The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juline Ulana, 2023-03-17 15:18:39

Fyp juline ulana modul

Fyp juline ulana modul

MODUL BONEKA HAIWAN J U L I N E U L A N A KANAK-KANAK 5 TAHUN SAINS AWAL


No ISI KANDUNGAN Halaman 1 Prakata i 2 Pengenalan ii 3 Boneka Haiwan dalam Sains Awal iii 4 Objektif iv 5 Panduan modul v 6 Topik 1 : Mari Kenali Tempat Tinggal Haiwan. 1-17 7 Lembaran kerja 1 18 8 Rancangan Pengajaran Aktiviti 1 19-21 9 Bahan bantu mengajar 22 10 Topik 2 : Jom Bandingkan Haiwan Mengikut Makanan Utamanya. 23-34 11 Lembaran kerja 2 35 12 Rancangan Pengajaran Aktiviti 2 36-38 13 Bahan bantu mengajar 39


PRAKATA Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNYa saya dapat menyiapkan Modul Pengajaran Berasaskan Boneka Haiwan dalam pembelajaran Sains Awal kanakkanak 5 tahun. Modul ini dihasilkan untuk digunakan oleh guru dalam membantu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada kanak-kanak berdasarkan kepada topik khususnya alam hidupan iaitu membuat penerokaan ke atas haiwan. Tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak, modul ini sememangnya tidak akan dapat disiapkan mengikut ketetapannya. Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat dalam merancang serta membangunkan modul ini. Diharap terbitnya modul ini, segala urusan penyimpanan, semakan, maklumat dan rujukan pada masa akan datang dapat dilakukan dengan lebih baik lagi. i


PENGENALAN Modul ini merupakan modul berdasarkan Tunjang Sains Awal dan Teknologi. Selain itu,tunjang sains awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal. Proses pendidikan Sains Awal kanakkanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Dalam modul ini pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada murid bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang murid membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Tujuan modul ini juga adalah membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran murid agar menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penakulan serta membantu murid membina dan menghayati sikap dan nilai murni. ii


BONEKA HAIWAN DALAM SAINS AWAL Boneka haiwan adalah bahan maujud yang penting dalam modul yang dihasilkan ini. Boneka haiwan dalam modul ini sebagai alat pedagogi untuk panduan pengajaran di peringkat tadika dan prasekolah yang diaggap unik dan mempunyai kebaikan untuk muridmurid. Penggunaan boneka haiwan sebagai alat pedagogi mempunyai daya tarikan yang istemewa dalam pembelajaran kanak-kanak. Hal ini demikian kerana boneka yang digunakan sebagai prop dalam aktiviti kanak-kanak tentang topik penyiasatan alam hidupan haiwan seperti membuat penerokaan ke atas haiwan berdasarkan kepada standard pembelajaran yang ditetapkan dalam pendidikan prasekolah dan tadika. Memandangkan kelebihan dan nilai pendidikan yang ada pada boneka haiwan, maka modul ini diimplimentasikan dan penilaiannya dilaksanakan untuk mengenalpasti guru dan murid menggunakan boneka sebagai tarikan kepada interaksi yang aktif antara guru dan murid semasa dan selepas aktiviti pengajaran menggunakan modul ini untuk pencapaian hasil pembelajaran yang maksimuk dalam sesi pengajaran yang dilaksanakan. sedikit teks isi iii


OBJEKTIF Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan murid dalam bidang Sains Awal. Membantu murid-murid menguasai dan meningkatkan perkembangan motor halus melalui aktiviti hands-on menggunakan boneka. Memberikan murid-murid peluang untuk menerokai alam semulajadi sambil melalui pembelajaran dari aktiviti yang berkaitan Sains Awal. Memupuk minat murid-murid untuk meneroka dan mempelajari Sains. Mengembangkan sifat ingin tahu serta minat terhadap dunia sekeliling. Meningkatkan daya pemikiran kritis dan kreatif murid-murid. Melibatkan penyertaan yang aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik diantara murid-murid dan guru. iv


