The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tesis Elya Maisarah binti Kasdi PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2021, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, 2024.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 342-25-elyamaisarah, 2024-03-12 22:24:34

PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PBD TERHADAP PRESTASI MURID TAHAP SATU

Tesis Elya Maisarah binti Kasdi PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2021, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, 2024.

1 HUBUNGAN PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PBD TERHADAP PRESTASI MURID TAHAP SATU ELYA MAISARAH BINTI KASDI PISMP PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JUN 2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


i KANDUNGAN MUKA SURAT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN I III IV BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 PENGENALAN 1.2 PENYATAAN MASALAH 1.3 TUJUAN KAJIAN 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.2 SOALAN KAJIAN 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 1.6 DEFINISI OPERASIONAL 1.7 RUMUSAN 1 2 3 3 4 4 4 5 7 9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN 11


ii 2.2 TEORI KAJIAN 2.3 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN LALU 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL 2.5 RUMUSAN 11 12 14 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN 3.2 REKA BENTUK KAJIAN 3.3 PERSAMPELAN 3.4 INSTRUMEN KAJIAN 3.4.1 KESAHAN 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN 3.5 KAJIAN RINTIS 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA 3.8 RUMUSAN 16 16 17 17 18 18 19 20 20 21 RUJUKAN LAMPIRAN 22 24


iii SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 1 Skala Likert 18 2 Interprestasi Skor Alpha Cronbach 19 3 Kaedah statistik berdasarkan persoalan kajian 20


iv SENARAI RAJAH Jadual Nama Rajah Muka Surat 1 Kerangka Konseptual 15


5


1 BAB 1.0: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Secara umumnya, pendidikan hari ini menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk proses penilaian bagi mengetahui potensi murid dalam pembelajaran di sekolah. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2016) mendefinisikan PBD sebagai satu pentaksiran secara berterusan dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). PBD sebagai pentaksiran berterusan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai murid dari segi perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapainnya. Pentaksiran ini bukan hanya menilai dengan melihat kepada pencapaian murid dalam menjawab soalan secara bertulis semata-mata tetapi juga mengutamakan tiga komponen penting yang diketengahkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) iaitu domain kognitif (pengetahuan), domain afektif (sikap) dan domain psikomotor (kemahiran). Hal ini menunjukkan bahawa PBD menggalakkan kepada pertumbuhan potensi dan kebolehan murid yang berbeza-beza disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pada awalnya, pentaksiran di sekolah dilakukan melalui kaedah pengujian iaitu peperiksaan secara bertulis namun ia telah dimansuhkan pada tahun 2019 dan PBD mula diperkenalkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Dr. Mazlee Malek. Berdasarkan Maszlee Malik (2019) faktor yang mendorong kepada pemansuhan penilaian sistematik ini adalah untuk memfokuskan tugas guru sebagai pendidik dan murid bebas daripada tekanan kerana tidak terbeban dengan peperiksaan. PBD merupakan pendekatan yang holistik tetapi juga mengambil jangka masa yang lama bagi guru untuk mengenal pasti potensi dan kelebihan murid melalui aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, membuat pembentangan, projek dan pembelajaran bersifat inkuiri (Tong, 2016). Evolusi dalam pendidikan ini sememangnya amat penting berdasarkan keperluan semasa bagi keperluan sosial dan ekonomi negara namun, perubahan yang agak drastik dalam silibus pembelajaran sebelum ini dan diikuti dengan perubahan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru terpaksa mengikuti cara pengajaran baharu dan


2 mempelajari cara pelaksanaan pentaksiran pendidikan yang baharu dalam masa yang singkat tanpa kursus dan latihan. Tuntasnya, Pelaksanaan kajian ini amat penting dalam memastikan kejayaan pencapaian dasar Kementerian Pendidikan untuk menghapuskan sistem ujian murid di sekolah rendah sebelum ini. Seperti yang dinyatakan oleh KPM (2016), penggunaan PBD ini dapat membantu guru dalam lima bidang utama iaitu mendalami proses mengesan perkembangan keseluruhan pelajar, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam pembelajaran, menilai keberkesanan kaedah pengajaran, dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk menambah baik pengajaran serta menekankan kepentingan melaksanakan tindakan susulan dengan segera. Justeru, bagi mencapai matlamat dan objektif utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), adalah penting untuk menggunakan kaedah PBD untuk menilai dan mengukur kecekapan pelajar dalam bidang masing-masing secara berkesan. Hal Ini bagi memastikan pengetahuan guru cukup dan pengaplikasian PBD guru Pendidikan Islam ini berjaya mencapai hasil yang diinginkan. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan tinjauan yang dilakukan disekolah pada praktikum fasa 1 tempoh hari didapati bahawa terdapat segelintir ibu bapa yang masih kurang jelas dan kurang memahami cara pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan oleh guru di sekolah. Ibu bapa banyak mempersoalkan bagaimana anak mereka boleh mendapat Tahap Penguasaan (TP) sedemikian dan sebaliknya memandangkan ibu bapa hanya diberikan laporan tentang prestasi murid. Sistem sedia ada hanya menyediakkan laporan pencapaian murid kepada ibu bapa yang menunjukkan TP daripada TP 1 hingga TP6 tetapi gagal memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang bagaimana kaedah penilaian ditentukan (Mustaqim Roslan, 2022). Bagi menangani isu ini, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau amalan pelaksanaan PBD oleh guru pendidikan islam dan kesannya terhadap pencapaian murid.


