APAKAH ITU DAGING MAKMAL? N O V 2 0 2 3 AS LULUSKAN DAGING MAKMAL MAJALAH ISLAM HUKUM DAGING MAKMAL DALAM ISLAM? MPU23052 /SESI 1 2022 PENGAJIAN ISLAM HARGA RM: 7 (SM) RM10 (SS)
ISI KANDUNGAN 01 SIDANG REDAKSI 03 04 APAKAH ITU DAGING MAKMAL? HUKUM DAGING MAKMAL/KULTUR DALAM ISLAM? 05 Potensi produk daging kultur di Malaysia Isu Etika dan Pandangan Islam 02 KATA ALUAN 06 PENGHARGAAN 07 08 KESIMPULAN
EDITOR PENULIS PEREKA GRAFIK PENULIS SKRIP MOHAMAD DANISH IMAN BIN MOHD RAFI 13DTK21F1096 DANIEL ISKANDAR BIN MOHD SHUKRI 13DTK21F1070 MUHAMMAD HAIKAL NAZMI BIN HARUN 13DTK21F1043 AHMAD SAYYID BIN ZULKEFLI 13DTK21F1073 SIDANG REDAKSI
Alhamdulilah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya yang memberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan tugasan bagi subjek sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam (MPU23052). Terima kasih atas sokongan kawan-kawan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Wan Zakiah Binti Wan Yunus, selaku pensyarah pembimbing kami yang terlalu banyak membantu, membimbing, menjadi pemudah cara kami dan yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah banyak membantu dan sudi meluangkan masa untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami. Segala usaha beliau tidak akan kami lupakan. Budi baik dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung amatlah kami hargai. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas dan memberikan ganjaran yang setimpal buat anda semua. Harapan kami agar mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada pembaca tentang daging makmal dari sudut hukum dan permasalahannya. PENGHARGAAN
Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya tugasan bagi subjek Sains Teknologi Dan Kejuruteraan dapat disiapkan. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua ahli Editorial Majalah yang tanpa mengenal jemu berusaha menyiapkan majalah ini. Memandangkan ini merupakan versi pertama majalah, kami telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Diharapkan juga dengan adanya majalah ini dapatlah dijadikan sebagai panduan dan pedoman untuk kita sama-sama menutup aurat dan mengikut perintah Allah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepadapensyarah kami kerana banyak membantu dalam menyiapkanmajalah ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan majalah ini. Wassalam. K A T A A L U A N
APAKAH ITU DAGING MAMKAL? Secara umum, daging kultur ialah daging yang dihasilkan di luar badan haiwan dengan menggunakan teknik pengkulturan, sama ada melalui pengkulturan tisu atau sel stem yang diambil daripada haiwan. Tisu atau sel stem tersebut kemudiannya diletakkan di dalam medium yang sesuai bagi membolehkan ia membiak dan berkembang sehingga menjadi daging. Medium tersebut mestilah mengandungi segala nutrien, dan tenaga yang diperlukan oleh tisu atau sel stem untuk terus membiak. Oleh itu, daging kultur boleh dilihat pada beberapa aspek iaitu sumber, proses penghasilan, medium dan hasil akhir. Pertama, daging kultur mestilah bersumberkan haiwan juga, sama ada daripada tisu atau sel stem haiwan. Kedua, proses penghasilan daging kultur dilakukan secara ex vivo iaitu di luar badan haiwan. Ketiga, daging kultur akan dibiakkan di dalam medium yang sesuai. Keempat, pengkulturan daging akan menghasilkan daging juga. Namun, setakat ini, apa yang membezakan terdapat perbezaan antara daging kultur dan daging konvensional adalah dari segi terhadap penampilan fizikalnya yang lebih menyerupai daging cincang َل ُكم َّما ِفي الَّسَماَواِت َوَما ِفي ا َأْلْرِض َجِميًعا ِّمْنُهۚ َوَس َّخ َر َقْوٍم َيَتَف َّك ُروَن ِّل ِلَك آَلَياٍت ذ َٰفي ِنَّإ ِMaksudnya: “Dan Dia (Allah) telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”
