The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54411984, 2023-10-31 02:10:57

SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI

PERAYAAN DEEPAVALI

ISTILAH PERAYAAN Hari DEEPAVALI (Tulisan Jawi: ديڤاۏالي (atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Deepavali


MAKSUD SAMBUTAN Deepavali Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.


ISTILAH PERAYAAN Hari DEEPAVALI Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “DIPA” yang bererti cahaya dan perkataan “GAVALI” yang bererti barisan. Deepavali bermaksud ‘SEBARISAN PELITA’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.


Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) . dikenali sebagai pesta Cahaya. BULAN SAMBUTAN Deepavali Dikenali sebagai pesta Cahaya.


Diraikan oleh: Deepavali HINDU SIKH JAIN SESETENGAH ALIRAN BUDHA (TERUTAMANYA NEWAR) Jenis : BUDAYA & AGAMA


Menghiasi rumah, Membeli belah, Memasang pelita Sembahyang khusus Pemberian hadiah Serta memberi kuih kepada tetamu. Menziarahi tetamu CARA SAMBUTAN Deepavali


memasang lampu “vilakku ”. Lampu “vilakku ” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. HIASAN YANG DIGUNAKAN Deepavali Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampulampu moden.


HIASAN YANG DIGUNAKAN Deepavali Hiasan RANGOLI. ‘Rangoli’ iaitu upacara menyusun beras, hampas kelapa, pasir yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli”


Kolam dibuat sebelum tertib matahari. KOLAM@RANGOLI Deepavali Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kueh-muih tradisional pula seperti Muruku, Neiurundai dan Atherasa . Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turuntemurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.


Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. PERSIAPAN DI HARI Deepavali upacara mandi "MINYAK BIJAN" turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kaum wanita mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri. memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.


PAKAIAN TRADISIONAL Deepavali Mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah. Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki. UPACARA SEMBAHYANG


Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan. JUADAH SEMASA Deepavali juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti hidangan halwa dan laddu. Kueh-muih tradisional pula seperti Muruku, Neiurundai dan Atherasa . Sayuran seperti “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal juga disediakan


Click to View FlipBook Version