3 Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian lepas iaitu Arumugam (2020) yang menjalankan kajian tentang kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mengatakan dalam kajian beliau bahawa Pelaksanaan PBD dalam sistem pendidikan negara berlaku dengan pantas, tanpa menyediakan guru kursus dan latihan yang sewajarnya. Akibatnya, beliau telah mengambil peluang untuk menyiasat isu ini, kerana Kwiek dan Szadkowski (2018) berpendapat bahawa guru memerlukan banyak masa untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang dilaksanakan. Pandangan ini bercanggah dengan kepercayaan Keddie (2018) bahawa perubahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, dengan syarat penggubal dasar menganggap guru cukup cekap untuk melaksanakannya. Memandangkan PBD merupakan konsep yang baru diperkenalkan di sekolah, ternyata kajian lanjut adalah perlu untuk mendalami perkara ini bagi mengetahui cara guru disekolah melaksanakan PBD. Maka, berdasarkan kajian tersebut pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan PBD dan pengaplikasian PBD terhadap prestasi murid tahap satu. 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan pengetahuan dan pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan Islam terhadap prestasi murid tahap satu di daerah Tawau. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang PBD. 2. Mengenalpasti pengaplikasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam.


4 3. Mengenalpasti hubungan pengetahuan dan pengaplikasian kaedah PBD yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam terhadap prestasi murid tahap satu. 1.3.2 SOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan iaitu: 1. Sejauhmanakah tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang PBD? 2. Bagaimanakah pengaplikasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam? 3. Adakah terdapat hubungan pengetahuan dan pengaplikasian kaedah PBD yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid tahap satu? 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Kajian ini membawa hubungan berikut: Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru tentang pelaksanaan PBD dengan prestasi murid. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaplikasian PBD dengan prestasi murid. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru tentang pelaksanaan PBD dengan pengaplikasian PBD. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


5 Skop kajian ini berfokuskan untuk mengetahui pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang PBD di sekolah-sekolah rendah sekitar Tawau. Kajian ini juga berfokuskan kepada pengaplikasian PBD guru Pendidikan Islam tahap satu dan tidak menekankan kepada aspek lain proses PdPc misalnya, kawalan kelas, penggunaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan sebaginya. Kajian ini berfokuskan kepada proses PdPc mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah kerana pengkaji adalah merupakan guru pelatih yang mengambil pengkhususan dalam Pendidikan Islam di sebuah pusat latihan keguruan di Tawau. Pendidikan Islam yang bukan mata pelajaran teras membuatkan pengkaji tertarik terhadap amalan pelaksanaan PBD oleh guru Pendidikan Islam tahap satu dan keberkesanan kaedah yang digunakan dan kesannya terhadap pencapaian murid pada hari ini. Seterusnya, terdapat beberapa batasan yang berkaitan dengan kajian ini. Pertama, kajian ini hanya terhad kepada pemilihan lokasi kajian iaitu responden merupakan guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah rendah yang terletak di sekitar daerah Tawau, Zon Balung. Sehubungan itu, sekolah yang dipilih adalah sekolah yang berdekatan dengan tempat latihan guru iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah dan sekolah yang dijadikan tempat latihan pengkaji dan guru-guru pelatih lain semasa praktikum. Kedua, kajian ini tidak bertujuan untuk diguna pakai kepada semua guru sekolah rendah, sebaliknya tertumpu kepada guru Pendidikan Islam tahap satu. Ketiga, hasil kajian ini bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden semasa menjawab soalan dalam soal selidik yang diedarkan melalui aplikasi Google Form. Kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada mana-mana organisasi atau guru subjek lain untuk mengenal pasti pengaplikasian PBD yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam tahap satu. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Secara umumnya, aktiviti pentaksiran merupakan aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dimana dapat membentu guru dalam membuat penambahbaikan terhadap amalan pengajarannya di dalam