PANDUAN MODUL Guru dan murid-murid akan mendapat satu set modul pembelajaran ini. Setiap modul akan mengandungi bahan pembelajaran yang sama iaitu boneka haiwan untuk kedua-dua aktiviti. Guru memberikan penerangan menggunakan kaedah main peranan iaitu guru bercerita dahulu kemudian meminta murid bercerita semula. Guru membimbing murid menulis nama dan tarikh pada setiap lembaran kerja bagi memudahkan guru membuat semakan. Setiap murid diminta untuk menggunakan boneka haiwan ketika hendak bercerita. Guru akan tunjukkan gambar dalam modul kemudian secara bergilir murid menggunakan boneka haiwan untuk memberikan respon. 1. 2. 3. 4. 5. 6. v


TOPIK 1: Mari Kenali Tempat Tinggal Haiwan Murid-murid dapat mengenal pasti tempat tinggal haiwan. Murid-murid dapat menceritakan ciri-ciri tempat tinggal haiwan menggunakan boneka haiwan . Hasil Pembelajaran Pengenalan Setiap haiwan sama seperti manusia yang memerlukan tempat tinggal. Tempat tinggal haiwan dikenali sebagai habitat. Habitat haiwan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tinggal di darat, air dan juga tinggal di dalam air dan darat. Habitat darat ialah haiwan yang tinggal di darat sahaja seperti gajah, burung, kancil, harimau, kucing, ayam, dan banyak lagi. Habitat air pula adalah, haiwan yang tinggal di air sahaja seperti, ikan, jerung, udang, sotong dan banyak lagi. Habitat haiwan yang tinggal di darat dan air pula ialah haiwan yang boleh tinggal di dalam air dan di atas darat seperti buaya, kura-kura, katak, ketam dan lain-lain. Di samping itu, terdapat nama-nama dan ciri-ciri tempat tinggal setiap jenis haiwan-haiwan ini. Sebagai contoh nama-nama tempat tinggal haiwan di darat ialah, kandang, gua, lubang, reban, tanah, sangkar dan banyak lag.i. Begitu juga habitan di dalam air, haiwan boelh tinggal di dalam air seperti air, sungai, laut, kolam, dan tasik. 1


Guru menunjukkan gambar-gambar tempat tinggal haiwan yang terdapat dalam modul ini. Murid-murid menyebut nama tempat tinggal haiwan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Murid-murid menyebut ciri-ciri tempat tinggal haiwan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Guru memberikan boneka haiwan kepada murid-murid dan menceritakan kepada mereka tentang setiap dialog pada gambar. Setiap murid bercerita tentang haiwan yang mereka dapat dan mencari gambar tempat tinggal haiwan tersebut di dalam modul. Menyelesaikan lembaran kerja. Bahan-bahan Gambar-gambar dalam modul, Boneka haiwan dan Muzik latar. Langkah-langkah Refleksi Guru berbincang dengan murid-murid tentang ciri-ciri tempat tinggal dalam gambar dan murid-murid bercerita tentang haiwan dan tempat tinggal yang bersesuaian dengan boneka haiwan yang mereka dapat. Konsep Tempat tinggal haiwan adalah berbeza-beza mengikut jenis haiwan dan juga habitatnya tersendiri. Haiwan liar kebanyakannya mempunyai tempat tinggal semula jadi seperti sungai, laut dan gua atau yang dihasilkan oleh haiwan itu sendiri seperti sarang lebah dan lubang manakala haiwan jinak pula mempunyai tempat tinggal yang selalunya disediakan oleh penternak haiwan seperti kandang, sangkar dan lain-lain. 2


TOPIK 2 : TEMPAT TINGGAL HAIWAN (Bahagian 1 ) 3


SUNGAI LADANG 4


REBAN SARANG BURUNG 5


SARANG SEMUT SARANG LEBAH 6


HUTAN SUNGAI 7


LUBANG TIKUS LUBANG ARNAB 8


GUA BERUANG DAHAN POKOK 9


HUTAN LAUT 10


Topik 1 : Tempat Tinggal Haiwan (Bahagian 2 ) Saya buaya Saya tinggal di sungai. Sungai itu sejuk. Hai murid-murid. Jom kita kenali tempat tinggal haiwan disini. Wah! Cantiknya sungai itu. Tentu banyak penghuninya. Lihat kawan-kawan. Siapakah yang tinggal di sungai itu? 11


Wah ! Luasnya ladang ini. Tentu banyak sapi yang diternak. Lihat ladang ini juga ada pagar dan kadangan berwarna merah yang luas dan besar disana. Saya Sapi. Saya tinggal di ladang. Ladang Luas dan banyak rumput. Hai, Kamu tinggal di mana? Adakah reban yang cantik ini adalah tempat tinggal kamu? Saya ayam. Saya tinggal di reban. Reban saya cantik. 12


