A R - R A H N U NO.2 APAKAH ITU AR RAHNU? FUNGSI AR RAHNU DALAM MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM MEI 2024 ISSSUE NO 2
CONTENTS PA G E 3 Apakah itu Ar - Rahnu PA G E 4 Kebaikan dan keburukan Ar Rahnu rahnu PA G E 6 Fungsi Ar - Rahnu dalam meningkatkan ekonomi umat islam KESIMPULAN PA G E 7 NO.2 PA G E 5 Perkara yang membatalkan Ar Rahnu PA G E 8 Perbezaan Antara pajak gadai islam dengan bukan islam
APAKAH ITU AR - RAHNU ? PA G E T H RE E | J O U R N E Y Dalam bahasa Arab, Ar -Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan kepada seseorang sebagai cagaran hutang. Dari segi syarak pula, ia membawa erti harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh yang berhutang mengikut ketentuan syarak. Manakala dari segi syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar. Selain itu, Definisi Ar-Rahnu menurut istilah undang-undang Islam ialah sebagaimana yang diperkatakan oleh para ulama Maliki iaitu “Pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar yang sedikit sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak”. Definisi di atas adalah meliputi definisi yang dinyatakan oleh empat mazhab utama ahli sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali.
1. Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba. 2. Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan. 3. Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional. 4. Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim ArRahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus. FUNGSI AR RAHNU DALAM MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM PA G E F O U R| J O U R N E Y
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN AR RAHNU Kebaikan Ar Rahnu Diantara kelebihan utama dalam Ar-rahnu dengan pajak gadai yang lain adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Ini kerana keuntungan dalam ArRahnu tidak diambil daripada pinjaman secara langsung sebaliknya mengambil manfaat daripada peminjaman dan penerimaan barang. Faedah tersebut terbit daripada kontrak baru yang diwujudkan iaitu kontrak upah simpan. Kontrak upah adalah satu kontrak yang wujud dan halal dalam perundangan Islam, tidak sepertimana sistem pajak gadai konvensional yang mengambil keuntungan dari faedah bergantung pada nilai pinjaman yang dilakukan ini dapat dilihat dalam syarat gadaian konvensional yang menetapkan bahawasanya penghutang mesti membayar faedah atau bunga pada kadar 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman. Keburukan Ar rahnu Gadaian anda akan dimasukkan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS). Hal ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem perbankan. Kalau anda nak buat loan perumahan di mana2 bank, mesti ditolak. Kenapa? Emas merupakan kekayaan anda, bukan pinjaman tanpa cagar dari Bank. CCRIS isangat serius. Proses pemajakgadaian telah ditukar kepada PINJAMAN BERCAGAR EMAS. Banyak kerumitan dikenakan. Anda perlu membayar DUTI SETEM untuk perjanjian pinjaman bercagar emas sebanyak RM10.00. Banyak borang kena ditandatangan dan juga dicop ibu jari. Anggota ahli keluarga yang rapat diambil nama & telefon, semua ini tektik pemasaran Bank. PA G E F IVE | J O U R N E Y
Ar-rahnu akan terbatal ataupun tamat tempoh apabila si penggadai telah membayar keseluruhan hutang ataupun barang yang digadai diserahkan semula kepada penggadai. Selain itu, pembatalan ini boleh berlaku jika barang gadaian itu rosak dan orang yang memegang gadaian itu meninggal dunia. Apabila seseorang itu tidak menjelaskan hutangnya pada masa yang ditetapkan, ia akan menyebabkan barang gadaian dijual dan sekaligus turut membatalkan gadaian yang dijalankan. Ia juga akan menyebabkan barang yang digadai itu akan disewa ataupun disedekahkan kepada orang lain. Pembatalan juga akan berlaku sekiranya pemegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan si penggadai dengan syarat yang dibenarkan. Dalil telah disertakan dibahagian lampiran. PERKARA YANG MEMBATALKAN AR RAHNU PA G E S IX | J O U R N E Y
PAJAK GADAI ISLAM PAJAK GADAI BUKAN ISLAM Memberi pinjaman tanpa bunga (mengikut syariah Islam) Memberi pinjaman beserta bunga (riba) Tidak dibenarkan mengaut keuntungan Mengaut keuntungan dari kesusahan pelanggan Upah menyimpan yang rendah Upah menyimpan yang tinggi Lebihan wang ke atas barang yang dijual akan dikembalikan kepada pelanggan Lebihan wang ke atas barang yang dijual tidak akan dikembalikan kepada pelanggan PERBEZAAN ANTARA PAJAK GADAI ISLAM DAN BUKAN ISLAM PA G E S EVE N | J O U R N E Y
KESIMPULAN Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil berbanding konvensional. Oleh itu kami menyarankan konsep Ar-Rahnu dalam Islam diperluaskan kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita tanpa mengira agama dan keturunan. Islam menggalakkan dan menghalalkan sistem gadaian kerana ia dapat meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat. Selain daripada itu, ia dapat mengembangkan potensi perniagaan serta menggalakan mereka mencari rezeki yang halal lagi berkat. Konsep ini dapat membantu meringankan beban seseorang yang dalam kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan sosial dalam institusi masyarakat seperti meminjam daripada along dan lintah darat. Sistem ini adalah dihalalkan dan tidak akan berlaku sebarang masalah penipuan. Hal ini kerana, setiap pelangan yang urusan akan diberikan penjelasan yang terang dan nyata melalui dokumen perjanjian yang akan persetujui bersama. Dokumen tersebut mengandungi syarat-syarat perjanjian yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua belah pihak. Tidak dinafikan juga, apabila masih ada skim Ar-Rahnu yang mengandungi unsur-unsur riba dalam transaksinya. Walau bagaimanapun, skim ar-rahnu ini juga mempunyai manfaat, jika dibandingkan dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha ke arah menghilangkan syubhat riba perlu dilakukan dan dititik beratkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang berkelayakkan dan berkemampuan untuk mengubah situasi ini. Agar ekonomi kita dapat dijalankan dengan berteras Al-Quran dan As-sunnah serta terus berkembang dan membangun sejajar dengan arus pembangunan negara. Berpandukan ayat diatas, semua urusniaga yang dijalankan haruslah ditulis kerana ia dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh dan jelas. Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya unsur-unsur gharar (penipuan) dan riba. Unsur-unsur ini boleh dielakkan jika kita mempunyai instrumen kewangan Islam serta menggunakannya cara yang efesien dan berkesan. PA G E E I G H T | J O U R N E Y