6 bilik darjah. Hal ini demikian kerana melalui pentaksiran yang dibuat, guru dapat mengguanakan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti pentaksiran untuk merancang pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap prestasi murid dan pengetahuan mereka (Ramlah & Jamil et al., 2015). Dalam konteks ini, pentaksiran merupakan elemen yang penting bagi menguji kekuatan dan kelemahan proses PdPc serta tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran pada hari tersebut. Di samping itu, aktiviti pentaksiran juga boleh menggalakkan murid untuk berfikir secara dengan lebih mendalam melalui instrumeninstrumen pentaksiran yang dihasilkan khas untuk murid dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan berkualiti tinggi. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk meneliti pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan PBD serta pengaplikasian yang digunakan dalam pelaksanaan PBD yang meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Di samping itu, dapatan kajian ini akan memberi pendedahan kepada guru pelatih opsyen Pendidikan Islam mengenai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam yang berkualiti khususnya berkaitan amalan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Perancangan pembelajaran yang sistematik dan kualiti guru Pendidikan Islam itu sendiri mempengaruhi keberkesanan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, keberhasilan murid dapat diukur berdasarkan keberkesanan proses pembelajaran di dalam kelas (Ainun et al., 2017). Dalam konteks ini, tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan yang dimiliki oleh guru Pendidikan Islam mendorong terhadap kualiti perancangan PdPc mata pelajaran Pendidikan Islam. Justeru, kajian ini dapat membantu dalam menambah pengetahuan tentang amalan dan kaedah PBD yang dialaksanakan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini penting bagi pengkaji membuat penambahbaikan terhadap penilaian dalam proses PdPc yang berkesan dalam Pendidikan Islam bagi meningkatkan tahap prestasi murid. Justeru, kajian ini juga akan membantu guru Pendidikan Islam untuk membina karakter murid melalui pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan melihat amalan dan kaedah pelaksanaan PBD dalam menilai dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. PBD yang


7 dilaksanakan hendaklah memberi keseronokan untuk belajar dan dapat memupuk minat mereka terhadap Pendidikan Islam (Arumugham, 2020). Selain itu, pelaksanaan PBD merupakan transformasi pentaksiran yang mula dilaksanakan secara rasmi di sekolah rendah bermula pada tahun 2019. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi menambahkan pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang kepentingan pengaplikasian PBD yang dilaksanakan dengan prestasi murid dalam Pendidikan Islam. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini antaranya: i. Pentaksiran Pentaksiran merupakan suatu proses yang penting dalam sistem pendidikan. Pentaksiran digunakan bagi mengukur pencapaian dan perkembangan pelajar malahan ia membantu guru dan pentadbir sekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran didefinisikan sebagai suatu proses membuat pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi murid bersandarkan kepada standard tanda aras yang dinyatakan oleh kriteria prestasi bagi sesuatu hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah diperoleh daripada proses pentaksiran (Mardziah, 2019). Sehubungan itu, pentaksiran juga melibatkan pengumpulan data secara langsung dan tidak langsung serta bukti pembelajaran murid yang dijalankan secara sistematik, berterusan dan berulang dengan menggunakan sumber yang pelbagai dan berbeza-beza. ii. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah proses konsisten yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan


8 dan pencapaian pelajar. PBD bertujuan untuk menilai dan mengukur keseluruhan perkembangan pembelajaran seseorang pelajar berkenaan dengan keseluruhan kurikulum mereka. PBD perlu dilaksanakan bagi memastikan murid dapat mengembangkan minat dan menikmati proses pembelajaran. Seterusnya, PBD berlaku secara formatif dan sumatif, sebgai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh guru untuk menilai murid, iaitu pemerhatian, bertulis dan lisan (Mustaqim, 2024). Namun begitu, penilaian tahap penguasaan menggunakan ketiga-tiga kaedah ini sangat bergantung kepada subjek. iii. Pengetahuan Pengetahuan mempunyai pelbagai definisi mengikut konteks masingmasing. Dalam konteks ilmu pengetahuan itu sendiri, pengetahuan adalah suatu pengetahuan yang bertujuan mencapai kebenaran ilmiah tentang objek tertentu yang diperoleh melalui pendekatan atau cara pandang (approach), metode (method) dan sistem tertentu. Manakala, pengetahuan dalam konteks teori pengetahuan biasanya merujuk kepada informasi atau pemahaman yang diperoleh daripada pengalaman, pendidikan dan proses belajar. iv. Pengaplikasian Dalam konteks pendidikan pengaplikasian adalah merujuk kepada implementasi pengetahuan atau keterampilan yang telah dipelajari oleh individu ke dalam situasi nyata atau praktikal (Noor Miza, 2015). Hal ini menerangkan bahawa apa sahaja yang dilakukan atau diterapkan di dalam bilik darjah oleh guru adalah merupakan suatu pengaplikasian misalnya, pengaplikasian pelbagai aktiviti PBD. Pengaplikasian yang dilakukan secara bersemuka bagi