Wah! Lihat disana siapakah yang sedang terbang ke arah dahan pokok? Apakah sarang di dahan pokok itu tempat tinggal kamu? Saya Lebah. Saya tinggal di Sarang. Sarang ini melekat di dahan pokok. Saya burung. Saya tinggal di sarang. Sarang ini ada ranting dan daun. Baiklah mari kita lihat apakah yang berbentuk bujur di dahan itu. Siapakah yang tinggal disana? 13


Saya Semut. Saya tinggal di dalam sarang. Sarang ini di bawah tanah. Saya Ikan. Saya tinggal di dalam Air. Air ini bersih dan sejuk. Hai..Siapakah yang tinggal di dalam sungai yang cantik ini. Sungai sangat jernih Hai siapakah nama kamu? Apakah nama tempat tinggal kamu? 14


Wah banyaknya haiwan di sini. Siapakah nama haiwan-haiwan ini? Apakah nama tempat tinggal mereka? Saya Arnab. Saya tinggal di dalam lubang. Lubang ini ada di bawah tanah. Saya Harimau. Saya tinggal di dalam hutan. Saya singa. Saya juga tinggal bebas di dalam hutan ini. Saya gajah. Saya bebas tinggal di hutan. Hutan luas dan banyak pokok. Saya tikus. Saya juga tinggal di dalam lubang bawah tanah. 15


Lihat ! Apakah haiwan yang tinggal di atas pokok? Saya monyet. Saya tinggal di atas pokok. Pokok ini banyak dahan. Apakah haiwan yang tinggal di dalam gua yang besar itu? Saya beruang. Saya tinggal di dalam gua. Gua ini besar dan gelap. 16


Saya panda. Saya tinggal di hutan. Hutan ini banyak bambu dan gunung. Saya Ikan Paus. Saya tinggal di dalam laut. Laut ini luas. Wah, cantiknya tempat tinggal ini. Siapakah yang tinggal disini? Lihat ! Sungguh cantik tempat ini. Ada bambu dan gunung dan pokok-pokok. Siapakah yang tinggal di sini? 17


LEMBARAN KERJA 18


Rancangan Pengajaran Harian 1 19


Rancangan Pengajaran Harian 1 20


Rancangan Pengajaran Harian 1 21


Bahan Bantu Mengajar A. Boneka Haiwan B. Audio Muzik B.Gambar-gambar dalam modul https://youtu.be/XNLBQM1BuuM 22


Sumber Makanan Haiwan 23


TOPIK 2 : Mari Kenali Makanan Utama Haiwan Murid-murid boleh mengenalpasti jenis haiwan Karnivor, Murid-murid dapat membezakan haiwan mengikut makanan utamanya. Murid-murid boleh menceritakan semula sumber makanan haiwan menggunakan boneka haiwan. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Pengenalan Makanan merupakan salah satu keperluan asas haiwan untuk terus hidup. Setiap haiwan mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza. Antara makanan utama haiwan ialah daging dan tumbuhan. Haiwan dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan yang makan haiwan lain sahaja dan juga haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Haiwan yang makan daging haiwan sahaja dikenali sebagai Karnivor seperti singa, katak, ular, harimau dan buaya. Contohnya, singa dan buaya memakan daging rusa, ular pula memakan daging tikus, katak memakan lalat dan hairmau makan semua daging haiwan seperti lembu dan sebagainya. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai herbivor seperti lembu, arnab, kambing, kuda dan gajah. Sebagai contoh, kambing dan sapi memakan rumput dan daun-daun, gajah makan tebuh, arnab makan lobak dan kuda memakan rumput. Manakala haiwan yang makan daging dan tumbuhan adalah disebut omnivor seperti kucing, anjing, ayam, burung, dan monyet. Sebagai contoh,monyet ini memakan pisang dan belalang, burung memakan pisang dan cacing dan ayam memakan cacing dan jagung. Seterusnya kucing makan ikan dan beras nasi serta anjing makan sawi dan tulang. 24


