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya Kegunaan : Mengikat pada balak bagi memudahkan ia dipindahkan 1.Lilit tali disekeliling sokongan / kayu 2. Hujung tali perlu dililitkan pada bahagian tali yang terjuntai 3. Kemudian tarik hujung tali ke kiri dari bawah gelung yang terbentuk 4. Pusingkan sebanyak 2/3 kali 5. Tarik kedua-dua hujung tali dengan ketat untuk selamat


IKATAN SERAYA IKATAN SERONG 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kegunaan : Mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang, bendera dan lainlain. Kegunaan : Merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang. 1. 2. 3.


LILIT KACANG SIMPULAN LILIT TAUT-LINE Kegunaan : Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu / buluh bagi membuat lantai bagi sesuatu gajet atau projek Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga Kegunaan : Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali tiang supaya boleh dikendurkan atau ditegangkan.


GAJET KRAF PERKHEMAHAN


APAKAH GAJET PERKHEMAHAN Binaan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan dan dicantum / dikukuhkan menggunakan tali / pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan , peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. Melindungi makanan dari tercemar. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. TUJUAN PEMBINAAN GAJET GAJET KRAF PERKHEMAHAN


ASAS PEMBINAAN GAJET PENGETAHUAN Mengetahui dan memahami jenisjenis gajet dan teknik pembuatan. Mengenali jenis-jenis pokok : pokok buloh, pokok puding, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dan sebagainya. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERALATAN Mengetahui dan mahir meggunakan parang, gergaji dan penggali. Cara memotong dan membelah bahan seperti bulun dan daun bertam. Meraut buluh meggunakan parang atau pisau. KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, lilit kacang dan lain-lain. Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat. Kemahiran ikatan dan simpulan bukan sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dan sebagainya.


CONTOH GAJET PERKHEMAHAN


Click to View FlipBook Version