AS lulus jualan dagingayam buatan makmal 22 Jun 2023 WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan pertama kepada dua firma untuk memasarkan ayam dihasilkan di makmal menggunakan sel haiwan, sekali gus menjadi negara kedua memberi lampu hijau kepada daging alternatif tersebut selepas Singapura mengambil langkah sama pada 2020. Jurucakap Jabatan Pertanian AS (USDA) pada Rabu memaklumkan dua syarikat tersebut ialah Upside Foods dan Good Meat. “Kelulusan itu diberikan setelah USDA menyemak semula label produk mereka untuk memastikan ia tidak mengelirukan pengguna selepas kedua-duanya disahkan selamat pada November lalu,” ujarnya. Beberapa syarikat pemula merancang untuk menghasilkan daging makmal bagi membolehkan pengguna mengambil protein haiwan tanpa memberi kemudaratan kepada alam sekitar berkaitan pertanian. Produk itu dikatakan berbeza daripada pengganti berasaskan tumbuhan seperti burger soya yang meniru rasa dan tekstur seperti daging, namun didakwa tidak mengandungi sebarang protein haiwan. - AFP 1 4
HUKUM DAGING MAKMAL/KULTUR DALAM ISLAM? Status halal daging kultur (Cultured Meat) hendaklah dipastikan berdasar sumber tisu yang diambil. Secara asasnya, proses pengkulturan daging tersebut hendaklah diteliti dari beberapa aspek: Sumber penghasilan daging kultur hendaklah diambil dari haiwan yang halal dimakan dengan berpandukan kaedah-kaedah yang telah ditepkan syarak. Begitu juga pengambilan tisu tersebut hendaklah bukan daripada bahagian yang najis dari haiwan seperti darah dan tinja. Hendaklah dipastikan dari sudut keselamatan penggunaannya dan sekiranya boleh mendatangkan kemudaratan maka hukum memakan daging kultur tersebut adalah diharamkan. Yield: One 12-inch Pizza Prep Time: 2 hr 15 min Total Time: 2 hr 30 min Apakah pandangan hukum menurut syarak berkenaan dengan daging kultur (Cultured Meat) yang diproses melalui pengambilan sel daripada haiwan yang masih hidup? RINGKASAN JAWAPAN ِبِه ِهَّل ِلَغْيِر ِهَّللا ُأ ْلِخنِزيِر َوَما َوالَّدُم َوَلْحُم ا ْلَمْيَت ُة ْي ُكُم ا ِّرَمْت َعَل َكَل الَّسُبُع ِإاَّل َما َأ َوَما َوالَّنِطيَح ُة ُة ْلُمَتَرِّدَي َوا و َذ ُة ْلَمْو ُق َوا ْلُمْنَخِنَق ُة َوا ِبَح َعىَل الُّنُصِب َذ َّكْيُتْم َوَما ُذ Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; 1 5 Huraian Jawapan: Perkembangan teknologi di zaman era globalisasi ini merupakan nikmat dan kelebihan akal yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Namun ia hendaklah digunakan selari serta mengikut lunas-lunas syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Secara ringkasnya, penghasilan daging kultur (Cultured Meat) iaitu daging yang dicipta di dalam makmal dengan menggunakan tisu yang diambil daripada sel haiwan. Melalui kaedah bioteknologi dengan menerusi teknik pembiakan tisu, yang ditumbuh daripada cebisan sel daging haiwan di atas media khas dalam bekas khusus. Penggunaan daging kultur ini telah diluluskan oleh Singapura, dan ia merupakan negara pertama yang telah meluluskannya serta dipasarkan secara kormesial oleh syarikat Eat Just. Daging kultur ini juga telah dihidangkan kepada tetamu ketika menghadiri acara pelancaran produk tersebut.