9 menyampaikan suatu pengetahuan di samping meningkatkan kemahiran komunikasi murid. v. Prestasi Murid Prestasi murid pula adalah merujuk kepada bagaimana prestasi murid diukur dan ditafsirkan dalam sesuatu pembelajaran. Prestasi yang dimaksudkan adalah keberhasilan murid dalam memahami atau menguasai isi kandungan pembelajaran yang dinyatakan berdasarkan hasil pentaksiran (Ikhwan, 2017). Prestasi ini biasanya menjadi rujukan guru untuk mengetahui perkembangan murid sepanjang pembelajaran sama ada ia mencapai atau memenuhi hasil pembelajaran. vi. Guru Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam adalah guru yang memainkan peranan terhadap penerapan unsur keagamaan dalam diri murid. Guru Pendidikan Islam membimbing murid untuk memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai ajaran agama Islam melalui proses pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Malahan, Guru Pendidikan Islam memainkan peranan dalam membentuk karakter murid (Baqi Rafika, 2020) Dimana murid mempunyai sahsiah unggul dan mampu menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang. 1.7 RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan dan pengaplikasian PBD sangatlah penting dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kerana melalui pengetahuan dan pengaplikasian ini guru akan lebih


10 mudah dalam mengendalikan aktiviti PdPc kerana pentaksiran ini digubal untuk menjadi panduan guru-guru dalam mengurus proses pembelajaran murid secara sistematik. Tambahan pula, PBD perlu dilaksanakan dengan pengetahuan yang mendalam oleh guru Pendidikan Islam untuk mentaksir murid secara adil dan membantu perkembangan murid. Hal ini akan memudahkan guru menyusun pentadbiran proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengaplikasian PBD yang merangkumi pentaksiran yang pelbagai mampu meningkatkan minat murid dalam proses PdPc dan lebih menyeronokkan misalnya, peneguhan atau kata motivasi daripada guru, pentaksiran melalui kuiz dan sebagainya.


11 BAB 2.0: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Pengkaji ingin mengkaji mengenai hubungan pengetahuan dan pengaplikasian PBD terhadap prestasi murid tahap satu. Oleh itu, pengkaji akan melihat hubungan pengetahuan tentang PBD dan pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan terhadap prestasi murid tahap satu di daerah Tawau. Hal ini kerana, banyak kajian lalu yang mendapati bahawa pengetahuan tentang PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam masih berada pada tahap yang rendah dan sederhana malah ibu bapa kurang jelas tentang PBD yang dilaksanakan di sekolah dan ia berkait rapat dengan cara pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji mengenai tahap pengetahuan guru tentang PBD khususnya dalam kalangan guru Pendidikan Islam tahap satu dan pengaplikasian PBD yang dilaksanakan di sekolah. 2.2 TEORI/MODEL KAJIAN 2.2.1 Teori Konstruktivisme Jean Piaget Menurut penyelidikan Jean Piaget (1976), menerangkan bahawa pengetahuan dikembangkan melalui pembinaan pengetahuan oleh seseorang individu apabila individu berkenaan memahami pengetahuan tersebut (Seven et al., 2017). Remaja dan orang dewasa berkembang ke peringkat di mana manusia boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar. Struktur mental manusia akan membuat satu penyesuaian terhadap persekitaran. Hal ini membentuk satu pengetahuan yang baharu melalui kefahaman dalaman tentang persekitaran luaran. Pemikiran manusia akan menjalankan proses asimilasi dimana ia memasukkan peristiwa baru ke dalam fail data sedia ada. Ini menjelaskan bahawa asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baharu dengan cara menyesuaikan sesuatu yang kita ketahui (Woolfolk,1998). Teori ini menjelaskan bagaimana manusia


