The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasniyambo1562, 2022-05-10 08:12:15

KISAH (4)

KISAH (4)

SIRI CERITA HASNI BINTI YAMBO
KANAK-
KANAK

ISAK H

SI BUDAK BANDAR

KISAH SI BUDAK BANDAR

DISEDIAKAN OLEH:

Nama: Hasni Binti Yambo
Umur: 22 Tahun

Pelajar Universiti Utara
Malaysia dalam bidang
Pengurusan Sumber Manusia

1

Budak bandar tersebut bernama Firdaus.
Firdaus merupakan seorang budak yang
sombong. Dia tidak suka untuk bergaul
dengan orang lain. Pada awalnya Firdaus
tidak suka tinggal di kampung kerana dia
masih tidak terbiasa dengan suasana di
kampung tersebut.Tambahan pula, dia
juga tidak mahu untuk bergaul dengan
budak di kampung tersebut.




2

Setibanya mereka di kampung tersebut, mereka
disambut baik oleh penduduk. Mereka juga

mempunyai jiran iaitu Pakcik Sulaiman atau lebih
dikenali dengan panggilan Pak Leman dan isterinya

Mak Leha. Pak Leman dan Mak Leha mempunyai
seorang anak bernama Ali. Ali merupakan seorang
anak yang mudah bergaul dengan sesiapa dan juga
merupakan seorang yang baik hati.Pada awalnya, Ali

sangat gembira kerana dia telah mendapat jiran
baharu iaitu keluarga Firdaus. Ini kerana dengan
adanya jiran baharu dia sekali gus akan mendapat

kawan baharu.



3

Namun Firdaus menolak ajakan
tersebut kerana dia tidak suka

bergaul dengan orang lain.
Firdaus dengan sikap sombongnya

menghalau Ali dari dekat
dengannya. Ali pun berlalu pergi

dari rumah Firdaus.









4

Keesokkan harinya Ali tidak Ali pun kemudiannya berlalu dari
berputus asa dan sekali lagi situ untuk pulang ke rumahnya
datang kerumah Firdaus untuk
mengajaknya bermain bersama dengan keadaan sedih
namun dengan sikap Firdaus yang
sombong dan tidak suka bergaul

dia terus memarahi Ali.Dia
berkata kepada Ali bahawa dia
tidak ingin berkawan dengan Ali

kerana Ali seorang budak
kampung.






Aku tidak ingin
berkawan dengan

kau sebab kau
ialah budak
kampung

5

Encik Ahmad yang tidak sengaja berada di Setelah dinasihati oleh
sekitar rumah mendengar perbualan Firdaus ayahnya, Firdaus berasa

dengan Ali. Encik Ahmad pun memanggil bersalah dan berjanji
Firdaus untuk menasihatinya. Encik Ahmad kepada ayahnya untuk
menasihati Firdaus agar tidak sombong dengan meminta maaf kepada Ali
sesiapa dan menyuruhnya untuk meminta maaf
kepada Ali.Encik Ahmad juga menyuruh Firdaus Firdaus minta
maaf ayah,
untuk belajar bergaul dengan orang di Firdaus janji
kampung tersebut terutama sekali Ali.
akan minta maaf


kepada Ali

6

Keesokkan harinya Firdaus pergi berjumpa dengan Ali
untuk meminta maaf kerana dia telah berkasar dengan

Ali. Walaupun pada awalnya dia berasa malu untuk
berjumpa dengan Ali kerana kejadian sebelum ini namun
dia memberanikan diri. Selepas meminta maaf, Firdaus

kemudiannya mengajak Ali untuk bermain bersama



7

Selepas kejadian tersebut mereka pun menjadi sahabat
baik. Sejak daripada itu mereka sering bermain, melukis

dan ke sekolah bersama. Kebanyakan masa mereka
dihabiskan bersama-sama. Mereka sering meluangkan

masa bersama-sama.