“Pembangunan teknologi daging kultur di Malaysia bakal mencipta peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sambil menangani cabaran-cabaran negara seperti keselamatan makanan, pengurusan kesihatan dan perubahan iklim,” katanya. Pada masa sama, sekiranya dilihat dari sudut berbeza, terdapat beberapa isu tentang penjualan daging kultur di negara ini. Pakar Sains Makanan dan Pemakanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Aminah Abdullah berkata, isu daging kultur amat kompleks, sama seperti penghasilannya dan memerlukan kajian mendalam pihak berwajib. “Persoalan pertama ialah sama ada ia untuk dimakan oleh manusia atau haiwan. Sekiranya untuk manusia, ia membuka kepada persoalan halal dan haram. “Perkara pertama yang perlu dilihat adalah sumber daging berkenaan, sama ada ia diambil daripada tumbuhan atau haiwan dan sekiranya haiwan, adakah yang masih hidup atau telah mati. Jika telah mati, adakah ia disembelih mengikut syarak? “Kedua ialah medium yang digunakan, adakah diambil daripada sumber dan bahan halal dan akhir sekali proses penjagaannya,” katanya. Aminah mengakui sememangnya ada manfaat dalam penghasilan daging kultur, terutamanya dari segi kos. Hal ini kerana, dengan teknologi yang ada hari ini dan menuju ke hadapan, menghasilkan daging di makmal berpotensi menjadi lebih murah dan mudah berbanding membela ternakan di lapangan yang terdedah kepada cuaca, penyakit serta pelbagai faktor luaran lain. Tambahnya, dengan teknologi penghasilan daging kultur semakin maju terutamanya di negara-negara barat, pihak berwajib termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bertindak segera kerana proses penilaian daging kultur ini, dari segi halal haramnya mungkin mengambil masa. “Jabatan Agama Islam perlu memainkan peranan sekiranya daging kultur ini dicadangkan untuk dijual di pasaran Muslim. Potensi produk daging kultur di Malaysia Daging kultur dihasilkan daripada bioteknologi yang melibatkan pembiakan sel tisu haiwan dalam persekitaran makmal terkawal, berbeza daripada kaedah penternakan haiwan melibatkan pemeliharaan dan penyembelihan haiwan. Ia mendakwa, hasilnya adalah replika daging sebenar yang berpotensi menawarkan rasa, tekstur dan nilai pemakanan yang sama seperti daging yang diperoleh melalui kaedah penternakan konvensional. Jelas, terdapat potensi tinggi bagi penghasilan daging kultur di negara ini dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk ArthurJoseph Kurup melihatnya sebagai salah satu penyelesaian baharu untuk sumber daging mampan yang berpotensi merevolusikan industri makanan di Malaysia. “Laporan oleh Research and Markets menganggarkan, pasaran daging kultur yang kini bernilai RM791.87 juta pada 2022 akan meningkat kepada RM1.443 bilion pada 2027, dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kumulatif(CAGR) 12.76 peratus.
Isu Etika dan Pandangan Islam Isu Mengubah Ciptaan Terdapat sebahagian pihak cuba mengharamkan daging kultur dengan alasan ia bertentangan dengan sunnatullah.Terdapat juga beberapa pihak yang melakuka soal selidik dan mendapati kewujudan pengguna yang beragama, sama ada muslim, kristian, yahudi dan hindu menolak memakan daging kultur dengan alasan mempermaikan tuhan . Menurut Hossain, “the production of meat in the laboratory is tantamount to evading the primordial nature (fitrah) endowed by the Allah SWT toward the animal… the nature of an animal is to supply benefits like meat and milk for human survival in a natural manner. Thus, anything that goes beyond the natural process will be termed as alteration of Allah’s creation (some muslim scholars used term playing god for better understanding). It refers to any act against the human nature and nature of the thing, and adopt any means and methods disregarding original objective of nature” . Malah, kajian mengenai pengkulturan daging dianggap sebagai kajian yang tiada manfaat .
Biasanya, mereka akan merujuk kepada Surah al-Nisa’, Juz 4, Ayat 119 mengenai konsep mengubah ciptaan tuhan. Secara ringkas, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ dalam perkara akidah dan ibadah adalah dilarang sama sekali. Manakala, ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ dalam perkara fizikal melibatkan manusia atau haiwan bergantung kepada tujuan dan hasil dari sesuatu perbuatan. Jadi, berbalik kepada persoalan daging kultur, walaupun ia termasuk dalam konsep mengubah ciptaan tuhan., namun ia berada dalam kategori ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ yang dibenarkan kerana mempunyai tujuan dan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada manusia secara umum. Justeru, ia tidak termasuk dalam kategori ‘mengubah ciptaan Allah SWT’ yang dilarang.