12 memperoleh ilmu pengetahuan khususnya pengetahuan tentang PBD ini. Pengetahuan dapat diperoleh melalui persekitaran dan dikembangkan dengan pembacaan yang dilakukan oleh guru bagi memahami konsep sebenar PBD dan pelaksanaan PBD itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pengetahuan itu penting untuk memahami dan mendalami suatu perkara baharu misalnya, jenis pentaksiran dan bagaimana proses pentaksiran itu dijalankan. 2.2.2 Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky Berdasarkan Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky sangat relevan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menurut Vygotsky, pembelajaran berlaku dalam Zon Pembangunan Terdekat (ZPD) dimana murid belajar dengan bantuan orang lain (Huzuriana & Khairul, 2022). Hal ini menekankan interaksi sosial dalam proses pembelajaran yang merupakan aspek penting dalam PBD. Model Konstruktivisme Vygotsky membawa sistem pendidikan daripada paradigma pembelajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid (Zurain et al., 2022). Hal ini menjelaskan bahawa pengaplikasian PBD yang berpusatkan kepada murid adalah lebih berkesan untuk mengukur pemahaman dan kemampuan setiap murid. Berdasarkan teori konstruktivisme Vygotsky ini, murid dapat membina pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman dan interaksi dalam aktiviti atau tugas yang diberikan oleh guru. Jelaslah bahawa teori konstruktivisme Vygostsky memberikan kerangka kerja yang berguna untuk pengaplikasian PBD dan menerapkan prinsip-prinsip PBD. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM dengan menggantikan Pentaksiran Pengujian dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah memberikan tanggapan positif dan ada juga sebilangan kelompok yang masih tidak dapat menerima perubahan yang drastik ini walaupun tujuan perubahan ini dilakukan untuk menjadikan pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan


13 di negara-negara maju yang lain dan mengurangkan beban guru terhadap sistem peperiksaan sebelum ini. 2.3.1 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah Kajian menunjukkan penumpuan kepda peperiksaan semata-mata akan menyebabkan guru mengajar sekadar untuk menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan murid hanya mengukur melalui gred akhir (Idris, 2016; Wong et al., 2018). Sedangkan murid mempunyai kebolehan, keupayaan dan potensi yang berbeza yang memerlukan bimbingan dan perhatian yang adil. Oleh itu, KPM telah memansuhkan sistem peperiksaan bagi tahap satu (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) di sekolah mulai 2019. Bagi pelakasanaan PBD yang berjalan dengan baik guru perlu bersedia, berpengetahuan dan sentiasa meningkatkan kemahiran spesifik untuk melaksnakan pentaksiran yang berkesan misalnya, kemahiran membina instrument, menetapkan tahap penguasaan murid dan sebagaunya (Lim et al., 2014). Guru perlu memantapkan proses PBD, dengan mentafsir keputusan pentaksiran dan membuat analisis yang sewajarnya (Aniza & Zamri, 2015). Bukan itu sahaja, dapatan kajian ini konsisten dengan penemuan Ilhavenil et al. (2020), yang mendapati guru komited dalam menjalankan aktiviti PdP dan mencapai kejayaan murid melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran. Hanapi et al. (2021) juga mendapati tahap pengetahuan guru adalah tinggi semasa pelaksanaan PBD. Kajian oleh Salleh et. Al (2019) dan Rosli et.al (2022) juga menemui guru-guru telah biasa dengan pelaksanaan PBD. KSSR bermula pada 2011 dan telah pun memasuki tahun kesebelas melaksanakan PBD. Dapatan ini juga disokong oleh kajian Yuh & Kenayathulla (2020), yang mendapati pelaksanaan PBD guru di SJKC adalah tinggi pada setiap peringkat PdP iaitu sebelum PdP (perancangan), PdP dan selepas PdP. Kajian ini juga menemui hubungan yang signifikan antara pelaksanaan PBD dan prestasi murid tanpa mengira umur. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan PBD yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid secara keseluruhannya.


14 2.3.2 Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam Menurut KPM (2019), PBD merujuk kepada proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berterusan untuk mendapatkan pengetahuan tentang perkembangan, pertumbuhan, cabaran, dan perspektif pelajar terhadap kurikulum. Keputusan ujian PBD yang digunakan oleh guru terhadap pelajar mereka adalah sangat subjektif. Tiada piawaian tunggal untuk menentukan kriteria dan prosedur yang harus dipatuhi. Dalam kes ini, prestasi tidak boleh diukur kerana kekurangan kriteria khusus dan mudah difahami (Azmanirah, Nurfirdawati, Anizam, & Halizah 2019). Ini disokong oleh semua responden yang telah dimaklumkan bahawa alat yang digunakan untuk merekod TP adalah subjektif. Menurut Burke (2001), tanpa kriteria yang jelas akan terdapat risiko salah faham. Terdapat tiga kaedah PBD yang dikemukakan dalam kajian ini anataranya pemerhatian. Pemerhatian bermaksud perihal memerhatikan dan mengakui sesuatu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2012). Ia adalah satu cerita dengan mesej untuk setiap orang yang ingin memahami apa yang mereka lihat. Menurut Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2021), pemerhatian ialah rutin harian memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Dalam konteks pelaksanaan PBD, guru akan melihat perubahan semasa PdP berjalan untuk memastikan pencapaian TP. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL


15 Kajian ini untuk meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tahap satu. Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang dijalankan. Berdasarkan Rajah 1, kajian ini menyelidik dua aspek yang diberi penekanan dalam mengenal pasti hubungannya terhadap prestasi murid tahap satu iaitu, pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang PBD dan pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan Islam di sekolah. Instrumen soal-selidik dengan menggunakan aplikasi Google Form telah dijalankan bagi mengenalpasti keperluan-keperluan ini dengan jelas. Rajah 1. Kerangka Konseptual 2.5 RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa tahap pengetahuan PBD guru mberada pada tahap yang tinggi dan begitu juga dengan pengaplikasian PBD guru. Kurang jelas terhadap PBD ini adalah daripada kalangan ibu bapa yang kurang tahu cara pelaksanaan PBD oleh guru di sekolah. Untuk penerimaan terhadap pengetahuan dan pengaplikasiaan PBD serta hubungannya dengan prestasi murid adalah berdasarkan kepada teori konstruktivisme Jean Piaget dan Lyv Vygotsky. Pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pengaplikasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) oleh guru Pendidikan Islam Prestasi murid Tahap Satu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam


16 BAB 3.0: METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Dalam menjalankan sesebuah kajian, ianya memerlukan metod atau kaedah yang betul dalam mendapatkan data atau dapatan kajian yang tepat. Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik. Untuk mendapatkan satu hasil data yang baik, kaedah kajian yang digunakan haruslah sempurna dan mengikut prosedur yang tersendiri. Hal ini adalah bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti adalah bermutu dan terjamin kesahihannya tanpa kekaburan dan ketidak jelasan. Kajian yang dirancang dapat menghasilkan data yang sahih kerana kajian yang dirancang itu melalui pendekatan kajian yang sesuai sama ada pendekatan kuantitatif atau kualitatif dan ianya ditentukan oleh objektif kajian itu sendiri. Seterusnya, dalam aspek reka bentuk kajian pula pengkaji harus membincangkan pembolehubah-pembolehubah kajian yang terlibat dan bagaimana pembolehubah tersebut diukur, disamping membincangkan populasi dan teknik persampelan yang terlibat dalam mengenal pasti responden yang terlibat. Justeru, kaedah analisis data yang digunakan juga perlu dilibatkan dengan lampiran-lampiran jadual yang berkenaan responden dan instrumen kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini adalah deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan. Menurut Sherly Sandy et al. (2021) kuantitatif merupakan satu proses penyelidikan yang melibatkan pengumpulan data dalam bentuk angka dan akhirnya dianalisis mengikut fokus kajian. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan maklumat mengenai demografi responden, tahap pengetahuan tentang PBD guru Pendidikan Islam, pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan


17 Islam, dan prestasi murid tahap satu. Maka, bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji juga memilih untuk menggunakan borang soal selidik. 3.3 PERSAMPELAN Dalam kajian ini, pengkaji menetapkan populasi seramai 30 orang. Pengkaji merujuk jadual Krejcie & Morgan (1970), dimana jika populasi seramai 30 orang, maka bilangan sampel adalah seramai 28 orang. Populasi kajian ini adalah guru-guru Pendidikan Islam daripada beberapa buah sekolah rendah di Daerah Tawau. Kajian ini melibatkan 28 orang guru Pendidikan Islam sebagai sampel. Menurut Majid (2000) persampelan adalah strategi penyelidikan yang membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai pupulasi tersebut. Maklumat yang diperoleh daripada sampel boleh digunakan untuk menganggarkan maklumat tentang populasi yang hendak dikaji. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah instrumen soal selidik (Rujuk Lampiran). Hal ini kerana penggunaan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data banyak digunakan oleh pengkaji bagi kajian yang berbentuk tinjauan. Justeru, soal selidik dapat menghasilkan data dengan lebih terperinci, tersusun, mudah untuk ditadbir dan menjimatkan penggunaan tenaga dan masa. Instrumen soal selidik ini mengandungi 61 item yang terdiri daripada empat bahagian, iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A digunakan untuk mendapatkan data mengenai demografi (lokasi sekolah, jantina dan pengalaman mengajar) responden, bahagian B pula adalah item yang berkaitan dengan pengetahuan guru tentang PBD manakala bahagian C digunakan untuk