8

Setelah beberapa hari berlalu, Firdaus hairan kerana
Ali tiba-tiba menghilang. Ali tidak lagi datang ke
rumah Firdaus untuk bermain bersama. Ali juga tidak
datang ke sekolah. Firdaus juga kerumah Ali tetapi
rumahnya juga kosong. Setelah beberapa kali Firdaus
memanggil Ali namun tiada balasan, dia terus pulang
ke rumah. Dia berasa sedih kerana Ali merupakan

satu-satunya kawan yang dia ada.




Assalamualaikum,
Ali awak ada di

rumah kah?

9

Setelah seminggu berlalu, Firdaus melihat kelibat
orang di rumah Ali. Dia melihat ibu dan bapa Ali.

Dia pun bergegas kerumah Ali untuk berjumpa
dengannya. Namun Ali tidak ingin berjumpa

dengan Firdaus. Firdaus pulang dengan perasaan
yang sedih. Dia berasa sedih kerana Ali sudah

tidak mahu untuk berkawan dengannya lagi. Firdaus
berfikir bahawa Ali telah mendapat kawan baharu.

Assalamualaikum
Pakcik Makcik,

boleh saya
berjumpa dengan

Ali?

10

Pada suatu hari Firdaus tidak sengaja terdengar
perbualan antara Ali dengan ibunya. Ali berkata
kepada ibunya bahawa Firdaus pastinya sudah tidak

ingin berkawan dengannya jika dia mengetahui
keadaannya. Firdaus bingung mendengar perbualan
mereka dan terus masuk ke dalam rumah. Firdaus
terkejut melihat keadaan Ali. Setelah melihat keadaan
Ali, dia terus berlari keluar dan pulang ke rumah


dengan keadaan sedih. Dia tidak menyangka keadaan
Ali begitu.

11

Mak cik Leha dan Ali Kemudian mak cik
terkejut melihat Firdaus Leha berusaha untuk
yang tiba-tiba muncul.
Setelah Firdaus pergi, menenangkan Ali.

Ali bersedih kerana
dia merasa bahawa
Firdaus tidak lagi ingin
berkawan dengannya

setelah melihat
keadaannya sekarang

12

Di sisi lain, apabila Firdaus tiba di
rumah, Firdaus mengumpul mainannya

untuk dibawa kerumah Ali. Dia
membawa mainannya untuk bermain
bersama Ali. Dia ingin menghibur Ali.




13

Pada awalnya Ali menolak kerana dia berasa malu dengan
keadaannya. Namun lama-kelamaan Firdaus juga dapat

menghibur Ali agar tidak lagi sedih. Setelah keadaan Ali
stabil dia menceritakan punca dia menghilang selama

beberapa hari. Ali berkata selepas dia pulang dari bermain
bersama Firdaus dia telah tergelincir di bilik air. Dia

kemudiannya di bawa ke hospital. Selepas mendengar cerita
Ali, Firdaus bertekad untuk menjaga Ai sehingga Ali
sembuh.




14

Akhirnya setelah beberapa minggu
berlalu, Ali telah kembali sihat.

Firdaus dan Ali juga dapat bermain
bersama-sama seperti sedia kala

-TAMAT-

15

Kisah ini mengisahkan tentang seorang budak
bandar yang baru pindah ke sebuah kampung.
Budak bandar tersebut bernama Firdaus. Mereka
mempunyai jiran iaitu Pakcik Sulaiman atau lebih

dikenali dengan panggilan Pak Leman dan
isterinya Mak Leha. Pak Leman dan Mak Leha
mempunyai seorang anak bernama Ali. Ali telah
mengajak Firdaus bermain namun dia tidak mahu

kerana Ali hanya seorang budak kampung.


Namun setelah Firdaus dinasihati oleh ayahnya,

dia meminta maaf kepada Ali dan mereka pun
menjadi rakan baik. Namun setelah beberapa
hari Ali tiba-tiba menghilang. Kemanakah Ali
menghilang? Setelah beberapa hari berlalu Ali
pulang ke rumahnya dia tiba-tiba berubah. Dia

tidak ingin berjumpa dengan Firdaus. Apa
sebenarnya yang terjadi? Adakah Firdaus dan Ali

akan terus menjadi sahabat?

1234567890


Click to View FlipBook Version