Menurut mereka, perbuatan menyembelih haiwan adalah tindakan yang menyeksa haiwan. Mereka turut menentang penggunaan haiwan dalam ujian makmal seperti penggunaan tikus, hatta penggunaan sel sekali pun. Namun begitu, penciptaan daging kultur tetap tidak akan terlepas dari unsur mengambil sel dari haiwan dan melakukan ujikaji terhadap haiwan atau sel. Selain itu, medium yang digunakan oleh saintis pada hari ini ujikaji daging kultur akan menggunakan serum haiwan yang turut diambil berat oleh para aktivis haiwan . Justeru, pihak saintis atau syarikat pemprosesan daging kultur perlu mencari solusi terbaik untuk mengatasi perkara ini. Dalam satu sesi forum di 5th International Scientific Conference on Cultured Meat anjuran Maastricht University, seorang saintis telah memohon respon daripada Ann De Greef yang merupakan salah seorang aktivis haiwan dari Belgium, kerana sehingga kini, hampir kebanyakan kajian melibatkan daging kultur akan melibatkanujikaji terhadap sel haiwan. Beliau menjawab bahawa itu adalah tugas saintis untuk mencari penyelesaian terbaik, bukan tugas aktivis seperti beliau. Pada sudut pandang Islam pula, Allah SWT telah memberikan kebenaran kepada manusia secara umum untuk menggunakan haiwan dan tumbuhan demi kelangsungan kehidupan (al-Hajj, 22:36-37). Namun begitu, keharusan ini bukanlah bersifat mutlak, sebaliknya perlu diikat dengan ayat lain yang melarang manusia dari melakukan kerosakan di muka bumi. Firman Allah SWT: Kebajikan Haiwan Salah satu dari tujuan daging kultur dicipta adalah untuk memenuhi hasrat aktivis haiwan yang memperjuangkan kebajikan haiwan. Menurut para aktivis haiwan, penternakan haiwan di ladang sangat tidak menjaga kebajikan haiwan, sama ada dari aspek kebersihan, sembelihan dan sebagainya . Sebagai contoh, terdapat sebahagian aktivis haiwan yang tidak mahu memakan sebarang jenis daging dan mengamalkan diet pemakanan secara vegetarian kerana tidak mahu menyakiti dan menyeksa haiwan.
KESIMPULAN Kesimpulannya, kami berpendapat daging kultur adalah halal sekiranya sumber asal sel stemnya adalah halal iaitu diambil daripada anggota haiwan yang halal dimakan menurut syarak. Apatah lagi dikatakan bahawa daging kultur ini juga adalah lebih sihat, di samping pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Selain itu disyaratkan bagi memastikan kehalalannya adalah bahan-bahan lain yang ditambah dan dimasukkan kepadanya atau medium yang digunakan mestilah halal dan bukan najis. Ia juga mestilah tidak memberi mudarat kepada pemakannya. Jika terbukti ia memudaratkan pemakannya, maka hukumnya berubah daripada halal menjadi haram. Firman Allah SWT: ْيِدي ُكْم ِإىَل الَّتْهُل َكِة َأ ِب ُقوا َواَل ُتْل Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195) Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan. Perkara ini adalah selari dengan kaedah fiqh yang menyebutkan: ، َوِفي ا َألْشَياِء الَّضاَّرِة ال ُحْرَم ُة ا َألْصُل ِفي ا َألْشَياِء الَناِفَعِة اِإلَباَح ُة Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu yang bermanfaat adalah dibolehkan (yakni harus) dan hukum asal bagi sesuatu yang berbahaya adalah diharamkan.” Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.
RUJUKAN https://www.ikim.gov.my/new-wp/wpcontent/uploads/2019/11/KERTAS-6.pdf https://maktabahalbakri.com/1567-daging-kultur-makmal/ https://www.channelnewsasia.com/malaysia/daging-buatanmakmal-kultur-halal-hari-bumi-lestari-alam-haiwankeselamatan-makanan-3478381 https://maktabahalbakri.com/1567-daging-kultur-makmal/
Thank you!