18 item berkenaan dengan pengaplikasian PBD oleh guru dan bahagian D pula ialah item untuk mengkaji prestasi murid tahap satu. Instrumen soal selidik ini diedarkan secara dalam talian (online) dengan menggunakan aplikasi Google Form untuk memudahkan pengkaji memperoleh data daripada responden yang jauh dari keberadaan pengkaji. Hal ini akan menjimatkan penggunaan tenaga dan masa pengkaji tanpa perlu ke lokasi responden. Bahagian A yang berkaitan demografi ini memerlukan responden untuk menanda ( / ) pada kotak jawapan tetapi dalam aplikasi Google Form responden hanya perlu memilih dengan ‘meng-click’ pada pilihan jawapan. Pada bahagian B, C dan D pula menggunakan skala likert 5 point. Skala likert 1 = Sangat Tidak Setuju, skala likert 2 = Tidak Setuju, skala likert 3 = Tidak Pasti, skala likert 4 = Setuju dan skala likert 5 = Sangat Setuju. Jadual 1 Skala Likert Skor Skala Likert 1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) 3.4.1 KESAHAN Setiap item yang ada di dalam instrumen soal selidik perlu menjalani proses kesahan muka dan kandungan sebelum ditadbir kepada responden. Item instrumen diambil daripada kajian lalu iaitu melalui kajian (Pei Juan, 2023) tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan PBD dan kajian (Salihah, 2022) pengetahuan dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap amalan PBD sekolah kebangsaan di Perlis. Pengkaji telah meneliti dan mengambil beberapa item daripada dua kajian tersebut yang berkaitan


19 dengan pengetahuan PBD guru, pengaplikasian PBD dan tahap prestasi murid tahap satu. Selepas pemilihan item yang bersesuaian pengkaji telah bertemu beberapa orang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau yang pakar dalam bidang penyelidikan untuk menyemak instrument soal selidik sebelum ditadbir kepada responden. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Berdasarkan model pengukuran Rasch, skor nilai Alpha Cronbach yang boleh diterima adalah 0.71-0.99 sepertimana yang diterangkan oleh (Bond & Fox, 2015; dalam Lily Haanefarezan et al., 2018). Dapatan kajian mendapati nilai kebolehpercayaan yang diperoleh daripada nilai Alpha Cronbach adalah 0.949. Hal ini bermakna kebolehpercayaan item pengkaji berada pada tahap sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi seperti yang dinyatakan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2 Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015) Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima 0.6 hingga 0.7 Boleh diterima <0.6 Item perlu diperbaiki <0.5 Item perlu digugurkan 3.5 KAJIAN RINTIS


20 Kajian rintis dilakukan ke atas 44 orang guru Pendidikan Islam dari beberapa buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak di sekolah sekitar zon Apas sebelum kajian sebenar dijalankan. Penentuan bilangan sampel adalah merujuk kepada Krejcie & Morgan (1970) yang mencadangkan saiz sampel untuk kajian populasi 30 orang adalah 28 orang sampel. Kajia rintis ini dijalankan bagi menentukan keboleh percayaan soal selidik. Kemudian, semua responden yang terlibat akan dikecualikan dari mengisi soal selidik sebenar. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Proses pengumpulan data dilakukan oleh pengkaji menggunakan instrument soal selidik. Instrumen soal selidik diedarkan melalui aplikasi Google Form kepada responden iaitu guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah sekitar daerah Tawau, Zon Balung. Setiap soal selidik yang diedarkan direkodkan oleh pengkaji bagi mengelakkan berlakunya sevarang kecuaian dalam pengumpulan data. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 untuk menghasilkan pengiraan data yang bebas daripada ralat malah lebih tepat berbanding pengiraan secara manual. Penganalisisan data ini melibatkan statistik deskriptif dan inferensi. Jadual 1 menunjukkan kaedah statistik yang digunakan untuk menjawab persoalan yang dinyatakan dalam kajian. Jadual 3 Kaedah statistik berdasarkan persoalan kajian Bil Persoalan kajian Analisis yang digunakan 1 Tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam Min dan sisihan piawai


21 tentang PBD (Deskriptif) 2 Pengaplikasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam Min dan sisihan piawai (Deskriptif) 3 Hubungan pengetahuan dan pengaplikasian kaedah PBD yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid tahap satu Korelasi Pearson (Inferensi) 3.8 RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif untuk mengenalpasti tahap pengetahuan tentang PBD dan pengaplikasian PBD oleh guru Pendidikan Islam terhadap prestasi murid tahap satu di sekolah rendah. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dalam kajian ini. Kesahan instrumen kajian yang disediakan oleh pengkaji adalah dengan meneliti dan mengambil item daripada kajian lalu iaitu kajian daripada (Pei Juan, 2023) & (Salihah, 2022) yang berkaitan dengan bidang kajian pengkaji dan merujuk semula kepada pensyarah pakar dalam penyelidikan. Manakala, kajian rintis dijalankan sebelum ujian sebenar dilaksanakan bagi melihat kebolehpercayaan instrument yang digunakan oleh pengkaji. Kaedah penganalisisan data kajian pula dilaksanakan dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.