TOPIK 2 : Mari Kenali Makanan Utama Haiwan Gambar-gambar pada modul, Boneka haiwan , dan Muzik latar Guru bercerita tentang haiwan dan makanan utamanya Guru menceritakan kategori-kategori haiwan dan makanannya. Murid-murid menjawab pertanyaan guru tentang setiap soalan pada gambar. Guru meminta murid-murid memilih boneka haiwan yang disediakan. Guru tunjukkan gambar jenis makanan haiwan dan meminta murid mengangkat boneka haiwan yang memakan jenis makanan dalam gambar yang ditunjukkan. Murid mengambil bahagian untuk bercerita tentang makanan utama boneka haiwan yang mereka pilih berlatarkan muzik haiwan. Bahan-bahan Langkah-langkah Refleksi Guru berbincang dengan murid-murid tentang makanan utama haiwan. Guru mula bercerita tentang kategori haiwan dan makanannya dengan menggunakan teknik bercerita berserta gaya untuk menarik perhatian murid-murid. Murid-murid memilih boneka haiwan dan mengangkat tangan ketika makanan haiwan yang ditunjukkan adalah makanan boneka haiwan mereka dan mula bercerita tentang haiwan tersebut. Konsep Terdapat dua jenis sumber makanan haiwan iaitu daging dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan-haiwan ini mempunyai tiga kategori yang perlu dipelajari untuk mengenai haiwan dan makanannya iaitu kategori haiwan karnivor yang makan daging sahaja, kategori haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja dan haiwan Omnivor yang merupakan haiwan yang memakan kedua-dua sumber makanan haiwan itu daing dan tumbuh-tumbuhan. 25


TIGA KATEGORI HAIWAN (Bahagian 1) 1.KARNIVOR (Haiwan yang memakan daging) 2. HERBIVOR (Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan) 3. OMNIVOR (Haiwan yang memakan daging) 26


Sumber Makanan Haiwan 2 JENIS SUMBER MAKANAN HAIWAN (Bahagian 2) DAGING TUMBUHAN DAGING & TUMBUHAN 27


Saya Harimau. Saya haiwan karnivor. Saya makan semua daging Daging haiwan sedap. Haiwan yang memakan daging (Karnivor) Saya Ular. Saya haiwan karnivor. Saya makan daging Tikus. Daging Tikus sedap. HARIMAU ULAR Guru mnyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. 28


Saya Singa. Saya haiwan karnivor. Saya makan daging rusa. Daging rusa sedap. Saya Katak. Saya haiwan karnivor. Saya makan daging saja. Saya makan daging lalat. Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. KATAK SINGA Haiwan yang memakan daging (Karnivor) 29


Haiwan Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. Saya Kambing. Saya haiwan herbivor Saya makan tumbuhan. Saya makan rumput jerami. Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan (Herbivor) Saya Kuda Saya haiwan herbivor Saya makan tumbuhan. Saya makan dedaun pokok KAMBING KUDA 30


Saya Arnab. Saya haiwan herbivor Saya makan tumbuhan. Saya suka makan lobak. Saya Gajah. Saya haiwan herbivor Saya makan tumbuhan. Saya makan tebu dan betik . Haiwan Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan (Herbivor) GAJAH ARNAB 31


Saya Kucing. Saya haiwan Omnivor Saya makan sawi dan ikan. Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan (Omnivor) Saya Monyet. Saya haiwan Omnivor. Saya suka makan pisang dan serangga. MONYET KUCING 32


Saya Burung. Saya haiwan Omnivor. Saya suka makan pisang dan cacing Saya Ayam Saya haiwan Omnivor. Saya suka makan cacing dan jagung. Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan (Omnivor) AYAM BURUNG 33


Guru menyebut kategori haiwan Murid yang mendapat boneka haiwan ini akan membaca dialogi haiwan tersebut secara bergilir. Arahan : 1. 2. Saya Beruang. Saya haiwan Omnivor. Saya suka makan daun, beri, daging dan ikan. Saya Anjing Saya haiwan Omnivor. Saya suka makan sayur dan daging. Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan (Omnivor) ANJING BERUANG 34


D. E. A B C D E F F. Apakah jenis makanan bagi haiwan berikut? Tandakan '/ ' pada ruangan yang betul. A. B. C. Lembaran Kerja KARNIVOR HERBIVOR OMNIBOR 35


36


37


38


Bahan Bantu Mengajar A. Boneka Haiwan B. Audio Muzik B.Gambar-gambar dalam modul https://youtu.be/XNLBQM1BuuM 39


Click to View FlipBook Version