22 RUJUKAN Ainun Rahman Ibrahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 7(2), 77-88. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/152 Aniza, A. & Zamri, M. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1): 18-29. Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175 Aziz, B. R. (2020). Peran Guru Pendidikan Agama Islam dalam Membentuk Karakter Melalui Nilai-Nilai Religius Peserta Didik di Sekolah Menengah Pertama Wahid Hasyim Malang . University Of Islam Malang. Azmanirah, A. R., Nurfirdawati, M. H., Anizam, M. Y. & Halizah, A. (2019). Analisis Kefungsian Skala bagi Pembinaan Rubrik Pentaksiran Kompetensi Amali: Analisis Berdasarkan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Facet. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 120-126. Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Burke, K. (2001). From Standards to Rubric in Six Steps. A Sage Company. Ghazali, D. & Sufean, H. (2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian. 3rd ed. Universiti Malaya (UM). Hanapi, M. H. M., Zakaria, N., & Muner, S. (2021). Tahap Kesediaan Guru Sekolah Rendah di Daerah Klang, Selangor dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dari Aspek Pengetahuan. International Journal of Modern Education, 3(9), 01-08. Harun, Z., Mohd Pisol, M. I., Rosli, H. F. ., Rashed, Z. N. ., & Abdul Halim, M. N. (2022). Teori Vygotsky dalam Pembelajaran Murid dan Kaitan dengan Ciri Murid Bekeperluan Khas Penglihatan: Vygotsky Theory in Students’ Learning and Its Relation To Characteristics Of Students With Visual Impairments Special Needs. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(1), 57–63. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i1.34 Huzuriana Hajmi & Khairul Jamaludin. (2022). Kesediaan Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 119-215.


23 Idris, N. (2016). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Guru. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ilhavenil N., Logeswari A., Siew S.K & Sudiman Musa. (2020). Teachers’ Perceptions on The Implementation of KSSR (Revised 2017) and KSSM: An Online Survey. Jurnal Kurikulum, 5, 153-163. Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Keddie, A. (2018). Adult Education: An Ideology of Individualism. In Adult Education for a Change (pp. 45-64). Routledge. Kwiek, M., & Szadkowski, K. (2018). Higher Education Systems and Institutions, Poland. Encyclopedia Of International Higher Education Systems And Institutions, 1-10. Lily Hanefarezan, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab Sahrim. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokaso Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140. Lim, H.L., Wun, T.Y. & Chew, C.M. (2014). Enhancing Malaysian Teachers’ Assessment Literacy. International Education Studies, 7(10), 74-82. Malaysia. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). (2016). Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). (2016). Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/516704/10sebabpeperiksaan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee. Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty Hutagulung. (2019). Tadbir Urus Pentaksiran Murid dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik., 7(3), 20-27. Muhammad Mustaqim Roslan. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. https://doi.org/10.11113/umran2024.11n1.678 Noor Miza Abdul Rahman. (2015). Pembinaan Modul Berasaskan Pendekatan Projek Untuk Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi Murid Tadika. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.


24 Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad, & Analisa Hamdan. (2015). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized Learning, 1(1), 77–84. Rosli, S., Mahmud, S. F., & Azni, M. E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 86-103. Salleh, M., Sarkowi, A., Jafar, M. F., Arif, Z. M., & Hamid, H. A. (2019). Tahap Literasi Guru Terhadap Pendekatan dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019), 12–24. Sandy, S., Abdul Jobar, N., Mohd Rusli, N. F., & Md Adam, N. F. (2021). Tinjauan Pengetahuan, Faktor dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi dalam Kalangan Mahasiswa Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asian Pendidikan, 1(1), 63-72. https://doi.org/10.53797/aspen.v1i1.8.2021 Seven, S., Tiryaki, S., & Ceylan, H. (2017). The Effect of the 5E Learning Cycle Model and Cooperative Learning Method in the Constructivist Approach On Academic Success and Students’ Attitude towards Subject of “Sound”. Journal of Education, Society and Behavioural Science, 1-11. Tong, S. Y. A. (2016). Exploring Students’ Perception of and Reaction to Feedback in School–Based Assessment. Malaysian Journal of ELT Research, 7(2),44. Wan Nor Fadzilah Husin, Logeswari Arumugam M Pillay, Ilhavenil Narinasamy, Noor Aliza Nordin, Nooraini Kamaruddin. (2022). Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah. Jurnal Kurikulum: Bahagian Pembangunan Kurikulum, 195-210. Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology. Allyn & Bacon. Yuh, T. J., & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90. Zulchaidar, I. (2017). Penerapan Model Learning Cycle 5e Untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa Smp . Universitas Pendidikan Indonesia.


25


Click to View FlipBook Version